Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Di Mana Allah?

akidah at tahawi x pernah sebut Allah itu tempatnya langit. dan kitab Fikul akhbar yg di dakwa wahabi pun ada bnyak masalah. dan jika kamu nak ambil isi Fiqhul akbar dalam itu juga sebut 13 sifat yg sama mcm akidah asaary dan maturudy. al ibanah pun xde sbarang kneyataan berkenaan akidah Imam asaary ttg akidahnya yg masa peringkat peralihan sprti daakwaan wahabi.. Akidah asaary dan matrudy Allah itu wujud tampa tmpat. Dan ada atsar dari Ali r.a berbunyi

"Allah ada sblm ada langit bagaimana Allah sblm ada langit begitulah Allah sesudahnya(x bergantung pada tmpat)".

Nas Allah x serupa makhluk ada 3 ayat dalam quran. Jibrail alihissalam menjawap antara dia dan Allah ada 80 tirai jika tersingkap satu sahajapun maka binasalah dia.

berwasapada Allah berada dimana2 bukan akidah ASWJ. Allah wujud tampa tempat baru aqidah ASWj..

Allah ada seblum ada tmpat. jika Allah bergantung pada tempat di mana Allah sebelum ada tempat? Allah yg cipatakan ruan dan masa.

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. Ali Imran ayat 7..

golongan wahabi ini suka guna ayat2 mutshabihat untuk kelirukan manusia Allah sndiri beritahu golongan ini cnderung kearah kesetan. Akidah salaf serahkan maksudnya pada Allah apa yg Allah mksdkan.

dan adapan takwil yg sesui dngn sifat Allah kedua2 cara ini di terima di cc ASWJ. jika Istawa itu di irtikan duduk yadun di ertikan tgn dan beriman Allah ada tgn itu bukn akidah salafisoleh mahupun Akidah ASWJ. dan nabi larang untuk kita fikir ttg zat Allah macamana rupa Allah yg kita bila ingt Allah knalah ingt sifat2 Allah. Allah ada Asmaul husna dan sifatul huznah. penetapan dalm akidah Allah itu ada di langit ada tgn ada kaki inilah bidaah yg x dikanl ummat Islam. xde siapapun ulmak yg hak mnetapkan beriman demikian.
wallahualam.

1 comment:

  1. Tentang Zat, kita dilarang memikirnya, maka di mana Dia, bagaimana rupaNya, kita dilarang memikirkanNya, apatah lagi membahas atau membincangkanNya, kerana itu ulama' ulama' khalaf menakwil Ayat Ayat dan Hadis Hadis berkaitan sebagai ungkapan ungkapan kiasan dengan makna yang bersesuaian. Ini dilakukan untuk mengelakkan masyarakat awam dari membayangkan atau menggambarkan Tuhan dengan sifat sifat makhluk.
    Yang lebih selamat, serah sepenuhnya tafsiran Ayat Ayat dan Hadis Hadis berkenaan kepada Allah swt, jangan difikir fikir bagaimana, jika ditanya, jawab tak tahu sahaja, selesai.
    Arasyh itu makhluk, dijadikan Allah swt sebagai tanda Kebesaran dan KemuliaanNya menjadi Kiblat dan batasan bagi makhluk, sedang Allah swt tiada batasan bagiNya dan Dia tidak memerlukan Arasyh untuk ditempati, bahkan Allah swt ada sebelum adanya Arasyh, bahkan perkataan sebelum itu sendiri merujuk kepada masa dan masa itu sendiri pun adalah makhluk dan Allah swt jugalah yang menciptakannya.
    Tentang Hadis Jariah, adalah bagi menafikan si Jariah menyembah kepada selain Allah swt sebagaimana golongan musyrikin. Bahkan di sekelian langit, yg disembah hanyalah Allah swt. Hanyalah manusia dan jin yang kufur dan musyrik yang menyembah kepada selain Allah swt.

    ReplyDelete