Search This Blog

Friday, December 16, 2011

Mazhab ahlul baith @ syiah....dn kekejaman dan musuhan mereka terhadap ASWJ..

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

-petikan ucapan Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi-


1) Darah Ahli Sunnah Adalah Halal Di Sisi Syi`Ah

Di samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf:

عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: "حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه".

Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.

Apakah yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka? Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman 302:

"Sesiapa yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beritikad bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang paling agung."

Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307):

"Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal."

Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.

Sejarah mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:

"Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.

Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah."
Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)

2) Harta Ahli Sunnah Adalah Halal

Harta ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:

عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: "خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس"

Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.

3) Ahli Sunnah Adalah Najis Menurut Syiah

Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (1/118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya:
Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis."
Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya:

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. (1/119)

Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306:

"وأما الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم"

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

Dalam kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak terhingga terhadap ahli Sunnah: Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina"

Perhatikan lafaz nasb dan nawasib yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.


antara akidah mereka

al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-Baqir berkata: “Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya.” (Usul Kafi Hal.83). Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja’far as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata: “Akulah pembahagi syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku.”

(Kitab al-Hujjah Min al-Kafi j.1 hal:197)


Khomeini: Kedudukan Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Syeikh dan ustaz kita al-‘Arif al-Kamil Syeikh al-Abadi di dalam al-Ma’arif al-Ilahiyyah di hadapan murid-muridnya:

“Kalaulah Ali a.s. muncul sebelum Rasulullah s.a.w. pasti dia akan menyatakan syari’at sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dan pasti dia akan menjadi nabi serta rasul. Yang demikian adalah kerana kedua-duanya sama dari segi kerohanian dan kedudukan-kedudukan maknawi (bathin) dan zohir”.

(Rujukan: Misbah al-Hidayah ila al-Khilafah wa al-Wilayah al-Imam al-Khomeini hal. 153)




amalan memukul badan oleh orang syiah..
dn tgk kat bawah amalan org Nasara@kristian





















lagi kesesatan mereka lukis gambar Saidina Ali R.A bukan karamalullah wajha ini sebutan syiah buka ASWJ..























lagi keesetan mereka lukis gambar nabi.. inilah gambar nabi ketika muda oleh syiah..







Ahamdinijajad anti Yahudi??? penipu.. 




jika mereka jadi ramai di malaysia bayangakan apa mereka akan buat pada kita ASWJ?
redhokah anda dengan org2 yg tuduh mak2 anda sebagai penzina?? Ibu kamu ummul mukminin..

Ya Allah berikanlha hidayat pada mereka

No comments:

Post a Comment