Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

menyingkap salah faham tentang Niqab

Ibnu Batoota Owsem
Ustazah ahlam,saya dah jumpa kenyataan saya dalam kitab iqna' tu,ada dalam bab solat,furu'nya fasal syarat,rukun dan sunat solat, diterjemahkan sebagai begini:
"Makruh hukumnya solat memakai pakaian yang terdapat gambar.Demikian juga makruh solat berselimut bagi lelaki dan solat memakai purdah bagi wanita.TERKECUALI apabila di tempat wanita itu solat ada ramai lelaki yang tidak mahu menjauhkan pandangan darinya(contohnya kat surau yang diorang bukak tirai/tabir),dalam keadaan demikian,wanita itu MESTI menurunkan purdahnya(menutup wajahnya),yakni tidak membukanya(purdahnya).."
Ustazah check sendiri nanti ok..Wallahualam..
Saya pakai hp,tolong tag nama ustazah jap..terima kasih..


PERBAHASAN1:

Ahlam Hayati :

ust Ibnu Batoota Owsem sy telah melihat hampir kesemua kitab fiqh syafie dan sy akan sertakan perkataan para ulama' dlm kitab2 tersebut

1-dlm kitab iqna' (sprtimana yg ust syorkan kpd sy) m/s 222 syarih mengatakan "makhruh bg perempuan solat dlm keadaan berniqab, kecuali pada tmpt umum yg disana t'dpt org ajnabi yg tidak menjaga
pandangan"

2-dlm kitab almu'tamad fiqh syafie m/s211 syarih berkata "adapun aurat prmpuan dihadapan lelaki ajnabi ialah sepertimana yg dituntut dalam solat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn sekiranya aman dari fitnah"

3-dlm kitab majmu' jilid 3 m/s122 imam nawani berkata "qaul yg masyhur dlm mazhab kami sesungguhnya aurat wanita merdeka seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tgn" (kita sedia maklum imam nawani suka nyatakan dlm kitabnya qaul asah, qaul arjah, qaul rajih,gaul sahih,qaul azhar dan qaul mu'tamad)

4-dlm albisah wazinah m/s34 syarih telah menaqalkan ijma' para fuqaha' dgn berkata "ulama telah sepakat selain muka dan tangan adalah aurat yg haram dilihat oleh lelaki ajnabi dan ulama juga berijmak diatas keharaman melihat muka dan tapak tgn sekiranya bersyahwat"

5-dlm kitab mugni muhtaj m/s 257 syarih berkata "selain muka dan tapak tgn aurat wanita adalah seluruh badan berdasarkan firman Allah dlm surah annur:31"

6-dlm kitab fathul wahab m/s57 syarih berkata "aurat wanita adalah seluruh badan melainkan muka dan tgn krn keperluan berhajat ntuk menzahirkannya"

7-dlm kitab baijuri m/s216 syarih berkata "aurat perempuan dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tangan, adapun aurat wanita diluar solat seluruh badan"

8-dlm kitab dlm i'anah attalibin m/s113 sayrih berkata "aurat perempuan terbahagi kpd 4 :
i)dihadapan ajnabi seluruh bdn,
ii)dihadapan mahram dan ketika seorg diri diantara pusat dan lutut,
iii)dihadapan wanita kafir bahagian2 tertentu sahaja,
iv)dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tgn"

*sy telah dtgkan perkataan2 para ulama mazhab syafie dgn kitab mereka masing2 yg ada dlm simpanan sy dan sy tidak menemui qaul MUKTAMAD dlm mazhab syafie, yg ada cuma perbezaan pendpt. sy secara jujurnya bersetuju dgn pendpt mengatakan aurat perempuan dihadapan ajnabi adalah seluruh badani, namun sy sengaja dtgkan pendpt2 ulama dlm mazhab syafie ntuk kita lihat perbezan pndpt diantara mrk...trima kasih ust krn membuat sy terpikir sesuatu setelah meneliti pendpt2 para ulama'.. peace

Ibnu Batoota Owsem:

Ustazah ahlam:maaf ustazah,mcm ni ustzah,smua qaul yg ustzah bwakan tu ialah qaul utk "aurat dlm solat" dan smuanya diambil dari kitabus solah dlm stiap kitab yg ustazah sertakan,mnakala apabila ustzh bljr dan mngkaji dgn lebih mndalam,pbhsan aurat DI HADAPAN AJNABI dlm kitab mzhab syafie sbnrnya tltak dlm 'kitabun nikah' fasal nazor yakni ktika melihat calon dan bab yg bkaitannya,disna ustzh akn bertemu dgn fatwa muktmad dlm mzhab syafie bkenaan aurat wnita di hdpn lelaki ajnabi..
Bab aurat di hdpan ajnabi bkn tdpt dlm kitabus solah..Check kitab fathul mu'in ,kitabun nikah,fasal nazor,ada dinyatakn scara jelas bhwa kewajipan purdah bg wnita di hdpan lelaki ajnabi adalah qaul MuKTAMAD dlm mzhab mnakala qaul yg sbliknya adalah qaul DAIF..
Slmt mengkaji..

SOALAN: Bintu Senin ustaz,Ibnu USTAD Batoota Owsem kalau umrah dan haji ? masa tawaf tuh boleh tak bernqab ?

JAWAPAN:
Ibnu Batoota Owsem Bintu senin: boleh pakai niqab yg tidak melekat di wajahnya,kalau pnah pergi mekah,awk boleh nmpk rmai wnita solehah bmzhab syafie mgkin dari yaman mereka bertawaf smbil mmakai purdah tp purdahnya tidak melekat diwajah,mereka pkai sjenis topi mcm cap(yg ada lebihan kt depan utk tutup muka dari kepanasan matahari) yg mna kain ditrunkan di dpan cap tu,so wjhnya ttutup dan kain purdahnya x melekat di muka..
Kalau pkai purdah biasa yg ikat kt muka smsa ihram maka kena dam..sbb smsa ihram xleh tutup muka n tapak tgn,tp dibolehkan buat mcm yg sy trangkn kt ats ni.. Wallahualam..

PERBAHASAN 2:

Ahlam Hayati:
ok..ust Ibnu Batoota Owsem sy sudah pun meneliti pendpt2 ulama syafie serta kitab2 mrk dalam bab nikah berkenaan aurat wanita di hadapan ajnabi seperti berikut

1-kitab i'anah attalibin syarah bg fathul mu'in (yg ust sarankan kpd sy) m/s 259 musanif berkata "haram memandang wanita skalipun tidak bersyahwat serta aman dari fitnah diatas qaul yg muktamad, imam isnawi menukilkan dlm kitab ar-raudhah berkata "pendpt yg mengatakan boleh memandang muka dan tgn wanita ketika aman dari fitnah adalah pendpt yg lemah"

2-kitab kifayatul akhyar m/s 472 syarih berkata "haram memandang muka dan tangan sekiranya takut fitnah, sekiranya aman dari fitnah maka terdapat khilaf ulama tentangnya :
i) hukumnya tetap haram diatas qaul yg sahih,
ii) tidak haram- (imam haramain menetapkan qaul ini-tidak haram-kpd perkataan jumhur).

3-kitab majmu' jilid17 m/s 146 imam nawawi berkata "tidak harus memandang wanita ajnabi dgn tanpa sebab samada melihat auratnya atapun yg bukan auratnya (muka dan tangan) berdasarkan firman Allah dlm surah surah nur:30"

4-kitab mugni muhtaj jilid 3 m/s 167 syarih berkata "memandang wanita ajnabi yg aman dari fitnah dan tidak bersyawat ada dua pendapat
i) hukumnya haram diatas qaul yg sahih.
ii) tidak haram-telah ditetapkan oleh imam nawawi dan imam rafie bg kebanyakan ulama"

5-kitab baijuri m/s 141 syarih berkata "
i) hukumnya haram memandang wanita ajnabi temasuk memandang muka dan tangannya dgn tidak bersyahwat atau takut fitnah diatas qaul yg sahih,
ii)tidak haram berdasarkan dalil dlm surah nur:30 *syarih berkata lagi "qaul yg pertama(haram memandang) adalah muktamad tp tidak mengapa taklid qaul yg kedua(tidak haram)

*sy dah dtgkan perkataan para ulama' syafie tentang aurat wanita ajnabi dihadapan lelaki..apa yg sy paham dari perkataan ulama diatas, kesemuanya lebih mengkhususkan pandangan seseorg lelaki terhadap wanita ajnabi. dan ianya betepatan dgn firman Allah dlm surah nur ayat30 yg mana Allah memerintahkan agar tundukkan pandangan. lalu timbul pertanyaan dari benak sy kalaulah keseluruhan muka ditutup maka apakah bentuk gesaan supanya menyekatkan pandangan? maaf ust sy hanye terfikir cmtu..

Ibnu Batoota Owsem

Hehe..Mcm ni ustzh,perintah utk lelaki muslim ialah "tndukkan pndgn" dan tidak mliht kpd mna2 bhgian tbuh wnita tmsuk muka n tpk tgn,itu utk pmpuan2 kafir sbb mreka ni smua x tutup aurat,x pkai tdung,xpkai purdah..mnakala pmpuan muslim x tmsuk sbb mreka dh mmg diwjibkn tutup aurat dan bpurdah..
Mnakala printah utk pmpuan muslim plak ialah berpurdah supaya lelaki kafir x pndang wjah mreka(sbb hkum jgn pndg wjh wnita ni jtuh kpd lelaki muslim je,laki kafir ape dia kisah?)...
Jd ini lah keadilan islam..Yg laki tnduk pndgn,yg pmpuan plak tutup bdn..Knapa nk tnduk pndgn klu dh ttutup kan? Org2 pmpuan kafir plak mcm mna?bpurdah jgak ke diorg?
Dan org2 kafir laki plak cmne?diorg tnduk pdgn ke dri wjh2 muslimah yg cntik?(Klau laki muslim pun xdpt tndukkan pndgn drpd wjh muslimah2 yg cntik apatah lg org kafir?) Islam dah ckup adil dan smpurna..
Hmm..boleh sy tau ustzh bljr kt mdrsh mna?
Ibnu Batoota Owsem Lg satu ustzh kna tgk ialah smua qaul yg daif(yg mngtakan muka n tpk tgn bkn aurat) adalah BERSYARAT..
Iaitu "skiranya aman dari fitnah" maka slagi itu purdh x wjib(mngikut qaul daif)..
Bgitu juga qaul muktmd utk mzhab hanafi,hanbali dan maliki(rujuk fiqh ala mazahibil arbaah,syeikh abd rahman jaziri al-azhari) yg mngatakan muka n tpk tgn bkn aurat SELAGI AMAN DARI FITNAH.......
Dn ustzh tntu pnah bca hadis saidatina aisyah yg tlah berkata, "skiranya rasulullah mlihat kdaan wanita pd zmn ini(zmn aisyah msih hidup),tntu bginda akn halang wnita kluar wlaupun ke masjid!!"
Yg berkata mcm tu ialah aisyah,istri nabi,dan bliau juga sorg sahabiah,yg hdup di zmn khairal qurun,tp ftnah wanita tlah pun bmula smpai dia sgt yakin nbi akn hrmkn pmpuan kuar rumah klu nbi nmpak kdaan wnita zmn tu..
Kalau zmn khairul qurun pun dh tsebar ftnah wnita,skrg kita di zmn dajal ni masih aman dri ftnah?
Zmn yg mna atok rogol cucu,bpk rogol ank,abg rogol adik ni msih disbut zmn aman dari ftnah?
Kalau ada yg stju zmn ni zmn "aman dri ftnah" bmkna org tu mgkin org ashabul kahfi(hdup dlm gua,xtau dunia luar)..
Jd sy yakin ustzh stuju kita hdup di zmn ftnah,bmkna SEMUA QAUL dlm 4 mzhab tmsuk qaul daif mzhab syafie tlah bersepakat akan wajibnya berpurdah pd zmn ini...

Ibnu Batoota Owsem:

 Msa sy bca komen ustzh,sy dok tfkir sapa tu "syarih"?syeikh mna? Rupa2nya mksud ustazah "syaarih" iaitu isim fail kpd syarah..
Adoi la.. =.="
Kmi kt sni pkai istilah musannif je..

Ahlam Hayati

maaf ust Ibnu Batoota Owsem sy sebuk sket buat bahas..em sy sebelum ni blaja kisas xpernah pun blaja madrasah..sy dah baca komen ust dan sy jugak dah baca kitab fiqh ala mazahib al arba'ah yg dikarang oleh syeikh abdul rahman al juzairi mengenai pendpt2 mazhab tentang aurat wanita..sy dari awal lagi ckp yg sy setuju dgn pendpt yg mengatakan seluruh badan adalah aurat tanpa ada kecuali..sy xbermaksud nk panjangkan perbahasan ni cuma sy ingin nyatakan pendpt2 ulama syafie tentang masalah ni dan tambahan pulak disana terdpt khilaf. sy sebagai wanita sy ingin menkaji apa yg dimaksudkan oleh ulama' mengenai aurat wanita di hadapan ajnabi dan kewajipan berniqab. sbb sy yakin ulama yg mengatakan wajib berpurdah punyai alasan2 yg tersendiri begitu jugak ulama yg mengatakan tidak wajib punyai alasan2nya tersendiri. sy harap ust jgn sangka bukan2 kat sy ni ..sy akui sy xpunyai ilmu yg byk tp dlm masa yg sama sy cuba ntuk perbaiki diri dlm meningkatkan ilmu...dgn semangat persaudaran dan cintakan ilmu semoga kita mendpt keredhaan Allah... peace


Ibnu Batoota Owsem

Ustzh ahlam: ye,sy x kata ustzh nafikn perkara ni,ini cuma perbincgn ilmiah smata2,dan kalau ustzh bca btul2 komen sy kt ats tu,ulama2 yg kata "x wajib purdah" pun akn wjibkn jugak utk zmn,jd boleh kata kewajipan purdah ni tlah jd wajib bil ijma' fil mazhibil arba'ah..
Dan juga sy jwb psoalan ustzh ttg "kalau smua kna pkai purdah,mcm mna laki nk tnduk pndgn sdgkn allah arahkan laki tnduk pndgn?"..
Yg itu sy dh jwb kt ats,bhwa lelaki kna tnduk pdgn dri wnita kafir sbb mreka x tutup aurat dan x bpurdah..
Mnakala pmpuan plak wjib bpurdah drpd lelaki kafir sbb lelaki kafir matanya x kan tnduk thdp wnita2 muslim..
Jd syariat islam bkn utk jga org islam je,tp meliputi smua,fuqaha ni sgt genius,mreka kluarkn hkum bkn hnya tgk dalil,tp mreka tgk stiuasi smuanya,mantik,qias,keadaan msa hdpan,dan mcm2 lg mreka tgk,lps tu mreka solat istikhrh mtk ptnjuk,bru lah mreka kluarkn ftwa..
*berbeza jauh dgn ulama zmn skrg*

PERBAHASAN 3:

Ahlam Hayati :
alhamdulillah..sy memahami jawapan2 ust tu..semoga perbahasan ilmiah ini mendpt redha Allah, pasni sy xkan komen mengenai masalah niqab sbb sy sudah berpuas hati dgn natijah perbahasan ilmiah ini..sy dgn kerendahan hati memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa ye ust Ibnu Batoota Owsem...

Ibnu Batoota Owsem :

Wallahi sdikit pun ustzh x bkasar atau buat hati sy tgugat,sy hormat ustzh krana bermuzakarah mngikut disiplin ilmu yg bnar..
Sbb tu sy x layan klu org2 awam yg meraung2 xpuas ati dgn ssuatu hkum yg ditetapkn dlm islam,sbb klu sy jwb pun,itu tnda kbodohan sy sndiri sbb mlyan org yg x phm dsiplin ilmu,tp kpd para ilmuan spti ustzh,dpt sy trgkn dgn mudah dan ustzh juga dpt mmhaminya dgn mudah..
Alhmdulillah..Boleh tangguh mjlis dgn tsbih kifarah..

No comments:

Post a Comment