Search This Blog

Sunday, April 1, 2012

Siapakah pemerintah bagi umat Islam

Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama.Ia adalah seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (raja). Kemudian, di bawah pemimpin tertinggi akan ada pula wakil-wakil pemimpin, para pembantunya, menteri-menteri, wali kota, garbenor, panglima, dan selainnya yang dilantik oleh pemimpin pertama (tertinggi).

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib berdasarkan al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’ ulama.Tugas pemimpin umat Islam secara umum adalah untuk menjaga urusan agama dan urusan yang berkaitan dengan keduniaan.

Al-Khaththabi rah menyebutkan:

ان المراد بأئمة المسلمين الخلفاء وغيرهم ممن يقوم بأمور المسملين من اصحاب الولايات

“Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal-ehwal umat Islam (masyarakat).” (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Rasulullah Saw bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut disimpulkan kaedah-kaedah tersebut secara ringkas yang diambil dari buku beliau Mu’aamalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:

Ibnu Baththal rah berkata, “Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Sebagaimana juga perkataan Ibnu Qudamah rah (Wafat: 620H), “Apabila naiknya Abdul Malik B. Marwan dengan cara keluar menentang Ibnu az-Zubair, membunuhnya, memaksa rakyat dengan pedang hingga dia naik sebagai imam (pemimpin) dan diberikan bai’ah, maka wajib pula mentaati pemerintah yang mutaghallib (yang naik dengan cara yang tidak syar’i) ini.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/526)

Imam asy-Syathibi rah (Wafat: 790H) juga menyebutkan:

“Pernah ditanyakan kepada Yahya B. Yahya, Adakah bai’at itu dibenci?” Beliau menjawab, “Tidak.” Beliau ditanya lagi, “Walaupun orang yang dibai’at tersebut adalah pemimpin yang zalim?” Beliau menjawab, “Ibnu ‘Umar telah berbai’at kepada ‘Abdul Malik B. Marwan yang merampas kuasa pemerintahan dengan pedang. Demikianlah yang dikhabarkan kepadaku oleh Malik bahawasanya Ibnu ‘Umar r.huma menulis surat kepada ‘Abdul Malik rah, “Aku menyatakan kepada engkau dengan ketundukan dan ketaatan berdasarkan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”

Dallam Surah An-Nur Allah Swt menjanjikan kekuasaan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka kita ikut jalan ini iaitu jalan menguatkan iman dan amalan agama.

Jika kita kembali kepada ayat dari Surah An-Nur itu yakni Allah Swt menjanjikan kuasa kepada orang yang beriman dan beramal soleh.Makanya tugas kita, saya, kami dan kalian juga ialah berusaha untuk menanam dan menguatkan iman seterusnya memperbetulkan segala amalan-amalan keagamaan kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian keluarga kerabat terdekat, kemudiannya masyarakat sekeliling.Walaupun,ada segelintir masyarakat kita mendakwa cara ini adalah cara lambat,tetapi dengan cara inilah lebih syar'ie.

Benar kata Nabi Muhammad Saw, bahawa 'kalian adalah umat yang tergesa-gesa'.Nabi Saw tidak pernah mengeluh menunggu sehingga 13 tahun sebelum berhijrah dan dianugerahkah negara.Nabi Saw sahaja yang didatangi Jibril saban waktu mengajarkan al-Qur'an dan didatangi malaikat penjaga gunung menawarkan khidmat, pun tetap bersabar.Begitu juga Nabi Nuh a.s, yang sanggup beratusan tahun berdakwah tanpa negara. Dan hanya peroleh pengikut tidak sampai 100 orang.Sayangnya,kita dalam keadaan tergesa-gesa,hendakkan negara,tapi berpatah ara dari manhaj kenabian dan salafussoleh.

1 comment:

  1. pemimpin umat Islam adalah para khalifah, berdasar 'ijma shahabat

    ReplyDelete