Search This Blog

Friday, May 31, 2013

Amal kerana Pahala tidak Ikhlas?

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya milik Allah, untuk Allah dan kepada Allah. Semata-mata dengan izin-Nya, artikel saya masih dapat mengisi kolum Fadhail A'maal di dalam majalah SOLUSI. Di sini saya perturunkan artikel asal sebagaimana yang terdapat dalam laptop saya. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua:

Allah SWT berfirman, mafhumnya, “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Al-Baiyyinah 98:5)

Daripada Abdullah ibn Amr r.anhuma, dia berkata; telah bersabda Rasulullah s.a.w., “Ada empat puluh perkara (amalan kebaikan), dan amalan yang paling tinggi (darjatnya) antara amalan-amalan itu ialah ‘مَنِيحَةُ العَنْزِ ‘. Tidak ada seorang pun yang melakukan mana-mana amalan (daripada empat puluh) amalan itu, dengan mengharapkan pahalanya dan membenarkan janji-janji (pahala yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w), melainkan Allah akan memasukkan orang itu dengannya ke dalam syurga.” (HR Al-Bukhari, Bab Keutamaan Meminjamkan Kambing…)

مَنِيحَةُ العَنْزِ bermaksud, meminjamkan kambing kepada seseorang agar dia mendapat manfaat daripada susu kambing itu, kemudian kambing itu dipulangkan kepada pemiliknya.

Ada dalam kalangan umat ini, yang berpendapat bahawa jika kita beramal kerana terdorong dengan pahala, syurga dan fadhilat; maka itu telah menyalahi hakikat ikhlas yang sejati. Ini adalah suatu yang amat mengelirukan. Bagaimana kita sanggup membuat kesimpulan yang sedemikian, sedangkan Allah dan Rasul-Nya telah berulang-ulang kali menggunakan manhaj Tabsyir dan Inzar serta Fadhail A’maal di dalam Al-Quran dan As-Sunnah?

Malah dalam riwayat di atas, bukan sahaja kita dapat mengambil faham tentang pentingnya ikhlas dalam beramal, tetapi Rasulullah s.a.w. turut menyatakan fadhilat Ikhlas itu sendiri! Dorongan dan gesaan supaya kita beramal dengan ikhlas itu sendiri pun, Rasulullah s.a.w. menggunakan kaedah dan pendekatan Fadhail A’maal dalam menerapkan kepentingannya kepada umat baginda.

Ikhlas adalah rahsia daripada rahsia-rahsia Allah. Ikhlas merupakan benteng dan perisai seseorang hamba Allah dengan musuh-musuh hakikinya, yakni syaitan dan segala konconya. Ikhlas adalah syarat mutlak penerimaan sesuatu amalan. Ikhlas adalah ikatan hati seorang hamba dengan Tuhannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beruntunglah orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita-pelita di dalam kegelapan malam, dan segala fitnah dan kezaliman akan hilang daripada mereka.” (HR Al-Baihaqi, sebahagian hadis sebagaimana di dalam kitab Syu’bil-Iman)

Beramal kerana dorongan sesuatu fadhilat yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya sudah pasti tidak terkeluar daripada hakikat ikhlas. Malah inilah yang boleh menyelamatkan kita daripada sifat riyak dan syirik. Seseorang yang terdorong beramal dengan fadhilat pada hakikatnya telah terdorong kerana keimanannya dengan janji-janji Allah. Janji-janji yang tersimpul kukuh dengan keimanan kepada Allah, Rasulullah s.a.w., hari Akhirat dan perkara yang ghaib.

Hampir semua orang Islam mengetahui, bahawa bersolat dengan berjemaah itu ganjarannya 27 atau 25 kali ganda berbanding bersolat secara berseorangan. Apabila seseorang itu terdorong dan sanggup tinggalkan keenakan berehat di rumah bersama keluarga yang tercinta kerana janji 27 kali ganda ganjaran ini, bukankah itu semua menggambarkan betapa keyakinannya kepada janji-janji Allah. Walaupun janji Allah itu ghaib sifatnya dan manfaatnya akan terzahir hanya di akhirat. Ditambah pula dengan kefahaman bahawa, apabila Allah menyatakan bahawa sesuatu amalan itu lebih besar pahalanya daripada satu amalan yang lain, maka itu menunjukkan keredhaan Allah juga lebih besar kepada amalan tersebut.

Al-‘Allamah Ad-Da’iyah Al-Muhaddith Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi menyatakan, beramal dengan penuh keyakinan terhadap janji-janji Allah SWT, disertai pula dengan kerinduan dan keinginan terhadap pahala dan ganjaran yang ada di sisi Allah, inilah yang dinamakan sebagai Ihtisab ( احتساب ) di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Maka, bukankah ini semua adalah satu penghuraian kepada apa yang dikatakan sebagai ikhlas? Jelas di sini, Fadhail A’maal adalah medium paling ampuh bagi membentuk sifat ikhlas dalam beramal kepada Allah!

Thursday, May 30, 2013

menyingkap salah faham tentang Niqab

Ibnu Batoota Owsem
Ustazah ahlam,saya dah jumpa kenyataan saya dalam kitab iqna' tu,ada dalam bab solat,furu'nya fasal syarat,rukun dan sunat solat, diterjemahkan sebagai begini:
"Makruh hukumnya solat memakai pakaian yang terdapat gambar.Demikian juga makruh solat berselimut bagi lelaki dan solat memakai purdah bagi wanita.TERKECUALI apabila di tempat wanita itu solat ada ramai lelaki yang tidak mahu menjauhkan pandangan darinya(contohnya kat surau yang diorang bukak tirai/tabir),dalam keadaan demikian,wanita itu MESTI menurunkan purdahnya(menutup wajahnya),yakni tidak membukanya(purdahnya).."
Ustazah check sendiri nanti ok..Wallahualam..
Saya pakai hp,tolong tag nama ustazah jap..terima kasih..


PERBAHASAN1:

Ahlam Hayati :

ust Ibnu Batoota Owsem sy telah melihat hampir kesemua kitab fiqh syafie dan sy akan sertakan perkataan para ulama' dlm kitab2 tersebut

1-dlm kitab iqna' (sprtimana yg ust syorkan kpd sy) m/s 222 syarih mengatakan "makhruh bg perempuan solat dlm keadaan berniqab, kecuali pada tmpt umum yg disana t'dpt org ajnabi yg tidak menjaga
pandangan"

2-dlm kitab almu'tamad fiqh syafie m/s211 syarih berkata "adapun aurat prmpuan dihadapan lelaki ajnabi ialah sepertimana yg dituntut dalam solat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn sekiranya aman dari fitnah"

3-dlm kitab majmu' jilid 3 m/s122 imam nawani berkata "qaul yg masyhur dlm mazhab kami sesungguhnya aurat wanita merdeka seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tgn" (kita sedia maklum imam nawani suka nyatakan dlm kitabnya qaul asah, qaul arjah, qaul rajih,gaul sahih,qaul azhar dan qaul mu'tamad)

4-dlm albisah wazinah m/s34 syarih telah menaqalkan ijma' para fuqaha' dgn berkata "ulama telah sepakat selain muka dan tangan adalah aurat yg haram dilihat oleh lelaki ajnabi dan ulama juga berijmak diatas keharaman melihat muka dan tapak tgn sekiranya bersyahwat"

5-dlm kitab mugni muhtaj m/s 257 syarih berkata "selain muka dan tapak tgn aurat wanita adalah seluruh badan berdasarkan firman Allah dlm surah annur:31"

6-dlm kitab fathul wahab m/s57 syarih berkata "aurat wanita adalah seluruh badan melainkan muka dan tgn krn keperluan berhajat ntuk menzahirkannya"

7-dlm kitab baijuri m/s216 syarih berkata "aurat perempuan dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tangan, adapun aurat wanita diluar solat seluruh badan"

8-dlm kitab dlm i'anah attalibin m/s113 sayrih berkata "aurat perempuan terbahagi kpd 4 :
i)dihadapan ajnabi seluruh bdn,
ii)dihadapan mahram dan ketika seorg diri diantara pusat dan lutut,
iii)dihadapan wanita kafir bahagian2 tertentu sahaja,
iv)dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tgn"

*sy telah dtgkan perkataan2 para ulama mazhab syafie dgn kitab mereka masing2 yg ada dlm simpanan sy dan sy tidak menemui qaul MUKTAMAD dlm mazhab syafie, yg ada cuma perbezaan pendpt. sy secara jujurnya bersetuju dgn pendpt mengatakan aurat perempuan dihadapan ajnabi adalah seluruh badani, namun sy sengaja dtgkan pendpt2 ulama dlm mazhab syafie ntuk kita lihat perbezan pndpt diantara mrk...trima kasih ust krn membuat sy terpikir sesuatu setelah meneliti pendpt2 para ulama'.. peace

Ibnu Batoota Owsem:

Ustazah ahlam:maaf ustazah,mcm ni ustzah,smua qaul yg ustzah bwakan tu ialah qaul utk "aurat dlm solat" dan smuanya diambil dari kitabus solah dlm stiap kitab yg ustazah sertakan,mnakala apabila ustzh bljr dan mngkaji dgn lebih mndalam,pbhsan aurat DI HADAPAN AJNABI dlm kitab mzhab syafie sbnrnya tltak dlm 'kitabun nikah' fasal nazor yakni ktika melihat calon dan bab yg bkaitannya,disna ustzh akn bertemu dgn fatwa muktmad dlm mzhab syafie bkenaan aurat wnita di hdpn lelaki ajnabi..
Bab aurat di hdpan ajnabi bkn tdpt dlm kitabus solah..Check kitab fathul mu'in ,kitabun nikah,fasal nazor,ada dinyatakn scara jelas bhwa kewajipan purdah bg wnita di hdpan lelaki ajnabi adalah qaul MuKTAMAD dlm mzhab mnakala qaul yg sbliknya adalah qaul DAIF..
Slmt mengkaji..

SOALAN: Bintu Senin ustaz,Ibnu USTAD Batoota Owsem kalau umrah dan haji ? masa tawaf tuh boleh tak bernqab ?

JAWAPAN:
Ibnu Batoota Owsem Bintu senin: boleh pakai niqab yg tidak melekat di wajahnya,kalau pnah pergi mekah,awk boleh nmpk rmai wnita solehah bmzhab syafie mgkin dari yaman mereka bertawaf smbil mmakai purdah tp purdahnya tidak melekat diwajah,mereka pkai sjenis topi mcm cap(yg ada lebihan kt depan utk tutup muka dari kepanasan matahari) yg mna kain ditrunkan di dpan cap tu,so wjhnya ttutup dan kain purdahnya x melekat di muka..
Kalau pkai purdah biasa yg ikat kt muka smsa ihram maka kena dam..sbb smsa ihram xleh tutup muka n tapak tgn,tp dibolehkan buat mcm yg sy trangkn kt ats ni.. Wallahualam..

PERBAHASAN 2:

Ahlam Hayati:
ok..ust Ibnu Batoota Owsem sy sudah pun meneliti pendpt2 ulama syafie serta kitab2 mrk dalam bab nikah berkenaan aurat wanita di hadapan ajnabi seperti berikut

1-kitab i'anah attalibin syarah bg fathul mu'in (yg ust sarankan kpd sy) m/s 259 musanif berkata "haram memandang wanita skalipun tidak bersyahwat serta aman dari fitnah diatas qaul yg muktamad, imam isnawi menukilkan dlm kitab ar-raudhah berkata "pendpt yg mengatakan boleh memandang muka dan tgn wanita ketika aman dari fitnah adalah pendpt yg lemah"

2-kitab kifayatul akhyar m/s 472 syarih berkata "haram memandang muka dan tangan sekiranya takut fitnah, sekiranya aman dari fitnah maka terdapat khilaf ulama tentangnya :
i) hukumnya tetap haram diatas qaul yg sahih,
ii) tidak haram- (imam haramain menetapkan qaul ini-tidak haram-kpd perkataan jumhur).

3-kitab majmu' jilid17 m/s 146 imam nawawi berkata "tidak harus memandang wanita ajnabi dgn tanpa sebab samada melihat auratnya atapun yg bukan auratnya (muka dan tangan) berdasarkan firman Allah dlm surah surah nur:30"

4-kitab mugni muhtaj jilid 3 m/s 167 syarih berkata "memandang wanita ajnabi yg aman dari fitnah dan tidak bersyawat ada dua pendapat
i) hukumnya haram diatas qaul yg sahih.
ii) tidak haram-telah ditetapkan oleh imam nawawi dan imam rafie bg kebanyakan ulama"

5-kitab baijuri m/s 141 syarih berkata "
i) hukumnya haram memandang wanita ajnabi temasuk memandang muka dan tangannya dgn tidak bersyahwat atau takut fitnah diatas qaul yg sahih,
ii)tidak haram berdasarkan dalil dlm surah nur:30 *syarih berkata lagi "qaul yg pertama(haram memandang) adalah muktamad tp tidak mengapa taklid qaul yg kedua(tidak haram)

*sy dah dtgkan perkataan para ulama' syafie tentang aurat wanita ajnabi dihadapan lelaki..apa yg sy paham dari perkataan ulama diatas, kesemuanya lebih mengkhususkan pandangan seseorg lelaki terhadap wanita ajnabi. dan ianya betepatan dgn firman Allah dlm surah nur ayat30 yg mana Allah memerintahkan agar tundukkan pandangan. lalu timbul pertanyaan dari benak sy kalaulah keseluruhan muka ditutup maka apakah bentuk gesaan supanya menyekatkan pandangan? maaf ust sy hanye terfikir cmtu..

Ibnu Batoota Owsem

Hehe..Mcm ni ustzh,perintah utk lelaki muslim ialah "tndukkan pndgn" dan tidak mliht kpd mna2 bhgian tbuh wnita tmsuk muka n tpk tgn,itu utk pmpuan2 kafir sbb mreka ni smua x tutup aurat,x pkai tdung,xpkai purdah..mnakala pmpuan muslim x tmsuk sbb mreka dh mmg diwjibkn tutup aurat dan bpurdah..
Mnakala printah utk pmpuan muslim plak ialah berpurdah supaya lelaki kafir x pndang wjah mreka(sbb hkum jgn pndg wjh wnita ni jtuh kpd lelaki muslim je,laki kafir ape dia kisah?)...
Jd ini lah keadilan islam..Yg laki tnduk pndgn,yg pmpuan plak tutup bdn..Knapa nk tnduk pndgn klu dh ttutup kan? Org2 pmpuan kafir plak mcm mna?bpurdah jgak ke diorg?
Dan org2 kafir laki plak cmne?diorg tnduk pdgn ke dri wjh2 muslimah yg cntik?(Klau laki muslim pun xdpt tndukkan pndgn drpd wjh muslimah2 yg cntik apatah lg org kafir?) Islam dah ckup adil dan smpurna..
Hmm..boleh sy tau ustzh bljr kt mdrsh mna?
Ibnu Batoota Owsem Lg satu ustzh kna tgk ialah smua qaul yg daif(yg mngtakan muka n tpk tgn bkn aurat) adalah BERSYARAT..
Iaitu "skiranya aman dari fitnah" maka slagi itu purdh x wjib(mngikut qaul daif)..
Bgitu juga qaul muktmd utk mzhab hanafi,hanbali dan maliki(rujuk fiqh ala mazahibil arbaah,syeikh abd rahman jaziri al-azhari) yg mngatakan muka n tpk tgn bkn aurat SELAGI AMAN DARI FITNAH.......
Dn ustzh tntu pnah bca hadis saidatina aisyah yg tlah berkata, "skiranya rasulullah mlihat kdaan wanita pd zmn ini(zmn aisyah msih hidup),tntu bginda akn halang wnita kluar wlaupun ke masjid!!"
Yg berkata mcm tu ialah aisyah,istri nabi,dan bliau juga sorg sahabiah,yg hdup di zmn khairal qurun,tp ftnah wanita tlah pun bmula smpai dia sgt yakin nbi akn hrmkn pmpuan kuar rumah klu nbi nmpak kdaan wnita zmn tu..
Kalau zmn khairul qurun pun dh tsebar ftnah wnita,skrg kita di zmn dajal ni masih aman dri ftnah?
Zmn yg mna atok rogol cucu,bpk rogol ank,abg rogol adik ni msih disbut zmn aman dari ftnah?
Kalau ada yg stju zmn ni zmn "aman dri ftnah" bmkna org tu mgkin org ashabul kahfi(hdup dlm gua,xtau dunia luar)..
Jd sy yakin ustzh stuju kita hdup di zmn ftnah,bmkna SEMUA QAUL dlm 4 mzhab tmsuk qaul daif mzhab syafie tlah bersepakat akan wajibnya berpurdah pd zmn ini...

Ibnu Batoota Owsem:

 Msa sy bca komen ustzh,sy dok tfkir sapa tu "syarih"?syeikh mna? Rupa2nya mksud ustazah "syaarih" iaitu isim fail kpd syarah..
Adoi la.. =.="
Kmi kt sni pkai istilah musannif je..

Ahlam Hayati

maaf ust Ibnu Batoota Owsem sy sebuk sket buat bahas..em sy sebelum ni blaja kisas xpernah pun blaja madrasah..sy dah baca komen ust dan sy jugak dah baca kitab fiqh ala mazahib al arba'ah yg dikarang oleh syeikh abdul rahman al juzairi mengenai pendpt2 mazhab tentang aurat wanita..sy dari awal lagi ckp yg sy setuju dgn pendpt yg mengatakan seluruh badan adalah aurat tanpa ada kecuali..sy xbermaksud nk panjangkan perbahasan ni cuma sy ingin nyatakan pendpt2 ulama syafie tentang masalah ni dan tambahan pulak disana terdpt khilaf. sy sebagai wanita sy ingin menkaji apa yg dimaksudkan oleh ulama' mengenai aurat wanita di hadapan ajnabi dan kewajipan berniqab. sbb sy yakin ulama yg mengatakan wajib berpurdah punyai alasan2 yg tersendiri begitu jugak ulama yg mengatakan tidak wajib punyai alasan2nya tersendiri. sy harap ust jgn sangka bukan2 kat sy ni ..sy akui sy xpunyai ilmu yg byk tp dlm masa yg sama sy cuba ntuk perbaiki diri dlm meningkatkan ilmu...dgn semangat persaudaran dan cintakan ilmu semoga kita mendpt keredhaan Allah... peace


Ibnu Batoota Owsem

Ustzh ahlam: ye,sy x kata ustzh nafikn perkara ni,ini cuma perbincgn ilmiah smata2,dan kalau ustzh bca btul2 komen sy kt ats tu,ulama2 yg kata "x wajib purdah" pun akn wjibkn jugak utk zmn,jd boleh kata kewajipan purdah ni tlah jd wajib bil ijma' fil mazhibil arba'ah..
Dan juga sy jwb psoalan ustzh ttg "kalau smua kna pkai purdah,mcm mna laki nk tnduk pndgn sdgkn allah arahkan laki tnduk pndgn?"..
Yg itu sy dh jwb kt ats,bhwa lelaki kna tnduk pdgn dri wnita kafir sbb mreka x tutup aurat dan x bpurdah..
Mnakala pmpuan plak wjib bpurdah drpd lelaki kafir sbb lelaki kafir matanya x kan tnduk thdp wnita2 muslim..
Jd syariat islam bkn utk jga org islam je,tp meliputi smua,fuqaha ni sgt genius,mreka kluarkn hkum bkn hnya tgk dalil,tp mreka tgk stiuasi smuanya,mantik,qias,keadaan msa hdpan,dan mcm2 lg mreka tgk,lps tu mreka solat istikhrh mtk ptnjuk,bru lah mreka kluarkn ftwa..
*berbeza jauh dgn ulama zmn skrg*

PERBAHASAN 3:

Ahlam Hayati :
alhamdulillah..sy memahami jawapan2 ust tu..semoga perbahasan ilmiah ini mendpt redha Allah, pasni sy xkan komen mengenai masalah niqab sbb sy sudah berpuas hati dgn natijah perbahasan ilmiah ini..sy dgn kerendahan hati memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa ye ust Ibnu Batoota Owsem...

Ibnu Batoota Owsem :

Wallahi sdikit pun ustzh x bkasar atau buat hati sy tgugat,sy hormat ustzh krana bermuzakarah mngikut disiplin ilmu yg bnar..
Sbb tu sy x layan klu org2 awam yg meraung2 xpuas ati dgn ssuatu hkum yg ditetapkn dlm islam,sbb klu sy jwb pun,itu tnda kbodohan sy sndiri sbb mlyan org yg x phm dsiplin ilmu,tp kpd para ilmuan spti ustzh,dpt sy trgkn dgn mudah dan ustzh juga dpt mmhaminya dgn mudah..
Alhmdulillah..Boleh tangguh mjlis dgn tsbih kifarah..

Saturday, May 18, 2013

Dakwah cara politik? adakah cara nabi??

telah berkata Imam Malk guru kepada imam Syafie "Org terkemudian dalam Ummat ini tidak akan sekali2 di Islah melainkan cara yang nabi guna untuk ubah Jahiliah"
ketika di mekkah Nabi buat dakwah Qauli. dengan Lisan "wahai manasia Ucaplah kamu Lailaha Il Allah kamu akan berjaya"
tp telah buat kaum Quraish takut sehingga tawarkan Nabi "adakah kamu wat dakwah untuk jadi raja kami akan jadikan kamu raja, adakah kerana wanita kami akan berikan kamu wanita yang cantik, adaka kerana harta kami akan jadikan kamu sebagai org kaya dengan syarat kamu tinggalkan dakwah" maka Nabi jawap
seandainay kamu letakan matahari di tngan kananku bulan di tangan kiri ku aku tidak sekali2 berhnti dari da'wah sama ada aku syahid atau agama tersebar"

ketika Allah berikan pemerintahan sebagai hadiyah..
maka itupun nabi wujudkan jemaah para sahabat Nabi yang akan pergi ke nagara2 keliling madinah ajak manusia kepada Islam..hnya secara lisan..

bila nabi telah di anugerakan kemngan mekkah
maka nabi telah wat dakwah
dngan hantar tntera yg bersnjata akan berikan tiga pilihan
"aslim taslim" bayar jizyah atau perang..

Nabi x perang masa di mekkah, bukan juga pada permulaan di madinah. hnya setelah fathul mekka..

lihat kejayaan Nabi..

setelah Hijrah perang badar 313 org
fathul mekkah 10 000 org
hajjatul wida 124 ribu sahabat.
ketika pemrintahan Umar r.a Parsi dan Rom di bebaskan.. (50 tahun dari Nabi di lantik jadi Nabi)

ketika di Mekkah x de siapa yg mnyangkakan Agama ini akan berkmbang ada yg Islam miskin di pulau. di pukul. di bunuh..
ketika di Madinah hidup dngan kemiskinan nabi ikat batu..

semua Islam bersaudara..
dosa pahala hak Allah..Nabi marah sahabat nabi yg rasa jijik dngan penzina yg di rejam..
sahabat Nabi x pernah membenci pndosa..

seornag Islam walaupun fasik adalah lebih baik dari seluruh org kafir..

seorg Islam yang ucapkan kalimah Lailahailallah dengan Ikhlas akan masyuk syurga..

ketua munafik Abdullah bin Ubai pun di kafankan secara Islam di kebuimikan secara Islam. Nabi kluarkan jasadnye dan mnyapukan air liur nabi kat seluruh badan dia..dan nabi istighfar untuknye sehingga Allah melarang..

Nabi dan sahabat nabi x hukum org yg terang2 munafik.. atau sebarang manusia sebagai munafik/fasik/kafir..

Allah tidak akan seksa atas kesalah dilakukan sebab kejahilan atau sebb terpaksa.

"Apa bila org Alim tidak smpaikan pada org jahil maka musibah akan turun dngan cepat"
"sahabat nabi tnya bagaimana jika org jahil x datang jumpa kami" maka nabi ulang balik. dan sahabat nabi tnya balik yg sama sbnyak 3 kali..
dan nabi mnjawap kamulah yang kena jumpa mereka..

seorg buta yg jalan di langgar org buta bukan di salahkan tapi org yang melihat yang akan di salahkan

kata Imam ghazali jika ada satu org yang lahir di kawasan yang tida ada siapa yang Islam dan dia mati dalam keadaan Kafir maka semua org Islam akan di pertangung jawapkan..

Ummat Islam bersauadar kita harus bersatu bukan sahaja di kampung di negri negara tapi seluruh dunia kena bersatu..

Jadi ada yang menasihat pemerintah bersama dalam perkara maruf melaps diri perkara mungkar.
ada yang mentang kerjaan sebb Zalim
ada yang x ambil politik..
masing2 ada pndangan masing2..
kita hormat satu sama lain..
Moga Allah bantu setiap manusia yang inginkan kejayaan Islam.. Ameen..