بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
الْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن, وَالصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمْدٍ طهَ الأَمِيْنَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ, وَمَنِ اتَّبَعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , وَأَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ , وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ وَلا زَوْجَةَ وَلا وَلَدَ لَهُ , وَلاشَبِيْهَ وَلا مَثِيْلَ لَهُ , وَلاجِسْمَ وَلاحَجْمَ وَلاجَسَدَ وَلاجُثَّةَ لَهُ , وَلا صُوْرَةَ وَلاأَعْضَاءَ وَلا أَدَوَاتَ لَهُ, وَلا أَيْنَ وَلا جِهَةَ وَلاحَيِّزَ وَلا مَكَانَ لَهُ , كَانَ اللهُ وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان , فَلاتَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالِ, وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الأَ عْلىَ, تَنَزَّهَ رَبِّيْ عَنِ الْجُلُوْسِ وَالْقُعُودِ ,وَعَنِ الْحَرَ كَةِ وَالسُّكُوْنِ وَعَنِ الاِتِّصَالِ وَالانْفِصَالِ ,لايَحُلُّ فِيْهِ شَيْء , وَلا يُحَنْلُ مِنْهُ شَيْءٍ , وَلا يَحُلُّ هُوَ فِيْ شَيْءِ ,لأَنَّهُ "لَيْس كَمِثْلِهِ شَيْءٌ", "مَهْمَاتَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذَلِك", "وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْكَفَرَ", وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا وَعَظِيْمَنَا, وَقَائِدَنَا وقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا ,عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَنَبِيُّهُ وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ أَرْسَلَهُ .
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada ada tara, tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan dan tidak ada bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak ada jasad dan tidak ada tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada anggota besar, tidak ada anggota kecil bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”, tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak bertempat bagi-Nya. Adalah Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak bertempat. Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi Allah jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk, bergerak, diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada Dzat-Nya dan tidak terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia tidak menempati di dalam sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan tersebut. Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia (berjisim, berada di suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku bersaksi bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya, nabi-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke atasnya dan juga ke atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya.
Hadith mengenai kehadiran Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar beliau ialah al-Sultan Muhammad al-Thani ibn al-Sultan Murad Khan al-Thani (W. 886 H). Selepas bapanya wafat, beliau menduduki takhta pemerintahan seusia 19 tahun 5 bulan pada tahun 855 H. Al-Sultan Muhammad al-Fatih seorang raja yang amat besar sumbangan jihadnya, sangat kuat keberaniannya dan sangat kuat bertawakal kepada Allah taala.
Beliau digelarkan al-Fatih kerana jasanya yang sangat besar kepada penyebaran agama Islam ke lebih dua puluh wilayah kafir serta penguasaan beliau ke atas lebih dua ratus bandar dan paling utama ialah kerana beliaulah yang dipuji oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dengan sabda baginda :
"لَتُفْتَحَنَّ الْقِسْطَنْطِيْنِيَّةُ فَلَنِعْمَ الأَمِيْرُ أَمِيْرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ".
Maksudnya:
"Qosthonthiniyyah (Istanbul sekarang) pasti akan ditakluk, maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang berhasil menakluknya dan sebaik-baik angkatan tentera adalah angkatan tentera tersebut ".
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir (1200) ,al-Imam Abu Nu`aim di dalam Ma`rifat al-Sahabah (1101), al-Imam Ahmad dalam Musnadnya j. 4, h. 335, Al-Hakim di dalam Mustadraknya j. 4, h. 424 dan al-Hafiz al-Haithami berkata di dalam Majma` al-Zawaid, j. 6 h. 219, “Para perawi hadis ini dapat dipercayai”.
Sesungguhnya semua yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam itu benar sama ada berkenaan perkhabaran peristiwa lampau atau peristiwa masa depan di dunia dan di akhirat, sama ada berkenaan hukum halal atau haram sebahagian perbuatan dan perkataan manusia. Antara kebenaran yang telah dikhabarkan oleh baginda ialah pembukaan Konstantinapol dan baginda memuji pemimpin dan tentera yang membuka kota tersebut.
Kota Konstantinapol ini adalah pembukaan Islam yang sangat agung kerana janji Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tersebut. Ramai khalifah dan sultan yang telah cuba membuka kota tersebut secara bersungguh-sungguh bagi memenuhi janji Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam itu tapi mereka tidak berjaya. Mu`awiyah ibn Abi Sufyan telah mengepungkan kota tersebut pada zaman pemerintahan Khilafah Sayyidina `Ali radiyallahu`anhu, Sufyan ibn Aus telah mengepungnya pada zaman pemerintahan Mu`awiyah dan Maslamah ibn `Abdil-Malik telah mengepungnya pada zaman pemerintahan `Umar ibn `Abdil-`Aziz. Seterusnya, kota ini pernah dikepung pada zaman pemerintahan Hisham ibn `Abdil-Malik dan juga pernah dikepung oleh salah seorang panglima tentera al-Khalifah Harun al-Rashid. Sesungguhnya kota Konstantinapol ini akhirnya berjaya dibuka oleh al-Sultan Muhammad al-Thani Fatihul-Qustantiniyyah pada siang Rabu 10 Jamadil-Akhir 857 H.
Menerusi hadis ini Rasulullah memuji Sultan Muhammad al-Fatih kerana baginda adalah sultan yang salih, aqidahnya sesuai dengan aqidah Rasulullah. Baginda juga telah berjaya menakluki Kota Qosthonthiniyyah (kota Istanbul) dan merampasnya daripada orang kafir. Seandainya aqidahnya menyalahi aqidah Rasulullah, maka Rasulullah tidak akan sama sekali memujinya. Seperti yang sedia maklum bahawa diketahui dan dicatat oleh sejarah bahawa Sultan Muhammad Al-Fatih adalah mengikut aqidah Al-Asy`ari al-Maturidi, baginda meyakini bahawa Allah wujud tanpa bertempat.
Jika aqidah Sultan Muhammad Al-Fatih ini bertentangan dengan aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, nescaya Rasulullah tidak akan memuji baginda. Begitu juga Sultan Salahuddin al-Ayyubi seorang raja yang `alim, beraqidah al-Asya`irah dan bermazhab al-Syafi`e. Baginda telah menghafal al-Quran dan kitab al-Tanbih dalam fiqh al-Syafi`e serta sering menghadiri majlis-majlis ulama` hadis. Beliau memerintahkan agar dikumandangkan aqidah Sunni al-Asya`irah dari atas menara masjid sebelum solat Subuh di Mesir, tanah al-Hijjaz (Makkah dan Madinah) dan di seluruh Negara Syam (Syiria, Jordan, Palestin dan Lebanon).
Al-Imam Muhammad ibn Hibbatillah al-Barmaki telah menyusun untuk Salahuddin al-Ayyubi sebuah risalah berbentuk nazam berisi Aqidah Ahl al-Sunnah dan ternyata baginda sangat tertarik dengannya, akhirnya baginda telah memerintahkan agar aqidah ini diajarkan kepada semua umat Islam ini diajarkan kepada umat Islam, kecil dan besar, tua dan muda, sehingga akhirnya risalah tersebut dikenal dengan nama “al-Aqidah Al-Salahiyyah”. Risalah ini di antaranya memuatkan penegasan bahawa Allah ta`ala Maha Suci dari jisim, sifat-sifat jisim dan Maha Suci dari arah dan tempat.
Boleh share dengan saya tak info yang sultan muhammad al-fateh berakidah asyairah walmaturidiyah
ReplyDeleteBoleh terus rujuk di muzium Tokkapı di Istanbul, di sana ada tersimpan antara kitab2 yang sultan Mehmed pelajari, di sana ada manuskrip-manuskrip asli biografi sebenar sultan Mehmed dan memang ada tertulis disana baginda bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi, bukan sebahagian biografi asal yang mengatakan begitu akan tetapi semuanya mengatakan begitu. Kalau tuan berkesempatan pergilah ke sana untuk cek sendiri memang best.
DeleteMuhammad al fatih merupakan anak didik syeikh syamsudin..merupakan keturunan abu bakar as siddiq
ReplyDelete