RAMAI para ustaz yang tidak boleh menerima Jamaah Tabligh kerana kata mereka jamaah ini tidak cegah munkar. Mereka memetik kata-kata sebahagian ulama Tabligh yang berkata sebegitu di dalam buku mereka, kemudian para ustaz ini akan berkata: cara Tabligh ini berlawan dengan al Quran dan Hadis.
Para ustaz ini sepatutnya bertanya dulu maksud sebenar dan kaedah Tabligh. Bukannya terus menghukum sedemikian. Mereka sepatutnya boleh berfikir dengan waras bagaimana boleh berlaku ulamak yang terdidik dengan sempurna di dalam agama boleh berkata perkara yang bercanggah dengan syariat. Adakah patut seorang hafiz Al Quran kemudian belajar semua bidang ilmu-ilmu Islam di madrasah sehingga ke Dauratul Hadith kemudian bercakap perkara yang berlawanan dengan Syariat iaitu: kami hanya amar bil maaruf dan tidak mencegah munkar. Amat jauh untuk dierima orang yang sedemikian akan berkata begitu dan mengajak semua Jamaah Tabligh buat begitu. Oleh kerana itu ia menunjukkan bahawa tidak mencegah munkar itu ada kaedah mereka sendiri. Dan bahawa para ustaz yang mengkritik Tabligh tidak berfikir lebih mendalam, dan memadai dengan ilmu mereka yang tidak ke mana. Ada bahayanya jika ilmu sekerat jalan sahaja.
Aktiviti yang dijalankan oleh Jamaah Tabligh ialah untuk mengembalikan umat Islam kepada amalan Islam yang sebenar. Maksudnya mereka ingin jadikan seseorang Islam itu taat kepada Allah dengan mematuhi segala larangannya dan meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini telah terbukti kerana ramai yang setelah keluar tiga hari mulai berubah dan kembali taat kepada Allah. Dahulunya adalah seorang yang tidak pernah solat, puasa dan sentiasa melakukan berbagai dosa, setelah menyertai Tabligh semua ibadat fardhu dan sunat dapat dilakukannya; dan semua perkara haram telah ditinggalkan
Apabila segala kemungkaran yang sering dilakukan dahulu telah ditinggalkan, bermakna cegah mungkar telah dilakukan oleh jamaah Tabligh dengan berjaya. Inilah cegah munkar yang sebenarnya, kerana kemungkaran terus dibencinya dan takut untuk melakukanya lagi.
Ada orang menganggap bahawa kita cegah munkar ialah dengan meronda di pantai, taman reakrasi, dan hotel-hotel kemudian tangkap mereka yang buat maksiat di sana. Ataupun undi PAS kemudian setelah menang pilihanraya dan memerintah, boleh tutup semua kasino, kedai arak dan segala tempat maksiat.
Barangkali ustaz-ustaz yang membenci Tabligh pun berfikiran sempit begitu. Sebenarnya, melalui cegah munkar dengan cara begitu, maksiat hanya akan ditinggalkan oleh orang melakukannya ketika ditangkap sahaja, dan selepas itu mereka akan melakukannya lagi. Apakah dapat dibuktikan bahawa orang ditangkap dan didakwa kemudian dihukum kerana khalwat atau berzina akan menjadi betul-betul insaf dan kemudian menjadi orang taat seperti yang terjadi pada orang-orang Tabligh. Adakah selepas menerima hukuman mereka akan pergi ke masjid setiap waktu solat dan menjauhi maksiat mereka dahulu?
Apakah selepas tutup kasino dan kedai arak, orang yang telah lama main judi dan minum arak di sana akan insaf dan bertaubat? Tak ada pun begitu.
Tetapi Tabligh hanya ajak orang yang sering buat maksiat itu keluar selama tiga hari, 40 hari dan selanjutnya, kemudian orang itu akan terus bertaubat dan insaf segala dosanya. Selepas balik mereka tidak akan melakukan maksiat lagi. Manakah cara cegah mungkar yang terbaik? Cara Tabligh atau cara yang difikir oleh orang lain. Lu fikirlah sendiri.
Inilah maksud: tidak mencegah munkar, yang disebut oleh ulamak Tabligh. Apabila Tabligh berjaya ‘mencipta’ manusia yang soleh melalui khuruj selama tiga hari dan lain-lain, maka secara automatik mereka berjaya ‘mematikan’ munkar. Takkan ini pun tak faham. Kalau tak faham takyah jadi ustazlah. Pegi noreh lagi baguih.
boleh share info tabligh di
ReplyDeletehttp://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html
kat nizamuddin katanya MASJID tabligh ada kuburan? apa pandangan tuaN?
ReplyDeleteDalam masjid Nabwai masjid haram pun ada kuburun apa masalah?? kuburnya itu dalam bangunan dan biliknye itu bukn di tmpat ibadat dan xde spa yg buat amalan syirik di sana spa masalah??
Deletesalam, bismillah. amma ba' apa yang dikatakan oleh ustaz itu adalah berkenaan mencegah kemungkaran serentak dengan menyeru kebaikan. Jemaah tabligh hanya bertemu dengan orang yang baik-baik (orang Islam). dan tidak mencegah kemungkaran seperti mana yang pernah nabi dan para sahabat jalankan, terutamanya mengenai kemungkaran yang paling besar iaitu kesyirikan.Mengapa jemaah tabligh hanya menjalankan dakwah dalam kalangan orang Islam sahaja, sedangkan nabi dan Para sahabat dulu menyeru kepada orang bukan Islam dan menyampaikan kepada kalimah Lailahaillah? Kenapa prinsip jemaah tabligh hanya menunggu semua umat Islam baik baru nak sampaikan kepada orang bukan Islam? Bukankah itu tidak selaras dengan prinsip dakwah Nabi dan Para sahabat. Jika Nabi dan Para sahabat hanya menunggu umat ini baik baru menyampaikan risalah tauhid mungkin samapi sekarangpun Islam tidak ke mana-mana.Adakah orang kafir(sekarang ni) tidak layak untuk kita sampaikan agama pada mereka. Adakah kita juga tidak layak untuk samapaikan agama kepada mereka? Apakah kita mesti menunggu untuk semua orang Islam jadi baik untuk meyampaikan agama kepada mereka? bagaimanakah andainya mereka mati dan agama kita tak sampaikan pada mereka, sedangkan kita beralasan belum sampai masanya untuk kita sampaikan agama pada mereka? mengapakan dakwah jemaah tabligh tidak mendapat penentangan? Jawapan dari persoalan tadi adalah ialah kerana prinsip jemaah tabligh yang hanya menyeru kebaikan, tidak berani cegah kemungkaran secara terangan dan bersepadu dan tidak menyeru akan orang yang bukan Islam kalimah tauhid, juga tidak peka akan politik Islam. Jemaah tabligh hanya memilih jalan selamat iaitu hanya menyeru orang Islam akan kebaikan dan kepada prinsip/manhajnya dan menggelak dari risiko. Sebab itu jemaah tabligh tidak mendapat penentangan dari mana manapun. Cuba anda imbas kembali perjuangan Nabi dan Para sahabat yang penuh dengan suka duka, darah, dihalau,dalam menyeru orang kafir pada kalimah Allah.Kalau kita imbas mungkin pandangan ustaz tu ada betulnya.
ReplyDeletesiapa kata org Tabligh tidak dakwah org kafir? dan siapa kata semua org Islam itu sudah baik sehingga x perlunya untuk Dakwah??
Delete2 2 perlu dan ummat Islam terlalau jauh dari Islam yg di bawa oleh nabi dan sahabat..
mau dakwah org kafir secara terbuka myb perlunya dakwah macam sahabat nabi (perang) dan perlu alami pnyeksaan juga macam sahabat nabi masalahnye sekarng siapa sngup untuk berikan nyawa untuk agama andan boleh kata sy sngup tapi hakikatnye org yg sngup terlalu sedikit.
dan sekarng cuba lihat dunia nyata berapa ramai yg telah baik akidahnya yg rosak keran jemaah tabligh dan berpa ramai telah betol solatnye kerana Jemaah tabligh.
tabligh tidak pernah tinggalkan politik Islam kamu yg perlu faham apakah adanye negara Islam yg di bahagikan di pimpin oleh org2 lain dalam Isalam.??
adakah ia wujud pada zaman nabi? zaman nabi semua negara islam siapa pemimpinye?? khulafa rashidin?
ok kamu katakan tabligh tidak sempurna yg sempurnya apa???
pembetulan..pada baris ke enam komen saya yang terdahulu pada tulisan Lailahaillah adalah sepatutnya saya tulis Lailahailallah. maaf atas kesilapan.
ReplyDeletetetap teguhkanlah hati kita dalam mencari ridho allah,,,,
ReplyDelete