Search This Blog

Friday, December 30, 2011

ABDULLAH BIN SABA' pngasas syiah

http://youtu.be/7IUtlo-OKF0

"Abdullah bin Saba' hanyalah khurafat dan rekaan golongan Umawi dan Abbasi kerana dengki terhadap Ahli Bait a.s. yang suci. Orang berakal sepatutnya tidak memikirkan dan mengambil endah tentangnya"

Sayid Muhammad Al-Hussain Al-Kasyif Al-Ghito'

Rata-rata tersebar dan diketahui umum pengikut Syiah bahawasanya Abdullah bin Saba' ialah suatu identiti khayalan yang tidak wujud pada hakikatnya. Golongan Ahli Sunnah sengaja mereka-reka identiti ini untuk menghentam kepercayaan Syiah. Mereka menggelarnya sebagai pengasas Syiah untuk menjauhkan orang ramai daripada Syiah dan Mazhab Ahli Bait a.s..

Aku telah bertanya tentang Abdullah bin Saba' kepada Sayid Muhammad Al-Hussain Al-Kasyif Al-Ghito' maka beliau berkata:
"Abdullah bin Saba' hanyalah khurafat dan rekaan golongan Umawi dan Abbasi (Golongan Umawi - Mereka yang dinisbahkan kepada Umaiyah bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusaiy al-Qurasyi. Mengasaskan Dinasti Umayyah selepas zaman al-Khulafa' al-Rasyidin. Khalifah pertama Umaiyah, Sayidina Mu'awiyah bin Abi Sufian mengambil kerusi khalifah daripada Sayidina Ali melalui proses tahkim menyebabkan kemarahan Syiah. Golongan Abbasi - Mereka yang dinisbahkan kepada al-Abbas bin Abdul Muttalib al-Qurasyi al-Hashimi, bapa saudara Rasulullah s.a.w.. Mengasaskan Dinasti Abbasiyah selepas tamatnya Dinasti Umayyah. Dimulakan oleh Khalifah Abdullah al-Saffah bin Muhammad bin al-Imam bin Ali bin Abdullah bin al-Abbas bin Abdul Muttalib) kerana dengki terhadap Ahli Bait a.s. yang suci. Orang berakal sepatutnya tidak memikirkan dan mengambil endah tentangnya."

Tetapi aku mendapati di dalam kitabnya (أصل الشيعة وأصولها) pada muka surat 40-41 dalil wujud dan adanya identiti ini. Katanya:
"Adapun Abdullah bin Saba' yang mereka kaitkannya dengan Syiah atau sebaliknya, maka kesemua kitab-kitab Syiah melaknat dan berlepas diri daripadanya ..."

Tidak syak lagi ini merupakan satu kenyataan jelas berkenaan wujudnya identiti ini. Ketika aku kembali bertanya beliau berkenaan perkara ini beliau berkata:
Adapun kita berkata demikian sebagai TAQIYAH (Taqiyah merupakan di antara prinsip-prinsip paling penting Syiah dalam pergaulan dengan Ahli Sunnah. Taqiyah ialah menyembunyikan kebenaran, iktikad dan menzahirkan apa yang bukan daripada hati. Berdasarkan kata-kata ulama' Syiah seperti Al-Mufid, Yusuf Al-Bahrani dan Al-Khomeini dapat disimpulkan makna Taqiyah seperti berikut: 1- Menzahirkan apa yang bukan dari hati. 2- Taqiyah digunakan kepada orang yang bertentangan dengan Syiah sahaja, bukan bertaqiyah dengan semua orang. 3-Taqiyah hanya dalam urusan agama sahaja. 4. Taqiyah hanya digunakan untuk mengelak kecelakaan pada agama, diri dan harta). Keempat-empat makna di atas berlegar di sekitar aqidah Syiah. Lihat:

بذل المجهودفى اثبات مشابهة الرافضة لليهود. عبدالله الجميلى , مكتبة الغرباء الأثرية , المدينة المنورة

Taqiah mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Syiah. Beberapa riwayat daripada kitab-kitab muktabar Syiah menunjukkan ketinggian Taqiah dalam akidah mereka. Al-Kulaini dan selainnya meriwayatkan daripada Ja'far As-Sodiq telah berkata: "Taqiah daripada agama ku dan agama nenek moyang ku. Tidak sempurna iman sesiapa yang tidak menggamalkan Taqiah."

Kitab tersebut ditujukan kepada Ahli Sunnah. Sebab itulah aku nyatakan selepas itu:

" ... walaupun begitu tidak mustahil anggapan mereka yang mengatakan bahawa Abdullah bin Saba' dan seumpamanya semua itu cerita khurafat yang direka-reka oleh tukang cerita."

Al-Sayid Murtadha Al-'Askari (1-Al-Sayyid Murtadha al-Askari bin al-Sayyid Muhammad Ismail bin Muhammad Syarif al-Askari (1332-1428H) telah mengarang kitabnya "Abdullah bin Saba' dan Metos Lain". Beliau di dalam kitab tersebut mengingkari wujudnya Abdullah bin Saba'. Kewujudannya juga ditolak oleh As-Sayid Muhammad Jawwad Mughniah 2-al-Sayyid Muhammad Jawwad Mughniah (1322-1400H). Dilahirkan di Lubnan. Belajar dengan guru-guru di kampungnya seterusnya menamatkan pengajian di Najaf. Antara guru-gurunya Muhammad Said Fadhlullah dan Abu al-Qasim al-Khu'i. Setelah pulang beliau dilantik menjadi Hakim Syrie di Beirut kemudian Penasihat Mahkamah Syariah Tinggi.), dalam perkataan yang ditulisnya bagi kitab tersebut.

Abdullah bin Saba' adalah salah satu sebab mengapa kebanyakan Syiah berdendam dengan Ahli Sunnah. Tidak syak lagi bahawa mereka yang berbicara tentang Ibnu Saba' di kalangan Ahli Sunnah tak terbilang banyaknya tetapi Syiah tidak mengguna pakai tulisan mereka kerana perselisihan antara dua pihak.

(IBNU SABA' WUJUD DI DALAM SUMBER-SUMBER MUKTABAR SYIAH)


Namun begitu jika kita membaca kitab-kitab kita yang muktabar nescaya kita akan mendapati bahawa Ibnu Saba' merupakan identiti yang pada hakikatnya wujud, sekalipun sebahagian ulama Syiah mengingkarinya. Lihat penjelasan ini:

Namun begitu jika membaca kitab-kitab kita yang muktabar nescaya kita akan mendapati bahawa Ibnu Saba' merupakan identiti yang pada hakikatnya wujud, sekalipun sebahagian ulama Syiah mengingkarinya. Lihat penjelasan ini:


1. Daripada Abu Ja'far a.s. (Muhammad al-Baqir. Imam ke-5 Syiah).


(Sesungguhnya Abdullah bin Saba' mendakwa dirinya Nabi dan mengatakan bahawa Amirul Mukminin a.s. (Sepupu Nabi s.a.w. Ali bin Abu Talib, Sahabat dan Khalifah Keempat baginda. Imam pertama bagi Syiah. Dilahirkan di Makkah. Memeluk Islam sebelum Hijrah. Beliau menikahi anak perempuan Nabi, Fatimah. Diangkat menjadi Khalifah pada tahun 35H di Madinah al-Munawwarah. Memerintah selama lima tahun tiga bulan. Meninggal dunia pada tahun 40H) adalah Allah s.w.t.. Perkara ini sampai kepada pengetahuan Amirul Mukminin a.s. maka beliau sendiri bertanya Ibn Saba' dan dia mengakui perkara tersebut dengan katanya:


"Ya memang kamulah. Aku mendapat wahyu bahawa kamu Allah dan aku seorang Nabi".


Maka Amirul Mukminin a.s. berkata: "Celakalah kamu! Kamu telah diperdaya syaitan. Tinggalkan perkara ini dan kembalilah bertaubat selama tiga hari. Ternyata itu dia tidak bertaubat maka Amirul Mukminin a.s. membakarnya dengan api dan berkata: "Sesungguhnya syaitan telah menghasutnya. Ia mendatanginya dan melemparkan ke dalam hatinya perkara tersebut".


Diriwayatkan oleh Abu Abdullah a.s. (Nama jolokan bagi Ja'far al-Sodiq, Imam keenam dalam tradisi Islam Syiah), beliau berkata:


"Laknat Allah terhadap Abdullah bin Saba'. Dia mendakwa ketuhanan Amirul Mukminin a.s. hanya seorang hamba Tuhan yang amat patuh. Celakalah bagi sesiapa yang berdusta ke atas kami (Ahli Bait a.s.). Terdapat satu golongan manusia yang mengatakan tentang kami apa yang kami sendiri tidak mengatakannya. Kami berlepas diri daripada mereka di sisi Allah."

Terdapat juga di sana riwayat-riwayat lain.


2. Berkata al-Mamqani (Al-Syeikh Abdullah bin al-Syeikh Muhammad Hasan bin al-Syeikh Abdullah al-Mamqani 1290-1351H).


"Abdullah bin Saba' yang kembali kepada kekufuran dan menampakkan keterlaluan serta melampaui batas". Katanya lagi: "Dia seorang pelampau yang dilaknat. Amirul Mukminin a.s. membakarnya dengan api. Dia mendakwa Ali Tuhan dan dirinya seorang Nabi".
{2/183, 184 تنقيح المقال فى علم الرجال}


3. Berkata al-Naubakhti (1. Al-Syeikh Abu Muhammad al-Hasan bin Musa al-Naubakhti - kurun ke 3 - ke 4 Hijrah. Seorang ulama ilmu kalam, ahli falsafah yang merupakan antara ulama ilmu kalam Syiah yang besar). Golongan al-Saba'iyyah mengatakan Ali a.s. berhak menjadi Imam selepas Nabi s.a.w. dan merupakan satu kewajipan daripada Allah s.a.w.. Mereka itu merupakan puak Abdullah bin Saba'. Dialah antara orang yang memfitnah dan memburukkan nama Abu Bakar, Umar, Usman dan para Sahabat. Beliau berlepas diri daripada mereka dan berkata: "Sesungguhnya Ali a.s. yang menyuruhnya berbuat begitu". Maka Ali menangkap dan bertanyakan tentang kata-katanya. Dia mengakui perkara tersebut lalu Ali a.s. mengarahkan supaya dia dibunuh, maka orang ramai berteriak: "Wahai Amirul Mukminin! Adakah kamu mahu membunuh orang yang menyeru kepada mencintai mu, Ahli Bait, penguasaan mu dan berlepas diri daripada musuh-musuh mu?" Maka beliau membuang Ibnu Saba' ke luar negeri.


Sebahagian Ahli Ilmu meriwayatkan bahawa Abdullah bin Saba' dahulunya ialah seorang Yahudi dan memeluk Islam. Dia menjadi pengikut dan penyokong Ali a.s.. Semasa di dalam agama Yahudi dia berkata pada Yusya' bin Nun selepas Nabi Musa a.s. dengan ucapan sebegini. Maka di dalam Islam dia mengatakan pada Ali bin Abu talib. Dia merupakan orang pertama yang mengatakan wajibnya Ali a.s. menjadi Imam dan berlepas diri daripada musuh-musuhnya, sebab itulah orang yang bertentangan dengan Syiah mengatakan: Sesungguhnya asal al-rafdhu "الرفض" (jolokan yang diberikan kepada golongan Syiah bermaksud tolak atau penolakan. Dikatakan sebab penamaan dengan gelaran ini bahawa mereka mendatangi Zaid bin Ali bin Hussain dan berkata kepadanya: "Kamu hendaklah berlepas diri daripada Abu Bakar dan Umar agar kami boleh mengikut kamu!!" Beliau menjawab: "Mereka berdua merupakan sahabat datuk ku Rasulullah. Aku malah mentaati dan mengikut mereka." Mereka berkata: "Jadi kami akan menolak kamu." Maka dengan sebab itulah mereka dinamakan rafidhah. Adapun mereka yang bersetuju dengan Zaid bin Ali dan membai'ahnya pula dipanggil Zaidiyah. Dikatakan juga kerana mereka menolak peletakan sandaran Imam kepada Abu Bakar dan Umar. Dikatakan juga mereka menolak agama. Tetapi pendapat ketiga ini jelas tersasar. Sebaliknya gelaran ini dijauhkan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan khususnya dalam dialog Sunnah-Syiah) itu diambil daripada Yahudi."
m/s 32-44 فرق الشيعة


4. Berkata Sa'ad bin Abdullah al-'Asy'ari al-Qummy (Abu al-Qasim; Saad bin Abdullah bin Abi Khalaf al-Asy'ari al-Qummi (kurun ke 3 - 299H). Sezaman dengan Imam Hasan al-'Askari. Berkata al-Tusi: "Saad bin Abdullah al-Qummi digelar Abu al-Qasim; tinggi kedudukannya, terkenal, banyak tulisannya, thiqah (ثقة). Antara karangannya Kitab al-Rahmah)berbicara tentang golongan al-Saba'iyyah:


("Al-Saba'iyyah merupakan puak Abdullah bin Saba'. Dia merupakan Abdullah bin Wahab al-Rasibi al-Hamdani. Penolongnya dalam aliran ialah Abdullah bin Khirsi dan ibnu Aswad. Mereka berdua merupakan sahabat dan pengikut baiknya. Ibnu Saba' ialah orang pertama yang memulakan fitnah terhadap Abu Bakar, Umar, Usman dan para Sahabat. Dia berlepas diri daripada mereka".)
m/s 20 : المقالات والفرق


5. Berkata al-Saduq (1. Muhammad bin Ali bin al-Hussain bin Musa bin Babawaih; Abu Ja'far yang dikenali sebagai al-Saduq 305-381H. Dilahirkan semasa awal tempoh wakil Imam ke 12 "al-Mahdi" iaitu al-Husain bin Ruh di Kota Qumm al-Muqaddasah. Membesar dalam keluarga yang terkenal dengan ilmu. Antara tulisannya kitab Man La Yahdhuruhu al- Faqih bagi menghimpunkan hukum-hukum Syariah. Kata-kata al-Syeikh al-Tusi memujinya: "Al-Syeikh al-Saduq seorang yang tinggi berkedudukannya; beliau hafal dan ingat hadis-hadis, celik terhadap sanadnya dan seorang pengkritik riwayat. Tiada antara ulama Qumm yang kuat ingatan dan banyak ilmu sepertinya." Beliau celik dalam bidang fekah, riwayat dan rijal (perawi-perawi).


(Berkata Amirul Mukminin a.s.: Apabila selesai seseorang daripada solat maka angkatlah tangan ke langit dan tadahlah doa. Berkata Ibnu Saba': Wahai Amirul Mukminin! Bukankah Allah s.w.t. berada di mana sahaja? Beliau berkata: Ya benar. Katanya: Kenapa perlu seseorang mengangkat tangan ke langit? Jawab beliau: Tidakkah kamu membaca ayat:

وفى السماء رزقكم وماتوعدون


Surah az-Zariyat, ayat 22, bermaksud: ... dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

Dari mana diminta rezeki kalau bukan di tempatnya? Tempat rezeki sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah iaitu langit."1/229 من لا يحضره الفقيه


6. Ibn Abu al-Hadid (Abdul Hamid bin Habitullah bin Muhammad bin al-Husain bin Abi al-Hadid; Abu Hamid; Izzuddin (meninggal 656H) telah menyebut bahawa; Abdullah bin Saba' bangun di hadapan Ali a.s. semasa beliau berkhutbah maka dia berkata: "Kamu, kamu." Dia mengulanginya berkali-kali. Maka Ali a.s. berkata kepadanya: "Celaka engkau, Siapa aku?" Katanya: "Kamu Allah." Maka beliau mengarahkan supaya dia ditangkap bersama dengan golongan yang sependapat dengannya. 5/5 : شرح نهج البلاغة


7. Berkata al-Sayid Ni'matullah al-Jazairi (Al-Sayyid Ni'matullah bin al-Sayyid Abdullah bin al-Syyid Muhammad al-Musawi al-Jazairi (1050-1112H). Dilahirkan di sebuah kampung di Basrah, Iraq. Antara gurunya Husain al-Khunsari yang digelar al-Muhaqqiq al-Khunsari dan al-Syeikh Muhammad Baqir al-Majlisi dikenal sebagai al-'Allamah al-Majlisi):

Berkata Abdullah bin Saba' kepada Ali a.s.: Kamulah Tuhan sebenarnya. Maka Ali a.s. membuangnya ke luar negeri. Dikatakan bahawa dia dahulu seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Ketika di dalam Yahudi dia mengatakan kepada Yusya' bin Nun dan Musa a.s. apa yang dikatakannya kepada Ali a.s.
2/234 : الأنوار النعمانية


Tujuh nas ini dipetik daripada pelbagai sumber rujukan muktabar dan sebahagiannya membicarakan perihal Rijal (Kitab-kitab yang membincangkan perihal perawi-perawi secara khusus) dan sebahagian lain mengenai fikah dan aliran kumpulan (Kitab-kitab yang menerangkan berkenaan umat dan perihal setiap aliran). Banyak lagi petikan daripada sumber lain yang banyak kami tinggalkan agar tidak melalut panjang. Semua sumber-sumber ini mengukuhkan kewujudan identiti Abdullah bin Saba'. Maka dengan itu kita tidak lagi boleh selepas ini menafikannya apatah lagi Amirul Mukminin a.s. sendiri telah mengenakan hukuman ke atas Ibnu Saba' terhadap katanya bahawa Amirul Mukminin a.s. itu Tuhan. Ini bermakna Amirul Mukminin a.s. pernah bertemu dengan Abdullah bin Saba'. Cukuplah dengan Amirul Mukminin a.s. sebagai hujah maka tidak boleh selepas ini untuk mengingkari kewujudannya.


Kita dapati daripada petikan-petikan yang lalu beberapa fakta berikut:


1. Secara pasti wujudnya identiti Abdullah bin Saba' dan juga kumpulan yang menyokongnya serta menyebarkan diayahnya. Kumpulan ini dikenali dengan Al-Saba'iyyah.

2. Ibnu Saba' ini dahulunya merupakan seorang Yahudi maka selepas itu menampakkan keislamannya. Walaupun dia telah memeluk Islam hakikatnya masih kekal dalam agama Yahudi. Dia mula menyebarkan racun melalui jalan tersebut.

3. Dialah yang membuat fitnah terhadap Abu Bakar, Umar, Usman dan para Sahabat r.a. Dia merupakan orang pertama yang memulakannya. Dia juga adalah orang pertama mangatakan berkenaan hak Amirul Mukminin a.s. menjadi Imam dan mengatakan bahawa Amirul Mukminin a.s. adalah pewaris wasiat Nabi s.a.w.. Kata-kata seperti ini dia ceduk daripada agama Yahudi. Semua ini dibuat sebagai tanda kasih kepada Ahli Bait a.s., seruan kepada penguasaan mereka dan berlepas diri daripada musuh-musuh mereka yang merupakan para Sahabat dan sesiapa yang mengikut mereka.


Kesimpulannya; Identiti Abdullah bin Saba' merupakan hakikat yang tidak boleh diketepikan atau diingkari. Sebab itu termaktub tentang dirinya dan berkenaan kewujudannya di dalam kitab-kitab sumber rujukan kita yang muktabar. Sebagai maklumat tambahan sila lihat rujukan berikut:


- karangan al-Tsaqafi الغارات
- karangan al-Hilli رجال الطوسي , الرجال
- karangan al-Tusturi قاموس الرجال
- yang dinamakan دائرة المعارف karangan al-'Alami al-Hai'ri مقتبس الأثر
- karangan Abbas al-Qimmi الكنى والألقاب
- karangan Ahmad Tawuus meninggal tahun 673H حل الاشكال
- karangan Ibnu Daud الرجال
- karangan Al-Tawuusi التحرير
- karangan Al-Qahba'i مجمع الرجال
- karangan Al-Tafrisyi نقد الرجال
- karangan Al-Maqdisi al-Ard Abuli جامع الرواة
- karangan Ibnu Shahrin Asywab مناقب آل أبي طالب
- karangan Muhammad bin Tahir al-'Amili مرآة الأنوار


Kesemua ini sebagai contoh sahaja bukan merangkumi seluruhnya yang melebihi 20 sumber rujukan kita yang kesemuanya menyatakan kewujudan Ibnu Saba'. Namun begitu yang teramat peliknya ada Fuqaha' kita seperti al-Murtadha al-'Askari, al--Sayid Muhammad Jawwad Mughniah dan lain-lain lagi yang menafikan wujudnya identiti ini. Maka tidak syak lagi bahawa kata-kata mereka langsung tidak benar.

No comments:

Post a Comment