Search This Blog

Tuesday, June 11, 2013

Karkuzari Jemaah Dari Qatar.

Baru terima email dari salah seorang jemaah Malaysia yang sedang khuruj di Qatar. Jemaah ini terdiri dari 5 pasang suami isteri. 4 pasang dari Batu Pahat dan 1 pasang dari Johor Bahru. Khabarnya mereka akan buat usaha selama 6 minggu di Qatar, 1 minggu di Mekah dan 1 minggu di Madinah.Semoga Allah terima kita semua dalam usaha yang mulia ini. Amin....

...................................................................................................................................................................

Assalamu'alaikum…

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w dan melalui mujahadah baginda dan sahabat-sahabat ALLAH kembalikan usaha yang mulia ini di atas tanggungjawab kita untuk sambung membantu tarik pandangan ALLAH untuk umat seluruh alam.

Kami Jemaah 2 bulan Masturat yang sedang bergerak di seluruh Qatar yang luasnya anggaran kasar dari Selatan ke Utara sejauh 2ookm dan dari Barat ke Timur 85km dan kepadatan penduduknya tertumpu di Doha. Sejumlah 1.4 juta orang. Ramai pekerja asing terutama Pakistani, India, Bangladesh, Egypt, Mesir, Yaman, Filipina.

Qatari 450.000 orang - Orang tempatan - Qatari
Indonesia 20.000 orang
Malaysia 3.000 orang

Negara Qatar hampir sepuluh tahun sedaang bermula membangun pada setiap kediaman dan penempatan baru. Bandar utama Doha sedang giat mencakar langit. Qatar mempunyai Masjid seluruh negara sejumlah 1600 buah yang setiap masjid hidup 5 waktu. Lapuran kami terima solatsubuh dan zohor sahaja paling sedikit satu saf. Pandangan ini telah kami lihat juga di masjid-masjid yang kami buat usaha. Kebanyakannya pekerja-pekerja asing. Kami dengar katanya tahun 1970an Qatar hanya mempunyai masjid 6 buah sahaja dan penduduk tidak sampai 100.000.

Markas Baru yang di Bina oleh kerajaan Qatar seluas 10 ekar yang diberi nama Pusat Dakwah Qatar yang dalam dewan solat boleh muat 15.000 dan tapaknya berhadapan seberang jalan dengan markas lama yang baru siap dibina oleh karkun-karkun tempatan dengan hasil wang ringgit sendiri yang juga telah mereka sepakat dengan gotong-royong. Bangunan setinggi tiga tingkat yang boleh manampung 20.000 orang pada seketika-seketika yang kini hanya digunakan hanya untuk solat 5 waktu bagi penduduk berhampiran.

Pengerak utama Usaha di Qatar adalah orang-orang Urdu wala. Sh Muntaz salah seorang Syura Qatar ialah Urdu wala (Pakistani) dan orang utama kuat fikir untuk usaha di seluruh Qatar. Kehadiran malam markas sekitar 5.000 orang yang mempunyai halkah penterjemaah english, filipina, tamil.
Qatar mempunyai 10 halkah. Mereka keluar 3 hari dalam halkah masing-masing iaitu jika melayu keluar hanya dengan orang melayu keluar kawasan melayu atau urdu. Orang urdu keluar kawasan urdu dan Qatar ( arab ) keluar dan buat usaha hanya di kelangan arab.

Ketika ini Qatar di datangi 6 jemaah Masturat termasuk jemaah kami, juga didatangi jemaah 7 bulan Pakistan dan 4 bulan, 40 hari. Bagi karkun tempatan penghujung bulan Jun sehingga akhir Ogos musim cuti sekolah dan ketika ini banyak jemaah dikeluarkan sama ada dalam negeri atau luar negeri. Kami juga di jemput oleh Sikeh Fahad ke Majlisnya bersama jemaah Masturat Madras. karkuzari usaha di Malaysia kami beri rengkas padanya dan beliau pun beri karkuzari pengelamannya dan lepas maghrib jemaah kami Dr Amin Ho bayan.

Alhamdulillah jemaah kami telah bergerak hampir sebulan lebih iaitu 6 minggu. route kami dihantar seluruh Qatar dari Selatan ke Utara. Sekarang kami di center iaitu zone Doha dan hujung bulan route di sebelah pantai Barat. program masturat sama seperti di Malaysia. Begitu juga usaha di kalangan lelaki adalah seperti biasa Cuma mereka tiada diberi penekanan tentang DTI dan boleh dikatakan sehalkah tidak buat DTI.

Ehwal Nusrah :
Semuat tempat nusrah baik. Karkun-karkun Melayu gunakan kami untuk khususi pekerja-pekerja Malaysia dan Indonesia apabila kami bertandang di kediaman rumah melayu. Program Masturat kehadiran orang tempatan bergantung rumah yang kami qiam. Kalau rumah melayu ramailah melayu kita dan Indonesia,jika Urdu ramailah urdu. Jika rumah Arab wanita mereka paling ramai menjejak 150 orang.

Jumlah Karkun :
Malaysia 30 orang Indonesia 40 orang
4B 13 orang 4B 3 orang
40H 8 orang 40H 10 orang
3H Baki 3H baki

Usaha Salafi kuat di Kalangan Indonesia

Hasil :

3 Hari Masturat :
Jemaah Melayu 1 Jemaah
Jemaah Posto 2 Jemaah
Jemaah Arab 1 Jemaah
Jumlah 4 jemaah

3 Hari Lelaki :
Jemaah Pakistan 1 Jemaah

Rangka July ini :
1 Jemaah 40H Masturat ke Malaysia
1 Jemaah 40H Lelaki juga ke Malaysia
INSYA-ALLAH

Untuk makluman tuan tika lapuran ini di tulis Malam tadi Bhai Wahab tiba di Qatar ni transit sehari untuk ke Egypt dan kemudian ke Umrah. Maka Asar ini ada Program Bhai Wahab di Markas sehingga Magrib. Jazakallah.

Jemaah Kami :
1. Haji Andi Ameruddin ( Ameer Shaib ) Batu Pahat
2. Dr Nasir Bin Long Batu Pahat
3. Imam Musanif Batu Pahat
4. Zahar Abdul Ghani Batu Pahat
5. Dr Amin Ho Johor Bharu

Sumbar dari seorg Rakan seprjuangan dalam FB

2 comments:

  1. semoga Allah swt terima usaha mereka asbab hidayat seluruh alam hingga qiamat.

    ReplyDelete