Baru-baru ini, saya ada terjumpa satu forum yang kononnya berbincang mengenai Aqidah Jemaah Tabligh yang terpesong dari Ahli Sunnah Wal Jamaah, saya telah perhatikan setiap forumers di dalam forum tersebut kebanyakkan orang-orang yang tidak pernah bersama dan berbincang dengan Alim Ulama dalam Usaha Dakwah & Tabligh, maka dengan mudah mereka membuat rumusan dengan hanya sekadar melihat sekilas pandang, malah ada juga yang bertanya tentang aqidah terhadap orang jahil yang baru ikut Tabligh 3 hari, Ya Rabbi, sememangnya lah dia tak terjawab..
Mungkin mereka yang kata begitu sebenarnya tidak tahu aqidah yang dipegang oleh Jemaah Tabligh adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ini boleh dibuktikan dari ucapan dan ceramah para masyaikh dan ulama' mereka, samada di Masjid Seri Petaling, ataupun mana-mana markaz dunia, walaupun mereka tidak meletakkan slogan bahawa mereka adalah Ahli Sunnah, tetapi dapat dibuktikan seperti berikut:-
1. Mereka telah membina Madrasah/ Sekolah Pondok yang mengajar mata pelajaran Kitab-kitab Muktabar dan Terpilih, jika anda sukar untuk mempercayainya bolehlah solat berjemaah di Masjid Seri Petaling,Kuala Lumpur, kemudian pergi ke sebelah kanan masjid, maka anda akan melihat Kompleks Madrasah mereka, sistem pengajian yang mereka guna adalah sistem Madrasah Deoband, sistem ini diguna pakai oleh banyak Madrasah-madrasah Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, seperti Madrasah Darul Uloom di Canada, South Africa, United Kingdom, U.S.A dan banyak lagi. Kelebihan sistem ini adalah kerana mereka mengambil masa 8 tahun untuk sampai ke tahap Maulana/ Alim, tahun pertama hingga tahun keenam, kitab-kitab yang mereka belajar diantaranya, Matan Ajrumiah, Nahu Wadih, Hayatus Sahabah, Ibnu Aqil, Warqat, Mantik, Iqnak, Anwarul Masalik, Kifayatul Awam, Misykatul Masabih, Fiqhul Minhaji, Matan Al-Bari dan banyak lagi. Tahun ketujuh dan kelapan pula diisi dengan pengajian Sunan Sittah, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Saya berani kata bahawa di Malaysia terdapat hanya 2 sahaja tempat pengajian Sunan Sittah yang bersanad hingga ke Rasulullah s.a.w, iaitu di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur, dan satu lagi di Madrasah Darul Quran Kubang Bujuk Kuala Terengganu. Dan kedua-dua madrasah besar ini diuruskan oleh jemaah tabligh.
2. Maulana Yusuf r.himahullah adalah pengarang kitab Hayatus Sahabah yang diguna pakai oleh setiap individu yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan beliau adalah Hadratji ( Ketua/ Orang Tanggungjawab) didalam jemaah tabligh sebelum beliau meninggal dunia. Maulana Zakariyaa Rah.Alaih juga adalah salah seorang yang bergiat dalam dakwah dan tabligh, beliau telah mengarang Kitab Syarah Muwattho' (Auzajul Masalik). Begitu juga Maulana Saad Al-Khandahlawi ( Ketua sekarang) , beliau banyak mengarang kitab, diantaranya Muntakhab Hadith, dan ramai lagi Alim Ulama mereka yang jelas berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah.
3. Mereka tidak pernah berpegang kepada aqidah Muktazilah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk.
4. Mereka juga berpegang dengan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat.( Tauhid Ahli Sunnah)
Keyakinan mereka terhadap Tauhid Rububiyyah sudah tidak ada keraguan lagi apabila mereka sanggup meninggalkan anak isteri mereka untuk keluar dijalan Allah s.w.t, dan menyerahkan mereka kepada Allah s.w.t, kerena mereka yakin bahawa rezeki itu datang dari ALLAH s.w.t, Tuhan Pemberi Rezeki. Tetapi bila mereka mengajak orang yang suka menuduh dan mengutuk mereka, maka orang-orang ini akan kata; Keluar dijalan Allah 4 bulan?!!.. macam mana anak isteri aku nak makan?!!!!!..
Maka Aqidah Rububiyah apakah ini?
Walau bagai mana teruk pun orang sangka buruk dgn jemmah,usaha iman ni dah berkembang keseluruh dunia.Usaha yang Haq ni Allah pelihara.dari dulu sampai sekarang usaha iman ni makin hari makin berkembang.Beruntunglah mereka-mereka yg terus menerus berada dalam usaha iman ni.Usaha ni sanadnya sampai kepada Rosullallah SWA.Ya ALLAH ampuni lah ummat ni dan berilah hidayah kepada ummat ni seluruh alam.pilahlah mereka dalam usaha Baginda Nabi SWA.AMIN...
ReplyDeleteMaulana Saad karang kitab Muntakhab??
ReplyDeletetak ader pon tertulis pada pengantarnya
maulana Yusuf adalah pngarang di semak oleh maulan Saad. kitab muntkhab di kluarkan setelah bertahun2 wafatnye Mualana Yusuf..
DeleteMinta maaf, Maulana Saad Al-Khandahlawi bukan ketua jemaah tabligh. Beliau ialah ahli majlis syura bagi jemaah tabligh.
ReplyDeleteJemaah Tabligh tiada ketua/amer.
InsyaAllah tidak lama lagi Hadratji/Amer ke-4 akan dizahirkan.
kalau betul jemaah tabligh sesat kau buatlah laporan polis, suruh polis tangkap dan suruh jabatan agama dedahkan kesesatan dan tahan semua aktiviti jemaah tabligh di seluruh masjid-masjid dan surau-surau dalam malaysia ni,siarkan dalam televisyen suruh syura-syura malaysia bertaubat secara live macam yang pernah jabatan agama buat pada al arqam malaysia dulu..buatlah kalau kau betul..
ReplyDeletehmm x faham? baca blum isinye?
Deletehehe , maksud anonymous diatas niee , di tuukan kepada sapa yg kata tablgh sesat , . Bukan kepada penulisnye ye , heheh
Deletebab-bab kitab tak perlu borak...jemaah tabligh ketuk pintu ajak pergi masjid surau, bukan pg tempat tertutp mcm syiah... ajak pergi masjid dan surau dgr tazkirah ceramah penerangan mengenai kehebatan Allah, kelebihan solat berjemaah ikut cara nabi, dan mcm-mcm lagi...
ReplyDeletebab 3,40 dan 4 bulan tu pon mmg xder dalil..tp xder masalah kalau nak buat 15 hari, 10 hari ,75 hari... cakap nak keluar 4 bulan, tp keluar sehari lepas tu balik pon xder masalah...boleh...yg tuan blog pening sgt kenapa?
bab nak bg makan bg rezeki mmg Allah,jgn yakin kita kerja nie dapat rezeki bukan punca dari Allah, kita kerja dapat gaji,kita boleh kerja kerana kita sihat,sihat tubuh badan dari Allah, semua izin dari Allah...jgn sesekali menafikan keesaan Allah...
tengok ayat bawah , ayat pusing sikit jer tp beza neraka syurga
1(saya kena kerja tapi rezeki Allah bagi)... syurga
2(allah bagi rezeki tapi saya kena kerja)... neraka
rasenye awak salah faham ape yg tuan blog cube sampaikan.. dia bukan nak mengata tabligh, cuma bg contoh kalau jemaah tabligh ajak org keluar, tp org ckp mcm tu.. cube bace lagi due tige kali.. sy nk jelaskan pon, sy xbrape pndai.. tp kasi faham lah ye
Deletejgn salah paham dgn ayat ini..
Deleteayat ini lebih bermaksud macamni
Tetapi bila mereka(org tabligh) mengajak(ajak kluar jalan allah) orang yang suka menuduh dan mengutuk mereka(org yg dok kata tabligh sesat dll), maka orang-orang ini(org yg dok hina tabligh) akan kata,
(bila org tabligh ajak org yg suke kutuk org tabligh keluar jalan allah,dorg jawap mcm ini )
Keluar dijalan Allah 4 bulan?!!.. macam mana anak isteri aku nak makan?..
mengapa isu nie nie timbulkan..kerana ada umat islam yang takut berjuang dan mengelak untuk berjuang...perjuangan hendaklah selaras kehendak ALLAH SWT dan RasuLNYA...mereka berusaha mencari dalil untuk tidak berjuang...tapi sapa tak puas hati ngn aku boleh carik aku..sapa anti jemaah tabligh...aku sepak sampai lunyai///
ReplyDeletebenar Tuan.. Inilah jalan nye.. InshaAllah mati dalam usaha sedia?
Deletemerasa paling benar...tp hampeh....blogger..FITNAH......TGGU LAH BALASAN ALLAH SWT....SETIAP TULISAN AKAN DI PERHITUNG KAN,,,
ReplyDeletehayoo salah faham ka??
Deletesy karkun la..
baca elok2
Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat tu tauhid Ahli Sunnah?? kot mana pulak?
ReplyDeleteAku tauhid Surah Al Ikhlas.
DeleteWahai saudara seagamaku sekelian, janganlah kita bertelaga utk perkara2 yg furuk ini, Marilah kita berpandukan kpd Ulamak2. Sapa2 sahaja Sekiranya kita nak mengaku bhw kita ni duduk dalam Iktiqad ASWJ mesti ada 3 perkara dalam dirinya, Tak kira siapa ia, tak kira apa jemaah pun ia, tak kira apa kumpulan pun ai, Ia wajib mempercayai hadis Nabi saw, yg berbunyi Menuntut ilmu adlh fardhu kpd setiap induvidu muslim, ilmu yg dimaksudkan itu ialah Tauhid, Fekah danTasawuf, Sekirannya kurang 1 ilmu pun drpd ketiga ini maka kata ulamak jgn kamu nk mengaku kamu ini ASWJ.
ReplyDeleteKata tokoh ulamak ASWJ yg terkenal Imam Malik rhm pernah berkata:
“Barangsiapa (semata-mata) berfekah tanpa tasauf, dia adalah fasiq. Barangsiapa (semata-mata) bertasauf tanpa fekah, dia adalah kafir zindiq ( kafir tanpa disedari )”
dan barang sapa ibadah tanpa mengenal Allah iaitu barang yg disembah mk tertolaklah ibadahnya, ini kata2 Ulamak jgn dipertikai.....
betul tu..thumb up
Deleterububiyyah,uluhiyyah,asma wa sifat ni wahabi,....enta tak abis blaja lagi ni-karkun kl
ReplyDeleteRabb dan Ilah tu bg kita ASWJ adalah Zat yg sama, jika faham begitu, takder masalah, tp bila diasing asingkan dgn tafsiran ikut akal masing masing, tu yg jadi macam macam tu.
DeleteTauhid Sifat 20 atau Tauhid 3 Serangkai, adalah kaedah bg mengenal Allah swt. Jika fahamannya betul mk tak jadi masalah. Tp bila sampai memisalkan Allah swt dgn sifat sifat makhluk, ditambah lagi dgn membid'ah sesatkan Ahli Syahadah yg melakukan amalan amalan yg baik, mk itu yg jadi salahnya. Bukankah ttg Zat Allah swt kita dilarang memikirkanNya, apatah lagi membahaskanNya, dan amalan amalan yg baik, walau Nabi saw tak buat, tak ada larangan bg kita ?
Deleteazam keluar 4 bulan. ipb. dunia dah tak lama tuan tuan. tinggalkan dunia, Allah bantu kita. amin. (karkun 3 hari)
ReplyDeleteKorang percaya Allah ke ataw yakin pada Allah???
ReplyDelete