Search This Blog

Tuesday, January 31, 2012

KISAH TIGA SAHABAT MENGUTIP BATU

Alkisah maka tersebutlah cerita tiga orang rakan yang berpergian di suatu malam yang gelap gelita. Hanya rembulan yang memantulkan sedikit cahaya. Ketiga-tiga orang rakan karib itu telah melalui satu kawasan yang tidak pernah dilalui hanya bercahayakan lampu picit.
...
Tatkala tiba di satu tempat, mereka terjumpa beberapa ketulan batu di atas pasir. Batu-batu itu berkilau sinarnya dek pancaran sang rembulan. Maka, mereka pun berfikir untuk mengutip batu itu. Manalah tahu sekiranya ia berharga yang boleh digadai di kedai pajak gadai.

Lelaki yang pertama di antara mereka tidak mengutip apa-apa kerana dia menyangka batu-batu itu cuma batu-batu biasa dan tiada nilainya. Lelaki yang kedua pula mengutip sedikit dan dimasukkan ke dalam uncangnya. Lelaki yang ketiga pula mengutip dengan banyak sehingga padat uncangnya. Setelah itu mereka pun meneruskan perjalanan menyeberangi sebatang sungai menggunakan rakit.

Perjalanan diteruskan lagi setelah sampai di seberang. Mereka menuju ke sebuah kampung untuk mencari guru silat. Setelah agak kepenatan, mereka pun tertidur di sebuah pondok buruk sehinggalah masuk waktu Subuh. Setelah Subuh, mereka pun berzikir sehingga matahari terbit.

Maka, teringatlah mereka bertiga akan batu-batu yang dikutip dalam uncang mereka semalam. Lalu, dua orang rakan yang mengutip batu itu ke dalam uncang cuba menuangkannya ke atas tanah. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati batu-batu itu adalah permata!

Berkatalah lelaki pertama yang tidak mengutip apa-apa,"Ruginya aku, jika aku tahu nescaya aku mengambilnya sedikit."

Berkata pula lelaki kedua,"Aku pun rugi juga. Jika aku tahu, mesti aku akan ambil lebih banyak lagi."

Lelaki ketiga menepuk dahinya,"Ruginya! Ruginya! Jika aku tahu, pasti aku akan kutip semuanya!"

P/S: Perumpamaan cerita di atas memberi iktibar kepada saya dan anda semua, sewaktu di dunia, rebutlah sebanyak-banyaknya amalan kebajikan untuk dibawa ke akhirat sana. Kerana dalam hadis ada menyebutkan bahawa, tiada waktu-waktu yang paling DISESALI oleh penghuni syurga melainkan waktu-waktu yang telah mereka lalui tanpa mengingati Allah. Maknanya, masuk syurga pun menyesal lagi kerana jika di dunia, amalan kebajikannya lebih banyak, tentu dia dapat menikmati syurga yang lebih tinggi dan luas. Jika penghuni syurga pun menyesal, apalagi penghuni neraka. Malangnya, kita tidak akan dikembalikan ke dunia lagi

Sunday, January 29, 2012

Ustaz Zamihan al-Ghari - Khas Untuk Fathul Bari & Ustaz-Ustaz Wahhabiy!!!

Wahabi dan kesesatan mereka

1. Golongan yang membawa Aqidah Yahudi (Allah duduk@bersemayam).
2. Golongan yang beriman kepada sesetengah ayat dan kafir dengan sesetengah ayat Al-Quran.
3. Golongan yang menolak Takwil pada sesetengah ayat, dan membolehkan Takwil pada yang mengikut nafsu mereka.
4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S.
5. Golongan yang menyatakan bahawa Alam ini Qidam(Rujuk pandangan ibn Taimiyyah).
6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asa’rie dan seluruh Ummat Islam yang berpegang kepada method Aqidah yang telah disusuh oleh Imam tersebut.
7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.
8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawawi dan Seluruh Ulama’ Islam yang mengikut (Asya’irah dan Maturidiyyah).
9. Golongan yang mengdhoifkan hadi-hadis shohih dan mengshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani).
10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dariGuru atau Syeikh, hanya membaca.
11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW.
12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-najdi).
13. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat; Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka mahu menjajah Mekah dan Madinah.
14. Golongan yang menghancurkan turath(sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekah dan Madinah.(lihat kawasan perkuburan Jannatul Baqi’, Bukit Uhud dan sebagainya)
15. Golongan yang membenci kaum ahlul bait. (kononnya bagi wahabi; semua ahlul bait syiah@ sesat)
16. Golongan yang bersalahan dengan Ijma’ para Shohabah, Tabi’in, Salaf, khalaf dan seluruh Ulama’ ASWJ.
17. Golongan yang mendakwa Aqal tidakboleh digunakan dalam dalil syarak, dengan menolok fungsi Aqal.(ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan Aqal)
18. Golongan yang mengejar syuhrah(pangkat, nama, promosi,kemasyhuran) dengan menggunakan fahaman salah mereka terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. (Malah Al-Quran dan As-Sunnah bebas daripada apa yang wahabi war-warkan)
19. Golongan yang mengdhoifkan hadis solat terawikh 20 rakaat.(Albani)
20. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih.(Albani)
21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut.(Albani)
22. Golongan yang memperlecehkan Imam Abi Hanifah R.A.(Albani)
23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT.
24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan(hidup) di kubur Nabi Muhammad SAW.(Albani)
25. Golongan yang melarang membaca “Sayyidina” dan menganggap perbuatan itu bida’ah sesat.
26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran ke atas si mati dan membaca Talqin.
27. Golongan yang melarang membaca selawat selepas azan.(Albani)
28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana’(tidak akan kekal).(ibn Taimiyyah)
29. Golongan yang mengatakan lafaz talaq tiga tidak jatuh, jika “aku talaq kamu dengan talaq tiga “. (ibn Taimiyyah.
30. Golongan yang Mengisbatkan(menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah, mengatakan Allah turun seperti turunnya. (Ibn Taimiyyah)
31. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis(penipuan dan pengubahsuaian) di dalam kitab-kitab ulama’ yang tidak bersependapat dengan mereka.
32. Golongan yang mengkafirkan sesiapa orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini.(Albani)
33. Golongan yang mengbid’ahkan seluruh ummat Islam.
34. Golongan yang menghukumkan syirik terhadap amalan ummat Islam.
35. Golongan yang membawa ajaranTauhid 3 dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhamad SAW. (Ibn Taimiyyah)
36. Golongan yang mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai Tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW ajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhamad abd Wahab)
37. Golongan yang membolehkan memakai lambang “salib” hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan rasmi kerajaan, ianya tidak kufur. (Bin Baz)
38. Golongan yang membiyayai kewangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Ummat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahabi Saudi)
39. Golongan yang memberi Syarikat-Syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahabi Saudi)
40. Golongan yang memecahbelahkan Ummat Islam dan institusi kekeluargaan.
41. Golongan yang mengharamkan Maulud dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.
42. Golongan yang menghalalkan meletupkan diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palastine)
43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Asya’irah dan Maturidiyyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.
44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Ummat Islam dan memburukkan nama baik & murni Islam.
45. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand.
46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.
47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama’ ASWJ yang muktabar.
48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWJ.
49. Golongan yang Minoriti dalam dunia, malah baru setahun jagung.
50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.
51. Golongan yang Jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi mahu buat fatwa sesuka hati.
52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.(sehinggakan solat pun guna mazhab Albani shj)
53. Golongan yang secara zahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berliwat, tidak menghormati ulama’, mengutuk para Alim Ulama’, tidak amanah dengan Ilmu dan Agama Islam.
54. Golongan yang tiada hujjah dalam ajaran mereka.
55. Golongan yang membawa jaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab oleh ulama ASWJ.

Sahabat-sahabat cukuplah 55 dalil kesesatan wahabi. Jika tidak percaya, terpulang.

Wassalam

Friday, January 27, 2012

JANGAN MEMBENCI ORANG YANG BERBUAT D0SA TAPI BENCI LAH D0SA YANG DILAKUKANNYA

Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Qatadah bahwa Abu Darda r.a. Melewati seorang lelaki yang telah melakukan dosa. Orang-orang mencacinya. Maka Abu Darda bertanya kepada mereka, "Jika kamu menjumpainya dalam sebuah telaga, apakah kamu akan mengeluarkannya dari telaga itu?"
Mereka menjawab, "Ya."
Kata Abu Darda, "Karena itu, janganlah kamu mencaci saudaramu dan hendaknya kalian semua memuji Allah yang memaafkan kalian."
Mereka pun berkata. "Apakah engkau tidak membencinya?"
Jawab Abu Darda, "Aku hanya membenci amalan buruknya dan sekiranya ia meninggalkan amalan buruknya, maka ia adalah saudaraku."

Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Mas'ud r.huma. Yang berkata, "Jika kamu melihat saudaramu mendekati perbuatan dosa, maka janganlah kamu menjadi pembantu syetan terhadapnya dengan mengatakan, 'Ya Allah, binasakanlah ia. Ya Allah, laknatilah ia.' tetapi hendaknya kamu meminta keselamatan dari Allah karena kita adalah sahabat-sahabat Muhammad saw., kita tidak berkata mengenai seseorang sehingga kita mengetahui bagaimana ia wafat. Sekiranya ia wafat dengan kebaikan, maka kami pun mengetahui bahwa ia telah melakukan kebaikan dan jika ia wafat dalam kejahatan, kami takut sekiranya ia tekah melakukan kejahatan dalam hìdupnya..

Wednesday, January 25, 2012

adab Masak/Khidmat

Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca

ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا
( Al-Kahfi : 10 )
Tanak Nasi
Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca
ما عندكم ينفد وما عند الله باق
( An-Nahl : 96 )

Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyaallah boleh amal,
الحمدلله الذي اطعمنا خير منه

Masak Lauk

Makanya, bermulalah sesi potong memotong kita... Mulakan dengan basmallah. Apabila tangan nak memotong (sayur ke, ikan ke) maka bacalah...

فذبحوها وما كادوا يفعلون
( Al-Baqarah: 71 )

Apabila dah potong2, cuci bersih2, lauk tadi pun mesti kita letak dalam periuk. So, masuk sahaja langkah tangan kita nak letak periuk tu atas dapur, boleh la baca,
فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم

And bila kita da letak, masti tangan nak kacau. So, sunnahnya kita kacau dari kanan ke kiri sambil zikir,
ليس لها من دون الله كاشفة

Insyaallah, Allah bagi sedap.

Apabila kita akan memasak, sebaiknya berwudhu' dan membawa enam sifat dalam diri kita. Hendaknya senantiasa menutup aurat.
Melaksanakan solat sunat rakaat.
Masuk ke dapur membaca doa berikut. " Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa." Ertinya." Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa membuka panci adalah: " Allahumma baa rik lanaa fiihi warzuqnaa khoirom minhu." Ertinya." Ya Allah berilah keberkahan kepada kami dan berilah kami rezeqi yang lebih baik darinya." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa menaruh beras ke dalam panci: " Alhamdulillah hillazii aot'amanaa min ju'." Ertinya." Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan setelah rasa lapar." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa mengambil beras: " Maa 'indakum yanfidu wa maa 'indallahi baaqin." Ertinya. " Apa yang ada di sisiMu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa mencuci beras adalah: " Alhamdulillahil lazii aot'amanaa khoirom minhu." Ertinya. " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan lkebaikan sesudahnya." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa menaruh air ke dalam beras bersih: " Yaa ayyuhal laziina aamanusdbiruu wa sdoobiruu wa roobitduu wat taqullaha la'allakum tuflihuunn." Ertinya.: " Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertawaqallah kepada Allah supaya kamu beruntung." ( Surah Al-imram ayat 200 ) ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Cara mengadun makanan adalah dari kanan ke kiri.
Doa memotong sayur, buah dan ikan adalah: " Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf 'aluunn." Ertinya." Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa mengadun sayur ke kanan.: " Lai salahaa min duunillahi kaasyifah." Ertinya. " Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Doa meletak beras di atas dapur adalah: " Fasayakfiikahumullahu wa huwassamii 'ul 'aliim." Ertinya. " Maka Allah akan mencukupi kamu dengan mereka dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Apabila beras yang telah dibeli akan di masukkan ke dalam tempatnya, bacalah doa di bawah ini: " Watarzuqu man tasyaaau bighoiri hisaab." Ertinya. " Dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )
Agar makanan menjadi lazat, bacalah selawat 3x dan istighfar 3x.
Membaca surah insyirah juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut,Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.

Tuesday, January 24, 2012

didiklah anak kamu.

suruhlah Anak kamu solat ketika umor 7 tahun pukulah dia jika masih x laksanakan solat ketika umor 10 thn Hadith

Bila salah seorg dari kamu dapat anak makaberilah dia nama yang baik. berikan di pendidikan agama. kawinkan dia setelah capai usia matang. seandainya tidak dikawinkan maka dosa2 yang anaknya buat akibat tidak kawin akan di tangung oleh ayah. HR Baihaki.

Monday, January 23, 2012

KEBENARAN AL-HAQ MELAWAN AL-BATIL - KEHEBATAN IMAM ABU HANIFAH

Gelisah hati Khalifah Yazid ketika itu, semua ulama di Baghdad ditewaskan dalam perdebatan dengan utusan maharaja Rom.

Buntu memikirkan maruah Islam yang bakal tercalar di mata dunia. Harapannya bersandar kepada Imam Hammad bin Abi Sulaiman Asyaari, semoga mengajar Dahri, utusan Maharaja Rom itu.

Kesanggupan Imam Hammad yang pada mulanya menolak untuk berdebat dengan Dahri merupakan berita gembira kepada Khalifah Yazid.

Baginda juga menetapkan majlis debat itu diadakan di Masjid Baghdad supaya orang ramai dapat mengikutinya.

Imam Hammad pula berasa susah hati. Mulutnya tidak lekang daripada mengucapkan zikir sambil berdoa memohon petunjuk bagi menghadapi masalah yang melanda umat Islam ketika itu.

Keesokan harinya selepas solat Subuh, Imam Hammad bermuzakarah dengan anak-anak muridnya. Beliau melahirkan rasa dukacita kerana masih belum mendapat ilham menghadapi lelaki bernama Dahri itu.

“Malam tadi saya bermimpi berada di sebuah dusun buah-buahan yang begitu indah. Di sana saya melihat ada sepohon kayu rendang dan lebat buahnya.

Tiba-tiba muncul seekor khinzir lalu memakan buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Bukan setakat buah,
keseluruhan pokok itu musnah kecuali batangnya. Kemudian muncul seekor harimau lalu menerkam khinzir itu,” kata Imam Hammad sambil menyatakan rasa peliknya mengenai mimpi itu.

“Tuan, izinkan saya menafsirkan mimpi itu,” tiba-tiba seorang pemuda mencelah.

“Dipersilakan,” kata Imam Hammad.

“Menurut tafsiran saya, dusun yang luas dan indah itu adalah agama Islam itu sendiri. Pokok yang berbuah lebat itu adalah sekelian ulama pada hari ini. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal adalah diri tuan sendiri. Khinzir yang merosakkan pula adalah si Dahri. Harimau yang keluar membunuh khinzir itu adalah saya, maka izinkan saya untuk memadam kesombongan Dahri. InsyaAllah, saya dapat mengalahkannya,” sahut pemuda itu.

Imam Hammad gembira mendengar kata-kata anak muda yang paling disayanginya itu. Dia yakin dengan kemampuan anak muda tersebut. Maka dikhabarkanlah kepada Khalifah Yazid akan hal berkenaan.

Pada mulanya Khalifah Yazid ragu-ragu memandangkan umurnya yang masih muda. Tetapi Imam Hammad meyakinkan baginda bahawa beliau mempunyai ilmu yang tinggi. Akhirnya Khalifah Yazid bersetuju.

Hari yang ditetapkan telah tiba. Ramai orang berkumpul di masjid Baghdad demi menyaksikan perdebatan itu. Khalifah Yazid juga telah berada di sana dengan harapan Dahri tewas di tangan Imam muda dari Kufah.

Seperti majlis debat sebelumnya, Dahri bangun dan naik ke mimbar masjid kemudian dengan berucap dengan suara tinggi

“Mereka menuduh aku tiada pegangan agama kerana tidak percaya wujudnya tuhan. Memang benar pernyataan itu. Kerana itu aku mencabar para ulama untuk berdebat dengan aku, Dahri yang bijaksana.

Maka pemuda itu bangun lalu berkata “Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu jawapannya pasti dapat menjawab persoalan kamu.”

Suara itu mengejutkan Dahri dan orang ramai yang berada di sana. Matanya memandang tajam ke arah anak muda tersebut.

“Anak muda yang masih hingusan, jangan masuk campur urusan orang-orang tua. Telah 40 orang ulama aku tewaskan, dan aku akan cabar semua ulama agar tunduk denganku,” tempelak Dahri sambil bercekak pinggang.

“Wahai Dahri yang sombong dan tidak percaya tuhan, dengan izin Allah, saya akan menjawab segala persoalan kamu!” kata pemuda tersebut.

“Siapa kamu? Sedangkan ulama-ulama berserban besar, berjubah labuh sudah aku kalahkan, inikan pula pemuda hingusan!” lantang Dahri membidas anak muda tersebut.

“Wahai Dahri anak didik Maharaja Rom, bukankah Maharaja Rom sendiri mempercayai tuhan? Untuk apa dia menghantar kamu ke mari?” soal pemuda tersebut pula.

Aku diperintahkan bagi mencabar ulama-ulama Islam supaya berdebat dengan aku. Selepas semua ulama aku tewaskan, baru aku pulang. Maharaja Rom akan meraikan kejayaan itu dengan memakaikan mahkota di atas kepalaku,” jawab Dahri.

“Sekiranya kamu kalah, apa hukumannya?” tanya pemuda itu lagi.

“Aku tidak akan kalah kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini akan dapat menjawab soalanku itu,” balas Dahri dengan angkuh.

“Pada hari ini, kamu akan saya kalahkan. Kamu akan menjadi hina dina sekembalinya kamu nanti,” kata pemuda tersebut.

“Siapa nama kamu wahai anak muda?” Soal Dahri.

“Nama sebenar saya Nukman, dan saya akan berdebat dengan kamu hari ini sambil orang ramai termasuk Khalifah akan menyaksikannya,” jawab pemuda tersebut.

“Huh, janganlah kamu bermimpi mengalahkanku. Sedangkan mereka yang berserban malah berjubah pun telah ku kalahkan,” kata Dahri dengan bongkaknya.

“Ketahuilah Dahri, Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban dan jubah labuh, tetapi Dia mengurniakan kemuliaan kepada orang yang bertakwa,” kata pemuda itu sambil membacakan ayat ke 11 surah al-Mujaadalah yang bermaksud “Allah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat.”

Dahri segera menutup telinga kerana tidak suka mendengar ayat-ayat suci al-Quran dibacakan.

“Anak muda yang petah bercakap, kamu membuat aku marah dan memaksa aku menyahut cabaran kamu. Sekiranya kamu kalah, mahukah kamu menjadi khadam aku?” tanya Dahri dengan marah.

“Saya tidak mahu bertaruh kerana agama saya tidak membenarkannya. Tetapi sekiranya kamu kalah, mahukah kamu berjanji pulang ke negeri Rom dan jangan menjejakkan kaki kamu ke sini lagi?” jawab pemuda itu.

“Aku setuju dengan permintaan kamu itu. Aku juga akan meminta persetujuan khalifah, sekiranya kamu kalah, kamu akan menjadi khadam aku,” balas Dahri, dan debat pun bermula antara mereka.

“Soalanku yang pertama, benarkah Allah itu wujud?” soal Dahri memulakan majlis dialog itu.

“Sesungguhnya, Allah itu wujud,” tegas pemuda itu.

“Sekiranya benar, bila dia dilahirkan?” soal Dahri sambil tersenyum, soalan itu yang membuatkan ramai ulama terkelu lidah.

“Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama, dan Dia juga yang terakhir, tidak ada sesuatu sebelumnya mahupun selepasnya,” jawab pemuda itu.

Mustahil tiada yang mendahului, dan kemudian darinya. Buktikan dengan contoh kepadaku,” balas Dahri.

Imam muda itu menunjukkan lima jari tapak tangannya lalu berkata “Cuba kamu lihat ibu jari ini, adakah jari sebelumnya?

Cuba lihat pula jari kelingking ini, adakah jari selepasnya? Sekiranya jari tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya.”

Sekiranya begitu, pada tahun berapakah tuhan lahir?” soal Dahri lagi.

“Sama seperti yang ku rungkaikan tadi. Sebelum masa dan tarikh dicipta, Allah terlebih dahulu wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh,” jawab pemuda tersebut.

“Berikan buktinya,” pinta Dahri.

“Adakah kamu tahu ilmu mengira?” tanya Imam muda tersebut.

“Sejak kecil aku sudah mengenal angka,” jawab Dahri/

“Apakah angka sebelum satu?”

“Kosong atau tiada..”

“Sekiranya angka satu itu tiada sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah yang Maha Satu itu tidak ada yang mendahuluinya?”

Dahri terkesima kerana anak muda yang dianggap hingusan itu mudah mematahkan hujahnya. Namun, dia tidak mahu mengaku kalah lalu terus bertanya, “Sekiranya Allah itu wujud kata kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”

“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.

“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud di muka bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud pasti ada tempatnya,” bantah Dahri sambil tersenyum sinis.

Sekiranya Allah itu wujud kata kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”Soal Dahri lagi.

“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.

“Jawapannya mudah sahaja. Lihat sahaja pada diri kamu, bukankah kamu ada nyawa?” kata pemuda itu.

“Dalam tubuhku ini memang ada nyawa, malah setiap makhluk ada nyawa!” sahut Dahri.

“Adakah kamu tahu dimana letaknya nyawa? Di kepala kamukah? di perut kah ataupun di hujung tapak kakimu?” balas beliau.

Dahri tersentak mendengarnya. Dahri tidak menyangka imam muda itu begitu pintar hinggakan soalan yang tidak terjawab oleh ulama sebelum ini mudah sahaja baginya untuk dibalas. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama mereka.

“Dahri, jika kamu masih belum jelas, sila berikan saya segelas susu,” pinta pemuda itu.

Selepas diberi segelas susu, lalu pemuda itu menunjukkannya kepada Dahri dan bertanya “Adakah kamu percaya dalam susu ini mengandungi lemak?”

“Aku percaya..” jawab Dahri.

“Tunjukkan kepada aku dimana lemak itu berada? Di bahagian ataskah, tengah atau bawah sekali?” tanya pemuda itu lagi.

Sekali lagi Dahri tersentak dan terdiam. Melihat keadaan itu, maka berkatalah pemuda itu “Sedangkan mencari lemak susu pun kita tidak tahu mahupun mengetahui dimana terletaknya roh dalam diri kita pun tidak diketahui, apatah lagi dimana letaknya Zat Allah!”

Dahri terpaku, mukanya merah menahan malu. Namun dia berusaha mengawal dirinya. Setelah keadaan kembali reda, beliau menyoal kembali.

“Hai anak muda, beritahu aku apa yang wujud sebelum Allah dan apa yang muncul selepasnya?” tanya Dahri.

Orang ramai menumpukan kepada pemuda tersebut.

“Jawapannya sama seperti mula-mula tadi. Tidak ada satu pun yang wujud sebelum Allah mahupun selepasnya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang awal dan Dialah yang akhir,” tegas pemuda itu, ringkas dan padat.

“Mustahil tuhan wujud tanpa ada permulaan dan mustahil tidak ada lagi selepasnya. Apa hujahnya?” dalih Dahri.

Dengan tersenyum, pemuda itu menjelaskan “Seperti yang ku katakan tadi, cuba lihat pada jari kamu. Lihat pada ibu jari itu. Jari apakah yang sebelumnya?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Beberapa hadirin turut melakukan sedemikian rupa.

“Pada jari kelingking pula, apa jari selepasnya?” sambung pemuda itu.

Dahri terdiam. Maka pemuda itu terus berhujah “Sedangkan pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah yang Maha Agung itu, yang tiada mendahului mahupun selepasnya."

“Firman Allah surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud, “Dialah yang awal, dialah yang akhir, dan yang zahir, dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

“Anak muda, banyak lagi soalan yang ingin kutanyakan, tetapi sebelum itu, aku ingin bertanya, dengan siapa kamu berguru?” Tanya dahri kerana kagum dengan lawannya.

“Guruku Imam Hammad. Dia turut berada di majlis ini sedang mengikuti perdebatan kita. Sekiranya saya anak muridnya pun tidak kamu terlawan, apatah lagi guru saya Imam Hammad,” jawab pemuda tersebut.

Dahri mula berasa gentar dengan lawannya itu. Baru muridnya, belum lagi gurunya. Namun dahri enggan mengalah.

“Beritahu aku keadaan Zat tuhanmu, apakah keras dan padat seperti besi, ataupun cair seperti air?” tanya Dahri lagi.

“Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal?” tanya pemuda itu pula.

“Selalu aku melihatnya,” jawab Dahri.

“Sebelum meninggal, pesakit masih boleh bercakap-cakap dan menggerakkan tubuhnya. Tetapi apabila meninggal dunia, dia diam dan kaku. Mengapa jadi begitu?” Soal pemuda itu.

“Kerana roh telah meninggalkan tubuhnya,” jawab Dahri.

“Pernahkah kamu melihat roh keluar dan nyawanya dicabut?” tanya pemuda itu lagi.

“Tidak,” jawab Dahri.

“Kamu tidak dapat melihat roh itu kerana ianya bukan benda padat seperti besi ataupun cair seperti air? Betul?” soal pemuda itu.

“Entahlah, aku tidak pasti,” kata Dahri.

“Sekiranya kita tidak mengetahui bagaimana bentuk roh, bagaimana kita hendak mengetahui Zat Allah.” kata pemuda itu sambil tersenyum.

“Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai wajah dan arah tempat menghadap?” Dahri beralih ke soalan lain.

“Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, ke arah manakah sinar cahayanya menghadap?”

“Sinar cahaya itu pasti akan mengahadap ke seluruh arah dan penjuru.”

“Sekiranya demikian halnya dengan lampu buatan manusia, bagaimana Allah pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi”

“Kamu percaya pada syurga?” Tanya Dahri lagi.

“Saya percaya,” jawab pemuda itu.

“Benarkah dalam syurga itu disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman? Tetapi penghuninya tidak buang air besar dan kecil. Bukankah itu cuma khayalan?”

“Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama 9 bulan?

Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pula buang air besar apatah lagi kecil.

Itu baru kandungan ibu, bagaimana di syurga kelak?”

Namun Dahri masih tidak mahu berputus asa lagi. Dia memandang ke arah Khalifah Yazid yang tersenyum. Sebelum ini khalifah bermuram durja apabila ulamanya tidak dapat berhujah dengan Dahri.

Dahri berfikir seketika, mencari jalan mengalahkan lawannya.

“Ini soalanku yang terakhir. Aku yakin kamu tidak tahu apa jawapannya,” kata Dahri sambil mengeraskan suaranya. Dia berbuat demikian bagi menghilangkan rasa malunya itu.

“Dengan izin tuhan saya pasti menjawabnya,” balas pemuda tersebut.

“Anak muda yang masih hingusan, beritahu daku apa yang dilakukan tuhanmu ketika ini,” soalan itu membuatkan pemuda itu tersenyum riang. Dia seperti menduga soalan itu akan dikeluarkan.

“Soalan yang terakhir itu sungguh menarik. Ia menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Kerana soalan itu penting, maka saya perlu menjawabnya dari tempat tinggi supaya dapat didengari semua orang. Kerana itu, marilah kita bertukar tempat. Kamu turun dari mimbar itu, dan saya naik ke atas supaya suara saya jelas kedengaran,” kata pemuda tersebut.

“Baiklah, dengan senang hatinya aku turuti permintaanmu,” kata Dahri yang berasa yakin memperoleh kemenangan tersebut.

Pemuda itu naik ke atas mimbar tersebut, sambil Dahri turun ke bawah. Dia menghadap ke arah orang ramai, lalu berkata dengan suara yang lantang.

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah, bahawa kerja Allah sekarang ini menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya, yang berada di bawah tadi, telah dinaikkan ke atas mimbar masjid ini!”

“Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” maka bergemalah takbir daripada orang ramai.

Menandakan kemenangan pemuda itu ke atas Dahri.

Mereka memuji kewibawaan pemuda tersebut yang menyelamatkan maruah Islam daripada lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Dahri pula terpaksa mengaku kalah dan pulang dalam kehinaan.

Begitulah kehebatan pemuda yang bernama an-Nukman bin Thabit, atau dikenali sebagai Imam Abu Hanifah yang terkenal dengan Mazhab Hanafi.

Saturday, January 21, 2012

kana buat Dakwah

MAKAN BERJAMAAH, KENAPA TIDAK MAU?

Di antara etika makan yang diajarkan oleh Nabi adalah anjuran makan bersama-sama pada satu piring. Sesungguhnya hal ini merupakan sebab turunnya keberkahan pada makanan tersebut. Oleh karena itu, semakin banyak jumlah orang yang makan maka keberkahan juga akan semakin bertambah. Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (HR Muslim no 2059)
Dalam Fathul Baari 9/446 Ibnu Hajar mengatakan, “Dalam hadits dari Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Thabrani terdapat keterangan tentang illat (sebab) terjadinya hal di atas. Pada awal hadits tersebut dinyatakan, ‘Makanlah bersama-sama dan janganlah sendiri-sendiri karena sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang’. Hadits ini menunjukkan bahwa makanan satu orang itu mencukupi untuk dua orang dan seterusnya adalah disebabkan keberkahan yang ada dalam makan bersama. Semakin banyak jumlah orang yang turut makan maka keberkahan semakin bertambah.”
Dari Wahsyi bin Harb dari bapaknya dari kakeknya, “Sesungguhnya para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengadu, wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan namun tidak merasa kenyang. Nabi bersabda, “Mungkin kalian makan sendiri-sendiri?” “Betul”, kata para sahabat. Nabi lantas bersabda, “Makanlah bersama-sama dan sebutlah nama Allah sebelumnya tentu makanan tersebut akan diberkahi.” (HR Abu Dawud no. 3764 dan dinilai shahih oleh al-Albani.)
Dalam Syarah Riyadhus Shalihin Jilid VII hal 231 Syaikh Utsaimin menyatakan bahwa makan namun tidak kenyang itu memiliki beberapa sebab:
Tidak menyebut nama Allah sebelum makan. Jika nama Allah tidak disebut sebelum makan maka setan akan turut menikmatinya dan berkah makanan tersebut menjadi hilang.
Memulai makan dari sisi atas piring. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mulai makan dari sisi atas piring karena pada sisi atas piring tersebut terdapat barakah sehingga yang tepat adalah makan dari sisi pinggir piring.
Makan sendiri-sendiri. Makan sendiri-sendiri berarti setiap orang memegang piring sendiri sehingga setiap makanan yang ada harus dibagi lalu berkah makanan dihilangkan. Hal ini menunjukkan bahwa sepatutnya makanan untuk sekelompok orang itu diletakkan dalam satu nampan baik berjumlah sepuluh ataupun lima orang hendaknya jatah makan untuk mereka diletakkan di satu piring yang cukup untuk mereka. Karena hal ini merupakan sebab turunnya keberkahan makanan. Sekali lagi perlu ditegaskan bahwa makan sendiri-sendiri merupakan sebab hilangnya keberkahan makanan.
Makruhnya makan dalam porsi terlalu banyak atau sedikit
Makan dalam porsi terlalu besar merupakan penyebab tubuh menjadi sakit dan merasa malas sehingga sangat berat untuk melakukan berbagai amal ketaatan. Di samping itu hal tersebut akan menyebabkan hati menjadi beku. Sebaliknya makan dalam porsi yang terlalu sedikit, juga akan menyebabkan badan menjadi lemah dan loyo sehingga tidak kuat melakukan berbagai amal taat. Solusi tepat untuk masalah ini adalah petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika kita mempraktekkannya dalam keseharian kita tentu kita tidak terlalu sering pergi ke dokter. Dari Miqdam bin Ma’di Karib beliau menegaskan bahwasanya beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang manusia memenuhi satu wadah yang lebih berbahaya dibandingkan perutnya sendiri. Sebenarnya seorang manusia itu cukup dengan beberapa suap makanan yang bisa menegakkan tulang punggungnya. Namun jika tidak ada pilihan lain, maka hendaknya sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.” (HR. Ibnu Majah no. 3349 dan dinilai shahih oleh al-Albani dalam shahih sunan Ibnu Majah no. 2720)
Ibnu Muflih mengatakan, dalam al-Adab as-Syar’iyyah 3/183-185 bahwasanya Ibnu Abdil Barr dan ulama yang lain menyebutkan bahwa Umar bin Khatthab pada suatu hari pernah berkhutbah, dalam khutbahnya beliau mengatakan, “Jauhilah kekenyangan karena sesungguhnya kekenyangan itu menyebabkan malas untuk shalat dan bahkan badan malah menjadi sakit. Hendaknya kalian bersikap proporsional dalam makan karena hal tersebut menjauhkan dari sifat sombong, lebih sehat bagi badan dan lebih kuat untuk beribadah. Sesungguhnya seseorang itu tidak akan binasa kecuali ketika dia mengatakan keinginannya daripada agamanya.”
Al Fudhail bin Iyyadh mengatakan, “Ada dua hal yang menyebabkan hati menjadi beku dan keras yaitu banyak berbicara dan banyak makan.”
Al Khalal dalam Jami’nya meriwayatkan dari Imam Ahmad bahwa beliau pernah mendapat pertanyaan, “Ada orang-orang yang makan terlalu sedikit dan mereka memang bersengaja untuk melakukan hal seperti itu?” Imam Ahmad mengatakan, “Aku tidak suka hal seperti itu, karena aku mendengar Abdurrahman bin Mahdi mengatakan, “Ada sekelompok orang yang berbuat seperti itu, namun akhirnya mereka malah tidak kuat untuk mengerjakan berbagai amal yang hukumnya wajib.”
Larangan menghadiri jamuan yang menyediakan khamr
Dari Umar bin al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam itu melarang dua jenis makanan, pertama, menghadiri jamuan yang mengedarkan khamar, kedua, makan sambil telungkup.” (HR. Abu Dawud no. 3774 dan dinilai shahih oleh al-Albani) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Barang siapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah menghadiri perjamuan yang mengedarkan khamr.” (HR. Ahmad no. 14241)
Hadits tersebut secara tegas melarang menghadiri jamuan makan yang menyediakan khamr. Hal ini menunjukkan bahwa hukumnya adalah haram. Karena duduk di suatu tempat yang mengandung kemungkaran merupakan pertanda ridha dan rela dengan kemungkaran tersebut.
Anjuran makan berjamaah
Allah berfirman yang artinya, “Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka atau sendirian.”(QS. an-Nur: 61)
Ketika al-Qurthubi menafsirkan ayat ini, beliau mengatakan, “Dikatakan bahwa ayat ini turun berkenaan dengan Bani Laits bin Bakr yang merupakan keturunan Bani Kinanah. Ada salah seorang dari mereka yang tidak mau makan sendirian. Beberapa waktu lamanya dia menahan lapar, sampai ada orang yang mau diajak makan bersama.”
Dalam al-Muharra al-Wajiz 11/328 Ibnu Athiyyah mengatakan, “Makan dengan bersama-sama merupakan tradisi Arab yang turun-temurun dari Nabi Ibrahim. Beliau tidak mau makan sendirian. Begitu pula sebagian orang-orang Arab ketika kedatangan tamu, mereka tidak mau makan kecuali bersama tamunya. Lalu turunlah ayat di atas yang menjelaskan adab makan yang benar dan membatalkan segala perilaku orang Arab yang menyelisihi ayat ini. Ayat ini secara tegas membolehkan makan sendirian, suatu hal yang diharamkan oleh bangsa Arab sebelumnya. Tentang ayat di atas Ibn Katsir menyatakan, “Ini merupakan keringanan dari Allah. Seorang boleh makan dengan cara sendiri-sendiri atau bersama beberapa orang dalam satu wadah makanan meski makan dengan cara yang kedua itu lebih berkah dan lebih utama.”
Syekh Yahya bin Ali al-Hajuri mengatakan, “Inilah pendapat kami. Makan dengan berjamaah itu lebih utama di samping hal tersebut termasuk perangai dan akhlak orang Arab yang luhur. Terlebih lagi jika dipraktekkan ketika ada acara pertemuan. Kami tidak berpendapat bahwa makan dengan cara sendiri-sendiri adalah haram, karena tidak ada seorang pun ulama yang berpendapat demikian sepengetahuan kami kecuali jika dikaitkan dengan perilaku menyerupai orang-orang kafir. Menyerupai mereka adalah merupakan suatu hal yang diharamkan berdasarkan dalil-dalil yang tegas.
Berikut ini adalah hadits-hadits yang menunjukkan pentingnya makan berjamaah, karena hal tersebut telah disyariatkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Hampir saja banyak orang mengerumuni kalian seperti orang-orang yang hendak makan mengerumuni sebuah piring besar.” (HR Abu Dawud, shahih)
Hadits ini menunjukkan bahwa di antara kebiasaan orang-orang Arab adalah beberapa orang makan dari satu piring. Ini merupakan cara makan yang diajarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di samping merupakan adab kebiasaan orang Arab.
Dari Nafi’ beliau mengatakan, “Ibnu Umar memiliki kebiasaan tidak memakan kecuali bersama orang miskin. Suatu ketika aku mengajak seseorang untuk menemani beliau makan. Ternyata orang tersebut makan dalam porsi yang besar. Sesudah itu Ibnu Umar mengatakan, “Wahai Nafi’ janganlah kau ajak orang ini untuk menemani aku makan, karena aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang beriman itu makan dengan menggunakan satu lambung sedangkan orang yang kafir makan dengan menggunakan tujuh lambung.” (HR. Bukhari no. 5393, dan Muslim no. 2060)
Ibnu Umar adalah salah seorang sahabat yang dikenal sebagai orang yang teguh menjalankan sunnah-sunnah Nabi. Sedangkan hadits di atas menunjukkan bahwa beliau hanya mau makan bila ditemani seorang yang miskin.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, aku menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa khazirah(sejenis masakan daging dicampur dengan tepung) yang sudah aku masak untuk beliau. Aku katakan kepada Saudah yang berada di sebelah Nabi, “Ayo makan.” Namun Saudah enggan memakannya. Karena itu, aku katakan, “Engkau harus makan atau makanan ini aku oleskan ke wajahmu.” Mendengar hal tersebut Saudah tetap tidak bergeming, maka aku ambil makanan tersebut dengan tanganku lalu aku oleskan pada wajahnya.” Hal ini menyebabkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tertawa lalu menyodorkan makanan tersebut kepada Saudah seraya mengatakan, “Balaslah olesi juga wajahnya.” Akhirnya Nabi pun tertawa melihat wajah Aisyah yang juga dilumuri makanan tersebut. Setelah itu Umar lewat, sambil berkata, “Wahai Abdullah, wahai Abdullah.” Nabi mengira kalau Umar hendak masuk ke rumah maka beliau bersabda, “Basuhlah muka kalian berdua.” Aisyah mengatakan, “Sejak saat itu aku merasa segan kepada Umar karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menaruh rasa hormat kepada beliau.” (HR. Abu Ya’la, dengan sanad yang hasan)
Pesan yang terkandung dalam hadits ini:
Suami makan bersama istri-istrinya dari satu piring.
Bersenda-gurau dengan istri, kedua hal ini dianjurkan dalam rangka menjaga keharmonisan rumah tangga.
Berlaku adil di antara istri dan bersikap adil terhadap pihak yang teraniaya meskipun dengan nada bergurau.
Hadits-Hadits tentang makan berjamaah
Dari Abdullah bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, “Aku bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang menemani makan istri yang haidh maka beliau bersabda, “Temanilah makan istri yang sedang haidh.” (HR. Turmudzi, Abu dawud dan Ibn Majah, hasan). Penulis kitab Aunul Ma’bud, syarah Abu Dawud dan penulisTuhfah al Ahfadzi, Syarah sunan Turmudzi sepakat bahwa yang dimaksud menemani makan adalah makan bersama.
Hadits ini menunjukkan bahwa badan dan keringat wanita yang sedang haidh itu suci demikian pula menunjukkan pula bahwa di antara kiat menjaga keharmonisan hubungan suami istri adalah makan bersama dari satu wadah. Inilah di antara petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Dari Ibnu Abi Aufa beliau mengatakan, “Kami ikut perang bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamsebanyak tujuh atau enam kali dan kami makan belalang bersama beliau.” (HR. Muslim no. 1952) al-Hafidz Ibn Hajar al-Atsqalani mengatakan, “Yang dimaksud kami makan belakang bersama beliau, ada dua kemungkinan, pertama, bersama dalam perang tidak dalam masalah makan. Kedua, bersama dalam makan. Kemungkinan yang kedua ini dikuatkan oleh riwayat Abu Nuaim dalam kitab at-Tib dengan redaksi, “Dan beliau makan bersama kami.”
Singkatnya kemungkinan makna yang benar adalah kemungkinan yang kedua. Sehingga hadits di atas menunjukkan betapa akrabnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan para sahabat. Untuk menjalin keakraban sesama mereka Nabi tidak segan untuk duduk makan bersama mereka.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah makan siang dan makan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan sesama banyak orang.” (HR. Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Hibban dengan sanad shahih)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, “Ada seorang sahabat Anshar yang tinggal di Quba mengundang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kami lalu berangkat bersama beliau ketika beliau telah selesai makan dan mencuci kedua tangannya, beliau berdoa…” hadits ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari no. 5458 dari Abu Umamah dengan redaksi, “Apabila maidah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah disingkirkan beliau berdoa…”
Al-Maidah adalah meja makan untuk satu atau dua orang. Akan tetapi ketika menafsirkan ayat yang artinya, “Wahai Rabb kami, turunkanlah maidah dari langit untuk kami”, Ibn Katsir menyebutkan pendapat mayoritas salaf tentang makna maidah. Mereka mengatakan maidah adalah hidangan yang dinikmati oleh banyak orang. Makna seperti ini juga disebutkan oleh Ibnu Mamduh dalam karyanya, Lisanul Arab. Sedangkan hadits sebelumnya juga berkaitan dengan makan bersama karena dalam hadits tersebut dinyatakan, “Kami lalu berangkat bersama beliau.”
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit menuju kamar Shafiyah aku mengundang kaum muslimin untuk menghadiri acara walimah nikah beliau dengan Shafiyah. Rasulullah memerintahkan untuk membentangkan alas dari kulit. Di atasnya dituangkan kurma, keju dan lemak.” (HR. Bukhari dan Muslim) Hadits ini jelas menunjukkan acara makan bersama di atas alat kulit dan bolehnya membentangkan alas dan kulit untuk makan.
Dari Jabir bin Abdillah, beliau bercerita ada seorang perempuan Yahudi dari penduduk Khaibar meracuni daging kambing bakar. Daging kambing tersebut lalu dihadiahkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah lalu memilih kaki kambing, beliau makan dari kambing yang dihadiahkan tersebut bersama sahabat yang lain.” (HR Darimi, dengan sanad yang mursal namun memiliki beberapa hadits penguat)
Hadits di atas di samping menunjukkan bahwa di antara kebiasaan Nabi adalah makan bersama para sahabat juga menunjukkan bahwa Nabi itu tidak mengetahui hal yang gaib. Pada awal mulanya, Nabi tidak tahu kalau daging kambing yang disuguhkan itu beracun. (Disarikan dari buku Makan Berjamaah -edisi terjemah- karya Syaikh Yahya bin Ali al-Hajuri, Penerbit Pustaka An-Najiyah)
-selesai, alhamdulillah-

Friday, January 20, 2012

Akhalak Nabi

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

mngatakan sesat orang yang sesat

أترعون عن ذكر الفاجر ، اذكروه بما فيه كي يعرفه الناس ويحذره الناس

“Sampai kapan kalian segan untuk menyebutkan kesesatan orang yang sesat,sebutkanlah apa yang ada padanya (kesesatannya) hingga ia dikenali masyarakat dan diwaspadai bahayanya” (HR. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 9337

Thursday, January 19, 2012

pembentangan mesyuarat MSP mlm tdi

Takaza penting :4bln negara jauh ,,2bulan jln kaki ,,40h sekitar KL,,,ni takaza yg penting dri ijtima' tonggi,, pesanan eldest dri bhai wahab,, bila kita keje nabi keje sya,,bantuan Allah SWT akan dtg,, dua juga utk urg kafir,, maulana syaukat britau manusia hari ini sebelum mkn buah dia sudah tau kemanisan rasa buah tu,, tpi apabila cakap pasal Allah manusia tak dpt rasa kemanisannya,, dan masa yg kita bgi utk kerja agama ni adalah lebihan lebihan masa kita,, inI dah terbalik sbb yakin yg salah telah wujud dlm hati kita,, bila kita buat usaha ini betul betul kita boleh lihat kesannya d sekeliling kita,,,jumlah jemaah yg kluar dri ijtima' tonggi dlm sekitar 3000 jemaah,, dan pengumuman perlantikan 4 urg syura baru
Hj zaid,,maulana abd hamid,,abdullah chong dan modh maydin
Jemaah arab yg d bentuk sekitar 280 jemaah,,ramai urg arab dah mula ambil balik usaha kenabian ini yg mereka sendiri telah tinggalkan sekian lama,,,

Wednesday, January 18, 2012

Syurah2 Malaysia yang baru di lantik

Alhamdulillah.. empat orang syura baru utk Malaysia telah dilantik oleh masyaikh, iaitu: maulana hamid, hj zaid, hj abdullah chong (semua dr seri petaling) dan hj mahyudin penang...

Kenapa Markas dakwah di India bukan Di Arab

syeikhul hadith Maulana Saad asbabul hidayah menyampaikan Bayan dihadapan jamaah Arab,

Sebuah kereta yang sudah ditinggalkan oleh pemiliknya yaitu di Tanah Arab. kereta tadi sudah rosak dan tidak boleh digunakan dan kereta yang sudah rosak ini telah diseret dengan perlahan dan dipindahkan ke India. Setelah kereta ini sampai di India, kereta ini mula diperbaiki dengan baik. Sehingga boleh berjalan dengan baik kembali. kereta ini sudah bagus dan cantik. Seandainya kereta ini diminta kembali oleh pemiliknya maka kami pun dengan senang hati akan mengembalikannya kembali.

Tuesday, January 17, 2012

Benarkah Imam Al Ghazali Belajar Hadith Hanya Di Akhir Hayatnya ?

Ada beberapa pihak yang memiliki pemikiran berlawanan dengan Hujjatul Islam Al Ghazali menyimpulkan bahwa kajian Al Ghazali terhadap Shahih Al Bukhari dan Shahih Muslim menjelang wafat, menunjukkan bahwa beliau sebelumnya jauh dari Sunnah dan di akhir hayat beliau telah kembali kepada Sunnah!

Cara berfikir seperti ini tidak bisa dibenarkan. Apakah jika seseorang di akhir hayatnya banyak mengkaji hadits otomatis ia sebelumnya jauh dari hadits? Atau membenci hadits? Atau belum mengkaji hadits? Belum tentu. Banyak orang yang membaca hadits di akhir hayatnya, dan sebelumnya juga mempelajari hadits dan mengamalkan serta mengajarkannya. Demikian pula Imam Al Ghazali ini.

Al Ghazali sebelumnya sudah menyimak Shahih Al Bukhari dan lainnya

Kajian Al Ghazali terhadap Shahih Al Bukhari di akhir hayat beliau sama sekali tidak menunjukkan bahwa beliau sebelumnya jauh dari Sunnah, karena beliau sudah akrab dengan Sunnah sejak beliau mencari ilmu. Berikut ini keterangan para huffadz dan ulama mengenai hal ini.

Abdul Ghafir Al Farisi,

“Di akhir hayat, beliau menyambut hadits Al Musthafa Shalallahu Alaihi Wasallam, dan duduk bersama para ahlinya, serta menelaah As Shahihain, Bukhari dan Muslim, yang mana keduanya (As Shahihain) merupakan hujjah Islam. Seandainya beliau masih hidup maka benar-benar melampaui semuanya dari disiplin ilmu tersebut (hadits), dengan waktu yang cukup singkat, beliau meluangkan waktu untuk memperolehnya.”
Kemudian, Abdul Ghafir Al Farisi melanjutkan,

”Tidak diragukan lagi bahwa beliau telah menyimak hadits di waktu-waktu sebelumnya dan beliau menyibukkan diri dengan menyimaknya di akhir hayat walau tidak sebagai perawi, namun hal itu tidak membahayakan terhadap apa yang beliau tinggalkan dari buku-buku yang ditulis dalam masalah ushul, furu’ dan seluruh varian (karya) yang tiada henti-hentinya disebut. Dan ditetapkan oleh mereka yang telah menelaah bahwa tidak ada yang meninggalkan karya yang sebanding dengannya”
(Lihat, Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra,6/210).
Al Hafidz Ibnu Asakir,

”Beliau telah menyimak Shahih Al Bukhari dari Abu Sahl Muhammad bin Abdillah Al Hafshi dan menjadi guru di Madrasah Nidhamiyah di Baghdad. Kemudian keluar ke Syam mengunjungi Bait Al Maqdis. Kemudian menuju Damaskus tahun 489 H dan bermukim beberapa waktu di sana. Telah sampai kepadaku bahwa di sana beliau menulis beberapa karya beliau. Kemudian kembali ke Baghdad lalu ke Khurasan. Kemudian mengajar beberapa saat di Thus, setelah itu meninggalkan pengajaran dan perdebatan untuk menyibukkan diri dengan ibadah.”
Kemudian Hafidz Ibnu Asakir menyebutkan,

”Disebutkan bahwa beliau mengundang Abu Al Fityan Umar bin Abi Hasan Ar Rawasi, seorang Hafidz di Thus, dan memulyakan beliau. Beliau (Al Ghazali) menyimak dari beliau (Ar Rawasi) Shahih Bukhari dan Muslim”
(Lihat, Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 6/210).
Dari paparan Abdul Ghafir Al Farisi dan Al Hafidz Ibnu Asakir kita mengatahui bahwa Imam Al Ghazali sebelum menyimak hadits dari Ar Rawasi di Thus, kota dimana beliau meninggal, beliau sudah menyimak Shahih Bukhari terlebih dahulu kepada Al Hafshi. Al Hafidz Al Hafshi sendiri adalah guru dari Imam Al Juwaini, guru Imam Ghazali juga yang tinggal di Naisabur. Apa yang dikatakan Al Hafidz Ibnu Asakir, bahwa beliau sejak awal sudah mengkaji Shahih Al Bukhari menunjukkan bahwa Al Ghazali menyimaknya saat menuntut ilmu di Naisabur, sebelum mengajar di Baghdad yang pertama.

Disamping Shahih Bukhari beliau juga telah menyimak dua juz kitab Maulid Ar Rasul yang ditulis oleh Abu Bakar As Syaibani dari Syeikh Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad Al Khuwari (lihat, Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 6/213).

Hadits-hadits dalam Ihya menunjukkan bahwa Al Ghazali telah menelaah hadits



Selain data di atas, ada fakta yang menjukkan bahwa Al Ghazali sudah sudah mengkaji kitab-kitab Sunnah jauh sebelum beliau mengkajinya di akhir hayat. Fakta itu adalah hadits-hadits yang termaktub dalam kitab Ihya Ulumuddin.

Murujuk takhrij Al Hafidz Al Iraqi mengenai hadits-hadits Ihya, beliau telah menjelaskan asal-asal hadits dalam kitab tersebut. Tidak hanya berasal dari Shahih Al Bukhari, Muslim dan Ibnu Huzaimah. Hadits-hadits lainnya juga dikeluarkan Ashab As Sunan (At Tirmidzi, An Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah), dan kitab-kitab hadits lainnya seperti Musnad Ahmad, Firdaus atau Syu’ab Al Iman Al Baihaqi, Al Marasil Ibnu Abi Dunya, dll (lihat, Takhrij Ihya dihamisy Ihya Ulumuddin cet. Dar Sya’b, Kairo).

Tentu, Al Ghazali tidak akan mampu mengetengahkan hadits-hadits dari berbagai sumber itu, untuk dijadikan hujjah kecuali setelah beliau menelaah hadits itu terlebih dahulu, dari berbagai kitab dan sumber.

Ihya sendiri telah beliau tulis sebelum kembali ke Baghdad untuk kedua kalinya, yakni ketika berada di Syam. Dan saat beliau tiba di Baghdad, beliau telah mengajarkan Ihya di sana (Lihat, Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 6/200, 207).

Baru setelah itu beliau ke Khurasan lalu kembali ke kampung halaman beliau di Thus dan mendirikan madrasah di samping rumah beliau dan mengajar di sekolah tersebut. Di saat mendekati wafat beliau menyimak Shahih Al Bukhari dan Muslim dari Ar Rawasi, dan wafat pada tahun 505 H.

Bukhari-Muslim, tidak cukup untuk menjadikan seorang memperoleh gelar Al Hujjah

Argumen lain yang memperkuat bahwa Imam Al Ghazali telah mengkaji hadits tidak hanya ketika beliau hendak wafat saja adalah gelar beliau Al Hujjah.

Jika gelar Al Hujjah adalah orang yang menguasai mayoritas Sunnah dan tidak luput darinya kecuali sedikit, sesuai dengan keterangan Al Allamah An Nawawi Al Bantani saat mensyarah maksud kata “Hujjatul Islam” yang terdapat di matan Bidayah Al Hidayah karya Imam Al Ghazali (Lihat, Maraqi Al Ubudiyah, hal. 2), maka, tidak mungkin Al Ghazali memperoleh gelar itu dengan hanya menyimak As Shahihain di akhir hayat beliau.

Walhasil, menyimpulkan Imam Al Ghazali jauh dari Sunnah, hanya karena beliau menyimak As Shahihain di akhir hidup beliau merupakan argumen yang amat lemah, karena sesuai dengan fakta dan data sejarah, beliau jauh-jauh sebelumnya sudah akrab dengan Sunnah.

Bagaimana Al Ghazali dikatakan jauh dari Sunnah? Sedangkan Al Hafidz Ibnu Najjar sendiri menyebut beliau sebagai Imam fuqaha’ yang menjelaskan keburukan ahlul bid’ah dan bangkit membela Sunnah (lihat, Thabaqat As Syafi’iah Al Kubra, 6/216). Wallahu Ta’ala A’la wa A’lam.

Rujukan:

1. Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, Tajuddin As Subki. Hijr Gizah, cet. 2, th. 1413 (1992), 2. Ihya Ulumuddin dengan hamisy Takhrij Ahadits Ihya, Al Ghazali, Al Iraqi, cet. Dar Sya’b, Kairo, 3. Maraqi Al Ubudiyah, Al Allamah An Nawawi Al Bantani, cet. Al Haramain, Indonesia.

Sumber : Http://almanar.wordpress.com

apakah itu syirik?

Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik.


Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya??


Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik..


Syirik berasal daripada perkataan arab yang bermaksud berkongsi. Di istilahkan oleh ulama' dengan meletakkan sesuatu samataraf dengan Allah atau dalam bahasa jawi lama disebut sebagai menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sekutu bermaksud setaraf. Sebagai contoh kita katakan ubat panadol yang kita makan telah menghilangkan sakit kepala kita. Padahal panadol tadi tidak ada kuasa untuk menyembuhkan sakit bahkan Allahlah yang menyembuhkannya. Percakapan seumpama ini jika dii3tiqadkan di dalam hati bahawa panadol yang sebenarnya menyembuhkan dia bukan Allah, maka kita hukumkan dia sebagai orang yang syirik.


Kenapa?? Kerana dia meletakkan kuasa panadol setaraf dengan kuasa Allah untuk menyembuhkan sakit.


Maka kita katakan panadol itu sebagai asbab sahaja. Hakikatnya Allah Ta'ala yang mengizinkan dengan kudrat dan iradah-Nya untuk menghilangkan sakit kepala.


Apa dalilnya?? Sedangkan kita tahu dan kita alami apabila kita memakan panadol, sakit kepala kita hilang. Panadol yang dibuat berdasarkan kajian ilmu sains perubatan dan diakui dapat menghilangkan sakit kepala atau selain daripadanya. Kenapa kita tidak boleh katakan panadol yang menyembuhkan??
Jawapannya begini. Apakah semua orang yang memakan panadol sakitnya akan hilang?? Bagaimana orang yang sakit kepala tetapi selepas mengambil panadol tidak hilang-hilang juga?? Itu maknanya Allah Ta'ala tidak mengizinkan kepadanya bukan dengan semata-mata kuasa yang ada pada panadol.


Hakikatnya kembali kepada Allah untuk menyembuhkannya ataupun tidak. Panadol itu sebabnya sahaja. Boleh jadi sakit kepala hilang dengan tidur atau sebagainya.


Syirik boleh berlaku dengan 3 cara;

1) Melalui lisan (percakapan) Cth : Kita katakan Allah ada tangan.
2) Melalui perbuatan. Cth : Menyembah berhala.
3) Melalui hati (i3tiqad) Cth : Mengi3tiqadkan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat makhluk seperti bertangan, duduk dan sebagainya.



Ulama' membahagikan syirik kepada dua.


1) Syirik akbar seperti menyembah berhala (Dinamakan juga Syirik Jaali)

2) Syirik asghar iaitu riyak. (Dinamakan juga Syirik Khofi).



Ini berdasarkan hadis Nabi SAW. Sabdanya;

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر وهو الرياء يقول الله يوم القيامة للمرائين إذا جزى الله الناس بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراءون في الدنيا انظروا هل تجدون عندهم جزاء
Ertinya : Sesungguhnya yang lebih takuti daripada apa yang aku takut atas kamu semua syirik yang sangat kecil iaitu riyak. Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.



Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;

إن الله حرم الجنة على كل مراء
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.



*maksud mengaharamkan syurga ialah menegah dan tidak memberi syurga kepada orang yang riyak.


Riyak yang dikategorikan sebagai syirik kecil adalah di antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya daripada banyak perkara yang baginda takuti kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Sebab itu dinamakan sebagai syirik asghar (syirik yang sangat kecil) Asghar di atas wazan isim tafdhil yang bermaksud sangat dan lebih. Kalau kecil disebut soghir mengikut kaedah bahasa arab.


Kenapa riyak dikatakan syirik?


Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik.


Apa itu riyak??


Riyak ialah satu penyakit hati yang dicela oleh Allah SWT. Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala manafaat dunia.
Riyak itu hukumnya HARAM dengan ijmak ulama' dan termasuk daripada perbuatan tercela.


Sepertimana firman Allah Ta'ala;

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يراءون
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Ma3uun Ayat 4-



* Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.



Memandangkan isu kokka menjadi persoalan di kalangan masyarakat awam, jadi saya mengambil kesempatan untuk menyebut tentang hal ini berdasarkan kaedah ilmu usuluddin.



Adakah menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih dikira sebagai syirik??



Jawapannya TIDAK. Menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih hukumnya HARUS selagimana dia tidak mengi'tiqadkan kayu kokka itu memberi manfaat dan mudharat kepadanya.


Kadang-kadang disalah erti oleh masyarakat kita sehingga menuduh orang yang menggunakan tasbih yang diperbuat daripada kokka sebagai syirik. Guna itu tidak salah. Yang salahnya jika kita mengi3tiqadkan kayu kokka boleh memberi kesan seperti berkuasa mengahalang daripada penyakit dengan zat kayu kokka tersebut. Tetapi selagi dia menganggap itu sebagai asbab maka ulama' menyatakan itu tidaklah menjadi satu kesalahan dan bukan tegolong daripada perbuatan syirik yang kita ta3rifkan di atas.


Termasuk di dalam syirik akbar (sangat besar) jika kita meni3tiqad Allah bertangan atau duduk di atas arasy kerana kita menyamatarafkan Allah dengan manusia. Sedangkan perbuatan duduk. naik turun, ketawa, bertangan, berkaki adalah sifat manusia.


Adapun jika kita katakan Allah mendengar, melihat, berkata-kata, itu tidak termasuk di dalam menyamatarafkan Allah dengan manusia bahkan inilah akidah yang sebenar kerana Allah mendengar, melihat dan berkata-kata dengan sifat-Nya bukan dengan telinga, mata atau mulut seperti manusia. Manusia dapat melihat kerana ada mata, dapat berkata-kata kerana peti suara berfungsi dan dapat mendengar kerana adanya telinga. Tanpa peti suara, manusia akan bisu, tanpa mata, manusia akan buta dan tanpa telinga manusia akan pekak.


Ini bezanya kita dengan Allah. Mata, mulut dan telinga ada hadnya. Di sebalik dinding, manusia tidak dapat melihat, dari jarak yang jauh, manusia tidak mampu mendengar dan melihat.


Adapun sifat Allah tiada batasannya kerana Allah tidak melihat dengan mata, berkata-kata dengan mulut dan mendengar dengan telinga seperti manusia.

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah



"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"

Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.

Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).

Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.

Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.

Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tidak berkeyakinan dan tidak beraqidah sebagaimana mereka.

Imam-imam dan guru-guru besar kaum musyabbihah di antaranya adalah;

1) Abu Abdillah bin Hamad bin 'Ali al-Bogdadi al-Warraq (meninggal 403H). beliau ini pengarang kitab usuluddin yang bernama “syarah usluddin”, di mana dihuraikan banyak tentang tashbih, yakni keserupaan Allah dengan makhluk.

2) Qadhi Abu Ja'la Muhammad bin Hussein bin Khalaf bin Farra' al-Hanbali (meninggal 458H). beliau ini banyak mengarang kitab usuluddin yang banyak memperkatakan tentang tashbih. Ada ulama' mengatakan bahawa : “aib yang dibuat oleh Abu Ja'la ini tidak dapat dibersihkan dengan air sebanyak air laut sekalipun”.

3) Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nashar az-Zugwani al-Hanbali (meninggal 527H). beliau pengarang sebuah buku usuluddin yang bernama “al-Idah”, di mana banyak menerangkan soal tashbih dan taklim.

4) Ja'ad bin Dirhan.

5) Bayan bin Ismail.

6) Muhammad bin Kiram (meninggal 256H).

7) Hisyam al-Juwaliqi.

8) Yunus bin Abdirrahman.

9) 'Ali bin Mansur.

*Nombor (6) sampai (9) ini memfatwakan bahawa Allah itu bertempat, dan tempatnya di atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.

10) Muaz al-Anbari yang memfatwakan bahawa Allah lelaki.

11) Daud al-Jawarihi yang memfatwakan bahawa Allah itu mempunyai anggota serupa dengan anggota manusia seluruhnya.

12) Dan ramai lagi.

Seorang ulama' Islam daripada kaum ahlussunnah wal jamaah bernama Jamaluddin Ibnu al-Jauzi al-Hanbali (ini bukan Ibnul Qayyim al-Jauzi) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah ini yang diberi nama “Daf'u Syubahit Tashbih war Rad 'alal Mujassimah” (penolak syubhah tashbih dan penentang kaum mujassimah).

Diolah bahasa oleh al-Faqir daripada kitab i'tiqad ahlusunnah wal jamaah oleh Kiyai Haji Sirajuddin Abbas.

Allah di langit?


Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat;

وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84

Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi.

Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah.


Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas.


TAMBAHAN PENULIS.

Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana hakikatnya tiada bagi Allah tempat.

Allah tidak berhajat kepada makhluk tetapi makhluklah yang berhajat kepada Allah SWT. Inilah yang terkandung di dalam kalimah syahadah
لا اله إلا الله sepertimana yang dijelaskan oleh Imam as-Sanusi iaitu Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf as-Sanusi al-Hasani Rahimahullah (895H) pengarang kepada kitab akidah yang masyhur iaitu ummul barahin yang menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah yang dinisbahkan kepada al-'Asyaairah wal Maturidiyyah. Kata beliau;

ويجمعُ معاني هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد رسول الله إذ معنى الألوهية استغناء الاله عن كل ما سواه وافتقارُ كل ما عداه إليه
Maksudnya : Dikumpulkan makna akidah-akidah ini semuanya pada perkataan La ilaha illallah Muhammadurrasulullah kerana makna uluhiyyah ialah terkaya (tiada berhajat) Tuhan kepada yang lain daripadaNya dan berhajat segala sesuatu selainNya (Allah) kepadaNya.

Dijelaskan di dalam kitab al-'Aqaaid ad-Duriyyah syarah kepada matan as-Sanusiyyah oleh al-Ustaz al-Kamil as-Syeikh Muhammad al-Hashimi (salah seorang ulama' al-azhar as-Syarif) (m/s 22 dan 23) pada mensyarahkan makna sifat qiamuhu binafsih (tidak berhajat kepada yang lain) : dalil yang menetapkan qiamuhu Ta'ala binafsih dengan maksud tiada berhajat kepada tempat dan pencipta. Jika Allah berhajat kepada tempat (zat) maka jadilah Allah itu sifat kerana tidak berhajat kepada tempat itu kecuali sifat.

Pada hakikatnya prinsip akidah ahlussunnah sangat jelas iaitu Allah tidak bertempat. Kemudian datang syubuhah (keraguan) daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk fahaman mujassimah dan musyabbihah yang telah ditolak oleh ulama' ahlussunnah suatu ketika dulu.

Benarlah kat guru kami Dr. Abdul Manam Hafizohullah (pensyarah UNISZA dan khalifah thariqah al-qaadiriah wal naqsyabandiyyah wakil negeri Terengganu) bahawa jika kita ingin mencari jemaah muktazilah atau jabariyyah atau qadariyyah atau musyabbihah pada zaman ini mungkin sudah tidak ada tetapi jangan kita ingat akidah mereka tidak menyelinap masuk ke dalam akidah mereka yang mengaku ahlussunnah.

Begitulah yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mendabik dada sebagai ahlussunnah dan salaf telah terpengaruh dengan fahaman mujassimah dan musyabbihah. Mereka ini pada suatu masa dahulu golongan yang sangat membenci Abu Hassan al-'Asyaari kerana beliau (Imam al-'Asyaari) merupakan wira ahulussunnah yang menentang akidah yang sesat lagi menyesatkan kaum mujassimah atau musyabbihah.

Maka dengan kebenciaan itu, golongan mujassimah merubah kitab dan menfitnah Imam Abu Hassan al-'Asyaari Rahimahullahu Ta'aala yang telah diijmak (disepakati) oleh sekalian ulama' Islam zaman berzaman adalah tokoh yang menyusun prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah sepertimana yang tersebut di dalam al-mabaadi' al-'Asyarah (prinsip yang 10) ilmu usluddin.

Ayuh kita lihat apa kata Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani Rahimahullah dalam menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jama'ah.

وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني في شرحه على صحيح البخاري(3): "أهل السنة فسروا التوحيد بنفي التشبيه والتعطيل "اهـ
Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani di dalam syarah al-Bukhari : Ahlu sunnah mereka itu berjalan di atas tauhid dengan menafikan tasybih (ada keserupaan Allah dgn makhluk iaitu akidah wahabi/mujassimah/musyabbihah) dan ta'thil (menafikan sifat bagi Allah iaitu akidah muktazilah).

Akhir-akhir ini ramai yang memfitnah Imamuna as-Syafie Radhiallahu Ta'ala 'Anhu kononnya berakidah Allah bertempat seperti mereka. Di sini saya nuqilkan kalam beliau yang disalin oleh saya sendiri daripada kitab yang asal. Bukan copy paste sepertimana yang dilakukan oleh golongan wahabi. Sebab itu kita melihat hujjah mereka di mana-mana sama sahaja berbeza dengan ahlussunnah di mana hujjah yang digunakan pelbagai dan kepelbagaian itu menunjukkan keluasan ilmu ulama'-ulama' kita.

Berkata al-Imam Syafie Rahimahullah di dalam kitab al-kaukabul azhar syarah al-fqhul akbar m/s 79 cetakan al-maktabah at-tijariyyah mustofa ahmad al-baz makkatul mukarramah. Kata beliau di bawah tajuk as-syarhu qaul Allah Ta'ala ar-Rahman 'ala al-'arsy istawa.

Ketahuilah ! Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu sesungguhnya Allah 'Azza wajalla tidak harus atasnya kaifiyyah,kammiyah dan ainiyyah..dan dalil atas yg demikian itu sesungguhnya bagi yang tidak ada seumpama baginya tidak mumkin dikatakan padanya kaifa huwa (bagaimana dia) dan bagi yang tidak ada bilangan baginya dikatakan baginya kam huwa (berapa dia) dan bg yg tiada tempat dikatakan baginya aina kaana (di mana dia). dan di dlm kitab Allah yg mulia apa yg menunjukkan di atas tauhid dan menafikan at-tasybih (perumpamaan dengan makhluk) firman Allah Ta'ala : laisa kamislihi syaiun wahuwa as-samiul basir -as-Syura 11 iaitu menafikan tempat dan jihat (arah) dan nafi permulaan. Tamat kalam al-Imam as-Syafie Rahimahullah.

Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas pendustaan mereka terhadap al-Imam as-Syafie Rahimahullah.

Sahabat-sahabatku!

Akidah bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main dan dipandang remeh kerana ia menentukan sah atau tidak amalan kita sepertimana firman Allah SWT ;

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين
Maksudnya : Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka tidak sesekali akan diterima daripadanya dan dia di akhirat tergolong daripada kalangan orang yang rugi. (ali-'Imran 85).

al-Imam Maalik Rahimahullah pernah menyatakan ;

لا تصح العبادة إلا بمعرفة المعبود
Tidak sah ibadah kecuali dengan mengenali siapa yang disembah.

Akidah merupakan penentu kepada amalan kita diterima oleh Allah SWT. Jika rosak akidah maka rosaklah amalan kita seumpama sebatang pokok yang mati akarnya nescaya akan matilah batang dan cabang-cabangnya.

Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang faasidah (rosak) dan tetap di atas akidah ahlussunah wal jamaah yang telah diitlaqkan (dinisbahkan) kepada al-'Asyaairah wal maaturidiyyah sepertimana perkataan al-Imam az-Zabidi ;

إذا أطلق اهل السنة فالمراد بهم اﻷشاعرة والماتردية
Apabila disebut ahlussunnah maka murad (maksud) dengan mereka (ahulusunnah) ialah al-'Asyaairah dan al-Maaturidiyah.

Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

Tangan Allah

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.


Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.



Firman Allah yang dimaksudkan akhi;



قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ

“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terbitan Dar Al-Iman Pustakan Darul Iman Sdn Bhd)



1) Perlu difahami ini merupakan ayat mutasyabihah. Ayat-ayat al-quran yang ada persamaan Allah dengan makhluk dikira sebagai ayat yang mutasyabihah.



2) Mengikut manhaj khalaf : ia perlu ditakwil kepada makna yang sesuai pada bahasa arab supaya tidak terkeliru sehingga menyamakan Allah Ta’ala dengan makhluk.



3) Mengikut manhaj salaf sebenar : menyerahkan makna “yadun” kepada Allah tanpa menterjemahkan kepada makna tangan atau menakwil kepada makna yang layak bagi Allah dan dalam masa yang sama menafikan Allah Ta’ala sama dengan makhluk.



4) Mengikut manhaj salafiyyah wahabiyyah aka salafi jadian, golongan mujassimah, hasyawiyyah dan kitabiyyah : “yadun” dengan makna tangan tetapi tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Ini pandangan yang sesat lagi menyesatkan kerana apabila diisbatkan kepada Allah sifat tangan walaupun kita katakan ia tidak sama dengan makhluk sebenarnya kita telah menjisimkan Allah. Seumpama kita katakan “sampah berbau wangi”. Bila kita sebut sampah maka sudah jelas ia berbau busuk walaupun kita sifatkan ia berbau wangi. Bila kita kata tangan Allah sebenarnya kita telah menjisimkan Allah Ta’ala walaupun kita katakan tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk.



5) Mahasuci Allah daripada sama dengan makhluk samada bertangan, duduk, naik turun dan sebagainya daripada sifat makhluk. Firman Allah Ta’ala;



ليس كمثله شيء

“ Tidak ada yang seumpama denganNya (Allah) sesuatupun”



6) Kenapa Allah Ta’ala menyebut dengan dua tanganNya? Untuk memuliakan Adam. Kata ulama’: أضاف خلقه إلى نفسه تكريماً له

“Allah menyandarkan ciptaanNya kepada diriNya sebagai memuliakan baginya”



Kerana ayat ini ditujukan kepada iblis yang enggan sujud kepada Adam dengan pertanyaan apa yang menegah kamu (iblis) untuk sujud kepada apa yang aku jadikan dengan zat aku bukan dengan perantaraan ayah dan ibu kerana Adam dijadikan tanpa ayah dan ibu seperti yang kita sudah maklum. Perumpamaan dengan menggunakan dua tangan lebih hebat daripada satu tangan kerana telah maklum kepada kita sesuatu kerja yang besar tidak dilakukan dengan sebelah tangan. Ini kefahaman yang disebut oleh Imam Zamakhsyari di dalam kitab Al-Kassyaf dalam menjelaskan maksud dua tangan. Berkata sebahagian ulama’ ;



لما خلقت بيدي : لما خلقت بغير واسطة

“Bagi apa yang Aku jadikan dengan dua tangan Aku bermaksud bagi apa yang aku jadikan tanpa perantaraan”



7) Mengikut tafsir jalalain oleh dua Imam besar Al-Imam Al-’Allamah Jalaluddin Al-Mahalli dan Al-Imam Al-‘Allamah Jalaluddin As-Suyuti menyebut dalam mentafsir ayat di atas;



أي توليت خلقه أي من غير واسطة أبي وأمي وهذا تشريف لآدم فإن كل مخلوق تولى الله خلقه

“Ialah Aku (Allah) meguasai kejadiannya (Adam) ialah tanpa perantaraan ayah dan ibu dan ini memuliakan bagi Adam. Sesungguhnya setiap makhluk Allah Ta’ala menguasai ciptaaNya”



8) Di dalam At-Tafsir Al-munir oleh Dr Wahbah Zuhaili : Aku menjadikannya (Adam) sendiri tanpa perantaraan Ayah dan Ibu dan Al-Yad bermaksud Al-Qudrah (kuasa Allah bukan tangan dengan maksud anggota) Juz :23-24 mukasurat : 229 Cetakan : Darul Fikr, Syiria.



9) Perkataan “yadun” yang bermaksud tangan di dalam bahasa melayu merupakan majaz ( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) di dalam pengajian ilmu balaghah bahasa arab.



Sebagai contoh di dalam bahasa melayu kita juga ada menggunkan simpulan bahasa seperti “Abu seorang yang panjang tangan” Apakah ia bermaksud tangan Abu benar-benar panjang atau ia simpulan bahasa untuk menyatakan Abu seorang pencuri? Sudah tentu jawapannya ialah untuk menunjukkan makna Abu seorang pencuri bukan bermaksud tangan dia benar-benar panjang.


Simpulan bahasa ini bukan merujuk kepada majaz di dalam bahasa arab kerana majaz itu seperti kita katakan bulan tersenyum atau ombak memeluk pantai tetapi simpulan ini untuk menunjukkan perkataan tangan di sini bukan bermaksud tangan yang hakiki seperti zahirnya.


Jika orang melayu tidak memahami simpulan bahasa ini, menunjukkan kejahilan dia terhadap bahasa melayu dan orang yang tidak memahami majaz ini menunjukkan kejahilan dia terhadap balaghah bahasa arab. Al-Quran merupakan kalamullah. Bahasanya disebut sebagai “ablagh” (balaghah yang paling tinggi) sehingga cabaran Allah Ta’ala kepada orang kafir untuk membuat satu surah seumpaman surah Al-Kauthar pun mereka tidak mampu. Apatah lagi kita orang melayu dalam memahami kalamullah ini.



Oleh sebab itu berkata Mujahid dalam mentafsirkan ayat ini;



قال مجاهد : اليد ها هنا بمعنى التأكد والصلة ، مجازه لما خلقت أنا كقوله : " ويبقى وجه ربك " [ الرحمن : 27 ] أي يبقى ربك

Tangan di sini dengan makna penguat dan kaitan. Majaznya ( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) bagi apa yang aku (Allah) jadikan. Seperti Firman Allah Ta’ala : Kekal wajah Tuhan kamu [ ar-rahman : 27 ] bermaksud kekal Tuhan kamu.



10) Berkata As-Shahrastani di dalam kitab Milal Wa Nihal:



إن الأئمة مالكا والشافعي وأحمد قالوا : من حرك يده عند قراءة قوله تعالى ( لما خلقت بيدي ) وأشار بإصبعه عند رواية قلب المؤمن بين أصابع الرحن… الحديث وجب قطع يده وقطع أصبعه

Sesungguhnya imam-imam, Malik, Syafie dan Ahmad berkata : Sesiapa yang menggerakkan tangannya ketika membaca firman Allah Ta'ala (ayat 75 surah mujadilah) dan mengisyaratkan jarinya ketika membaca riwayat "Hati manusia di antara jari-jari Allah"- Al-Hadis, wajib dipotong tangan dan jarinya. (Di naqalkan daripada kitab syarah jauharatul tauhid bagi Imam Al-Bajuri mukasurat 166).

11) Cuba lihat tafsiran sahabat seperti Ibnu Abbas yang di doakan oleh Nabi SAW “ Ya Allah, Faqihkan dia ( ibnu Abbas) di dalam agama dan ajarkan dia takwil” dan tafsiran Mujahid, Qatadah, At-Thauri dan lain-lain di dalam mentafsirkan ayat;



والسماء بنيانها بأيد

Tafsiran mereka “Kami menjadikan langit dengan (qudrat) kuasa kami”. ( Tafsir Ibnu Kathir Juz : 4 Mukasurat : 237 )





Bagaimana untuk menolak pandangan yang mengatakan jika kita takwilkan “yadun” kepada makna kuasa bermaksud ada dua kuasa?




1) Tanya kembali kepada dia, Allah Ta’ala menjadikan Adam dengan dua tangan atau dengan kuasa Allah Ta’ala?



Jika dia tidak mahu menta’wil ayat ini kepada kuasa bermaksud dia menafikan sifat kuasa Allah untuk menjadikan Adam. Sedangkan kita faham bahawasanya setiap mumkinat ( perkara yang harus ada) itu ta’luq dengan sifat qudrat (kuasa) Allah. Dengan perkataan yang lain semua perkara yang dijadikan oleh Allah dengan sifat kuasa Allah Ta’ala bukan dengan tangan yang kita fahami. Jika kita katakan yadun dengan maksud tangan secara langsung kita telah menafikan kuasa Allah Ta’ala menjadikan dengan sifat kuasa. Sedangkan sifat kuasa merupakan sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala. Sesiapa yang menafikan Allah Ta’ala bersifat dengan sifat kuasa hukumnya kufur. Dalil Allah Ta’ala berkuasa ialah firman Allah Ta’ala ;



إن الله على كل شيء قدير

“Sesungguhnya Allah berkuasa di atas setiap sesuatu”



2) Di dalam Al-Quran Allah menggunakan kalimah satu tangan, dua tangan, dan tangan-tangan. Jika kita katakan Allah ada dua tangan. Bagaimana dengan ayat yang mengatakan satu tangan dan ayat yang mengatakan tangan-tangan yang lebih daripada dua?



3) Tanyakan juga kepada mereka bagaimana ayat yang Allah Ta’ala menggunakan perkataan “nahnu” (kami). Apakah itu menunjukkan kepada Allah ramai?





Ayat-ayat yang menyebut perkataan tangan tetapi bukan dengan maksud tangan ;




1) (Surah Al-Mujadilah : 12) فقدموا بين يدي نجواكم صدقة

Di dalam ayat ini Allah menyandarkan perkataan tangan kepada “najwa”. Najwa bermaksud perbualan rahsia. Apakah perbualan rahsia juga ada tangan? Jadi tangan di sini bukan bermaksud tangan seperti zahirnya tetapi hanya majaz seperti yang telah dijelaskan di atas.



2) (Surah Al-A’raaf : 57) وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ


Di dalam ayat ini disebut tangan rahmat. Rahmat di sini bermaksud hujan. Apakah hujan ada tangan?



Dua ayat di atas menafikan pandangan wahabi yang mengatakan tangan Allah dengan maksud hakiki bukan majazi. Padahal jika diletak makna hakiki kepada dua ayat di atas amatlah menyimpang daripada maksudnya. Justeru itu, ulama’ memahami makna yadun kepada Allah bukan dengan makna tangan yang hakiki tetapi majazi sahaja yang perlu ditakwil kepada makna yang selayaknya seperti kuasa, ni’mat, pahala, pertolongan dan lain-lain sepertimana takwilan ahli sunnah wal jamaah daripada ulama’ khalaf dan salaf demi menjaga kemurniaan akidah umat Islam.



Jika Allah ada tangan bagaimana golongan wahabi ingin menjawab kepada persoalan ayat ini. Firman Allah Ta’ala;



كل من عليها فان ويبقى وجه ربك ذو الجلال والاكرام

“Semua yang ada di atas dunia akan binasa dan yang kekal wajah Tuhan kamu yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan”



Ayat ini menyatakan semua akan binasa kecuali wajah Allah. Di mana tangan Allah? Apakah tangan Allah juga binasa? Dangkal sungguh fahaman yang mengatakan Allah bertangan seperti mana akidah golongan yahudi.



Wajah di sini bermaksud zat Allah yang tidak bertangan dan berwajah seperti fahaman wahabi atau salafi yang mendakwa mengikut salaf tetapi menyimpang daripada akidah salaf yang sebenar. Jika Allah bertangan sudah tentu Allah akan menyebut di dalam ayat di atas tangannya juga kekal. Mana mungkin tangan Allah juga binasa. Diakan Allah yang bersifat dengan sifat baqa’ (tidak binasa dan kekal selama-lamanya).





Kesimpulannya :




1) Tidak salah kita mentakwilkan ayat dua tangan dengan maksud kuasa sepertimana kenyataan ulama’ yang telah ana bawakan. Dua tangan tidak merujuk kepada bilangan dua kuasa kerana sememangnya tangan itu dua. Mewakili Kiri dan kanan. Seperti kita katakan melihat dengan dua mata. Sememangnya melihat dengan menggunakan dua mata bukan dengan dua telinga tetapi ia sebagai jalan taukid (menegaskan) lagi kita benar-benar melihat. Menggunakan dua tangan menunjukkan kita benar-benar buat dalam keadaan bersungguh.



2) Kuasa merupakan sifat wajib bagi Allah adapun tangan merupakan sifat yang mustahil bagi Allah kerana bersalahan dengan sifat mukhalafatuhul lilhawadith.



3) Mengisbatkan tangan bagi Allah boleh menyebabkan kufur dan murtad kerana menyandarkan sifat yang tidak layak bagi Allah dan mensyirikan (menyekutukan) Allah dengan makhluk.. Nauzubillahi min zaalik. Awasi dan jauhi daripada i’tiqad sebegini.

kenapa harus Bertaqlid?

Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang perkara ini. Ini juga di antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat sekarang. Pada zaman wujudnya ulama terdahulu, perkara sebegini tidaklah menjadi masalah. Malah para sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam yang tidak sampai ilmunya ke tahap ijtihad maka mereka juga mengikut para sahabat yang lain yang sampai ke tahap tersebut tanpa berlaku perbalahan. Tetapi yang menjadi keajaiban bagi kita pada zaman yang penuh dengan kekurangan ilmu pengetahuan walaupun hebat dan canggih dalam teknologi, boleh timbul permasalahan sebegini. Mengapa boleh berlaku sebegini? Jawapannya mudah, kerana sudah tidak yakin dengan para ulama terdahulu dan merasakan diri sudah layak sebaris dengan para ulama mujtahid.Malah dipandang rendah kepada golongan yang bertaqlid kepada sesuatu mazhab.

Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita terangkan apakah yang dimaksudkan dengan taqlid. Taqlid menurut ahli bahasa ialah ikatan yang diikat pada tengkuk. Manakala menurut istilah para ulama Usul Fiqh , terdapat dua maksud padanya:

Pertama: Taqlid ialah beramal dengan pendapat seseorang dengan keadaan pendapat tersebut tidak dibinakan di atas hujah-hujah yang diletakkan oleh syarak. Ini tidaklah dibenarkan oleh syarak untuk mengikutinya.

Kedua: Taqlid ialah beramal dengan pendapat ulama mujtahid tanpa kita mengetahui sumber pengambilan dalilnya secara lengkap dan terperinci. Ini sangat-sangat dituntut oleh syarak malah diwajibkan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mencari semua dalil.

Menurut Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah di dalam kitabnya البيان : Apa yang kita maksudkan dengan ((tanpa mengetahui sumber pengambilan secara lengkap dan terperinci)) ialah mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) secara jelas hukum-hakam tersebut seperti yang dilakukan oleh mujtahid.

Siapakah mujtahid?Apakah syarat-syarat untuk meletakkan seseorang tersebut sebagai mujtahid. Di antara syarat-syarat mujtahid ialah:

1. Mengetahui secara terperinci hukum-hakam fiqhiyyah sama ada hukum-hakam yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab fiqh, mengetahui dalil-dalilnya seperti yang diterangkan di dalam kitab usul fiqh, mengetahui juga tentang khilaf(perbezaan pendapat) yang berlaku di dalam masalah furu’(cabang ilmu) di antara para sahabat atau tabi’en dan mengetahui juga berkenaan dengan pendapat yang dipegang di dalam mazhab.

2. Seorang mujtahid perlu menguasai dan memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum. Al-Imam Ibn Qawan al-Syafie rahimahullah (889H) menyebutkan di dalam kitabnya التحقيقات في شرح الورقات : Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seorang mujtahid ialah ilmu nahu(tatabahasa arab),ilmu bahasa arab(makna bagi sesuatu bahasa) , termasuk ilmu balaghah (bayan, badi’e dan ma’ani). Al-Imam al-Syatibi rahimahullah lebih berat di dalam meletakkan syarat-syarat sebegini.Menurutnya, seseorang mujtahid tersebut perlulah menguasai ilmu nahu seumpama Sibawaih (ulama yang pakar dalam ilmu nahu suatu ketika dahulu) dan mengetahui tentang khilaf ulama seumpama al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika kita ingin mengikut pendapat yang disebutkan oleh al-Imam Syatibi rahimahullah maka sudah tentu amat sukar untuk kita temui mujtahid pada masa sekarang.

3. Seorang mujtahid juga perlu menguasai ilmu Rijal(ilmu tentang perawi hadis). Maksudnya mengetahui martabat seorang perawi tersebut sama ada boleh digunakan untuk berhujah atau tidak. Menurut Imam Ibn Qawan rahimahullah, jika seseorang tersebut hanya berpandukan tentang sahih atau tidak sesebuah hadis tersebut berdasarkan apa yang ditetapkan oleh al-Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain ulama hadis maka ia juga dikira bertaqlid kepada para imam tersebut. Sedangkan para mujtahid dilarang mengikut pendapat orang lain di dalam masalah ini. Jadi perlulah mereka juga untuk menguasai ilmu ini dengan mengkaji sendiri masalah tersebut.

4. Mestilah seorang mujtahid tersebut menguasai ilmu berkenaan tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Seperti mengetahui tentang Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq. Mereka juga perlu menguasai ilmu asbab nuzul (sebab penurunan ayat) dan asbab wurud (sebab dilafazkan hadis).
Jika kita perhatikan syarat-syarat mujtahid yang diletakkan oleh para ulama, maka tentu kita boleh berfikir dengan waras dan menilai kemampuan diri kita sendiri. Menurut Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah, jika seseorang tersebut mampu untuk mencari dan mengeluarkan dalil dengan sendiri (berdasarkan syarat yang telah diletakkan) maka tidak perlulah baginya untuk mengikut mana-mana mazhab. Malah haram baginya mengikut mazhab yang lain.

Persoalannya, adakah kita telah sampai tahap tersebut? Jika telah sampai seperti yang diperolehi oleh al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Sufyan bin Uyaynah, Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain maka silakan untuk berijtihad. Saya bukan mencabar, cuma mohon untuk menilai kemampuan diri kita. Ini kerana terlalu banyak orang yang mengaku tidak perlu untuk mengikut mazhab hanya kerana mendengar perkataan sebahagian guru-guru mereka yang belajar tanpa manhaj supaya tidak perlu mengikut mazhab dan boleh untuk berijtihad dengan hanya mempelajari kitab Subulussalam.Pelik kan? Tapi inilah hakikatnya sekarang bilamana seorang tersebut merasakan dirinya sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.

Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:

TOHMAHAN PERTAMA

Dalil yang wajib kita ikuti ialah al-Quran dan Sunnah bukannya pendapat para ulama mazhab.

JAWAPAN

Apa yang disebutkan oleh golongan sebegini juga sebenarnya sudah menyalahi maksud sebenar dalil. Dalil bukanlah hanya semata-mata al-Quran dan Sunnah.

Ijma’, Qiyas, Istihsan, Uruf, dan lain-lain juga merupakan dalil yang digunakan oleh para ulama.Golongan yang memahami bahawa dalil hanyalah al-Quran dan Sunnah sebenarnya telah menyempitkan kefahaman tentang dalil itu sendiri. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber pengambilan hukum yang dilakukan oleh seseorang mujtahid tersebut.

Pendapat para ulama mazhab pula bukanlah menyalahi dan membelakangi al-Quran dan Sunnah itu sendiri, malah pendapat yang dikeluarkan oleh mereka merupakan hasil daripada kefahaman mereka tentang sesuatu ayat dan hadis tersebut. Berpegang dengan pendapat para ulama mazhab bukanlah bermaksud meninggalkan kalam Allah dan RasulNya, bahkan jika kita berpegang dengan pendapat para ulama mazhab maka secara langsung kita telah berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana para ulama mazhab lebih mengetahui tentang syarat pengambilan hukum dan sebagainya berbanding kita.(saya cuma mengambil secara ringkas pendapat yang disebutkan oleh Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah. Pendapat yang saya letakkan disini rasanya sudah mencukupi bagi sesiapa yang mencari kebenaran.Jika ingin mengetahui kedudukan mujtahid maka perlulah melihat semula syarat-syarat mujtahid yang telah saya letakkan sebelum ini).

TOHMAHAN KEDUA

Kami melihat seseorang yang bertaqlid kepada seorang imam tersebut tidak akan meninggalkan mazhabnya walaupun dia menjumpai sebuah hadis yang bersalahan dengan pendapat imam tersebut. Ini seolah-olah mendahului pendapat imam lebih daripada Allah dan RasulNya.

JAWAPAN

Al-Imam Kairanawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya فو ائد في علوم الفقه :

“Pendapat sebegini keluar berdasarkan sangkaan kamu yang salah dan pegangan yang batil(iaitu mengatakan bahawa pendapat imam didahulukan berbanding kalam Allah dan RasulNya).Sedangkan perkara sebenar bukanlah seperti yang kamu fikirkan.


Bilamana kita melihat berlakunya perbezaan di antara zahir kalam Allah dan RasulNya dengan pendapat Ulama Mazhab , dua perkara pokok yang penting perlu diperhatikan:

Pertama: Kita mengetahui tentang maksud sebenar kalam Allah dan RasulNya.

Kedua: Kita mengetahui bahawa Kalam Allah dan RasulNya bertentang dengan pendapat Imam Mazhab.

Jika kita memerhatikan kedua-dua perkara di atas dengan teliti maka kita menyedari bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak terdapat pada seorang Muqallid(orang yang mengikut mazhab dan tidak sampai kepada tahap mujtahid).Ini kerana ilmu sebegini memerlukan kepada pencarian dalil. Muqallid hakikatnya tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Jika hakikatnya sedemikian, bagaimana mungkin seorang muqallid tersebut boleh menghukumkan bahawa Imamnya telah menyalahi hukumyang diletakkan Allah dan RasulNya?.

Hasil perbincangan ini ialah: Seorang muqallid tersebut tidak meninggalkan pendapat imamnya yang bersalahan dengan zahir Hadis dan sebagainya bukanlah kerana dia (muqallid) mengatakan bahawa pendapat Imam tersebut lebih benar daripada Kalam Allah dan RasulNya(tiada seorang ulama pun mengatakan sedemikian) bahkan hanyalah kerana dia sendiri tidak pasti adakah benar-benar Imam tersebut menyalahi Allah dan RasulNya( mustahil seorang Imam tersebut mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya, melainkan setelah kajian terperinci dan syarat seorang mujtahid tersebut telah dipenuhi olehnya, barulah seorang Imam tersebut mengeluarkan pendapatnya).

TOHMAHAN KETIGA

Mengikut pendapat para ulama mazhab sendiri sebenarnya telah menyalahi apa yang ditunjukkan oleh mereka(Imam-imam mazhab).Mereka sendiri melarang mengikut pendapat mereka.Lebih-lebih lagi jika pendapat mereka bersalahan dengan hadis sahih.Jelas di sebut oleh para ulama Mazhab: إذا صح الحديث فهو مذهبي maksudnya: (Jika sah sesebuah hadis tersebut maka itulah mazhabku)

JAWAPAN

Kata Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah: Dakwaan yang mengatakan bahawa para ulama mazhab melarang untuk mengikut mazhab adalah satu dakwaan yang ternyata salah dan sesat. Tiada seorang ulama mazhab pun mengatakan sedemikian. Kalau mereka benar-benar mengatakan demikian, maka mengikut kepada pendapat Para Imam (supaya tidak bertaqlid dengan mereka) juga hakikatnya adalah taqlid itu sendiri( dalam keadaan tidak sedar).

Kamu mengatakan tidak boleh mengikut pendapat Imam Mazhab,tiba-tiba kamu mengikut juga salah satu pendapat mereka (iaitu supaya tidak bertaqlid-seperti yang kamu katakan) maka hakikatnya kamu juga bertaqlid.Bagaimana boleh dilarang taqlid sedangkan kamu sendiri bertaqlid dalam keadaan kamu tidak sedar?

Ini jelas berlaku pertentangan di dalam pendapat kamu sendiri.(Sekejap mengatakan tidak boleh taqlid kemudian dalam masa yang sama kamu juga bertaqlid dengan pendapat Imam tersebut).
Kalaulah benar sekalipun dakwaan tersebut, maka sebenarnya larangan tersebut ditujukan kepada orang-orang yang telah sampai kepada peringkat ahli di dalam ijtihad(memenuhi syarat yang saya sebutkan sebelum ini).

Berkenaan adakah boleh berpindah-pindah mazhab akan saya jawab pada keluaran akan datang. Diharap bersabar menantikan jawapannya.

Rujukan:

1. البيان لما يشغل الأذهان oleh Syeikhuna Ali Jumaah Hafizahullah

2. التحقيقات في شرح الورقات oleh Al-Imam Hussain bin Ahmad al-Kailani al-Syafie al-Makki (Ibn Qawan ) Rahimahullah. Cetakan Darul Nafa’is.