Search This Blog

Friday, June 14, 2013

beza Ulamk salaf dengan salafi(wahabi)

sesetengah org menganggap bahawa aqidah salaf yg sebenar dlm masalah sifat2 yg terkandung dlm ayat2 mutasyabihat ialah mengithbatkan (menetapkan) MAKNA ZAHIR bg sifat2 tersebut secara HAKIKI (bukan kiasan). ini tidak betul sama sekali. aqidah salaf yg sebenar ialah TAFWIDH, iaitu menyerahkan maknanya terus kpd Allah tanpa mengithbatkan makna zahir yg membawa kpd tasybih dan tanpa menakwilkannya. buktinya:

1) al-muhaddith as-salafi muhammad abdur rahman al-mubarakfuri berkata dlm kitabnya tuhfatul ahwazi (darul kutub ilmiyyah, jilid 2, m/s 431):
قد اختلف في معنى النزول على أقوال فمنهم من حمله على ظاهره وحقيقته وهم المشبهة تعالى الله عن أقوالهم
"(ulama) telah berselisih pendapat ttg makna nuzul Allah (nuzul dr segi bahasa: turun), di antara mereka ada yg membawanya kpd MAKNA ZAHIR dan HAKIKI, mereka itulah MUSYABBIHAH (golongan yg menyamakan Allah dgn makhluk), maha tinggi Allah drpd tanggapan mereka"

2) al-imam muhammad anwar shah al-kasymiri berkata dlm kitabnya yg mensyarahkan sunan tirmizi, al-'arf asy-syazi (jilid 1, m/s 415):
أصل مذهب أهل السنة التفويض
"mazhab ahli sunnah yg sebenarnya ialah TAFWIDH"

beliau berkata juga dlm syarahnya terhadap sahih bukhari, faidh al-bari:
أما الاستواء بمعنى جلوسه تعالى عليه فهو باطل لايذهب إليه إلا غبي أو غوي
"adapun (memahami) istiwa dgn makna duduknya Allah di atasnya (atas arasy), maka ia adalah BATIL dan tidak seorang pun yg berpegangan sedemikian kecuali org yg BODOH atau SESAT"

3) al-imam al-hafiz ahmad ibn abdir rahman al-'iraqi berkata dlm kitabnya al-ghaith al-hami' (jilid 3, m/s 926) dlm menerangkan aqidah salaf yg sebenar:
تفويض المراد منه إلى الله والسكوت عن التأويل مع الجزم بأن الظواهر المؤدية إلى الحدوث والتشبيه غير مرادة وهو مذهب السلف
"TAFWIDH (menyerahkan) makna kpd Allah dan berdiam diri drpd takwil serta memutuskan bhwa makna zahir yg membawa kpd sifat baharu dan tasybih adalah bukan makna yg dikehendaki, dan itulah mazhab salaf"

*makna kalam imam iraqi: mazhab salaf yg sebenar ialah tafwidh, tidak takwil dan tidak ithbat makna zahir

4) al-imam al-hafiz al-mufassir al-muarrikh ismail ibn umar ibn kathir berkata dlm tafsirnya, ketika menafsirkan surah al-a'raf ayat 54:
والظاهر المتبادر إلى أذهان المشبهين منفي عن الله
"dan makna zahir yg berlegar di fikiran ahli tasybih ternafi drpd Allah"

dan byk lagi..
kesimpulannya: aqidah salaf yg sebenar bukan ithbat makna zahir, tetapi:

"ithbatkannya sebagai sifat Allah, beriman dgnnya dengan sepenuh2 keimanan, tanpa mengithbatkan makna zahirnya (kerana Allah yg tau makna yg dikehendakiNya) dan tanpa ditakwil"

wallahua'lam

2 comments:

  1. Salaf tak takwil dan tidak mensabitkan makna zahir. Serah sepenuhnya kpd Allah swt.
    Salafi jadian, mengatakan tak takwil tp memahamkannya dgn makna zahir, kemudian menafikannya pulak dgn sifat makhluk, spt katanya berwajah tp tak sama dgn wajah makhluk, bertangan berjari tp tgn dan jari yg tak sama dgn tgn dan jari makhluk, duduk tp duduk yg tak sama dgn duduk makhluk.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete