Search This Blog

Sunday, June 2, 2013

Wahabi/Salafi x sesat??

AL-QURAN mengandungi 2 jenis AYAT,iaitu AYAT MUHKAMAT (yg MUDAH DIFAHAMI) dan AYAT MUTASYABIHAT (AYAT YG TIDAK DIFAHAMI dgn makna ZAHIR)

Disebabkan saya dah post tentang akidah semalam,jadi saya kena jelaskan betul2 bagi clear semua sebab perkara akidah ni tak boleh buat main2,benda ni bermain antara kufur dan islam,bila kita jahil tentang allah,itu masih boleh diajar,tapi kalau kita jahil pasal allah pastu kita pandai2 nisbatkan pada allah sesuatu yang tak layak kerana taqlid buta pada 'syeikh2' yang diselewengkan syaitan,itu susah nak ajar,jadi daripada aku berdebat dengan wahabi yang dah tak boleh diajar,baik aku terangkan pada korang yang masih jahil tapi masih suci dari "pandai2 dalam perkara akidah.."

Tambahan lagi ramai peroyan2 yang cuba meraih populariti dgn menghentam ibn batoota kononnya IB ni dok sibuk benda khilaf wahabi,salafi je sedangkan kemungkaran yang jelas seperti dedah aurat,minum arak dan lain dibiarkan berleluasa,perkataan yang jahil ini hanya memalukan diri sendiri sebab telah sepakat ulama ASWJ bahawa kalau seseorang tu buat dosa,dia dikira fasik dan akan direndam dalam neraka kemudian akan ke syurga,manakala seseorang yang akidahnya rosak,walaupun dia solat tahjud tak pernah tinggal,bom rumah pelacuran,bom kilang arak,pakai serban besar lori,ceramah mengumpat sana sini,burukkan orang sana sini,orang itu langsung tiada peluang cium syurga dan akan ke neraka selama2nya kerana akidahnya hancur..

Bak kata ustaz saya: "u rather keep silent and people think u are stupid than speak and CONFIRM it..." (Faham2 sendiri lah ye..)

Hari ni kita kurang diberi pendedahan tentang pentingnya akidah dan cuma sibuk perjuangkan perkara yang sedikit ke belakang jika dibandingkan dengan akidah,jadi insyallah aku akan terangkan beza akidah apa yang sangat bahaya ini!cukup2 lah meroyan!Kalau nak jadi famous,ada banyak lagi cara lain...

Begini,dalam al-quran,ayat quran dibahagikan kepada dua jenis ayat yang allah firmankan iaitu ayat muhkamat(yang mudah difahami) dan ayat mutasyabihat(yang tidak dapat difahami dengan makna zahir).

Contoh ayat muhkamat: Allah swt berfirman : "dirikanlah solat dan tunaikan lah zakat.." Ayat quran ni sangat mudah difahami iaitu perintah allah suruh kita solat dan berzakat...

Contoh ayat mutasyabihat: Allah swt berfirman: "yadd(dari segi bahasa maksudnya tangan) allah di atas tangan-tangan mereka.."

Dari ayat ni,nampak percanggahan dengan ayat yang lain kerana kita semua tahu allah itu tuhan dan khaliq(pencipta),jadi apa2 selain allah itu makhluk(yang dicipta),dan allah tak boleh sama dengan makhluk dari segi asma'(nama),sifat,af'al(perbuatan) dan zat(diri)..

sedangkan yadd(tangan) itu ialah sifat makhluk dan ia bersifat hadis(iaitu baharu) kerana semua benda yang bersifat baharu PERNAH mengalami zaman tidak wujud(zaman sebelum diciptakan) manakala allah pula bersifat qadim(tiada permulaan) dan baqa(kekal/tiada pengakhiran) dan allah juga bersifat 'mukhalafatuhu lil hawadis'(bercanggahan dengan perkara yang baru wujud)...

Jadi bila dalam quran sendiri sebut tentang yadd(tangan) allah,maka kita akan nampak percanggahan yang besar iaitu kalau allah ada tangan,bermakna allah sama sifatnya seperti makhluk seperti manusia sebab manusia juga mempunyai tangan,jadi bila allah sama dengan makhluk(yang dicipta),siapa pula khaliq(yang mencipta)?setaraf kah allah dengan makhluk?

Mempunyai tangan itu ialah sifat aib kerana ia menunjukkan seseorang itu lemah,contohnya manusia kalau tak ada tangan,nak buat apa pun susah,kalau tak ada ibu jari pun cukup lah nak pakai butang baju dan seluar pun tak boleh,itu menunjukkan manusia ini lemah,lalu terpaksa berharap kepada kewujudan tangan untuk melakukan sesuatu,jadi sifat yang aib ini bila dinisbatkan pada allah,akan menunjukkan allah itu lemah sebab kononnya allah memerlukan tangan dan juga tak mampu buat apa2 tanpa tangan?

Jadi ayat quran yang dari segi bahasa dan zahirnya bercanggahan dengan hakikat ianya dinamakan ayat mutasyabihat...

Dalam memahami ayat mutasyabihat,ada pelbagai gerakan akidah yang menafsirkan dengan pelbagai tafsiran sehingga membawa kepada kekufuran...antaranya puak mujassimah,puak musyabihhah,puak ahli sunnah wal jamaah versi salaf,puak ahli sunnah wal jamaah versi khalaf...

Dalam banyak2 jenis penafsiran,hanya 2 penafsiran sahaja yang ulama sepakat sebagai sahih dan selebihnya dianggap sesat,kufur dan murtad...

Contohnya tentang ayat yadd(tangan) allah tadi kita ada:

1)Puak mujassimah: menafsirkan ia sebagai,allah itu memang mempunyai tangan sepertimana tangan2 manusia ni...akidah ini dihukum murtad,sama seperti akidah hindu.Mereka secara sorih(jelas) memberi jisim kepada allah dan sekaligus menyamakan allah dengan makhluk dan mereka dihukum kafir oleh semua ulama ahli sunnah wal jamaah(aswj).Antara yang mahsyur dengan akidah ini ialah Ibn Taimiyyah yang merupakan imam anutan puak wahabi/salafi,ketika ibn taimiyyah mengeluarkan fatwa allah berjisim seperti manusia,dia telah dipenjarakan dan ramai ulama datang ziarahinya agar bertaubat sehingga akhirnya sebelum beliau meninggal,beliau telah bertaubat daripada akidah salah dan kembali pada akidah aswj mengikut riwayat sahih beberapa ulama aswj.semoga allah ampunkan beliau,amin.

2)Puak mujassimah ghair sorih: menafsirkan ia sebagai allah tu ada tangan,tapi tangan allah tak sama dengan makhluk,allah mempunyai tangan sesuai dengan keesaanNya.Disini puak2 ni menyamakan allah dengan makhluk dari segi "mempunyai tangan" tapi dalam masa yang sama mereka menafikan ia sama dengan makhluk,jadi ulama kategorikan mereka sebagai kumpulan mujassimah ghair sorih iaitu puak yang memberikan jisim pada allah tapi secara tidak jelas,disini ulama aswj ada khilaf tentang mereka ini murtad atau tidak,mengikut mazhab imam al-asy'ari rah.,mereka ini dianggap fasiq kabir(pendosa besar)tapi belum murtad dan sah solat belakang mereka,manakala mazhab akidah imam ahmad bin hanbal rah. pula menyatakan pendapat asy'ari itu daif dan pendapat yang sebenarnya mereka itu telah kufur/murtad kerana tetap menyamakan allah dengan makhluk dan allah suci dari segala perumpamaan.Akidah sesat mujassimah ghair sorih ini adalah anutan semua wahabi,salafi yang pada mulanya mereka menganuti akidah mujassimah yang sorih kerana mengikuti imam mereka iaitu imam ibn taimiyyah yang berakidah allah berjisim secara jelas seperti manusia,tapi selepas ulama2 mereka kaji yang itu akidah salah,maka mereka putar belit menjadi mujassimah tapi tidak jelas(ghair sorih) kerana malu untuk menyatakan yang ibn taimiyyah memang telah salah...

3)ASWJ versi salaf yg sebenar(bukan salafi):Apabila mereka ditanya ttg ayat mutasyabihat contohnya apakah maksud yadd allah?mereka akan menjawab 'tak tahu,hanya allah yang tahu dan kami serahkan maknanya pada allah semata2',mereka menggunakan kaedah tafwidh ma'na iaitu menyerahkan maknanya pada allah tanpa nisbat kpd apa2 dan tanpa tafsir/takwil kepada apa2,ini akidah majoriti para sahabat nabi,para ulama tabi'in dan tabi' tabi'in.Ini akidah yang paling selamat dan akidah salafus soleh yang sebenar.

4)ASWJ versi khalaf: Selepas Islam berkembang ke banyak negara 'ajam(bukan arab) seperti eropah,india,melayu,parsi dan sebagainya,semakin ramai yang membaca quran dan mula sesat kerana membuat pelbagai andaian terhadap ayat2 mutasyabihat ini dan cuma faham ayat itu dari segi zahir,dari zaman ini lah munculnya fahaman mujassimah,ghair mujassimah,muktazilah dan macam2 lagi sekte sesat,jadi ulama ketika itu sangat risau tentang perkara ini lalu menyusun kaedah baru dalam memahami ayat mutasyabihat iaitu takwil ma'na(menyesuaikan makna) ayat itu dengan makna yang layak dan sesuai bagi allah,hal ini dilakukan untuk mengelakkan orang awam yang jahil tersesat dan murtad kerana salah faham terhadap ayat itu,contoh takwil yang layak bagi allah tentang yadd(tangan) allah ialah 'pertolongan allah','kekuasaan allah'..jadi apabila orang awam diterangkan maksud tangan allah ialah kekuasaan allah,maka mereka selamat dari menjisimkan allah...

saya bagi contoh yang lebih mudah,kalaulah al-quran ni diturunkan dalam bahasa melayu dan didalamnya ada perkataan 'nasi lemak',maka semua orang melayu akan faham apa itu nasi lemak,tapi bila 'al-quran' melayu itu tersebar ke kaum2 lain seperti eropah,mereka baca dan akan terjemahkan nasi lemak sebagai 'fat rice'(dari segi zahir bahasa),dan mereka akan faham 'nasi lemak'/fat rice tu dengan pelbagai tafsiran antaranya:

1)Nasi berlemak
2)Nasi berlaukkan lemak
3)Nasi digaul dengan lemak
4)Nasi gemuk

Jadi semua ini betul2 menyimpang dari makna 'nasi lemak' yang sebenar!

Oleh sebab itu orang2 melayu tak perlukan takwil nasi lemak itu sebab memang mereka dah faham apa itu nasi lemak kerana itu memang bahasa mereka...sama seperti golongan salafus soleh,mereka tidak perlukan takwil makna ayat mutasyabihat kerana mereka itu orang2 arab yang faham makna ayat2 allah tu,dan mereka dekat dengan zaman nabi,tentu kefahamannya masih selamat.

Jadi orang2 putih lah yang perlu untuk ulama2 melayu takwilkan makna nasi lemak sesuai dan layak bagi maknanya iaitu 'rice cook with coconut milk'(nasi yang dimasak dengan santan),bila terjemahkan nasi lemak macam tu dalam english,baru lah umat eropah akan faham apa maksud sebenarnya nasi lemak tu,sama juga seperti ulama2 zaman khalaf yang menakwilkan makna 'tangan allah' kepada kekuasaan allah untuk selamatkan mereka dari fikir bukan2 tentang zat allah..

Kesimpulan: 2 akidah yang pertama itu difatwakan sesat oleh ulama ASWJ TANPA KHILAF(kalau ada orang bodoh kata 'aaahh ni perkara khilafff',maka perlu tolak kata2nya kerana ini bukan khilaf!ia difatwakan sesat sepenuhnya oleh ulama aswj),manakala 2 akidah yang terakhir itulah yang diiktiraf oleh ijmak semua ulama ASWJ sebagai akidah yang SAHIH dan kita bebas memilih mana kita suka,cuma untuk terangkan pada orang awam yang jahil,ulama sarankan kita terang guna kaedah ulama khalaf iaitu menawkil makna agar selamat dari tafsiran yang bukan2....

Note:dekat sejam lebih aku tulis status ni,dah la hp asyik2 terpadam,kena ulang tulis,copy paste dlm note,dan save,pastu tulis lagi,terpadam lagi,jadi aku dah penat menerangkan,dan aku rasa penerangan ni dah cukup jelas...kepada yang masih benak tak faham,istigfar banyak2 dan ulang baca berkali2 sebab perkara akidah ni tak boleh belajar separuh2 dan sekerat2 dan kalau tak faham,kena bagi faham jugak2..kalau tak setan akan mainkan otak korang dan sesatkan korang tanpa sedar!

Moga allah ampunkn kesalahan saya dan selamatkan semua umat nabi dari akidah yahudi nasrani yang dihidupkan oleh puak2 wahabi,salafi dan sebagainya..~uibo~

1 comment:

  1. Kesimpulan mudahnya, ttg Ayat Ayat Mutashabihat, pegangan kita ASWJ;
    1. Tidak menafsir langsung, serah sepenuhnya kpd Allah swt, sbgmn tafsiran Huruf Huruf Hijaiyah permulaan surah.
    2. Menafsir atau memahamkannya sbg ungkapan ungkapan kiasan dgn makna makna yg bersesuaian utk menyelamatkan aqidah umat agar tidak membayang bayangkan atau menggambar gambarkan Allah swt dgn sifat sifat makhluk. Tidak ditafsirka dgn Zat Allah swt Yg Hakiki, kerana ttg Zat Allah swt kita dilarang memikirkanNya, apatah lg membahaskanNya.

    ReplyDelete