Search This Blog

Friday, January 13, 2012

Apa itu TAKDIR? (Soal Hati….)

hari ni aku nak try tulis sebuah cerpen fiction untuk mencungkil bakat
terpendam aku ...terimalah fiction pertama aku, bertajuk:

PEMBUNUH USTAZ…!!!

Di sebuah surau yang berwarna hijau.. kelihatan seorang lelaki sedang meng’vakum’ karpet yang berwarana hijau juga..tiba-tiba datang satu orang lelaki memberi salam.. oleh kerana bunyi penyedut habuk tu kuat sangat, maka lelaki ni terpaksa menjerit dengan kuat!!!
Bila suis vakum di matikan, suasana sunyi sepi… dan terdengarlah perbualan anatara dua lelaki ini..

Pemuda yang bagi salam tadi:
Awak ustaz Ali?

Orang yang vakum tu jawab:
Ya saya, kenapa?

Pemuda :
Saya ada masalah dan nak tanya ustaz sikit…

Ustaz Ali:
Saya sibuk ni.. besar ke masalah awak..?

Pemuda:
Saya ni dah banyak bunuh orang, saya nak bertaubat, adakah Allah terima taubat saya?

Ustaz tu diam sekejap…kemudian ustaz tu senyum, barangkali pemuda ini bergurau agaknya, mana ada orang di zaman ini yang senang senang nak mengaku membunuh?

Lalu ustaz tu jawab:
Boleh, …, oleh sebab kau dah biasa membunuh, Ustaz rasa jika kau bunuh kerajaan kita yang zalim ini, yang banyak menyusahkan rakyat.. tentu Allah terima taubat kamu!!!

(bayangkan bunyi tembakan pistol…BANG!)

Seorang lelaki keluar dengan air mata.. di dalam surau itu, kelihatan sekujur tubuh seorang ustaz yang berkecai kepalanya akibat di tembak dengan jarak dekat…

Tajuk akhbar keesokkannya:
USTAZ DI TEMBAK DALAM MASJID...

Selang beberapa hari kemudian ada beberapa orang ustaz lagi yang mati di bunuh… tak kira ustaz tu dari parti pembangkang atau parti kerajaan… semuanya menjadi mayat akibat di tembak dari jarak dekat… kenapa dan mengapa?, masih menjadi persoalan…

Ok, aku stop cerita tu dulu, jap lagi aku sambung balik… pasal ada benda yang sangat penting aku nak kongsi merangkap nak tanya korang semua yang jauh lebih terer, alim dan beriman berbanding dengan aku yang jahil lagi hina dan dina ini..

Hari ni aku terima email dari sahabat lama…aku copy/paste kat sini:

----------------------
***
Hamka,

Ingat aku lagi tak? Nih aku ada kemusykilan lagi nih... (nak mencari ustaz banyak sangat alasan... hang tau memana tokoh agama punya mail? senang sikit aku tanyakan... mufti Perak ke? hehehe)Ada orang tanya, Allah dah tetapkan segala aturan alam. Naik turun matahari, pasang surut ombak.

Dan jugak kalau sesuatu terjadi kepada kita, semuanya adalah ketentuan Allah. Yang baik mahupun yang buruk. Dia tanya, kalo dah macam tu, kenapa kita mesti dipersalahkan atas dosa kita? Sedangkan Allah yang menentukan segala-galanya? Allah dah tentukan apa yang kita akan buat, apa yang akan jadi.

Kenapa masih ada syurga dan neraka Allah (ataupun sebenarnya Allah dah menentukan sapa yang masuk syurga / neraka)? sebab ada beberapa firman "... bagi hamba yang dikehendakiNya" Aku tak tau nak jawab sebab aku pun konfius.

Aku pun masih tak paham halnya qada' dan qadar Allah nih. AKu tau ko penah buat posting pasal nih tapi aku tak paham. Langsung tak paham. Aku takut aku makin terpesong nih. Banyak lagi persoalan nya tapi baguih kalo hang dapat jawab yang paling besar nih dulu... sebab aku rasa ramai orang yg masih tak paham.

Alhamdulillah selagi iman aku masih ada, aku yakin dengan ketentuan Allah dan kebijaksanaan Allah di atas setiap perkara dan masih menerima kesilapan aku dan dosa atas diri aku kalau aku yg buat dosa tuh. Aku cuma takut...manalah tau, na'uzubillah satu hari nanti aku akan terpesong dan hilang nikmat iman... apa lagi justifikasi aku pada diri aku masa tuh? Ko paham ke nih apa aku cakap nih?

Wasallam..
***

--------------
aku kata:

Begitulah isi emailnya lebih kurang, sungguh sedih..isk..isk.., aku mengaku bila bab2 takdir, aku tersangat tak pandai… Aku rasa sangat susah nak terangkan secara bertulis… oh.. secara lisan pun payah!!!
Seorang member aku pernah jadi sesat bila belajar bab takdir, sekarang langsung tak solat, dia kata Allah dah tetap dia tak solat..cis!!, terasa nak lepaskan sarang kerengga kat badan dia lalu berpesan : “ jangalah engkau garu, sebab Allah dah tetapkan yang kau akan gatal..ish..ish….. “
Arghh, lupakan jugak dia sekejap, Sekarang aku nak mintak tolong kat korang semua yang aku sayangi … nak mintak tolong aku mencari jawapan!!!

Aku rasa tentu ada antara korang yang anak ustaz, atau adik ustaz, suami ustaz, eh suami ustazah, bini ustaz, aweks ustaz atau pun korang memang ustaz.. tolonglah bagitahu aku yang bodoh lagi jahil ini akan jawapan secara ilmiah kat sini atau email.. tolonglah… isk..isk..

Sementara menunggu ustaz atau ulamak jawab soalan tu… atau sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan, menjawab soalan tu…(oi..hamka, ustaz mana yang ada masa nak melayan blog merepek engkau?-.aku berburuk sangka.oh..) atau korang yang bijaksana lagi bijaksini jawab soalan tu.. biarlah aku yang bodoh-bodoh alang dalam ugama ni cuba jawab lebih kurang (saya perasan pandai..oh)…

Oleh kerana aku bukan ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan,.. maka yang baik jadikanlah tauladan, yang buruk jadikanlah sempadan, atau jika korang masih tak berpuas hati dan terasa nak kutuk aku, maka silalah berbuat demikian… amalan kebaikkan aku tak adalah banyak sangat..oh, sesekali ada orang mengumpat, mengutuk atau mengeji, bertambah tebal sikit buku amalan aku hendaknya.. lagipun aku tak nak pahala pembaca blog aku ni jatuh ke tangan orang lain, baik korang umpat aku.. boleh jugak pahala korang kat aku ha ha ha!

Berbalik pasal takdir sebenarnya dah ada dua golongan yang telah membuat kesilapan yang besar (saya perasan betul),
pertama golongan jabariah dan kedua golongan kadariah, betul tak fakta aku ni?

Atau lebih senang nak faham satu golongan yang yakin semuanya dari Allah lalu tak payah buat-apa apa kerana dah di takdirkan, shurga pahala, apa nak susah-susah?
Manakala satu lagi yang yakin semuanya dari kita sendiri .. siapa usaha dia dapat, siapa tak usaha dia tak dapat..ni banyak orang kapirlah nie…
Jadi kesimpulannya kedua-duanya adalah salah!! (saya perasan betul dan pandai..oh..)

Sebenarnya aku takut nak tulis kerana takut salah, tapi jika aku tak tulis dah tentu aku salah kerana takde orang yang tahu aku betul atau salah..oh, maka aku tulis apa yang aku rasa tak salah, namun sekiranya ada yang salah, silalah betulkan..silalah!!!

Ok, untuk menjawab tentang takdir..

Biarlah aku bermula dengan lafaz bismillahirahmanirahhim..
Mintak ampun maaf kat korang jika tak dapat memberi jawapan atau gambaran yang tepat, mintak ampun dengan linangan air mata kepada Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang…

---------------

Dalam dunia ini ada dua perkara yang berlegar di sekeliling kita,iaitu:
-Sunnatullah
-Kudratullah

1- Sunnatullah bermaksud Qadak dan Qadar, seperti contoh, buat baik dapat baik, buat jahat dapat jahat, atau seperti gula yang manis, garam yang masin maka benda benda tu di kenali sebagai asbab, maka ini adalah sunahtullah.. iaitu ketentuan Allah..

2- Kudratullah pula adalah kuasa mutlak dari Allah tanpa asbab seperti Allah jadikan matahari, Allah jadikan setan atau Allah jadikan kita manusia.. ini adalah takdir Allah, Alhamdulilah Allah jadikan korang manusia, Allah boleh jadikan korang batu api neraka atau Allah jadikan korang sebagai setan,, walaubagaimanapun, Allah telah mengtakdirkan korang dan aku menjadi manusia.. ini adalah kudrat Allah…

Org yg tak faham dengan takdir Allah, bila berlaku sesuatu dalam hidup dia, maka imannya akan rosak, sebab dia belum kenal Allah, belum kenal kehendak Allah…bila harga barang naik dia terus marah2, bila rumah dia naik air(banjir) terus marah2, terus tunding jari, terus nampak(khayshaf) keburukkan org lain, terus tunjuk perasaan seperti org yg takde tuhan yg membuatkan iman dia rosak,
Macam anjing yg bodoh, bila org baling kayu, digigitnya kayu…lepas tu baling batu kat dia, anjing bodoh tu gigit pulak batu tu, anjing tu gigit ngan marah dan anggap dia telah buat keputusan yg bijak, bodoh sebenarnya, last2 org tembak ngan peluru baru mampus!
Begitu jugak manusia hari ini, lupa pada takdir, lupa pada qada dan qadar, bila datang sesuatu ujian, terus serang, mogok dan tunjuk perasan, buat seolah2 Allah takde , menentang dangan cara yg salah…
(sampai bila korang nak gigit kayu dan batu!)

Sebenarnya bila malaikat di perintahkan oleh Allah untuk ditiupkan roh kedalam jasad korang dalam perut mak korang, maka pada masa itu juga telah tertulis rezeki korang banyak mana, korang kahwin dengan sape, bila tarikh korang jadi mayat, berapa banyak amalan korang yang baik dan yang jahat semuanya di tulis.. bermakna jika korang ada ijazah tapi masih still menanggur, atau korang muka cun tapi takde pakwe .., atau korang minat gila siti tapi siti kahwin dengan datik K, atau korang sihat tiba tiba menjadi mayat, tak payahlah nak berserabut fikir buang masa duduk termenung menggigit meja..semuanya sudah di takdirkan oleh Allah…

(aku harap korang baca sampai habis-takut salah faham-lalu bertanya: , kalau dah macam tu, kenapa kita mesti dipersalahkan atas dosa kita? Sedangkan Allah yang menentukan segala-galanya? Allah dah tentukan apa yang kita akan buat, apa yang akan jadi. Kenapa masih ada syurga dan neraka?)

Sekejap, jangan buat kenyatan berdasarkan nafsu serakah lagi, guna otak....relax, biar aku explain (saya perasan bijak)

Untuk memudahkan korang semua, aku pecahkan entry ini kepada 4 bahagian, iaitu:

1-KETETAPAN

2-PILIHAN

3-SOAL HATI

4-NIAT

Ok, kita pergi pada bab ketetapan dulu.. biar korang faham pasal rezeki, jodoh, menjadi mayat dll adalah sudah di tetapkan Allah…

-------------------------------
1. KETETAPAN..

Pasal ketetapan aku pecah pulak pada 3, iaitu :
Rezeki,
Maut,
Jodoh
Mula mula aku cerita pasal ketetapan REZEKI…

Pada suatu hari seorang lelaki yang tidak percaya kepada takdir telah pergi berjumpa dengan Nabi sulaiman a.s dan bertanya, ada tak makanan yang bukan rezeki dia, tapi dia nak makan… ?
Maka Nabi sulaiman a.s telah bagi satu kacang sambil menyatakan bahawa kacang ini adalah rezeki ayam di sebuah tempat yang amat jauh… macam Malaysia dengan libya katakan..
Maka si mamat ni ketawa terbahak-bahak lalu makan kacang tu… untuk membuktikan bahawa rezeki kacang tu adalah milik dia dan bukan milik ayam seperti yang di takdirkan Allah, belum sempat dia telan atau kunyah makanan tu, oleh kerana terlalu banyak ketawa, maka kacang itu telah terperosok ke dalam hidung..

Ps: teringat aku pasal lawak tercekik tulang, bila aku juga ketawa sambil nasi penuh dalam mulut, ada nasi yang naik ke hidung..oh!!!

Sambung cerita, oleh kerana kacang itu agak besar (barangkali), maka si pemuda ini telah menderita kerana kacang yang tersumbat dalam hidungnya tidak dapat di keluarkan walaupun telah di gunakan berbagai-bagai cara!! Maka ramai orang telah menasihati pemuda itu supaya pergi ke tempat yang jauh macam ‘Libya’ tu… kerana di situ tinggalnya doctor pakar sakit hidung, oleh yang demikian, demi hidung dan hidup yang sihat, maka si mamat ni pergilah ke ‘libya’ tu…
Di pendekkan cerita setelah doctor di sana memberi satu ramuan yang berbau ‘tengit’ lebih kurang , maka si pemuda itu pun bersinlah dan kacang telah keluar lalu jatuh ke dalam semak berhampiran klinik itu…
Pada masa yang sama ada seekor ayam yang sedang mencari-cari makanan sambil mengais-ngais di sekitar semak, lalu si pemuda itu lekas-lekas masuk semak dan cari kacang tu, maka berlumba lumbalah si pemuda itu dan ayam mencari kacang.. dan seperti takdir tuhan, ayam yang jumpa dan terus makan kacang tu!!! Ha ha ha!
Maka insaflah si mamat ni kerana benarlah bahawa rezeki memang dah di tetapkan oleh Allah..

Maka pada korang yang yakin dengan adanya ilmu dunia maka hidup korang akan senang, atau mudah dapat rezeki, maka itu adalah kefahaman yang salah (saya perasan betul lagi..oh) huh, aku dah banyak menyaksikan ketentuan Allah ni, siti nurhaliza, mawi yang tak masuk U boleh jadi jutawan, yang masuk U merempat di jalanan, bukan aku nak kata salah korang belajar tinggi-tinggi atau nak bagi galakkan kat adik2 di sekolah supaya abaikan pelajaran, bodohlah aku buat statement demikian dan bodohlah korang jika faham demikian, aku tak kata salah belajar tinggi, tapi yakin dengan adanya ilmu hidup korang akan senang, negara akan berjaya.. duit akan dapat di kuasai, itu dah jadi syirik namanya, sebab yakin selain dari Allah boleh bagi manafaat…

Apa yang aku nak bagitahu sebenarnya yang gagal masuk U janganlah bunuh diri!!! Allah dah takdirkan korang tak berjaya, yang tak berduit, yang miskin.. relaxlah, shurga ni dunia orang kapir, jangan berebut dengan mereka, Allah bagitahu jika kamu nak dunia kamu pergilah ambik, tapi kamu akan dapat apa yang Allah tetapkan sahaja… itulah takdir…

ingat!, REZEKI AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

-----------
Ok, masuk bab kedua, bab ketetapan menjadi mayat…
Aku bagi cerita lain pulak, satu hari nabi Sulaiman a.s buat satu jamuan makan, lalu di jemputnya semua sahabat2 dia, tapi ada pulak baginda punya sahabat, satu orang yang tak makan.. masa nak balik kena salam dulu ngan tuan rumah, maka bila bersalam, Nabi sulaiman as tanya sedap tak makanan tadi?, si hamba Allah ni serba salah sebab dia tak makan, nak cakap tak makan takut kecik hati pulak nabi sulaiman as , nak menipu -berdosa, apatah lagi Nabi sulaiman ada banyak mukjizat ,

Maka si hamba Allah ni pun berterus terang(lebih kurang)
Saya memang nak makan tapi baru jer nak suap ada sorang hamba Allah duduk depan saya sambil merenung tepat ke mata saya, serba salah jadinya.. renungan matanya sugguh tajam buat saya hilang selera, dan sampai majlis habis, dia masih memandang saya, macamana saya nak makan?, sekarangpun dia masih merenung saya.. gelisah betul!!

Maka Nabi Sulaiman a.s bertanya mana orang tu?, bila di tunjuk memang orang tu masih ada kat situ sambil merenung ke arah sahabat tadi, maka Nabi sulaiman bagitahu itu adalah malaikat maut!!!
Maka si sahabat ini mintak jasa baik nabi Sulaiman a.s hantar dia ke tempat yang tak ada orang, maka Nabi sulaiman a.s suruh dia pejam mata sambil pegang jubah baginda, bila dah letih pejam mata, bukaklah mata, maka sahabat ini pun buat, pegang jubah dan pejam mata, bila dah agak lama dia pun bukak mata.. memang dia duduk kat tempat yang takde orang, kat sebuah padang pasir..tapi malaikat maut sajer yang ada kat depan dia sambil tersenyum…

Berkata malaikat maut…lebih kurang maksud:
Hari ini Allah perintahkan aku ambil nyawa kamu di tempat yang tak ada orang, tapi bila aku turun jumpa kamu, aku terkejut kerana kamu berada di tempat yang ramai orang dan kamu pulak nak makan, sedangkan hari ini rezeki kamu dah takde, tapi sekarang baru aku boleh ambil nyawa kamu, kerana di sinilah tempatnya kamu patut mati…

Jadi kepada korang semua, waktu korang akan jadi mayat atau bagaimana korang jadi mayat, tak payahlah nak serabut-serabut fikir, Allah dah tetap dah, tapi janganlah pulak lepas ni tak nak ikat tali pinggang kaledar sebab maut dah tetap, buat usaha untuk selamatkan diri adalah perintah Allah, tapi yakin dengan usaha diri sendiri boleh selamat, maka itu adalah salah!!!
Jika semua penjahat dan pengganas atau tentera israel berkumpul nak bunuh korang, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua doctor, bomoh, pawang, dukun, tok batin dan ahli farmasi berkumpul untuk bagi nyawa korang panjang, mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah takdir…

Pendek kata semua oarng akan jadi mayat, walaupun isteri korang doctor, anak anakpun doctor, menantu tok bomoh, depan rumah ada farmasi, belakang rumah ada hospital, berjiran pulak dengan penjual mesin jangka hayat bla bla bla… korang tetap akan jadi mayat yang busuk dan berulat!!!!

------------------
OK, satu lagi, banyak gadis gadis email aku tanya solalan nie.. bab jodoh…
Biar aku cerita sikit serba ringkas.. bab ketetapan jodoh

Ini juga berlaku di zaman Nabi Sulaiman a.s, seekor burung garuda yang tidak percaya dengan takdir telah cuba memisahkan jodoh seorang puteri dengan anak raja, maka setelah di bagitahu jodoh seorang puteri untuk masa hadapan maka si garuda ini telah mengculik sang puteri lalu menyembunyikan di sebuah pulau untuk satu tempoh yang lama, pada suatu hari sang puteri teringin nak makan sejenis buah yang besar(aku lupa nama buah tu).. maka si garuda pun terbang dan terjumpa satu buah yang besar sedang hanyut dalam laut, maka bila di hidangkan pada puteri, maka sang puteri jadikan buah itu sebagai rumah,

Di pendekkan cerita bila dah berlalu satu tempoh yang patut puteri tu kahwin, maka si garuda ini telah bawa buah itu yang puteri duduk kat dalam kepada Nabi Sulaiman a.s .. sambil bagitahu bahawa dia telah berjaya mengubah takdir, tapi alangkah terkejutnya si garuda ini bilamana dalam buah itu sudah ada sang putera.. aku pendekan cerita, rupa-rupanya putera raja ini telah mencari sang puteri dan buat bahtera daripada buah yang puteri tu suka makan…fakir sendiri cerita cinta ini, korang kan suka barangan? He he he

Sebab tu bila Awie bercinta dengan Erra dalam ‘sembilu’, sebab dah takde jodoh, erra kahwin dengan orang lain bla bla bla… maka tak payahlah korang nak bunuh diri bila aweks atau balaks korang blah dan kahwin dengan makluk lain..kahwin dengan datok K, tak payah!!!!

sebab, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

Orang yang paling faham tentang takdir.. dah tentulah sahabat sahabat Nabi SAW.
Aku cerita balik,
Seorang yahudi jumpa Nabi dan mintak izin untuk uji iman sahabat, maka Nabi benarkan, lalu org yahudi ni telah duduk depan masjid dan menunggu kedatangan sahabat2.

pendek cerita:Abu bakar r.a datang ke masjid dan org yahudi ni tumbuk dia, tapi abu bakar hanya berlalu sahaja. (semuanya dari Allah, sudah ketetapan Allah)

Kemudian datang Saidina umar,r.a pun di tumbuk oleh org yahudi, Saidina umar hanya melihat sahaja dan masuk masjid.

Kemudian datang pulak saidina usman r.a juga ditumbuk, saidina usman sempat bertanya kenapa tumbuk? Belum sempat org yahudi tu jawab, Usman r.a telah masuk ke masjid.

Akhir sekali datang saidina Ali r.a, juga ditumbuk oleh org yahudi, Saidina Ali membalas tumbukan org yahudi itu dan masuk kemasjid.

Apa moral cerita ini? Korang akan faham bahawa semuanya adalah dari Allah, bahawa segala yg berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah , tidak ada satu pun yg berkebetulan, yg baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yang ke enam! Ramai member aku jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", dan menentang serta mempertikaikan "kebetulan itu, kebetulan ini", maka iman dia pada Allah SWT telah rosak.!!

-------------------
2. PILIHAN

Ok, sekarang aku rasa korang dah dapat gambaran tentang ketetapan Allah, tapi dalam hidup ini ada perkara yang menarik yang tak dapat dalam lain-lain kehidupan.. iaitu PILIHAN

Seperti yang korang semua tahu,
Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:

-sebelum
-semasa
-selepas

atau untuk lagi mudah faham:

1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)

2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak2, remaja, dewasa, tua kutuk)

3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, shurga)

Tahukah korang?
Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan kehidupan ketiga.

Tahukah korang?
Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan dengan kehidupan selepas
hidup

Tahukah korang?
Apakah persamaan itu?

Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
KORANG TIDAK BOLEH MEMBUAT PILIHAN…!

Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim..
korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

Nak jadi org islam…

Nak jadi org melayu..

Nak jadi hendsome…

Nak jadi anak org kaya

Nak lahir di hospital first class

Nak lahir hari jummat

Nak jadi anak artis

Nak jadi anak raja

Nak jadi lelaki…

TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!

KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..
TAHUKAH KORANG?
BAHAWA, INILAH TAKDIR!

Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

Nak kembali kedunia walau sesaat

Nak jalan2 kubur org lain

Nak jadi hantu

Nak balik kampong ziarah anak

Nak tidur

Nak kiamat cepat

Nak beribadat

Nak jadi org baik

Nak jadi tanah…

Nak jadi mayat

Tak nak jawab soalan malaikat

TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!

KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
TAHUKAH KORANG?
BAHAWA, INILAH TAKDIR!

Dan tahukah korang
Bahawa takdir di kehidupan ketiga adalah berdasarkan pilihan yg korang
dan aku buat di kehidupan kedua..?

Dan Di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat PILIHAN!
Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan kita di
sana(akhirat)…

Oleh yg demikian:,

KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN, KITA TAK NAK BUAT PILIHAN…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN!
(mengerti?!)

Korang dan aku jangan sombong kalau lahir sebagai org islam, anak org
kaya, cantik rupa paras…siapa yg sombong dengan takdir Allah ni memang
celakalah padahnya..kerana apa yg aku dan korang dpt adalah ehsan Allah
semata2..

Kepada yg cacat, miskin dan kapir janganlah korang rasa hina dan
‘gagal’..tak perlu bunuh diri kerana takdir…Allah Maha adil..
Allah tak letakkan kejayaan korang di ‘next world’..pada ‘siapa’
korang, tapi kejayaan adalah pada ‘pilihan’ korang…

Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘pilihan’ yang betul…

Aku ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!!!!
Korang di beri 2 perkara untuk memilih di antara 2 perkara…
Korang di beri Otak dan Hati untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan
kebinasaan…

Binasalah korang jika mengikut 2 perkara…dalam memilih di antara 2
perkara…

Binasalah korang jika mengikut Nasfu dan setan dalam memilih jalan
kebaikkan atau jalan kebinasaan…
(termasuk aku!)

berikut adalah pilihan2 yg di minta oleh mereka yg berada dalam neraka…tapi tidak di layan!!

-Ya Allah kembalikanlah kami kedunia untuk beramal soleh…

-Ya Allah ampunkanlah kami dan bebaskanlah kami dari azab ini

-Ya Allah berikanlah kami air dan makanan…kami lapar dan dahaga yg amat

-Ya Allah kurangkanlah azab kami sedikit…

-Ya Allah matikanlah kami…(nak jadi mayat tu)

-Ya Allah jadikanlah kami tanah

Menangislah wahai mata di sini kerana, menangis di sana walaupun keluar
air mata darahpun tiada guna sedikitpun…
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yg
ber’kejolah’.oh..!

-----------------------

So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul…
Tapi di sini seolah-olah bercanggah dengan bab ketetapan tadi,
Jika semuanya telah di tetapkan, kenapa perlu buat pilihan?

Ok, jika korang pergi kedai makan, bila waitress tanya nak makan apa? Korang boleh buat keputusan nak makan apa, nak nasi lemak ke… nak nasi goreng ke…, tapi bila waitress tu cakap: maaflah bang, nasi lemak dan nasi gorek dah habis yang ada mee bandung sajer.. maka di sini menunjukan bahawa korang boleh membuat pilihan tapi Allah still yang buat keputusan, sebab tu jika korang nak benda tu tapi dapat benda ni, dan nak benda ni tapi dapat benda tu, nak kat awek tu tapi awek tu nak kat orang lain..kenapa? itulah yang korang kena faham, sebab Allah tak akan hukum korang melalui takdir yang Dia tetapkan tapi Allah akan hukum korang melalui pilihan korang, ada pening tak?(aku pun pening gak..ish..)

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...

(cth satu org buat pilihan nak jadi hafiz dan berusha sungguh2, tapi tak sempat kerana sudah di takdirkan menjadi mayat, maka di akhirat kelak dia akan di bangkitkan bersama para hafiz...atau satu org buat pilihan nak ikut cara nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sebab dah takdir, sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…dan ini yang membawanya ke shurga…)

Hebatnya Allah bila mana bila menciptakan dunia ini ada dua perkara yang berjalan serentak, pertama pilihan korang, kedua segalanya sudah di tetapkan!!! Dan hanya mereka yang mempunyai sangkaan yang baik akan dapat nampak dua perjalan ini..pilihan dan takdir!!!
Dan hanya ALLAH yang mampu mewujudkan dua keadaan ini..
PILIHAN DAN TAKDIR!!!

Oleh yang demikian, kekadang bila korang nak pergi solat berjemaah perut pulak sakit nak berak, maka bila korang berak, orang dah sudah selesai solat berjemaah… korang tak perlu rasa terkilan yang amat sebab terlepas pahala 27 kerana sudah di takdirkan korang tak dapat pergi solat jemaah kerana korang sakit perut nak berak dan memangpun korang berniat dan telah buat usaha, untuk orang kes macam ni, ada hadith yang bagi tahu sape2 yang nak pergi soalt jema’ah, tapi darurat, macam pengsan atau sakit nak berak, maka dia tetap dapat pahala jamaah,

Jadi yang penting kat sini adalah usaha dalam membuat pilihan, jika tak dapat nak beramal sedangkan korang sudah buat pilihan yang betul… itu adalah satu kejayaan, sebab tu ada cerita org kapir baru masuk islam lalu pergi perang dan mati tanpa sempat solat dan buat amal-amal lain lagi, tapi Nabi Muhammad saw bersabda bahawa dia adalah ahli shurga kerana dia berada pada jalan yang benar!!! Dia telah mebuat pilihan yang betul dan di takdirkan terus jadi mayat….
Korang rasa pening kepala tak? Ok, cool… relax, Baca tajuk seterusnya:

------------------
3. SOAL HATI

Baiklah aku pergi perlahan-lahan, Sebenarnya bolehlah di buat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah telah tetapkan atau takdirkan kepada semua orang, dan korang semua akan dapat 4 perkara ini yang mana bukan 4 perkara ini yang menentukan shurga dan neraka tetapi ‘soal hati’ yang bakal menentukan hari akhirat kelak..!!!

a).KESENANGAN

b).KESUSAHAN

c).PAHALA

d).DOSA

Korang tentu tak paham bukan? Jika semuanya telah di tetapkan kenapa perlu kita ajak orang buat baik? Kenapa perlu kita mencegah mungkar?

OK, macam nie, Allah pernah tegur Nabi Muhammad SAW yang sedih kerana dah banyak kali ajak bapak saudara dia masuk islam tapi tak dapat kerana Hidayat di tangan Allah.. dan sudah di takdirkan yang Abu Talib tak masuk islam kerana Allah dah tengok hati dia memang tak nak!! Ini adalah soal hati!!

Jika korang nak tahu apabila ummat jahiliah minum arak dalam tengkorak berdarah, tawaf kaabah dengan berbogel, sembah 360 tuhan, apakah perkara pertama sekali yang Allah buat pada nabi sebelum jadi Nabi?

Ya! Allah hantar malaikat jibrail a.s supaya "cuci" HATI Nabi saw..

Dan Nabi bersabda lebih kurang maksud: dalam diri manusia jika hatinya baik, maka selamatlah dia!!!

Maka kerana itu apabila Nabi ajak sahabat masuk islam, perkara pertama yang Nabi saw ajar adalah SHUKUR!!!
Syukur dengan nikmat IMAN!!

Syukur kerana tanpa iman korang akan kekal dalam api nereka selama-lamanya!!
Tapi jika korang ada iman walaupun sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..Syurga yg paling kecil.. tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman as.Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..

Dan Nabi SAW pernah solat sampai bengkak kaki, bila di tegur aisyah r.a, kenapa tuan solat sampai bengak kaki?, bukankah tuan takde dosa..?
NAbi bagitahu aku ingin jadi hamba Allah yang bershukur!!!
Apa itu syukur, keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain!!

Kerana itu semua sahabat bila dapat kalimah Tauhid terus nak kongsi dengan orang lain, terus dakwah orang lain , itulah shukur, macam korang jalan jalan tiba tiba nampak pemandangan cantik maka korang akn ajak orang lain sama, lainlah jika korang tamak,

Hari ini ummat islam tamak dengan nikmat islam bila tak nak ajak orang kapir masuk islam (macamlah aku buat,,oh.. tentu celaka pada diriku sendiri bila cakap benda yang tak amal..is..isk..)

.................
a) KESENANGAN

Perkara pertama kita pergi bab kesenangan yang telah di takdirkan…Jadi bila korang di takdirkan SENANG, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi senang, semuanya dari Allah!! Dan jika korang bershukur dengan nikmat itu, itulah jalan yang membawa korang ke shurga!!

Dan jika korang sombong dengan nikmat tu pasti masuk neraka!! Jadi orang kaya jangan nak berlagak!! Tsunami datang tak sampai 10 minit habis musnah harta korang, jangan nak berbangga dengan takdir tuhan, buat buku rahsia kejayaan, bla bla bla bla .. ingat orang yang ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka, kerana sombong ini adalah ‘pakaian’ Allah, dan Allah tak benarkan mana-mana hamba dia pakai ‘pakaian’ ini..

Jadi secara kesimpulanya masuk shurga bukan sebab korang miskan atau kaya, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SHUKUR atau SOMBONG !!
Ingat!! Shukur dan sombong adalah SOAL HATI!!!!

................
b) KESUSAHAN

Begitu juga jika korang susah, miskin, anak kecik mati, suami curang, muka hodoh , tak pas exam, dan lain-lain..jangan nak menangis atau melolong macam orang gila!! Semuanya dah di takdirkan Allah, Jadi bila korang sudah di takdirkan SUSAH, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi susah, semuanya dari Allah!!

Dan jika korang bersabar dengan kesusahan itu, itulah jalan yang membawa korang ke shurga!! Dan jika korang berburuk sangka dengan tuhan yang bagi korang susah tu pasti masuk neraka!! Jadi secara kesimpulanya masuk shurga bukan sebab korang miskan .., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SABAR atau BERBURUK SANGGKA!!!BERKELUH KESAH!!!

Ingat!! SABAR dan BERBURUK SANGGKA adalah SOAL HATI!!!!

Kerana itulah terdapat kisah seorang ahli neraka apabila hendak dilontarkan kedalam neraka lalu ia berkata, sesungguhnya aku berbaik sangka dengan Allah.. maka Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, kerana di dunia dulupun mungkin dia kurang amal ibadat, tapi setiap keputusan Allah dalam hidup dia berbaik sangka.. semuanya dari Allah, langsung tak komplen..

Dan aku pernah cerita dulu, jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yg berlaku? Muka buruk tu jugakyg korang nampakkan?
Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..
Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
Sepatutnya korang doa macam nih…“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi org yg muka lebih buruk dari korang)
lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yg berlaku?
Kalau doa ‘sabar’korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”

Jadi perkara yg patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!Apa yg Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yg patut korang doa sampai kelaur air mata darah!!!Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..Ini SOAL HATI!!!

.............
c) PAHALA

Berkenaan pahala pulak, aku dah malas nak cerita, Cuma aku nak bagitahu jika korang dah buat amal sebanyak manapun, janganlah nak berlagak, kerana itu adalah pilihan Allah atau dalam takdir Allah, sebab masuk shurga bukan kerana banyaknya amal, tapi semata mata rahmat Allah, Setan lagi banyak amalannya dulu sebelum jadi iblis, sebab tu bila korang buat amalan kebaikan tak semestinya korang boleh berpuas hati sebab bila korang RIAK.. alamak celakalah padahnya, kerana hanya amalan yang ikhlas sahaja di terima Allah…

Apa itu riak? Buat kerana ada kepentingan lain, nak orang puji dan bla bla blahhh
Jadi secara kesimpulannya masuk shurga bukan sebab korang banyak amal.., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu IKHLAS atau RIAK!!!
Ingat!! IKHLAS atau RIAK adalah SOAL HATI!!!!

.........................
d) DOSA

Berbalik pada dosa, pun sama!! Jangan hina orang yang buat dosa, kerana dia telah di takdirkan oleh Allah, Allah boleh buat korang pulak terlibat dengan dosa yang di buat mereka, dan Allah bagitahu jika dosa korang banyak manapun Allah akan ampunkan, dengan syarat korang taubat, apa itu taubat? korang NIAT tak nak buat lagi..

Jadi secara kesimpulannya masuk Neraka bukan sebab korang banyak dosa, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk neraka di tentukan oleh hati korang iaitu korang ada NIAT tak nak buat lagi yang bermaksud TAUBAT… so ini soal hati, ada orang yang buat dosa dan rasa bangga, dan ada orang yang buat dosa lalu beristigfar dan menangis, so, ini soal hati !!!!
Ingat!! BANGGA dengan dosa atau menyesal dengan dosa adalah soal hati!!!
Adakah korang rasa menyesal dengan dosa korang atau adakah korang bangga dengan dosa korang? Isk..isk…

----

Jadi , secara mudah fahamnya, bila Allah ciptakan roh dulu-dulu..Allah telak letakkan hati kedalam setiap diri manusia, melalui pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana, maka Allah telah tahu apa soal hati korang masing-masing, maka dengan pengetahuan Allah maka diperintahnya kalam menulis masa depan korang masing masing, dan NAbi SAW bagitahu, pena menulis takdir telah di angkat dari buku takdir dan dakwat di buku itu juga sudah kering yang bermaksud, segalanya sudah tidak berubah lagi!!!!

Lalu bila jasad korang berumur 4 bulan maka sekali lagi Allah perintahkan malaikat menulis segala perjalan hidup korang termasuk, rezeki, jodoh, amalan kebaikkan, keburukkan, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…
Dan bila korang start baligh maka dua malaikat di kiri kanan akan di tugaskan sekali lagi menulis apa yang korang dah buat samada baik ataupun buruk dan sudah tentu perkara itu adalah sama dengan apa yang sudah tertulis di kitab takdir, , cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…

Oleh yang demikian, Ada riwayat menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab buku amalan kejahatannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, dan ada seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing tapi masuk shurga, kerana ini adalah SOAL HATI.

Riwayat yang lain pula menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli shurga, sebab buku amalan kebaikkannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli Neraka, sebab tak ikhlas, ikhlas adalah SOAL HATI.

Ada pembunuh yang telah membunuh seratus orang dan malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab tak pernah buat baik.... tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, walaupun dia seorang pembunuh kerana ini adalah SOAL HATI…(rujuk ustaz)

Bermakana secara mudah nak bagi faham: Malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah, namun keputusan kat akhirat adalah berdasarkan hati korang…ini adalah soal hati!!

Jadi oleh kerana malaikat tak tahu soal hati korang, dan Nabi SAW telah ajar sahabat tentang soal hati…
Maka buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat2 hati yang membawa ke shurga
seperti :Shukur, Sabar, khusuk, khuduk, tawadduk, Husnul Zon, Ikhlas, Redha dan lain-lain lagi soal hati, dan..

Hindarilah dan doalah di selamatkan dari penyakit hati yang boleh membawa ke neraka seperti Kufur, Buruk Sangka, sombong, riak, ajub, takkabur, dan lain-lain lagi soal hati..oh..

Ketahulah bahawa hati korang yang sama itulah akan di bawa ke hadapan Allah dan akan di putuskan kelak samaada hati itu mendapat nikmat shurga atau mendapat azab Neraka…oh…

------------------------
4-NIAT

Ok , last… Segala AMAL bermula dengan NIAT
Berbalik kepada cerita ''PEMBUNUH USTAZ'' tadi..

Aku dah malas agaknya, maka cerita itu aku habiskan dengan mayat pembunuh itu dijumpai dengan kesan tembakan di kepala.. di tembak oleh polis di raja Malaysia.. semua orang Malaysia yang membaca berita tentang kematian pembunuh itu membuat keputusan bahawa beliau adalah ahli neraka, maklumlah dah bunuh banyak ustaz dan tak pernah bersolat, Cuma yang di ketahui, polis menembaknya ketika dalam perjalan ke masjid.. dan dia berpakaian jubah dan berserban serta tiada membawa pistol…(tamat)

Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu… , satu org jahat telah bunuh 99 org dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu org alim…org alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…hinggalah berjumpa dengan org alim yg ke 101, dan org alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yg ramai org jahat tu ke kampong sebelah yg ramai org baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..dalam perjalanan, dengan izin Allah dia menjadi mayat…mati tanpa sempat bertaubat..Malaikat punya faham si pembunuh 100 org ni adalah ahli Neraka..tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SHURGA..

KENAPA?
Kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niatnya,

Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang mengzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas mengzahirkan niatnya itu, dia di kira ahli shurga!!! Kerana Allah MAha mengatahui hatinya dan tahu jika dia hiduppun 1000 tahun lagi, dia memang tetap akan jadi baik!!!

Oleh kerana niat belum di takdirkan oleh Allah dan hatta malaikat pun tak tahu sebenarnya niat korang ni.. Cuma bila korang nak buat baik maka malaikat pun tercium bau wangi, dan di tulis satu pahala… dan bila korang niat nak buat jahat pula maka malaikat akan tercium bau busuk, walaucamnepun malaikat tak tulis lagi sehinggalah korang buat dosa yang korang niatkan itu…
MAKA marilah kita buat niat sekarang..bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU!!

Pembunuh di atas masuk shurga kerana dia mati dalam keadan mengzahirkan niat!!!
Dan marilah kita mengzahirkan Niat dengan meberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA..

Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah mengzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, dia hanya mengzahirkan niat sahaja dan sudah takdir dia tak dapat harta yang sebanyak itu.. tapi kerana sudah mengzahirkan niat..maka ianya di kira oleh ALLAH!!!
Marilah menangis, kerana itu adalah mengzahirkan taubat!!!!

Lihat beberapa contoh pengzahiran niat oleh sahabat R.A:

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang kapir telah menangis sambil mengzahirkan niatnya: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yg di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yg bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yg bongsu juga mati , si ibu ini menangis…dia dipujuk org, tapi dia berkata sambil mengzahirkan niatnya: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

Jika korang niat dalam hati nak taat perintah Allah sahaja, malaikat tak tahu dan di tulis hanya satu pahala…(melaikat tulis satu pahala kerana hati korang berbau wangi bila ada niat yang baik)
Tapi bila korang zahirkan niat tu,maka malaikat akan tulis dalam buku amalan kebaikkan, itu yang zahir..soal hati hanya Allah yang tahu!!!

Kalau korang nak zahirkan niat yang baik kat kotak komen aku alu-alukan, (promote he he he)kalau korang malu but still nak zahirkan niat maka korang boleh email aku…hehehe
Inilah kaedah azam yang sebenar dalam islam!!!

Akhir sekali dah zahirkan niat tu kenalah pulak menyerah diri pada Allah….

Ps: semua orang sudah di takdirkan menjadi mayat..pandai-pandailah menyerah diri..oh!

copy dari http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/apa-itu-takdir.html

2 comments:

  1. Salam,,, artikel yang bagus.. terima kasih di atas perkongsian ilmu ni...Semoga Allah merahmati kamu...amin...

    ReplyDelete
  2. W Salam. sama2. moga Allah merahmati kamu juga amin.

    ReplyDelete