Search This Blog

Thursday, February 2, 2012

Usaha Atas Wanita

Kita bersyukur kepada Allah SWT bahawa usaha untuk menghidupkan agama dan menyebarkannya telah bermula sejak beberapa lama.

Oleh kerana wanita adalah satu juzuk yang penting dalam umat yang dirahmati ini, maka sangat perlu untuk bangun dengan usaha dakwah di kalangan wanita dan membangunkan mereka untuknya.

Memandangkan bahawa usaha wanita sangat penting, kecuali ianya sangat sensitif dan halus maka tak dapat tidak dalam usaha wanita ini mempunyai pengawasan yang sempurna dan mengikuti uslub dan cara yang telah digariskan oleh masaikh-masaikh, tanpanya ia akan menjadi pembawa fitnah dan bahaya.

Oleh itu mestilah berpegang dengan usul-usul yang akan datang.

AMALAN MAQAMI

1. Asal usaha wanita dan yang dituntut daripadanya bahawa diadakan halqah ta’lim diantara wanita-wanita, mahram-mahram, dan anak-anak mereka tiap-tiap hari di rumah, menyelesaikan kerja-kerja rumah sekurangan waktu yang boleh dan waktu lebih yang banyak digunakan untuk zikir, tilawat Qur’an, ibadat dan mendakwah wanita-wanita yang datang menziarahi mereka kepada Allah, rasul, agama, dan akherat. Membiasakan diri mereka dengan zikir ketika membuat kerja-kerja rumah sehingga lidah mereka basah dengan zikrullah.

2. Tidak mengapa dengan halqah ta’lim mingguan yang telah bermula di setengah-setengah rumah di suatu kawasan, tetapi janganlah dimulakan halqah perhimpunan wanita yang baru tanpa mesyuarat dari orang-orang lama dan mesyuarat daripada Raiwind. Di dalam halqah-halqah ini hanya memadai dengan bacaan kitab sahaja dan tidak ada bayan di dalamnya.

3. Begitu juga tidak mengapa dengan halqah ta’lim yang telah mula dalam bentuk mingguan bagi wanita-wanita sesuatu halqah seluruhnya, tetapi janganlah dimulakan tempat baru tanpa mesyuarat daripada Rewind.

4. Hendaklah melazimi (membiasakan) dengan kesederhanaan dalam hidup dan mengelakkan daripada barang-barang kemas dan pakaian yang mewah ketika hadir dalam halqah-halqah ijtima’i, keluar tiga hari, dan 15 hari, di Rewind, atau keluar negeri.

5. Apabila ada keperluan dalam halqah ta’lim atau diakhirnya kepada dakwah maka tidak mengapa salah seorang daripada mereka melakukannya tanpa berdiri.

6. Targhib hendaklah dibuat untuk keluar tiga hari.

JEMAAH TIGA HARI

1. Tiada amir dari wanita, amir dari lelaki. Apabila hendak disampaikan sesuatu khabar kepada wanita, mestilah melalui seorang wanita dari mahramnya. Tidak ada seorang wanita yang khas dalam urusan ini.

2. Tertib waktu hendaklah dengan mesyuarat lelaki yang kemudian akan disampaikan kepada wanita-wanita dalam bentuk tertulis. Tidak mengapa kadang-kadang suami membentangkan syor isterinya dalam mesyuarat lelaki, tetapi bukan tiap-tiap hari. Tidak ada apa-apa amalan tanpa mesyuarat lelaki.

3. Jangan bawa anak-anak, kerana mereka akan menyibukkannya dan tidak akan membiarkan ibu-ibu sibuk dengan amal-amal, serta kehadiran hati dan tawajjuh, bahkan ibu-ibu sibuk dengan anak-anak mereka dan menghabiskan waktu bersama-sama mereka.

4. Tidak perlu bayan dalam halqah ta’lim sebelum johor sekiranya bilangan mereka sedikit. Tetapi sekiranya bilangan mereka banyak daripada orang tempatan, bolehlah dibuat bayan, begitu juga ta’lim petang.

5. Hendaklah kita ambil berat tentang tajwid bagi wanita-wanita dengan bahawa bersama mereka ada setengah-setengah wanita yang pandai bacaan AL-Qur’an dengan tajwid. Halqah tajwid dalam sepuluh surah sahaja

6. Kadang-kadang diadakan muzakarah atau targhib supaya mengambil berat dengan amal-amal sebelum halqah ta’lim pagi. Wanita tidak boleh mengetuai dan tidak boleh bayan berdiri.

7. Memasak makanan ialah tanggungjawab wanita (Hanya untuk Pakistan).

8. Mahram hendaklah baligh dan ada pengalaman dalam amalan dakwah supaya dia boleh berusaha di kalangan lelaki. Asalnya, mahram yang dikehendaki ialah suami, sekiranya ia uzur, boleh dengan mahram lain

9. Elakkan dari menggunakan barang-barang rumah yang keluar dan tinggal di dalamnya

10. Jangan membeli apa-apa barang semasa keluar

11. Sekiranya perlu untuk lelaki tidur hampir dengan wanita, tidak mengapa bahwa tiga orang lelaki tidur di rumah yang sama dengan syarat bahawa bilik terasing dan mempunyai jalan asing daripada jalan wanita. Sekiranya tidak, maka di rumah yang berhampiran supaya jika berlaku sesuatu diwaktu malam akan memudahkan mereka memberi tahu lelaki. Sekiranya tidak berhajat maka ini tidak perlu.

12. Suami isteri hendaklah berada dalam keadaan seolah-olah ihram

13. Lelaki dan wanita masing-masing hendaklah mengeluarkan jamaah tunai lelaki dan jemaah tunai wanita bersama mahram-mahram mereka.

14. Wanita tidak boleh memberi hadiah atau menerimanya ketika keluar.

15. Jangan jemput wanita-wanita dari kampung yang jauh. Sekiranya dia datang, ia tidak boleh tidur bersama jamaah, bahkan balik bersama mahramnya.

16. Jangan beri targhib untuk baca Yasin dan atau zikir lepas asar secara ijtima’i. Begitu juga tidak perlu baca kisah-kisah para sahabat waktu malam.

17. Jemaah masturat dalam negeri memberi galakan untuk jemaah masturat tunai 3 hari dan menyerahkan nama-nama mereka kepada orang tanggungjawab lelaki supaya mereka berfikir untuk membentuk jemaah yang sesuai yang ada di dalamnya dua wanita yang berpengalaman yang boleh memelihara/menjaga jemaah. Juga mseti disediakan rumah yang munasib (sesuai) untuk jemaah. Mesti juga orang kampung mesyuarat dengan orang-orang lama yang berada di bandar yang berhampiran dengan mereka untuk mengeluarkan jemaah 3 hari. Hendaklah dalam jemaah itu seorang atau dua orang lelaki yang pernah keluar 15 hari.

Diantara usaha jemaah ini juga ialah mentasykil lelaki melalui wanita-wanita mereka. Rumah-rumah yang ada halqah ta’lim harian atau ta’lim mingguan tanpa bayan lelaki, hendaklah diadakan muzakarah 6 sifat, duduk. Tidak semestinya ada muzakarah 6 sifat dalam halqah ta’lim di masjid setiap hari. Sekiranya seorang wanita lama lihat sesuatu ke’aiban, maka janganlah cuba sendiri untuk membaikinya bahkan ia hendaklah lapurkan kepada ahli syura di kawasan tersebut.

Jangan tasykil jemaah yang terdiri dari wanita .untuk usaha maqami di kalangan wanita. Sebaliknya syura-syura mahalah akan fikir semula perkara ini untuk usaha wanita. Tetapi tidak mengapa targhib kepada karkun-karkun.

NUSRAH WANITA YANG DATANG DARI LUAR NEGERI

Lepas Fajar Sekiranya masturat-masturat baru maka lebih baik bahawa belajar 6 sifat berdua-dua. Jika dalam jemaah ada beberapa masturat yang tahu 6 sifat maka lebih afdhal diadalah muzakarah ijtimai bergilir-gilir Lepas Sarapan Diadakan halqah tajwid Al-Qur’an sebelum kedatangan wanita-wanita tempatan

Lepas zohor dan Asar Hendaklah diberi peluang kepada masturat-masturat jemaah untuk berdakwah dan memberi targhib kepada masturat-masturat tempatan secara infradi lepas bayan lelaki.

Bayan lelaki hendaklah diselesaikan 15 menit sebelum azan asar.

Lepas Asar Dakwah infradi kepada mana-mana masturat tempatan. Sekiranya mereka tidak ada, maka berzikirlah dan menghafal hadits-hadits dalam fadilat enam sifat Lepas magrib Muzakarah adab-adab seperti adab dakwah, halqah ta’lim, khuruj fi sabilillah, fadilat-fadilat dakwah, muzakarah fikir alami, kasih sayang satu sama lain, sabar, sedia menanggung kesusahan, doa, baca Al-Qur’an, zikir, ibadat, targhib untukzikir dan ibadat dan kadang-kadang boleh diajarkan kisah-kisah nabi-nabi dan sahabah dalam usaha mereka untuk dakwah dan tabligh

Lepas Isyak Baik jika dibuat ta’lim kisah nabi-nabi dan sahabah dalam tajuk-tajuk enam sifat. Masturat-masturat yang datang nusrah cubalah khidmat kepada masturat-masturat jemaah dalam semua amalan khususnya dalam dakwah infradi.

Dalam khidmat ini mestilah dengan kasih sayang dan targhib, begitu juga mestilah menjauhi dari mengkritik, mentuli, dan marah.

No comments:

Post a Comment