Search This Blog

Saturday, November 5, 2011

Rahasia Hizbut Tahrir

1. Pengasas – Taqiuddin al-Nabhani. Berasal dari Palestin dan telah berhijrah ke Lubnan.
2. Di Lubnan tinggal di Ra’su al-Naba’ pada ahkir tahun 50an.
3. Dia merasakan dirinya sebagai Amir al-Mu’minin dan menamakan isterinya Lami’ah Um al-Mu’minin.
4. Mempunyai 3 orang anak: Taj, Usamah dan Ibrahim.
5. Mendakwa anak yang pertama sebagai pemerintah Syam, yang ke dua pemerintah Iraq dan yang ke tiga pemerintah Mesir.
6. Pergerakan ini banyak di United Kingdom.
7. Mengkafirkan pemerintah Muslim di mana-mana juga dunia Islam.
8. Ber‘aqidah seperti orang Mu‘tazilah, dengan menyakini segala perbuatan hamba adalah hasil ihtiyar hamba dan tiada kaitan dengan Allah. Dengan kata lain Af‘al hamba bukan ciptaan Allah. Tiada kaitannya dengan Qada’ dan Qadar. (Kitab al-Shahsiyah Islamiah).
9. Hidayah dan kesesatan adalah dari hamba dan tiada kaitannya dengan Allah. (al-Shahsiyah Islamiyah/kitab Nizom al-Islam).
10. Ma‘sum bagi para Ambiya’ adalah setelah di lantik, mereka sebelum di lantik adalah tiadak ma‘sum, dengan kata lain mereka terdedah dengan segala dosa. (Kitab al-Syahsiyah Islamiyah).
11. Majlis Syura mereka berhak memutuskan untuk keluar dari mematuhi pemerintah berdasarkan pemerintah yang ada, Fasiq yang nyata. (Kitab al-Shahsiyah Islamiyah/Dustur Hizbu Tahrir).
12. Sekiranya pemerintah yang ada bercanggah dengan Syara‘ dan tidak berkemampuan untuk menegakkan pemerintahan yang Islam berkewajiban keluar dari mematuhi pemerintah. (Nizom al-Islam). Di dalam Aqidah Ahlus Sunnah, wajib mematuhi pemerintah sekalipun zalim dan fasiq amal.
13. Barangsiapa tidak membai‘ah khalifah, mati dalam jahiliyah. Di dasari dengan katanya Nabi mewajibkan setiap orang Islam membai‘ah khalifah. (al-Syahsiyah Islamiyah).
14. Orang-orang Islam semuanya berdosa besar kerana gagal untuk melantik khalifah. Dan masa yang dimaafkan 2 malam, dan kalau malam yang ke 3 gagal maka berdosa. (al-Daulah al-Islamiyah).
15. Sebenarnya mereka mengajak kepada oramg ramai untuk membai‘ah peminpin mereka Taqiuddin al-Nabhani.
16. Perjalanan (safar) untuk melakukan maksiat adalah tidak berdosa, melainkan setelah melakukan perbuatan itu.
17. Mengharuskan salam dan bercium pipi bersama perempuan yang ajnabiyyah (bukan mahram).

3 comments:

  1. Assalammualaikum....setiap penulisan yg berbentuk fitnah...akan dipertanggung jawab kan di hadapan ALLAH SWT ....ingat....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. penatlah bro nk bincangngan org HT ni bila post apa kata fitnah.. bila tnya balik ckp bnda yg sama.. korg sndiri kata kamu bukan ASWJ bila Ustaz Azhar idrus ckp bukan ASWJ kecoh.. kamu sendiri kata manusia berkuasa bila sy kata akidah kamu macam qadariyah kamu menafikan penatlah bro.. klu fitnah bawakan bukti bukan macam ni.. hbs cerita..

      Delete
  2. Assalamualaikum
    Baguslah kalau anta dah penat menulis perkara yg anta sendiri tudak benar2 jelas kesahihannya.
    Lebih baik anra terus menulis perkara yg boleh membina umat, jelaskan kepada umat dgn penulisan anta kesesatan2 yg nyata disekeliling anta seperti idea2 liberalisme, hedonisme, sekularisme yg menyelinap ke dlm jiwa umat dan merosakkan ummat.

    Semoga Allah mengampuni saudara jika apa yg saudara tulis diatas bukanlah yg benar2 belaka dan hanya dari sangkaan dan fahaman saudara sahaja.
    Bertemu nnt di Mahsyar Allah dgn individu yg anta tulis tentang beliau, benar atau bukan, kalau tidak disukainya akan menjadi Ghibah dan membuka aib
    saudara sendiri. Wallahu alam

    ReplyDelete