Search This Blog

Wednesday, February 29, 2012

BENARKAH TABLIGH TIDAK MENCEGAH MUNKAR

RAMAI para ustaz yang tidak boleh menerima Jamaah Tabligh kerana kata mereka jamaah ini tidak cegah munkar. Mereka memetik kata-kata sebahagian ulama Tabligh yang berkata sebegitu di dalam buku mereka, kemudian para ustaz ini akan berkata: cara Tabligh ini berlawan dengan al Quran dan Hadis.

Para ustaz ini sepatutnya bertanya dulu maksud sebenar dan kaedah Tabligh. Bukannya terus menghukum sedemikian. Mereka sepatutnya boleh berfikir dengan waras bagaimana boleh berlaku ulamak yang terdidik dengan sempurna di dalam agama boleh berkata perkara yang bercanggah dengan syariat. Adakah patut seorang hafiz Al Quran kemudian belajar semua bidang ilmu-ilmu Islam di madrasah sehingga ke Dauratul Hadith kemudian bercakap perkara yang berlawanan dengan Syariat iaitu: kami hanya amar bil maaruf dan tidak mencegah munkar. Amat jauh untuk dierima orang yang sedemikian akan berkata begitu dan mengajak semua Jamaah Tabligh buat begitu. Oleh kerana itu ia menunjukkan bahawa tidak mencegah munkar itu ada kaedah mereka sendiri. Dan bahawa para ustaz yang mengkritik Tabligh tidak berfikir lebih mendalam, dan memadai dengan ilmu mereka yang tidak ke mana. Ada bahayanya jika ilmu sekerat jalan sahaja.

Aktiviti yang dijalankan oleh Jamaah Tabligh ialah untuk mengembalikan umat Islam kepada amalan Islam yang sebenar. Maksudnya mereka ingin jadikan seseorang Islam itu taat kepada Allah dengan mematuhi segala larangannya dan meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini telah terbukti kerana ramai yang setelah keluar tiga hari mulai berubah dan kembali taat kepada Allah. Dahulunya adalah seorang yang tidak pernah solat, puasa dan sentiasa melakukan berbagai dosa, setelah menyertai Tabligh semua ibadat fardhu dan sunat dapat dilakukannya; dan semua perkara haram telah ditinggalkan

Apabila segala kemungkaran yang sering dilakukan dahulu telah ditinggalkan, bermakna cegah mungkar telah dilakukan oleh jamaah Tabligh dengan berjaya. Inilah cegah munkar yang sebenarnya, kerana kemungkaran terus dibencinya dan takut untuk melakukanya lagi.

Ada orang menganggap bahawa kita cegah munkar ialah dengan meronda di pantai, taman reakrasi, dan hotel-hotel kemudian tangkap mereka yang buat maksiat di sana. Ataupun undi PAS kemudian setelah menang pilihanraya dan memerintah, boleh tutup semua kasino, kedai arak dan segala tempat maksiat.

Barangkali ustaz-ustaz yang membenci Tabligh pun berfikiran sempit begitu. Sebenarnya, melalui cegah munkar dengan cara begitu, maksiat hanya akan ditinggalkan oleh orang melakukannya ketika ditangkap sahaja, dan selepas itu mereka akan melakukannya lagi. Apakah dapat dibuktikan bahawa orang ditangkap dan didakwa kemudian dihukum kerana khalwat atau berzina akan menjadi betul-betul insaf dan kemudian menjadi orang taat seperti yang terjadi pada orang-orang Tabligh. Adakah selepas menerima hukuman mereka akan pergi ke masjid setiap waktu solat dan menjauhi maksiat mereka dahulu?

Apakah selepas tutup kasino dan kedai arak, orang yang telah lama main judi dan minum arak di sana akan insaf dan bertaubat? Tak ada pun begitu.

Tetapi Tabligh hanya ajak orang yang sering buat maksiat itu keluar selama tiga hari, 40 hari dan selanjutnya, kemudian orang itu akan terus bertaubat dan insaf segala dosanya. Selepas balik mereka tidak akan melakukan maksiat lagi. Manakah cara cegah mungkar yang terbaik? Cara Tabligh atau cara yang difikir oleh orang lain. Lu fikirlah sendiri.

Inilah maksud: tidak mencegah munkar, yang disebut oleh ulamak Tabligh. Apabila Tabligh berjaya ‘mencipta’ manusia yang soleh melalui khuruj selama tiga hari dan lain-lain, maka secara automatik mereka berjaya ‘mematikan’ munkar. Takkan ini pun tak faham. Kalau tak faham takyah jadi ustazlah. Pegi noreh lagi baguih.

Tuesday, February 28, 2012

Allah beri hidayah..

masa itu umor sy 16 tahun..
sy xde bagraund agama.. pngetahuan agama sy hanyalah yg dibrikan dalam skolah smata2.

yakin yg salah. yakin dengan makhluk. sehingga satu ketika mula bayangkan bagaimana rupa Allah. tp hati sy bertahu tahu salah jika bayangkan Rupa Allah..dalam kedaan itu juga sy telah bnyak salawat pada nabi s.a.w sbb pernah dengar jika selawat maka malaikat akan selawat keatas kita. maka doa malaiakat itu akan kembalikan kita pada jalan yg benar dan telah lakukan solat tasbih tiap2 hari.. dan masih mncari jalan.

sehingga ada sahabat berikan satu buku Bertajuk Sifat 20.. setelah dalami kitab tersebut maka baru faham akidah Islam yg sebnar Yakin api x boleh bakar tmpa Izin Allah api secara semualjadinya punyai sifat bakar adalah yakin yg salah yakni yakin Qadriyah. manakalah jabariyah pula yakin manusia jadi Jahat sebab paksaan.. Dan Allah x serupa dengan Makhluk apa yg kita dapat lihat maka bukanlah Allah sperti itu. Tida ada satpun serupa dengan Allah inilah Yakin Ahli Sunnah wal jmaah.

masa cuti penggal ada rakan skolah saya ajak untuk klaur berdakwah selama 3 hari. Bila kluar 3 hari di ajarakan kna yakin macam sahabat nabi yakni yakin Api x boleh bakar tmpa Izin Allah. maka sama macam apa yg saya baca dalam buku sifat 20. maka saya telah yakin inilah jalan yang saya cari selama ini.

dengan libat dgn usaha agama ini maka Allah telah bnyak tarbiyah hidup sy. sy mula beratakan solat jemaah. dan mnjadi Asbab ramai manusia mndapat hidayah.

walaupun terpaksa melalui mcm2 dugaan dari keluarga, Wahabi, Taroqat dan sbagainya tp yakin sy pada usha ini x sedikitpun goyah. sehingga sy temui semua jawapn pada persolan2 sy.
bila buat Usaha ini dapat yakin dengan Qada dan Qadar Allah. dapat amalkan sunnah. dapat selesaikan masalah dengan Amal. dapat sangka baik pada org. kesian pada org yg jauh pada agama dan pada org kafir. pada masa yang sama hati jadi tenang.

semua Allah amkan hidayah.. amin

Wednesday, February 15, 2012

Peribadi dan rupa Rasulullah s.a.w

- حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ قَالَ : حَدَّثَنَا جُمَيْعُ بْنُ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعِجْلِيُّ إِمْلاَءً عَلَيْنَا مِنْ كِتَابِهِ قَالَ : أَخْبَرَنِي رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ مِنْ وَلَدِ أَبِي هَالَةَ زَوْجِ خَدِيجَةَ ، يُكَنَى أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ، عَنِ ابْنٍ لِأَبِي هَالَةَ ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ : سَأَلْتُ خَالِي هِنْدَ بْنَ أَبِي هَالَةَ ، وَكَانَ وَصَّافًا ، عَنْ حِلْيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَأَنَا أَشْتَهِي أَنْ يَصِفَ لِي مِنْهَا شَيْئًا أَتَعَلَّقُ بِهِ ، فَقَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخْمًا مُفَخَّمًا ، يَتَلَأْلَأُ وَجْهُهُ تَلَأْلُؤَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ، أَطْوَلُ مِنَ الْمَرْبُوعِ ، وَأَقْصَرُ مِنَ الْمُشَذَّبِ ، عَظِيمُ الْهَامَةِ ، رَجِلُ الشَّعْرِ ، إِنِ انْفَرَقَتْ عَقِيقَتُهُ فَرَّقَهَا ، وَإِلَّا فَلاَ يُجَاوِزُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ إِذَا هُوَ وَفَّرَهُ ، أَزْهَرُ اللَّوْنِ ، وَاسِعُ الْجَبِينِ ، أَزَجُّ الْحَوَاجِبِ سَوَابِغَ فِي غَيْرِ قَرَنٍ ، بَيْنَهُمَا عِرْقٌ يُدِرُّهُ الْغَضَبُ ، أَقْنَى الْعِرْنَيْنِ ، لَهُ نُورٌ يَعْلُوهُ ، يَحْسَبُهُ مَنْ لَمْ يَتَأَمَّلْهُ أَشَمَّ ، كَثُّ اللِّحْيَةِ ، سَهْلُ الْخدَّيْنِ ، ضَلِيعُ الْفَمِ ، مُفْلَجُ الأَسْنَانِ ، دَقِيقُ الْمَسْرُبَةِ ، كَأَنَّ عُنُقَهُ جِيدُ دُمْيَةٍ فِي صَفَاءِ الْفِضَّةِ ، مُعْتَدِلُ الْخَلْقِ ، بَادِنٌ مُتَمَاسِكٌ ، سَوَاءُ الْبَطْنِ وَالصَّدْرِ ، عَرِيضُ الصَّدْرِ ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ ، أَنْوَرُ الْمُتَجَرَّدِ ، مَوْصُولُ مَا بَيْنَ اللَّبَّةِ وَالسُّرَّةِ بِشَعْرٍ يَجْرِي كَالْخَطِّ ، عَارِي الثَّدْيَيْنِ وَالْبَطْنِ مِمَّا سِوَى ذَلِكَ ، أَشْعَرُ الذِّرَاعَيْنِ وَالْمَنْكِبَيْنِ وَأَعَالِي الصَّدْرِ ، طَوِيلُ الزَّنْدَيْنِ ، رَحْبُ الرَّاحَةِ ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ ، سَائِلُ الأَطْرَافِ - أَوْ قَالَ : شَائِلُ الأَطْرَافِ - خَمْصَانُ الأَخْمَصَيْنِ ، مَسِيحُ الْقَدَمَيْنِ ، يَنْبُو عَنْهُمَا الْمَاءُ ، إِذَا زَالَ زَالَ قَلِعًا ، يَخْطُو تَكَفِّيًا ، وَيَمْشِي هَوْنًا ، ذَرِيعُ الْمِشْيَةِ ، إِذَا مَشَى كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ جَمِيعًا ، خَافِضُ الطَّرْفِ ، نَظَرُهُ إِلَى الأَرْضِ أَطْوَلُ مِنْ نَظَرِهِ إِلَى السَّمَاءِ ، جُلُّ نَظَرِهِ الْمُلاَحَظَةُ ، يَسُوقُ أَصْحَابَهُ وَيَبْدَأُ مَنْ لَقِيَ بِالسَّلاَمِ.

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki` katanya, telah menceritakan Jumaik bin Umar bin Abdur Rahmanal-Ijli` menulis dalam kitabnya dengan katanya: telah mengkhabarkan kepada aku seorang lelaki dari Bani Tamim dari anak kepada Abi Halah suami Khadijah yang digelar sebegai Aba Abdullah, daripada anak kepada Abi Halah, daripada Hasan bin Ali telah berkata : Aku bertanya daripada bapa saudaraku ( sebelah ibu ) Hind ibn Abi Halah mengenai wajah dan perwatakan Rasulullah s.a.w, kerana beliau selalu menerangkan secara terperinci. Daku berharap beliau dapat menerangkan sifat-sifat yang mulia kepadaku agar dapat ku jadikan penerangannya itu sebagai bukti dan hujjah bagi diriku. Maka beliau ; Hind R.A berkata bahawa :
“ Baginda mempunyai sifat yang sangat mulia pada dirinya dan juga sangat mulia pada pandangan orang-orang lain. Wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana tetapi lebih rendah dariapda orang yang sangat tinggi. Kepadanya yang mulia sederhana besarnya. Walaupun besar tetapi sepadan denagn kekacakannya. Tidaklah begitu besar sehingga mencacatkan kekacakan wajah dan perawakannya. Rambutnya yang mulai sedikit gelombang ( iaitu tidak lurus sangat ) . Baginda tidak mengambil berat untuk membelah rambutnya; jika rambutnya senang dibelah,maka baiklah keadaannya, jika tidak baginda pun tidak memberikan tumpuan untuk melakukannya. Dalam hal ini, baginda melakukan mengikut masa dan keadaan. Jika setelah di letak minyak pada rambutnya, baginda akan membelah rambutnya bila mana memperolehi sikat. Bila rambut Rasulullah SAW panjang, rambut baginda melepasi sedikit daripada cuping telinganya. Wajah baginda berseri-seri dan dahinya luas. Keningnya tipis dan melengkung dan tidak bertemu. Di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda murka. Hidungnya yang mulia mancung dan bercahaya. Pada sekali pandang seorang pemerhati akan mendapati hidungnya besar tetapi apabila diperhati secara halus maka dia akan mendapati bahawa hidungnya mancung adalah disebabkan cahaya dan bukanlah disebabkan besar. Janggutnya yang mulia berkeadaan lebat . Anak matanya tersangat hitam. Pipinya rata (tidak cengkung), berisi tidak kendur atau menggelambir. Mulut baginda sederhana luasnya (tidak sempit yang menjadikan wajahnya hodoh); giginya kecil dan bercahaya (tidak besar). Di antara gigi hadapannya terdapat sedikit jarak dan tidak lah rapat sangat di antara satu sama lain. Satu garisan rambut halus membarisi daripada dada ke pusat. Lehernya kurus dan cantik untuk dilihat seumpana besi yang tercanai dan warna kulitnya cerah dan menarik seperti perak. Kesemua kaki dan tangannya berulas. Badannya tegap. Perut dan dadanya rata( tidak buncit yang boleh menyukarkan sewaktu berjalan). Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kedua-dua bahunya. Tulang-tulang sendinya besar dan kuat (menunjukkan kekuatan). Apabila baginda membuka baju, badannya nampak berkilat dan berkilau ( bahagian terdedah juga nampak berkilat dan bersinar sebagaimana bahagian yang tertutup). Terdapat satu jaluran bulu di antara dada dan perut. Selain ini dada dan perutnya tidak mempunyai bulu tetapi bulu-bulu terdapat pada kedua-dua lengan, bahu dan bahagian atas dada. Pergelangan tangannya panjang dan tapak tangannya lebar. Kedua-dua kakinya berisis dan montok. Jari-jari tangan dan kakinya panjang ( sama ukuran ). Tapak kakinya dalam dan kakinya rata. Kakinya yang berkeadaan licin, menjadikan air berlalu tanpa melekat dan mengalir terus. Apabila baginda berjalan, baginda akan menapak ke hadapan dengan tegap. Baginda berjalan agak membongkok ke hadapan sambil meletakkan kakinya tanpa menghentak. Baginda berjalan dengan langkah yang cergas dan bukan langkah yang pendek-pendek. Apabila baginda berjalan nampak seperti menuruni bukit. Apabila Rasulullah SAW memberikan sesuatu perhatian, baginda akan memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia sentiasa ke bawah, kebanyakannya memandang ke arah bumi daripada memandang ke arah langit. Memandang hanya dengan ekor mata sahaja. Apabila baginda SAW berjalan di kalangan sahabat-sahabatnya, baginda SAW akan mendahului mereka. Baginda SAW akan mendahului memberI salam jika bertemu Dengan orang ramai “. (HR tirmizi)

Sumber : Syamail Tirmizi : Insan Teladan Sepanjang Zamani

Wednesday, February 8, 2012

telah hampir waktu..

+Bulan-Bulan Terakhir Tabligh Bertabligh
Tuan-tuan, tak perlu bergaduh atas sebab yang tidak jelas.

Saya terpaksa menaip bukan kerana kehendak jemaah, tapi kerana saya hendak memberitahu bahawa masanya hampir tiba...

seumpama tuan melihat kapal terbang yang tinggi diawan bergerak perlahan, hakikatnya kapal terbang tersebut mungkin berkelajuan 500km/j.

begitu juga dengan mereka yang berada diluar jemaah, mereka melihat pergerakkan jemaah ini perlahan... hakikatnya... jemaah ini sudah hendak sampai ke destinasi terakhirnya, jemaah sedang bergarak laju, sangat laju berbanding dengan tahun-tahun sebelum, seluruh dunia.

sebelum terjadinya perperangan akhir zaman, sebelum terjadinya kebangkitan Islam, rabai yahudi memberi "benchmark" kepada umat ini, umat islam hanya akan bangkit sekiranya solat subuhnya sama dengan solat jumaat. - Tuan, perkara ini telah pun terjadi di suatu kawasan asbab dari usaha dakwah ini menandakan dekatnya saat kebangkitan umat islam.

Tuan-tuan, tuan-tuan mempunyai semangat yang tinggi dalam Islam, tapi agak sayang sekiranya jemaah kami sudah bergerak hampir dengan Jurusalem, tapi tuan-tuan masih di hadapan komputer lantaran tidak mengetahui apa yang terjadi.

Tuan-tuan, seperti yang tuan ketahui, jemaah ini tidak menggunakan media sebagai medium perhubungan, sebaliknya menggunakan masjid, dari sini semua maklumat2 akan di pindahkan. Datanglah ke masjid-masjid, dan duduklah dalam mesyuarat.

Tuan-tuan, kini setiap tahun syura dunia dihantar membuat haji. Ini biasa bagi orang awam, hakikatnya ada seseorang yang akan menzahirkan dirinya dihadapan Kaabah pada saat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka syura akan memujuknya menjadi Amer kepada jemaah ini. Seperti yang kita sedia maklum, beliau akan menolaknya kerana berasa tidak layak.

Tuan-tuan, sekiranya beliau menerima, "automatinya" beliau mempunyai tentera lebih ramai dari mana-mana negara dalam dunia, tentera-tentera yang telah pun berlatih sejak zaman Maulana Ilyaas (rah) 1924, dianggarkan lebih dari 5,000,000 (5 juta)... angka ini dianggarkan mengikut jumlah kehadiran istimaq di bhopal yang mencecah 2,000,000 orang, di malaysia sahaja mencecah 200,000, akan tetapi jangan salah faham keseluruhan ini adalah tentera-tenteranya. Ianyanya akan ditapis lagi, mereka-mereka yang pernah keluar setahun, 4 bulan, 40hari, 3 hari.
Jadi jumlahnya akan mengecil tetapi kualiti yang lebih baik. Hanya dan jika hanya 1% sahaja dari jumlah keseluruahan yang betul-betul menjaga 5 amal masjid, 5 waktu berjemaah, menjagai solat tahajud, maka jumlah yang terkumpul melebihi jumlah tentera Sultan Mahmud Al-fateh yang berjaya menawan Sepanyol 500 tahun yang lampau. (250,000 tentera)

Tuan-tuan yang dikasihi, Tuan-tuan selalu bertanya kepadda kami bila kami akan mengankat senjata melawan yahudi di Israel, kami tidak salahkan tuan-tuan, kerana dikalangan sahabat juga ada yang bersemangat seperti tuan-tuan semasa hendak menakluki Mekah, akan tetapi dengan bijaksana dapat disabarkan dengan Rasullah SAW. Tuan-tuan, sebaik sahaja kami mempunyai Hadratji (Amer) ke-4 yang telah dinantikan sejak 1995, maka impian tuan-tuan akan tercapai, persoalannya adakah tuan telah berlatih bersusah payah meninggalkan isteri-isteri dan anak-anak tuan?

Tuan-tuan, inilah satu-satunya jemaah dalam dunia yang tuan-tuan tidak boleh masuk tetapi boleh keluar. Akan tetapi ada syaratnya, tuan-tuan hendaklah mempunyai sifat wajib "memuliakan orang-orang islam yang lain dan tidak boleh bersangka buruk sesama orang lain", sekiranya tuan-tuan tidak mempunyai sifat ini, nescaya sekiranya tuan sudah keluar 4 bulan sekali pun tuan tidak akan "dipilih" untuk keluar lagi dan lagi. Usaha tuan-tuan dalam ini hanya sekadar pengetahuan. Ingat DUA syarat atas sahaja menyebabkan ramai sekali umat islam tidak dapat keluar berdakwah sebab mana mungkin pendakwah mempunyai sifat-sifat diatas. Jadi jangan cepat melatah sekiranya tuan-tuan fikir tuan-tuan yang menolak jemaah ini, mungkin usaha ini yang menolak tuan-tuan.

Tuan-tuan, ramai dari tuan yang mendengar usaha ini ialah usaha pilihan. Iya, lihat aja, berapa ramai yang mengetahui kebenaran usaha ini tetapi tidak mahu mengambilnya lantaran hanya kerana takutkan isteri, tidak sanggup bersusah payah, takutkan kawan-kawan, takutkan tomahan, takutkan kehilangan keuntungan, dan lihat berapa kerat sahaja dari jumlah yang besar sanggup mengambil kerja ini. Bukankah mereka ini terpilih walaupun tidak mempunyai cukup ilmu, wang, masa dan sebagainya?

Tuan-tuan, tanda-tanda pengakhiran jemaah ini sudah ada, tahun 2012 sahaja 13 istimaq akan diadakan di Malaysia. Setiap nama-nama mereka-mereka yang pernah keluar akan dikumpulkan, usaha secara drastik akan dibuat untuk mengumpulkan mereka semula dalam istimaq. Diberi latihan sekali lagi. Oh latihan apa? latihan yang yakin bahawa Allah maha kuasa mahkluk tiada kuasa. Yakin bukan senjata bagi kemenangan yang bagi kemenangan ialah Allah, lagi dan lagi sehingga terpahat di dalam hati.

Tuan-tuan, tentu sahaja tuan-tuan memperlekehkan jemaah ini atas kebolehan untuk pergi berperang, tak mengapa, itulah hikmahnya, ROM dan PARSI pernah aja berfikiran seperti tuan-tuan, mereka melihat orang-orang Saracen yang tidak bertamadun, babarian dan sebagainya. Mereka langsung tidak menjangka orang-orang Islam dari tanah Arab ini mampu mengalahkan mereka, empayar yang mempunyai teknologi ketenteraan 500 -1000 tahun. Disaat tuan-tuan melihat kehadapan, jemaah ini diajar lihat kebelakang, lihat sahabat-sahabat dalam perang terdahulu, bagaimana mereka diajar jangan yakin terhadap jumlah tentera dan senjata. Lihat Badar, lihat Uhud. Ini semua sejarah.

Tuan-tuan, sekiranya tuan-tuan berjemaah di masjid, maka tuan-tuan bakal menyaksikan kehilangan jemaah tabligh dalam masjid tuan, sekiranya ini terjadi, maka ingatlah bahawa perkara-perkara yang tuan-tuan telah tahu telahpun berlaku. Mungkin ada orang berkata, bagaimana jika apa yang saya katakan ini tidak benar atau salah. Iya, saya dan kami tidak akan rugi apa-apa, usaha kami tetap berjalan sehingga Hadratji ke-4 muncul, kami masih "berlatih", kami masih keluar, kami biasakan diri kami buat pengorbanan, kami biasakan isteri dan anak-anak kami untuk ditinggalkan sementara. Kami latih isteri dan anak-anak kami untuk berdikari sekiranya kami syahid di medan perang, iya, kami berlatih. kami tidak menunggu sahaja. Akan tetapi apa yang berlaku, amat malang pada tuan-tuan yang bersemangat Islam ini tidak dapat bersama kami sekiranya ia benar-benar berlaku.

Tuan-tuan, umumnya ahli jemaah amat jarang atau hampir tiada membincangkan topik-topik seperti ini lantaran ditakuti mereka keluar tabligh tidak ikhlas kerana Allah SWT sebaliknya takut akan hari-hari kemusnahan, jika tidak berlaku, maka mereka akan berpatah balik ke tabiat asal. Tapi sejauh mana hendak mampu ditutup dan dinafikan jika tuan-tuan sudah nampak petanda-petanda yang berturutan, langit sudah semakin gelap, mampukah kita menafikan hujan masih lambat lagi turun?

Tuan-tuan, Amer Pakistan, Haji Bai Wahab sedang sakit sehingga beliau di ziarahi oleh Maulana Saad baru-baru ini. Haji Bai Wahab hidup sezaman dengan 3 Hadratji sebelumnya dan saya yakin beliau akan sempat melihat Hadratji ke-4, Tuan-tuan, saya tidak meminta Tuan-tuan meyimpan beras, tidak meminta tuan-tuan meyimpan makanan, membina tempat perlindungan untuk hari tersebut, tetapi berdoalah agar tuan-tuan berada dalam jemaah yang di sukai Allah SWT, jemaah yang jalannya hampir dengan Sahabat RA, jemaah yang disukai oleh Rasullah SAW, berdoalah, teruskan berdoa, semoga Allah SWT mengkabulkan doa tuan-tuan, Ameen.

Thursday, February 2, 2012

Amar Ma’ruf Nahi Munkar Kpd Pemerintah

Amar Ma’ruf Nahi Munkar Kepada Penguasa Tingkat-tingkat yang terdapat dalam amar ma’ruf adalah:

1. “tingkat_pertama” Ta’arruf (Pengenalan)

2. “tingkat_kedua” Ta ‘rif (Pemberitahuan

3. “tingkat_ketiga”Larangan dengan pengajaran/nasehat dengan perkataan yang lemah lembut

4. “tingkat_keempat”Memaki dan menggertak dengan kata-kata keras (bukan keji) dan kasar

5.”tingkat_kelima”Merubah dengan tangan (melarang perbuatan munkar dengan paksaan secara langsung,seperti memecahkan alat permainan, membuang khamar, melepaskan kain sutra dari pemiliknya, dan sebagainya)

6.”tingkat_keenam Pengancaman dan penakutan ( Tahdid dan takhwif)

7.”tingkat_ketujuh”Langsung memukul dengan tangan, kaki dan lainnya, dengan tidak menggunakan senjata

8. tingkat_kedelapan”Menggunakan senjata atau teman-teman (pembantu-pembantu) yang memakai senjata

“tingkat_kedelapan”Yang boleh dari jumlah itu terhadap penguasa adalah ta’rif dan pengajaran. Adapun melarang dengan kekerasan maka tidaklah yang demikian bagi perseorangan-perseorangan rakyat terhadap penguasa.

Karena yang demikian adalah menggerakkan fitnah dan membangkitkan kejahatan. Dan hal yang akan terjadi daripadanya adalah lebih banyak. Adapun kata-kata kasar seperti dikatakan,”Hai orang dzalim, hai orang yang tidak takutkan Allah” dan semacamnya, maka yang seperti itu kalau menggerakkan fitnah yang kejahatannya melampaui kepada orang lain, tidak boleh. Kalau tidak ditakutinya kecuali atas dirinya maka boleh, bahkan disunatkan.

Sesungguhnya telah menjadi adat kebiasaan salaf (ulama terdahulu) tampil menghadang bahaya dan berterus terang menantangnya, tanpa memperdulikan kebinasaan jiwa dan mendatangi berbagai macam azab kesengsaraan.

Karena mereka tahu bahwa yang demikian itu mati syahid. Rasulullah SAW bersabda,”Orang syahid yang terbaik adalah Hamzah bin Abdul Muthalib.

Kemudian orang yang bangun mendatangi imam (penguasa) dan menyuruhnya yang baik dan melarangnya yang buruk pada jalan Allah Ta’ala.

Lalu imam itu membunuhnya diatas yang demikian”. (Al-Hakim dari Jabir dan katanya shahih isnad).

Para ulama-ulama dahulu bertawakal kepada Allah bahwa Ia menjagai mereka. Dan mereka rela dengan hukum Allah Ta’ala bahwa Allah Ta’ala menganugerahkan pahala syahid kepada mereka. Tatkala mereka telah mengikhlaskan niat karena Allah niscaya membekaslah perkataan mereka pada hati yang kesat. Lalu dilunakkan dan dihilangkan kekesatannya itu. Adapun sekarang, maka sifat kerakusan telah mengikat lidah ulama-ulama.

Lalu mereka berdiam diri. Dan jikalau mereka itu berkata-kata, niscaya tidak menolong perkataan mereka akan keadaan mereka. Maka mereka tidak memperoleh kemenangan.

Jikalau mereka itu benar dan bermaksud kebenaran ilmu, niscaya mereka akan memperoleh kemenangan. “Maka rusaknya rakyat, disebabkan rusaknya raja-raja (penguasa).

Dan rusaknya penguasa disebabkan rusaknya ulama-ulama. Dan rusaknya ulama-ulama disebabkan karena pengaruh kecintaan kepada harta dan kemegahan.

Barang siapa telah dikuasai oleh kecintaan dunia, niscaya ia tidak sanggup melaksanakan al-hisbah atas orang-orang rendah. Maka bagaimana mungkin itu dilakukan atas raja-raja dan orang-orang besar.''

Nasehat Maulana Muhammad Ilyas Rah. A :

Cara menyelesaikan berbagai masalah, baik masalah pribadi, masalah umat, maupun masalah politik adalah dengan Dakwah dan Usaha Agama, berdasarkan satu fikir. Cara-cara yang ditempuh di luar usaha agama nampaknya saja dapat memberikan hasil dan keuntungan dengan segera, sekalipun hanya dengan pengorbanan yang sedikit. Dalam pada itu, usaha agama menghendaki pengorbanan yang besar sedangkan keuntungannya tidak segera dapat dilihat. Itulah sebabnya mengapa orang-orang menjauh dari usaha agama. Demikian pula orang-orang yang terlalu tergesa-gesa dalam menarik kesimpulan ketika melihat orang-orang yang “tidak produktif” seperti kita atau ketika melihat asas usaha dakwah kita. Namun ternyata mereka tidak mampu melihat hakikatnya, yakni tidak mampu memahami hakikat syariah.

Bayan Jemaah Qatar ( Imam Di Raja Qatar )

Terjemahan Oleh Maulana Abdul Hamid (Imam Masjid Jamek Sri Petaling K.L)

Alhamdulillahirabil alamin ……. Firman Allah SWT bahawa Allah ialah pembantu, pelindung bagi orang-orang Mukmin. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan dan kesesatan kepada nur, kepada cahaya iman, kepada mentauhidkan Allah SWT.

Manakala orang-orang kafir, pembantu mereka, pendorong mereka ialah thagut selain dari Allah SWT, mereka membawa dan mengeluarkan mereka daripada nur iaitu nur cahaya iman, mentauhidkan Allah SWT kepada zulumat, kepada kegelapan, kepada kesesatan. Mereka ialah penghuni-penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya ( Al-Baqarah : 256-257 ).
Dapat dilihat di dalam ayat ini bahawasanya Allah SWT menjadikan jalan yang lurus, jalan yang betul. Ada banyak jalan-jalan. Tapi jalan petunjuk adalah satu.

Allah SWT menyebutkan dalam surah yang lain bahawa,” Sesungguhnya inilah jalan Aku yang lurus. Maka hendaklah kamu ikut akan dia. Janganlah kamu ikut jalan yang lain maka dengannya kamu akan berpecah-pecah.

Maka dari firman Allah SWT, dalam menafsirkan ayat ini, Nabi SAW tunjukkan dengan cara amali, karena dengan contoh akan memudahkan kefahaman, dibandingkan sesuatu yang dipelajari secara teori.

Maka, sekali Rasulullah SAW telah menggariskan segaris yang panjang diatas pasir. Sahabat-sahabat disekeliling baginda SAW. Kiranya hal ini dilakukan oleh selain Rasulullah SAW maka ia akan jadi main-main dan sia-sia. Tapi karena ia dilakukan oleh Nabi SAW maka Nabi SAW tidak main-main, tidak membuat perkara yang sia-sia.

Maka sesuatu yang timbul dari amalan Rasulullah SAW adalah berfaedah. Apa saja yang dilakukan Rasulullah SAW memberikan suatu pengajaran. Maka nabi SAW telah membuat satu garis panjang di pasir, dan kiri dan kanannya disusuli oleh garis-garis yang kecil.

Maka Nabi SAW bersabda bahwa yang garis lurus panjang ini adalah jalan agama yang menyampaikan kepada agama Allah SWT. Sedangkan garis-garis kecil disekeliling ini adalah jalan-jalan yang membawa manusia kepada jalan kesesatan.

Dan di setiap kepala jalan tersebut ada syaitan yang menunggu. Maka barang siapa mengikuti jalan yang lurus yang membawa kepada Allah SWT maka syaitan akan menariknya ke jalan-jalan kesesatan yang berada di persimpangan-persimpangan jalan lurus itu.

Maka Allah SWT berfirman bahwa,” Sesungguhnya itulah jalanKu yang lurus, dan hendaknya engkau mengikutinya. Janganlah engkau mengikuti jalan-jalan lain yang banyak di sekelilingnya, maka kamu akan berpecah dari jalan Allah SWT yang lurus.

Inilah yang diwasiatkan Allah SWT kepada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.” Maka Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita jalan yang lurus, jalan kebenaran, dan disekelilingnya ada jalan-jalan yang membawa jauh dari Allah SWT. Allah SWT ada sunnah-Nya yang kita panggil sunatullah, dan kudrat Allah yang kita panggil Qudratullah.

Kudrat Allah SWT, Allah bisa melakukan segala-galanya mengikut kehendakNya.

Dan sunatullah, adalah suatu peraturan Allah SWT dan sunatullah ini tidak berubah. Sebagaimana firman Allah SWT iaitu ,”Maka kamu tidak akan dapati daripada sunatullah itu perubahan.” Maka sekiranya Allah SWT hendak memberi hidayah, maka Allah SWT boleh memberi hidayah kepada seluruh manusia.

Firman Allah SWT,”Sekiranya Allah SWT menghendaki maka Dia boleh jadikan kamu umat yang satu, tidak menyekutukanNya. Tapi Allah SWT menyesatkan siapa yang dikehendaki dan memberi hidayah siapa yang Dia kehendaki.”

Firman Allah SWT, bahwasanya,” Sekiranya Kami kehendaki kami akan memberi hidayah kepadanya.” Maka ini adalah sunatullah dan kudrat Allah SWT. Maka didalam Alqur-’an, hidayah ini adalah suatu perkara yang sangat tinggi.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW mengenai hadits qudsi, Allah berfirman,” Wahai hamba-hambaKu kamu semuanya sesat kecuali orang yang Kami beri petunjuk. Maka mintalah petunjuk, mintalah hidayah kepadaKu niscaya Aku akan beri hidayah kepadamu.” Maka hidayah adalah sesuatu yang paling mahal di khazanah Allah SWT, yang paling tinggi. Maka sesiapa yang membesarkan selain daripada hidayah, membesarkan dunia lebih daripada hidayah maka dia telah membesarkan sesuatu yang Allah SWT telah hinakan.

Maka Allah SWT menghina dunia ini di dalam AL-Qur’an.

Nabi SAW bersabda,” Dunia dan seisinya ini jauh daripada rahmat Allah SWT, kecuali zikrullah atau sesuatu yang membantu mengingati Allah SWT, atau orang yang belajar ilmu agama ataupun orang yang mengajarkan ilmu agama.

Selain itu semuanya jauh daripada rahmat Allah SWT.” Sabda Rasulullah SAW,” Dunia ini adalah bangkai dan yang mencarinya adalah anjing.” Setiap kali Allah SWT menyebut dunia, maka Allah SWT menghinakannya, dan memberi amaran supaya menjauhinya.

Dan setiap kali Allah SWT menyebut akhirat maka Allah SWT menyebut kebaikannya dan menyeru supaya kita memberi keutamaan kepada akhirat. Sehingga Allah SWT berfirman,” bahkan memberi keutamaan kepada kehidupan dunia padahal kehidupan akhirat adalah kekal disisi Allah SWT.”

Sekarang kita akan berbicara tentang bagaimana kita mendapatkan hidayah dari Allah SWT.

Mohon semua tawajuh.

Kita lihat bagaimana hidayah ini, setelah Baginda SAW kembali dari perjanjian Aqabah, yaitu perjanjian dengan beberapa orang Madinah. Maka orang-orang Madinah ini telah meminta Baginda SAW untuk mengangkat seseorang daripada para sahabat RA untuk mengajar mereka agama. Maka Nabi SAW memilih seseorang yang telah membuat banyak pengorbanan. Yang telah meninggalkan kemewahannya, meninggalkan segala kesenangan hidupnya. Dia telah mengutamakan agama daripada dunia. Dia telah keluar dari kehidupan mewahnya dan memeluk Islam dengan penuh mujahadah.

Maka Nabi SAW telah memilih orang untuk kerja yang berat yang penuh dengan mujahadah adalah orang yang telah melakukan banyak mujahadah.

Dia adalah Mush’ab bin Umair RA. Bagaimana dia telah dihalau dari rumahnya, dari segala kemewahan yang selama ini dirasanya. Rasulullah tidak mengantar seorang alim ke sana, seperti Mu’az bin Jabal RA yang dihantar Rasulullah ke Yaman. Mu’az ini adalah orang alim. Tapi Rasulullah pilih untuk kerja yang mujahadah iaitu orang yang mujahadah.

Bukan berarti Mush’ab ini tidak alim. Tetapi lebih alim Mu’az RA. Sabda Nabi SAW,” Mu’az adalah orang yang paling alim mengenai haram halal di kalangan umat ini.” Jadi Nabi SAW hantar Mush’ab dan As’ad RA.

Karena Rasulullah SAW bersabda kalau bersafar seorang maka seorang syaitan. Jika dua orang, dua orang syaitan. Jika tiga orang itulah jemaah. Maka Nabi antar 2 orang untuk permulaan. Dan Nabi SAW berpesan pada mereka beri kabar gembira beri kata-kata semangat, jangan beri kabar menakutkan kepada mereka. Dan mudahkan jangan susahkan.

Mush’ab RA pergi ke madinah bukan untuk ziarah, bukan untuk melancong. Sabda Nabi SAW,” melancong umat ini adalah jihad fisabilillah.” Maka apabila mereka bersafar di Madinah, mereka telah menanggung susah payah di perjalanan yang jauh, dan mereka telah sampai disatu parit, di satu ladang. Mengapa mereka mengambil tempat tersebut? Sebab mereke membuat suatu tempat untuk mereka memulai usaha.

Kerana masjid tidak ada di situ. Kalau ada masjid sudah tentu mereka pergi ke masjid. Ini adalah amalan Nabi SAW. Jika ke mana-mana atau tiba di satu tempat bermula di masjid. Supaya hati kita senantiasa terpaut atau terhubung dengan masjid. Kemudian mereka mulai memikirkan bagaimana hidayah ini boleh tersebar. Yang bertindak sebagai guide adalah As’ad Bin Zararah.

Manakala Mush’ab Bin Umair datang sebagai Da’i. Maka mereka mula pergi berjumpa dengan orang-orang yang pernah berbai’at dengan nabi SAW di mekah. Maka datanglah beberapa orang, bukan semua, yang pernah berbai’at kepada Nabi SAW bersama-sama Mush’ab Bin Umair. Maka mereka kemudian membuat mensyuarat bagaimana memulai usaha ini. Maka mereka telah menunjukkan kepada kita apa mula-mula kena buat? Iaitu mensyuarat.

Dan orang yang mula-mula buat mesyuarat ini adalah orang Medinah. Maka Allah SWT memerintahkan Nabi SAW buat mensyuarat ini selepas kejadian yang dilakukan orang-orang Medinah. Allah menyuruh Nabi SAW melanggengkan atau meneruskan mensyuarat ini. Maka mereka mulai melakukan usaha dakwah.

Dan hal ini sampai ke telinga dua pimpinan kaum di Madinah, Saad Bin Mu’adz dan Usaid bin Hudlair. Katanya ada yang datang mendakwah kaum kepada satu ajaran yang baru. Maka Saad bin Mu’adz sangat marah sekali. Ia kata kepada Usaid bin Hudlair agar pergi dan beritahu mereka supaya mereka jangan membodoh-bodohi kaum kita dan supaya mereka keluar daripada negeri Madinah. Maka Usaid ambil tombaknya dan berjalan pergi.

Kemudian setelah berjumpa dengan Mush’ab, maka dia dengan marahnya bertanya kepada Mush’ab. Dan Mush’ab berkata,” duduklah, dan dengarlah.”

Karena kalau kita mau dakwah seseorang, maka kita mesti bawa dia dalam suasana iman. Pada saat dia berdiri dan dia tengah marah, syaitan menguasainya. Kemudian setelah dia duduk, bertukarlah posisi dia. Maka keadaan berubah. Duduk dalam majelis iman, maknanya mengandung keberkatan.

Nabi SAW bersabda,” Apabila Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka, maka malaikat bertanya, semuanya, ya Allah. Ya, semuanya. Tapi ada hamba yang banyak dosa dia datang. Allah kata dia duduk saja itu juga telah diampunkan.

Ini adalah satu majelis dimana tidak akan disia-siakan sesiapapun yang duduk dengan mereka. Maka bila Usaid duduk, dan dia kata,”Kamu datang dan mengganggu orang-orang kami disini. Kalau kamu sayang diri kamu sila keluar dari sini.” Maka Mush’ab kata,” Dengarkan dulu. Seandainya anda menyukai nanti, anda dapat menerimanya. Sebaliknya jika tidak, kami akan menghentikan apa yang anda tidak sukai itu.” Lalu Mush’ab pun mula membacakan Al-Qur’an, dan menguraikan dakwah yang dibawa oleh Muhammad SAW, maka dada Umair pun mulai terbuka dan bercahaya.

Allah berfirman,” Dan berjihadlah terhadap mereka dengan alquran dengan jihad yang besar. Karena apa? Surat Al-Furqan diturunkan di Makah. Di Makah saat itu tidak ada apa-apa peperangan. Jadi membaca Alquran masuk juga kepada kategori-kategori jihad. Berdakwah dengan menggunakan Alquran. Maka Mush’ab membaca Alquran. Begitu membacanya orang awam terkesan kepada keindahan bahasanya. Lalu kata Usaid,” Dan apakah yang mesti dilakukan oleh orang yang hendak masuk Islam ini?” Kata Mush’ab,”Hendaklah ia mensucikan diri, pakaian dan badannya, serta bersaksi bahwa tiada tuhan Yang haq diibadahi melainkan Allah, melakukan sembahyang.” Maka apabila Mush’ab berkata demikian, dia melihat muka Usaid begitu senang, begitu ceria, friendly face.

Dan kemudian setelah Usaid melakukan semua itu, diapun masuk Islam. Selepas itu dalam beberapa menit sahaja Usaid telah berpikir bagaimana orang lain juga dapat hidayah. Dia berkata kepada Mush’ab,” Ada satu ketua kaum Saad bin Muadz. Kalau dia masuk Islam, maka tidak ada satu rumah pun dari rumah kaum anshar yang tidak akan masuk Islam. Aku Akan bawa dia kesini, dan hendaklah engkau bercakap dengannya.” Usaid kemudian berusaha bawa Saad kepada Mush’ab.

Dia tidak berkata nanti, atau besok dia akan bawa. Tapi langsung sekarang juga. Jadi Usaid pun pergi jumpa Saad bin Muadz. Saad bin Muadz melihat perbedaan wajah Usaid sewaktu pergi dan tadi saat kembali. Dan memang beda jauh antara muka orang mukmin dengan muka orang kafir. Jauuuh berbeza.

Kemudian Usaid mencari jalan bagaimana agar Saad boleh pergi jumpa Mush’ab. Maka dia membangkitkan semangat kesukuan atau kebangsaan jahiliyah, sehingga Saad boleh bergerak tunai, sekarang juga. Kemudian Saad langsung pergi dengan maksud untuk menghalang banu Haridzah dari membunuh sepupunya bersama dengan Usaid.

Maka setelah dia sampai, maka As’ad berbisik kepada Mush’ab,”Itu dia ketua kaum Saad bin Muadz telah sampai. Jadi kamu dakwah dia kepada Allah SWT.” Setelah itu dengan marah Saad mengarahkan tombaknya kepada As’ad. Dan seperti perkataan Mush’ab kepada Usaid pada awalnya, Saadpun duduklah.

Dan riwayat menyebutkan sebelum selesai bacaan Al-Qur’an dibacakan, telah nampak keceriaan, keriangan wajah Saad nampak jelas. Selepas itu Saad-pun bertanya,”Bagaimana seseorang diantara kamu jika masuk agama kamu ini?” Dijawab sama iaitu mandi, bersihkan pakaian dan membaca dua kalimah syahadah, dan sembahyang dua rakaat. Selepas melakukan semua itu, Saadpun berkata bahwa dia akan kembali kepada kaum dia.

Maka apabila ia mengambil tombaknya hendak kembali, ia telah kembali sebagai seorang pendakwah. Dan mereka tidak bertangguh. Begitu menerima Islam, saat itu juga timbul pikir dan membuat tindakan macam mana memasukkan semua orang ke dalam Islam. Allahu Akbar!

Kita ini tidak paham. Kita anggap dakwah ini kerja orang alim saja. Padahal kerja dakwah ini adalah untuk semua umat Muhammad SAW. Untuk orang alim sahaja yaitu beri fatwa. Beri fatwa ini hanya boleh dilakukan orang alim. Tapi dakwah adalah semua orang.

Tapi hari ini kita tersilap, yang untuk orang ‘alim kita orang awam mau buat. Beri fatwa semua mau buat. Yang ini haram, yang ini halal, yang ini boleh, ini tak boleh, hari ini semua keluarkan fatwa. Yang ber dakwah dianggap itu kerja orang alim. Kalau ditanya, ber dakwah? Dijawab,”Saya bukan orang ‘alim.”

Jadi tuan-tuan yang mulia, dalam ayat Alquran, siapa yang tidak membuat usaha dakwah, dan tidak menyuruh manusia kepada Allah, maka dia bukanlah pengikut Nabi SAW. Begitu keras sekali. Jadi begitu Saad balik, dia langsung menyeru kaumnya kepada agama Allah SWT.

Ada 3 perkara yang kita mesti lihat yaitu Qur’an, hadits, dan kehidupan para sahabat RA. Ini adalah asas atau dasar tersebarnya hidayah yang kita dapat pelajaran dari 3 perkara ini. Saad begitu balik langsung memanggil kaumnya. Kemudian tanya kaumnya,”Bagaimana aku ini diantara kamu?

Lalu mereka jawab, engkau adalah penghulu kami, pemimpin kami, dan orang yang mulia diantara kami.

Maka kata Saad,”Kalau begitu, semua lelaki kamu, semua perempuan kamu, haram bercakap dengan aku kecuali kalian masuk Islam.” Maka setelah itu tiada satupun lelaki atau perempuan yang tidak masuk Islam.

Semua masuk Islam. Allahu Akbar! Jadi Mush’ab bin Umair, As’ad Bin Zararah, Ushaid bin Hudlair, Saad bin Muadz semuanya RA, kemudian mereka berkumpul di satu rumah (karena tak ada masjid lagi),

dan kemudian bermesyuarat, mengadakan halqah taklim, belajar dan mengajar, belajar membaca Alqur’an, dan juga mereka bentuk jamaah yang dihantar ke kampung-kampung yang berdekatan dengan Madinah.

Maka mereka dakwah sehingga kampung-kampung tersebut telah masuk Islam. Jadi Mus’ab bin Umair dalam masa setahun telah berdakwah, dan akhirnya semua bukan saja Madinah, kampung-kampung disekelilingnya telah masuk Islam, kecuali sedikit yang belum Islam.

Maka bumi Madinah telah sedia menerima rahmat Allah dengan penghijrahan Rasulullah SAW. Dan setelah itu Allah wajibkan semua orang Islam di Mekah untuk pindah ke Medinah.

Maka hijrahnya puak-puak muhajirin daripada Mekah membawa agama bersama Nabi SAW, dan orang ansar yang membantu Nabi SAW. Dua puak ini, anshar dan muhajirin, mereka telah bergabung bawa pikir agama, maka agama telah tersebar ke seluruh alam.

Mush’ab bin Umair telah meninggalkan kampung halamannya di Mekah satu tahun untuk buat usaha dakwah.

Maka barangsiapa keluar satu tahun dakwah di jalan Allah, maka dia telah meniru Mush’ab bin umair. Maka tuan-tuan, dengan pengorbanan, susah payah, usaha untuk mencari yang betul, maka terbentuklah dua golongan muhajirin dan anshar, yang kemudian sama-sama pikir agama, maka tersebarlah agama ke seluruh alam.

Maka siapa tuan-tuan yang bersedia mengikuti mereka? InsyaAllah. Qum, Bismillah…….. Tuan-tuan, kita tidak mampu buat seperti apa yang mereka buat. Hanya kita hendak meniru-niru macam apa yang mereka buat.

Kita ini kecil, mereka adalah orang-orang yang buat pengorbanan besar-besar. Hanya kerana kita meniru mereka maka semoga Allah SWT mengumpulkan kita bersama-sama mereka kelak. Nabi SAW bersada,” Jika kamu diminta keluar di jalan Allah SWT, terus kita bangun menyediakan diri.” Seorang sahabat tanya,” Bagaimana, seseorang suka kepada suatu kaum, tapi dia tak mampu mengejar mereka?” Maka Nabi SAW bersada,” Seseorang akan bersama sesiapa yang dia sayangi.” Maka jika kita tiru-tiru para sahabat, kita suka kepada mereka, maka Allah SWT akan membangkitkan kita di akherat bersama-sama dengan mereka. InsyaAllah

Hikmah ''Bayan Jamaah Qatar ( Imam Di Raja Qatar ) ''

Bayan Jamaah Qatar ( Imam Di Raja Qatar ) Terjemahan Maulana Abdul Hamid (Imam Masjid Jamek Sri Petaling)

Alhamdulillahirabbil’alamin ………..

Allah SWT berfirman bahawasanya tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan malaikat-malaikatpun menyaksikan. Dan orang-orang berilmupun menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya Allah maha perkasa dan maha bijaksana.”

Dan Nabi SAW bersabda,” Iri hati (hasad) tidak dibenarkan kecuali kepada dua jenis manusia, harus ada sifat berlomba-lomba, pertama seorang lelaki yang Allah kurniakan dia harta benda dan dia telah membelanjakan hartanya untuk kebenaran.

Dan seorang lelaki yang Allah beri padanya Al-hikmah dan dia membuat keputusan atau menjatuhkan hukum berdasarkan hikmah, ilmu yang Allah SWT telah berikan kepadanya dan dia mengajarkannya.”

Pembicaraan ini akan dikhususkan pada perkataan Al-Hikmah.

Pertama, ingin diketahui terlebih dahulu apa pengertian Hikmah dalam bahasa Melayu.

Sehingga kita dapat mengetahui keshohehan arti tersebut, kemudian membandingkannya dengan Al-hikmah itu sendiri.

Jadi kalau ada yang mempunyai pendapat tentang hikmah tolong angkat tangan, InsyaAllah.

Sekarang kita berlatih, kita belajar. Jadi jika kita ada berbincang tentang ayat-ayat Allah maka Allah SWT seperti mana hadits Nabi SAW terangkan, bahwa tidaklah berkumpul orang-orang di salah satu rumah-rumah Allah (masjid), membaca AL-Qur’an dan membacanya kepada satu dengan yang lain melainkan diturunkan sakinah keatas mereka. Rahmat meliputi mereka, para-para malaikat mengelilingi mereka, dan Allah SWT menyebut-nyebut mereka di perkumpulan malaikat-malaikat.”

Terjemahan hikmah ini sebenarnya dia tidak mempunyai terjemahan. Di dalam perkataan bahasa Arab Hikmah ini tidak mempunyai padanan kata yang lain.

Apabila dia tidak ada padanan kata dalam bahasa Arab, maka di dalam bahasa lain di dunia juga tidak ada.

Dan ada juga kalimah-kalimah lain di dalam bahasa Arab yang dia tidak mempunyai kata lain dan tidak juga boleh diterjemahkan dalam bahasa-bahasa lain, seperti Al-barakah, dia tidak boleh diterjemahkan, dan dia tidak ada pengertian dalam bahasa Arab.

Sekarang kita hanya akan membincangkan tentang kalimat Al-Hikmah.

Ilmu tanpa hikmah seperti jasad tanpa roh. Dan juga dakwah tanpa hikmah memberikan hasil yang buruk.

Karena Allah SWT juga mensyaratkan dalam dakwah mesti ada hikmah. Firman Allah SWT,”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasehat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk .”(an-Nahl 125).

Jadi sesiapa yang coba menterjemahkan hikmah maka dia salah. Jadi kita katakan hikmah itu hikmah, kemudian kita terangkan maknanya berdasarkan apa telah dibacakan. Jadi bagaimana kita akan dapatkan hikmah ini?

Seperti mana firman Allah SWT,”

Allah SWT menganugerahkan AL-hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, Barangsiapa yang diberi hikmah sesungguhnya dia benar-benar telah dianugerahi karunia (kebaikan) yang banyak. Dan hanya orang-orang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah) (Al-Baqarah 269).

Jadi tuan-tuan yang mulia, apa pendapat kita, apakah kita ingin Allah SWT mengurniakan hikmah kepada kita tanpa kita memperoleh sebab-sebab yang boleh mendapat hikmah daripada Allah?

Atau kita berusaha akan asbab-asbab yang dengannya Allah SWT memberikan hikmah kepada kita.

Sebagaimana turunnya hidayah ada asbab-asbabnya, begitu juga pemberian hikmah ada asbab-asbabnya.

Sebagaimana Allah SWT berfirman,”Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Begitu juga Allah SWT berfirman,”Engkau tidak boleh memberi hidayah kepada siapapun yang engkau kehendaki, kepada sesiapa yang engkau suka, tetapi Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”

Kita tidak berhak mengatakan orang itu ada hikmah atau tidak, orang alim itu ada hikmah ataupun tidak, bahkan apa kita punya tanggungjawab atau kerja kita, Allah beri hikmah ataupun tidak.

Hikmah ini Allah SWT berikan dalam AlQur’an seperti pada ayat-ayat yang telah dibacakan diatas. Pertama, yang mula-mula di surah AL-Baqarah, dan surah al-Jumuah.

Dalam doa nabi Ibrahim AS. Firman Allah SWT mengenai doa Nabi Ibrahim AS (Al-Baqarah 129):

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab, dan AL-hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Maka di dalam do’a Ibrahim, Allah SWT nukilkan bagaimana Ibrahim AS berdoa. Tetapi di dalam penerimaan ALLah SWT akan do’a Ibrahim AS, Allah SWT rubah tertib-tertib perkara yang diminta Ibrahim AS.

Tuan-tuan perhatikan betul-betul tertib doa Ibrahim AS dan tertib yang Allah rubah dari do’a Ibrahim AS. Dari ayat-ayat yang dibacakan tadi bahwa daripada satu ayat doa Ibrahim AS yaitu satu tertib iaitu membacakan ayat-ayat Engkau, mengajarkan mereka al-Kitab dan al-hikmah, serta mensucikan mereka.

Maka kemudian apabila Allah SWT menerima do’a Ibrahim AS, ada tertib yang dikalihkan, iaitu mengajarkan ayat-ayat Allah, mesucikan, kemudian barulah mengajarkan al-Kitab dan AL-hikmah.

Maka daripada ayat ini kita nampak bahwa Allah SWT tukarkan tertib doa yang dimohonkan oleh Nabi Ibrahim AS. Sekarang kita akan lihat apa yang terkandung dalam do’a Ibrahim AS. Sehingga orang-orang Arab yang bukan Islam, mereka mencoba mencari apa makna hikmah, mereka juga telah mencapai suatu rumusan daripada perkataan-perkataan yang akan saya bacakan ini.

Begitu juga orang-orang kafir, yang menzahirkan keislaman dan menyembunyikan kebohongan mereka karena mereka ingin mengetahui, mencari, menyelidiki makna hikmah, mereka pun mendapatkan makna seperti ini.

Jadi hikmah ini tidak diterjemahkan dengan satu lafadz saja. Yaitu keadilan (adl), sabar yang tinggi (hilm), perkataan yang bertepatan dengan yang haq (yang benar), sesuai yang betul dan tepat dengan kebenaran. Yang termasuk yang kelima adalah falsafah.

Yang mana ianya untuk orang Islam dan sebaliknya. Bagi setiap orang yang belajar Ini bukannya bermakna kelima-lima ini menterjemahkan hikmah, tapi ini memberi suatu makna apa yang dikehendaki dari hikmah ini di dalam bahasa Arab.

Maka kita akan lihat kita akan berhenti di atas lima makna hikmah.

Yang pertama adalah Ad-adl

Makna adl atau keadilan dalam agama adalah insaf, yaitu menghukum diantara manusia dengan kebenaran, dan memberi kepada orang yang berhak akan haknya, Adil ialah menempatkan orang yang tidak berdosa, dan menghukum orang yang berdosa melalui perkara.

Dalam kitab dan sunnah, adl juga memberi makna mengesakan Allah. Karena berlawanan dengan kata adli adalah zholim. Sesungguhnya syirik itu kezholiman yang sangat besar. Sesungguhnya Allah menyeru dengan adl dan ihsan.

Disini kita lihat perkataan adl dan tauhid, yaitu perkataan Laa ilahaa ilallah. Dan Allah berlaku baik terhadap mahluqNya. Dan bantu-membantu atas kebajikan dan ketaqwaan.

Ditanya Nabi SAW tentang kebajikan. Nabi SAW menjawab itu adalah ahlaq yang mulia. Jadi disini kebajikan adalah hubungan kita dengan mahluq-mahluq Allah.

Dan taqwa adalah hubungan dengan Allah SWT. Ketaatan kepada Allah maknanya Dia ditaati tidak dimaksiati. Dan bahwa Dia diingat tidak dilupai. Bahwa Dia disyukuri dan tidak dikufuri.

Ditanya kepada Rasulullah SAW,”Amalan apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga?” Nabi SAW menjawab,”Takwa dan akhlaq yang mulia.”

Takwa adalah diantara kita dengan Allah SWT, dan akhlak yang mulia adalah antara kita dengan mahluk.

Sabda Nabi SAW,”Bertakwalah kamu kepada Allah SWT dimana saja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan niscaya dia akan menghapuskannya.

Dan bergaullah dengan manusia dengan ahlak yang mulia.”

Maka makna hikmah yang pertama adalah ad-adl. Jadi orang yang tidak berlaku adil terhadap dia dan manusia, dan dia dengan Allah SWT, maka dia tidak akan diberi hikmah oleh Allah SWT walaupun sebanyak mana dia telah diberi ilmu.

Yang kedua adalah Hilm (sabar yang tinggi) Firman Allah SWT,”Berpalinglah kamu dari orang-orang yang jahil. Berpaling dari orang-orang yang jahil itu adalah hilmun (hilm). Dan kita tidak membela diri kita ketika orang-orang jahil mengatakan kita, menyakitkan hati kita, itu juga dikira sebagai hilm.

Jadi hilm ini adalah hubungan kita dengan manusia. Jadi ad-adl adalah hubungan kita dengan Allah juga hubungan kita dengan manusia. Sedangkan al-hilm adalah hubungan kita dengan manusia.

Ketiga adalah perkataan yang bertepatan dengan al-haq (kebenaran) Al-haq adalah salah satu dari nama-nama Allah.

Al-Haq adalah benda yang dibawa oleh Nabi SAW. Zikir kepada Allah adalah haq. Dan tauhid adalah haq. Dan ikut nabi adalah haq, dan agama adalah haq dan jannah haq, dan neraka haq. Kalau kita bercakap hal-hal ini barulah percakapan kita itu adalah haq.

Dan bercakap di luar perkara ini adalah termasuk di dalam kebathilan. Dan orang yang meletakkan dirinya, menyelamkan dirinya ke dalam kebathilan maka dia akan terhindar daripada hikmah.

Firman Allah SWT,” … Dan Allah menyempurnakan nurNya walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.”

Bagaimana Allah SWT menyempurnakan nur agamaNya kalau Allah SWT inginkan bahwa Allah SWT boleh menghidupkan atau menzahirkan nur agamaNya dengan kurdratNya.

Tapi Allah inginkan cara sunatullah. Cara sunatullah untuk menyempurnakan nur agamaNya. Dan diantara sunatullah yang Allah SWT jalankan untuk peraturan ini adalah menurunkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul untuk menyeru manusia kepada kebenaran. Mendakwah kepada agama yang haq. Din atau agama adalah satu kalimat yang tidak dijamak, dia single tidak ada pluralnya.

Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam. Tidak ada apa-apa yang ketiga. Tidak lima dan tidak empat. Sesungguhnya agama hanya satu. Dialah yang menurunkan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang Haq.

Dan Allah SWT berfirman,”Ikuti dan taatlah dia supaya Allah SWT memenangkan atas agama di atas semua agama walaupun orang kafir membencinya.” Maka jika seseorang bercakap mengenai firman Allah SWT, maka kata Nabi SAW, percakapannya adalah haq. Dan orang yang bercakap tentang haq, tentang kebenaran, maka Allah SWT akan membenarkannya.

Dan Allah akan menuliskan namanya bersama orang-orang shadiqiin. Dan Allah memerintahkan kita untuk bersama-sama orang shadiqiin.

Firman Allah SWT,”Dan bersertalah kamu bersama orang-orang shadiqiin.” Orang shadiquun adalah orang yang percakapannya betul. Dan menyeru kepada haq.

Tapi haq ini, sesetengah manusia melihatnya sebagai kebathilan. Karena buta, bukan buta mata tapi buta mata hati, dimana firman Allah SWT,”Maka sesungguhnya bukan buta mata, tapi buta mata hati yang ada di dalam dada daripada kesesatan.”

Seseorang melihat yang haq sebagai yang bathil, dan bathil sebagai haq. Masalahnya di hati. Karena hati ini berbolak balik. Apabila hatinya terbalik, maka ia akan melihat haq sebagai bathil dan bathil sebagai haq.

Dia mampu bersumpah dengan nama Allah bahwa yang haq itu bathil dan yang bathil itu haq. Karena dia melihat dengan mata hatinya yang telah terbalik bahwa haq itu bathil dan bathil itu haq.

Karena haq itu adalah rezeki dari Allah. Begitu juga untuk membedakan haq dan bathil adalah rezeki dari Allah. Ada juga orang yang mengetahui haq itu haq tapi dia telah terhindar dari mengikutinya.

Walaupun ada juga yang melihat bathil itu bathil tapi dia telah terhindar dari menjauhinya.

Maka untuk mengikuti haq itu adalah petunjuk atau rezeki dari Allah. Begitu juga untuk menjauhi bathil itu adalah rezeki dari Allah untuk menjauhinya.

Jadi kita berhajat kepada Allah SWT, kita berusaha, kita belajar, kita beramal, dan menyeru kepada Allah SWT. Nabi SAW mengajarkan bagaimana untuk meminta dari Allah SWT,” Ya Allah tunjukilah kami haq itu haq, dan berilah rezeki kepada kami untuk mengikutnya, dan tunjukilah kami bathil sebagai bathil, dan berilah rezeki kepada kami untuk menjauhinya.”

Kita mesti yakin bahwa perkataan itu benar-benar perkataan Allah SWT. “Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah SWT.” Kita meyakini 100% kepada Nabi SAW, seperti firman Allah SWT,”Tidaklah Baginda bercakap daripada hawanafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.”

Orang-orang munafiq di jaman kita ini mensyaki, menyangsikan kebenaran Nabi SAW.

Demi Allah, sesungguhnya mereka telah kufur walaupun mereka mendakwa diri mereka orang-orang Islam. Mereka jauh dari petunjuk. Mereka didalam kesesatan dalam petunjuk.

Mereka adalah khalifah-khalifah syaithan. Mereka adalah orang-orang sesat. Yang mana lawan daripada petunjuk adalah sesat. Dia adalah khalifah syaithan. Yang mana dia adalah khalifah yang menggantikan syaithan di muka bumi ini.

Maka siapa yang ada dalam keadaan itu pada masa sekarang ini maka ia adalah khalifah syaithan. Siapa yang ikut seruan dia maka dia telah ikut seruan syaithan.

Orang-orang munafik di jaman Nabi SAW mereka menafikan perkataan Nabi SAW.

Orang-orang yang mula-mula menulis hadits iaitu Abdullah bin Amr bin Ash. Dia menulis semua yang disebut Nabi SAW.

Datang seorang munafik untuk menyangsikan dia tentang apa yang dia tulis daripada Nabi SAW. (Kata Imam,”Saya menyebut nama Nabi SAW tapi tidak ada yang bersalawat untuknya. Sabda Nabi SAW,”Orang yang kedekut adalah orang yang apabila namaku disebut dia tidak bersalawat kepadaku).

Kemudian munafik itu datang datang menyangsikan apa yang ditulis Abdullah bin Amr bin Ash. Apa yang kamu tulis ini semua tentang Nabi SAW? Kadang-kadang dia marah.

Kamu tulis juga apa yang dia katakan saat dia marah.” Maka firman Allah SWT kepada Nabi SAW ketika itu.

Maka Abdullah bin Amr bin ash telah pergi ke Baginda SAW dan mengadukan apa yang diperkatakan kepadanya.

Baginda SAW bersabda,” Ya Abdullah, tulis! Maka tidak keluar dari dua bibir ini kecuali haq.”

Maka kita mesti berusaha sampai kepada martabat tertinggi yaitu haq. Maka kita mesti berusaha untuk membenarkan apa yang dikatakan oleh Allah Dan syaitan menjanjikan kamu dengan kebakhilan.

Maka dikatakannya keluar di jalan Allah SWT, mengeluarkan di jalan Allah SWT kamu akan jadi miskin. Sabda Nabi SAW, Allah berfirman dalam hadits qudsi,”Wahai hamba, berlakulah untuk taat beribadah kepadaKu, dan berjuang di jalanKu, maka Aku akan penuhi dada kamu dengan kekayaan.

Kaya yang sebenarnya adalah kaya hati. Kamu tidak berhajat pada orang-orang lain. Kaya hati kamu. Dan Aku tutup segala kemiskinan kamu. Kamu tidak perlu menadah hajat kepada orang lain. Dan kamu telah melapangkan masa untuk agama Allah SWT.

Dan Aku akan penuh di tangan-tangannya dengan kesibukan tetapi tidak akan menutup kebakhilannya Maka kalau kita lihat orang yang banyak buat haji, banyak keluar di jalan Allah, kelihatannya hartanya akan kurang, tapi demi Allah sesungguhnya hartanya bertambah.

Dan orang yang mana menyibukkan dirinya dengan dunia dan membelanjakan hartanya di dunia maka Allah SWT menambah kebakhilannya.Dan Allah jadikan dia terhina.

Dan orang yang mana memberi masa untuk agama maka Allah SWT walaupun Allah beri dunia untuk dia tapi beri dengan mulia dan Allah akan kayakan sebelum dia di akherat nanti.

Keempat, betul urusan dan juga tepat. Yang betul ialah semua yang dibawa Nabi SAW. Untuk mendapat yang betul dan tepat , maka kita mesti bertaqwa kepada Allah SWT. Apabila kita perkatakan sesuatu yang betul untuk Allah SWT dan RasulNya maka Allah SWT akan beri taqwa kepada kita.

Dan apabila amalan kita jadi betul, jadi baik, maka Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.

Firman Allah SWT,”Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, dan katakanlah perkataan yang lurus, niscaya Allah akan memperbaiki amalan kamu dan menghapus dosa kamu. Barangsiapa yang mentaati Allah SWT sesungguhnya dia berjaya atas kejayaan yang besar.”

Kelima, falsafah. Ada bermakna kalau orang menjadi ahli falsafah menjadi ahli iklas, ikram. Jadi hikmah, belajar dari falsafah ini, mengapa Allah jadikan langit, mengapa Allah jadikan bumi, mengapa Allah jadikan saya?

Tapi ada orang yang menggunakan falsafah untuk menggunakan kebebasan berfikir atas haq, atas ayat-ayat Allah dan hadits-hadits.

Maka dia tersesat dengan akal dia sendiri.

Firman Allah SWT,”Apabila mereka telah sesat, Allah SWT sesatkan hati mereka, dan Allah tidak memberi hidayat kepada orang yang zalim.”

Tadi kita telah bincangkan hikmah dari segi lughat. Hikmah disebut 20 kali dalam 19 ayat. 1 ayat disebut 2 kali. Maka apabila kita ambil hikmah atas Nabi SAW, tetapi kepada ummat. Nabi Musa AS, Daud AS, Isa AS, maka dia atas makna nubuwah, kenabian.

Tapi apabila hikmah ini dikehendaki untuk Nabi SAW, bukan ditujukan khas kepada Baginda, tetapi kepada umat. Lantaran itu Allah SWT menyuruh Baginda SAW untuk mengajarkan umatnya akan hikmah. Jadi Allah menyuruh Nabi SAW untuk mengajarkan umat Alkitab dan hikmah.

Juga Allah perintahkan mengajarkan ayat-ayat dan hikmah. Allah memerintahkan mengajarkan dua sekali kepada umat ini. Maka hikmah disini maknanya as-sunnah.

Karena sebelum al hikmah, disebut Al-kitab. Al-kitab disini adalah Al-Qur’an. Sehingga al-hikmah berarti as-sunnah. Maka setengah ulama yang menafsirkan, menerangkan, hikmah segi istilah ialah tafakkur fid-din.

Ada diantara mereka yang mengatakan ilmu halal dan haram. Mereka kata banyak perkataan-perkataan lain dan takrif-takrif lain.

Dan kata Imam Malik RAH, semua yang mereka kata itu, ada sesuatu yang lebih daripada Allah SWT.

Apakah sesuatu yang lebih diberi Allah SWT? Sesuatu yang rahasia didalamnya, itu adalah satu tambahan dari Allah SWT. Kalau dikatakan apakah manusia itu? Kita katakan manusia ini tergabung dari jasad, dan jasad itu dia terdiri daripada kepala, dan kita katakan juga kepala ini terdiri dari otak, mata, telinga, dua bibir, lidah, hidung, dan badan juga ia tergabung diantara tangan, tangan juga terdiri dari lima jari, dan di kaki juga ada tapak kaki, betis, jari,

Dan ini adalah manusia, dan ada sesuatu yang lebih daripada Allah SWT, Maka tanpa sesuatu yang lebih ini yang diberi oleh Allah SWT ini, maka mata, lidah, tangan, kaki, usus, jantung, limpa, semuanya tidak akan memberi faedah atau manfaat.

Sesuatu yang tidak dilihat. Firman Allah SWT,”Dan mereka bertanya kepadamu, wahai Muhammad SAW tentang roh. Katakanlah sesungguhnya roh itu urusan Tuhan-mu. Dan tidak diberi kepada kamu daripada ilmu kecuali sedikit” Ruh itu urusan Allah.

Dengannya bergeraklah anggota, dan dengan perintah, dengan urusan Allah mata boleh melihat, dengan perintah, dengan urusan Allah kita mendengar, dengan urusan Allah kita bercakap, dengan urusan Allah SWT kita berfikir, dan dengan perintah Allah kita memegang, dan dengan perintah Allah kita berjalan. Maka ilmu yang tidak ada hikmah seperti jasad yang tidak ada roh.

Kita belajar, kita harus berdoa kepada Allah agar diberi hikmah. Yang mana kita nak tengok beberapa asbab hikmah, disamping kita belajar agama, kita memahami agama, kita berusaha ke arahnya bagaimana kita dapat. Firman Allah SWT,”Barangsiapa yang diberi hikmah sesungguhnya dia diberi karunia yang besar. Dan tidaklah mengambil pejaran kecuali ‘ulul albab.”

Kita gariskan kata ulul albab. Diantara takrif-tafrif atau definisi-definisi ulul albab dalam AL-Qur’an. Sebaliknya orang yang bukan ulul albab, walaupun dia punya banyak ilmu tapi dia terhindar daripada hikmah.

Maka sebelum kita pergi kepada hikmah ini, kita lihat firman Allah SWT,”Tidaklah kamu diberi dari ilmu ini kecuali sedikit.”

Abdullah Bin Abbas RA dan orang yang sepertinya, mereka banyak ilmu, tapi mereka kata itupun yang sedikit itu kamipun tak dapat.

Ilmu itu tiga tingkat. Ada orang yang masuk tingkat pertama itu yang masuk neraka. Dan dia belajar tingkat yang pertama, peringkat yang pertama ada ilmu sedikit. Dia rasa dia terlalu’alim dan menyebabkan dia merasa orang lain kecil. Dan jika orang lain memujinya dia merasa dirinya terlalu besar dan orang lain kerdil didepannya. Apabila kita bertanya kepadanya kebenaran, dia akan menolak. Dan inilah besar diri, sombong. Dan orang lain takut bercakap dengannya.

Rasulullah SAW bersabda,” Orang mukmin ialah dia bermesra dan dimesrai. Tidak ada kebajikan orang tidak bermesra dan orang dimana orang lain tidak boleh bermesra dengan dia.

Orang mukmin ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang masuk di peringkat pertama dia sombong seperti pohon yang tidak berbuah dia naik nampak tinggi sekali. Tidak ada manfaat padanya. Tidak ada naungan untuk kita bernaung di bawahnya.

Doa Rasulullah SAW,” Aku berlindung dengan Mu ya Allah dari melihat diriku besar disisiku sendiri dan bagi manusia.” Dan orang yang di peringkat pertama, jika dia berterusan di atas keadaannya itu, dia mati dalam keadaan rugi.

Orang yang masuk peringkat kedua akan merendah diri. Seperti pokok yang penuh buah-buahan, dia akan melentur, orang akan bernaung di bawahnya. Kadang-kadang dia akan lemparkan buah-buahnya. Dengan murah hati, Itulah para anbiya dan orang-orang saleh.

Bila mereka berjumpa dengan kaum-kaumnya menyeru kepada Allah kaumnya memukulnya. Mereka akan berdoa,”Ya Allah berilah hidayah kepada umatku, mereka tak tahu. Ya Allah berilah hidayah kepada umat-umatku mereka tak tahu.”

Dan orang yang masuk peringkat yang ketiga, ialah dia yang tahu dirinya tidak tahu apa-apa. InsyaAllah Allah kabulkan kita di tempat yang ketiga.

Maka tiap-tiap orang mesti tanya diri dia, aku pada peringkat yang mana. Jangan pula kita lihat orang lain, ustadz ini, ustadz itu, si fulan ini, si fulan itu, tidak! Saya.

Diri kita sendiri. Aku ini di tingkat mana? Dan orang tidak mendapat pelajaran dari hikmah ini kecuali orang yang berakal. Daripada firman Allah SWT, Sesungguhnya di dalam kejadian langit dan bumi dan perubahan siang dan malam ialah tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang berakal.

Yaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, keadaan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata ya Tuhan Kami tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

Jadi orang yang tidak berzikir kepada Allah dan duduk di dalam kezaliman maka dia akan terhindar dari hikmah. Dan orang yang tidak berzikir kepada Allah kecuali sedikit maka itulah sifat orang-orang munafik. Kita penuhkan masa kita berdiri dan berbaring untuk berzikir kepada Allah SWT.

Sesuatu yang kita banyak mengingatinya dia akan memberi kesan terhadap pikiran kita. Kalau seorang dimana dia berzikir mulut saja maka kalau ia pikir uang, maka saat sembahyang dia akan pikir uang.

Waktu hendak matipun dia akan pikir harta dia. Dan satu mahfum hadits Rasulullah SAW bahwa akan mati seseorang atas atas apa yang dia hidup dan akan dibangkitkan atas apa yang dia mati.

Orang ‘alim harus dia menyeru manusia kepada Allah SWT. Atas inilah nabi-nabi dulu lakukan.

Semua menyeru umatnya kepada Allah SWT. Mereka kata kepada Allah upah mereka. Aku tidak meminta kepada kamu akan upah. Yang mengupahku adalah Allah SWT.

Sesungguhnya ganjaran pahalaku atas apa yang aku buat bagi Allah seru sekalian alam. Allah SWT perintahkan nabi supaya katakanlah wahai Muhammad SAW, aku tidak meminta kepada kamu upah, sesungguhnya upah aku atas Allah SWT.”

Maka kehinaanlah kepada orang yang membawa Al-Qur’an, bahwa dia berhajat kepada apa yang ada disisi manusia.

Maka dia mesti menghadapkan perhatian manusia kepada Allah SWT. Bagaimana Nabi SAW mentawajuhkan pandangan manusia kepada Allah SWT dengan menasehati mereka,”Hendaklah kamu memohon, meminta-minta daripada Allah SWT, meminta tolong dari Allah SWT.

Jalan hikmah, pertama, kita berzikir kepada Allah SWT dalam setiap keadaan, bangun, duduk, jalan, baring, tidur. Maka apabila kita rasa susah kita letak diri kita pada suasana senantiasa membaca ayat-ayat Allah, mendengarkan ayat-ayat Allah, fikir tentang kebesaran-kebesaran Allah, maka fikir akan mengesani akan zikir.

Jadi orang-orang yang selalu memikiri tentang kebesaran Allah SWT, mereka berzikir kepada Allah dalam keadaan duduk, baring, dan memikirkan mengenai kebesaran-kebesaran Allah. Apa yang kita baca zikir, mengingatiNya, maka kebesaranNya akan masuk ke dalam hati kita.

Dan akan datang ketakutan terhadapNya di dalam hati. Dan kepala hikmah itu adalah takut kepada Allah SWT. Dan dengan takut kepada Allah, kemudian kita berzikir kepada Allah SWT, dan kita berfikir tentang gejala langit dan bumi, apakah natijahnya,

Maka seseorang seolah dia bangun daripada tidur maka dalam keadaan yang terperanjat bergamak,”Wahai Tuhan kami, tidaklah kamu jadikan segala-galanya bathil, Maha suci Engkau, dan datang takut kepada Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Maka untuk menjadikan seorang itu ulul albab, perlu kepada dakwah. Maka dakwah ada dua.

Pertama, menyeru orang kafir terhadap Islam,

Yang kedua menyeru orang Islam kepada Iman

ya tuhan kami sesungguhnya kami telah mendengar penyeru-penyeru menyeru untuk beriman. Maka kamipun beriman. Siapa yang menyeru?

Itulah dakwah.

Kita banyak tanggungjawab. Dan kita akan berdiri di hadapan Allah dan Allah akan tanya kita.

“Kemudian sesungguhnya kamu akan di tanya hari itu , hari kiamat mengenai nimat-nikmat”

Sabda Rasulullah SAW,” Sesungguhnya Allah SWT mengangkat beberapa kaum dengan kitab ini yaitu Al-Qur’an, dan menghina mereka dengan yang mula beberapa kaum yang lain.

Maka Di hari kelak akan ada manusia-manusia yang mereka dipimpin oleh Al-Qur’an, Al-Qur’an di depan dan mereka di belakang, dan ada pula mereka yang digiring oleh Al-Qur’an membawa mereka ke arah jahanam.

Firman Allah SWT,” Dan tidaklah Kami utuskan engkau muhammad SAW kecuali untuk sekalian manusia sebagai pemberi khabar gembira dan sebagai amaran, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Maka agama hanya satu di sisi Allah SWT dan tidak diterima selain agama islam. Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, ia tidak akan diterima oleh Allah SWT. Jadi umat ini terbagi dua, umat dakwah dan umat istijabah (boleh rujuk lebih lanjut di bayan “Tanggung jawab atas dakwah”). InsyaAllah.

Usaha Atas Wanita

Kita bersyukur kepada Allah SWT bahawa usaha untuk menghidupkan agama dan menyebarkannya telah bermula sejak beberapa lama.

Oleh kerana wanita adalah satu juzuk yang penting dalam umat yang dirahmati ini, maka sangat perlu untuk bangun dengan usaha dakwah di kalangan wanita dan membangunkan mereka untuknya.

Memandangkan bahawa usaha wanita sangat penting, kecuali ianya sangat sensitif dan halus maka tak dapat tidak dalam usaha wanita ini mempunyai pengawasan yang sempurna dan mengikuti uslub dan cara yang telah digariskan oleh masaikh-masaikh, tanpanya ia akan menjadi pembawa fitnah dan bahaya.

Oleh itu mestilah berpegang dengan usul-usul yang akan datang.

AMALAN MAQAMI

1. Asal usaha wanita dan yang dituntut daripadanya bahawa diadakan halqah ta’lim diantara wanita-wanita, mahram-mahram, dan anak-anak mereka tiap-tiap hari di rumah, menyelesaikan kerja-kerja rumah sekurangan waktu yang boleh dan waktu lebih yang banyak digunakan untuk zikir, tilawat Qur’an, ibadat dan mendakwah wanita-wanita yang datang menziarahi mereka kepada Allah, rasul, agama, dan akherat. Membiasakan diri mereka dengan zikir ketika membuat kerja-kerja rumah sehingga lidah mereka basah dengan zikrullah.

2. Tidak mengapa dengan halqah ta’lim mingguan yang telah bermula di setengah-setengah rumah di suatu kawasan, tetapi janganlah dimulakan halqah perhimpunan wanita yang baru tanpa mesyuarat dari orang-orang lama dan mesyuarat daripada Raiwind. Di dalam halqah-halqah ini hanya memadai dengan bacaan kitab sahaja dan tidak ada bayan di dalamnya.

3. Begitu juga tidak mengapa dengan halqah ta’lim yang telah mula dalam bentuk mingguan bagi wanita-wanita sesuatu halqah seluruhnya, tetapi janganlah dimulakan tempat baru tanpa mesyuarat daripada Rewind.

4. Hendaklah melazimi (membiasakan) dengan kesederhanaan dalam hidup dan mengelakkan daripada barang-barang kemas dan pakaian yang mewah ketika hadir dalam halqah-halqah ijtima’i, keluar tiga hari, dan 15 hari, di Rewind, atau keluar negeri.

5. Apabila ada keperluan dalam halqah ta’lim atau diakhirnya kepada dakwah maka tidak mengapa salah seorang daripada mereka melakukannya tanpa berdiri.

6. Targhib hendaklah dibuat untuk keluar tiga hari.

JEMAAH TIGA HARI

1. Tiada amir dari wanita, amir dari lelaki. Apabila hendak disampaikan sesuatu khabar kepada wanita, mestilah melalui seorang wanita dari mahramnya. Tidak ada seorang wanita yang khas dalam urusan ini.

2. Tertib waktu hendaklah dengan mesyuarat lelaki yang kemudian akan disampaikan kepada wanita-wanita dalam bentuk tertulis. Tidak mengapa kadang-kadang suami membentangkan syor isterinya dalam mesyuarat lelaki, tetapi bukan tiap-tiap hari. Tidak ada apa-apa amalan tanpa mesyuarat lelaki.

3. Jangan bawa anak-anak, kerana mereka akan menyibukkannya dan tidak akan membiarkan ibu-ibu sibuk dengan amal-amal, serta kehadiran hati dan tawajjuh, bahkan ibu-ibu sibuk dengan anak-anak mereka dan menghabiskan waktu bersama-sama mereka.

4. Tidak perlu bayan dalam halqah ta’lim sebelum johor sekiranya bilangan mereka sedikit. Tetapi sekiranya bilangan mereka banyak daripada orang tempatan, bolehlah dibuat bayan, begitu juga ta’lim petang.

5. Hendaklah kita ambil berat tentang tajwid bagi wanita-wanita dengan bahawa bersama mereka ada setengah-setengah wanita yang pandai bacaan AL-Qur’an dengan tajwid. Halqah tajwid dalam sepuluh surah sahaja

6. Kadang-kadang diadakan muzakarah atau targhib supaya mengambil berat dengan amal-amal sebelum halqah ta’lim pagi. Wanita tidak boleh mengetuai dan tidak boleh bayan berdiri.

7. Memasak makanan ialah tanggungjawab wanita (Hanya untuk Pakistan).

8. Mahram hendaklah baligh dan ada pengalaman dalam amalan dakwah supaya dia boleh berusaha di kalangan lelaki. Asalnya, mahram yang dikehendaki ialah suami, sekiranya ia uzur, boleh dengan mahram lain

9. Elakkan dari menggunakan barang-barang rumah yang keluar dan tinggal di dalamnya

10. Jangan membeli apa-apa barang semasa keluar

11. Sekiranya perlu untuk lelaki tidur hampir dengan wanita, tidak mengapa bahwa tiga orang lelaki tidur di rumah yang sama dengan syarat bahawa bilik terasing dan mempunyai jalan asing daripada jalan wanita. Sekiranya tidak, maka di rumah yang berhampiran supaya jika berlaku sesuatu diwaktu malam akan memudahkan mereka memberi tahu lelaki. Sekiranya tidak berhajat maka ini tidak perlu.

12. Suami isteri hendaklah berada dalam keadaan seolah-olah ihram

13. Lelaki dan wanita masing-masing hendaklah mengeluarkan jamaah tunai lelaki dan jemaah tunai wanita bersama mahram-mahram mereka.

14. Wanita tidak boleh memberi hadiah atau menerimanya ketika keluar.

15. Jangan jemput wanita-wanita dari kampung yang jauh. Sekiranya dia datang, ia tidak boleh tidur bersama jamaah, bahkan balik bersama mahramnya.

16. Jangan beri targhib untuk baca Yasin dan atau zikir lepas asar secara ijtima’i. Begitu juga tidak perlu baca kisah-kisah para sahabat waktu malam.

17. Jemaah masturat dalam negeri memberi galakan untuk jemaah masturat tunai 3 hari dan menyerahkan nama-nama mereka kepada orang tanggungjawab lelaki supaya mereka berfikir untuk membentuk jemaah yang sesuai yang ada di dalamnya dua wanita yang berpengalaman yang boleh memelihara/menjaga jemaah. Juga mseti disediakan rumah yang munasib (sesuai) untuk jemaah. Mesti juga orang kampung mesyuarat dengan orang-orang lama yang berada di bandar yang berhampiran dengan mereka untuk mengeluarkan jemaah 3 hari. Hendaklah dalam jemaah itu seorang atau dua orang lelaki yang pernah keluar 15 hari.

Diantara usaha jemaah ini juga ialah mentasykil lelaki melalui wanita-wanita mereka. Rumah-rumah yang ada halqah ta’lim harian atau ta’lim mingguan tanpa bayan lelaki, hendaklah diadakan muzakarah 6 sifat, duduk. Tidak semestinya ada muzakarah 6 sifat dalam halqah ta’lim di masjid setiap hari. Sekiranya seorang wanita lama lihat sesuatu ke’aiban, maka janganlah cuba sendiri untuk membaikinya bahkan ia hendaklah lapurkan kepada ahli syura di kawasan tersebut.

Jangan tasykil jemaah yang terdiri dari wanita .untuk usaha maqami di kalangan wanita. Sebaliknya syura-syura mahalah akan fikir semula perkara ini untuk usaha wanita. Tetapi tidak mengapa targhib kepada karkun-karkun.

NUSRAH WANITA YANG DATANG DARI LUAR NEGERI

Lepas Fajar Sekiranya masturat-masturat baru maka lebih baik bahawa belajar 6 sifat berdua-dua. Jika dalam jemaah ada beberapa masturat yang tahu 6 sifat maka lebih afdhal diadalah muzakarah ijtimai bergilir-gilir Lepas Sarapan Diadakan halqah tajwid Al-Qur’an sebelum kedatangan wanita-wanita tempatan

Lepas zohor dan Asar Hendaklah diberi peluang kepada masturat-masturat jemaah untuk berdakwah dan memberi targhib kepada masturat-masturat tempatan secara infradi lepas bayan lelaki.

Bayan lelaki hendaklah diselesaikan 15 menit sebelum azan asar.

Lepas Asar Dakwah infradi kepada mana-mana masturat tempatan. Sekiranya mereka tidak ada, maka berzikirlah dan menghafal hadits-hadits dalam fadilat enam sifat Lepas magrib Muzakarah adab-adab seperti adab dakwah, halqah ta’lim, khuruj fi sabilillah, fadilat-fadilat dakwah, muzakarah fikir alami, kasih sayang satu sama lain, sabar, sedia menanggung kesusahan, doa, baca Al-Qur’an, zikir, ibadat, targhib untukzikir dan ibadat dan kadang-kadang boleh diajarkan kisah-kisah nabi-nabi dan sahabah dalam usaha mereka untuk dakwah dan tabligh

Lepas Isyak Baik jika dibuat ta’lim kisah nabi-nabi dan sahabah dalam tajuk-tajuk enam sifat. Masturat-masturat yang datang nusrah cubalah khidmat kepada masturat-masturat jemaah dalam semua amalan khususnya dalam dakwah infradi.

Dalam khidmat ini mestilah dengan kasih sayang dan targhib, begitu juga mestilah menjauhi dari mengkritik, mentuli, dan marah.

Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Wednesday, February 1, 2012

Siapakah Ahli Sunnah waljmaah?

إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ (إتحاف سادات المتقين، محمد الزبدي، ج. 2، ص. 6)

“Apabila disebut nama Ahlussunnah secara umum, maka maksudnya adalah Asya’irah (para pengikut faham Abul Hasan al-Asy’ari) dan Maturidiyah (para pengikut faham Abu Manshur al-Maturidi” (Ithaf Sadat al-Muttaqin, Muhammad Az-Zabidi, juz 2, hal. 6.).

وأما حكمه على الإطلاق وهو الوجوب فمجمع عليه في جميع الملل وواضعه أبو الحسن الأشعري وإليه تنسب أهل السنة حتى لقبوا بالأشاعرة ( الفواكه الدواني، أحمد النفراوي المالكي، دار الفكر، بيروت، 1415، ج: 1 ص 38):

“Adapun hukumnya (mempelajari ilmu aqidah) secara umum adalah wajib, maka telah disepakati ulama pada semua ajaran. Dan penyusunnya adalah Abul Hasan Al-Asy’ari, kepadanyalah dinisbatkan (nama) Ahlussunnah sehingga dijuluki dengan Asya’irah (pengikut faham Abul Hasan al-Asy’ari)” (Al-Fawakih ad-Duwani, Ahmad an-Nafrawi al-Maliki, Dar el-Fikr, Beirut, 1415, juz 1,hal. 38).

كذلك عند أهل السنة وإمامهم أبي الحسن الأشعري وأبي منصور الماتريدي (الفواكه الدواني ج: 1 ص: 103 )

“Begitu pula menurut Ahlussunnah dan pemimpin mereka Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi” (Al-Fawakih ad-Duwani, juz 1 hal. 103)

وأهل الحق عبارة عن أهل السنة أشاعرة وماتريدية أو المراد بهم من كان على سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فيشمل من كان قبل ظهور الشيخين أعني أبا الحسن الأشعري وأبا منصور الماتريدي (حاشية العدوي، علي الصعيدي العدوي، دار الفكر، بيروت، 1412 ج 1، ص.151 )



“Dan Ahlul-Haqq (orang-orang yang berjalan di atas kebenaran) adalah gambaran tentang Ahlussunnah Asya’irah dan Maturidiyah, atau maksudnya mereka adalah orang-orang yang berada di atas sunnah Rasulullah Saw., maka mencakup orang-orang yang hidup sebelum munculnya dua orang syaikh tersebut, yaitu Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi” (Hasyiyah Al-’Adwi, Ali Ash-Sha’idi Al-’Adwi, Dar El-Fikr, Beirut, 1412, juz 1, hal. 105).

والمراد بالعلماء هم أهل السنة والجماعة وهم أتباع أبي الحسن الأشعري وأبي منصور الماتريدي رضي الله عنهما (حاشية الطحطاوي على مراقي الفلاح، أحمد الطحطاوي الحنفي، مكتبة البابي الحلبي، مصر، 1318، ج. 1، ص4 ).

“Dan yang dimaksud dengan ulama adalah Ahlussunnah Wal-Jama’ah, dan mereka adalah para pengikut Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi radhiyallaahu ‘anhumaa (semoga Allah ridha kepada keduanya)” (Hasyiyah At-Thahthawi ‘ala Maraqi al-Falah, Ahmad At-Thahthawi al-Hanafi, Maktabah al-Babi al-Halabi, Mesir, 1318, juz 1, hal. 4).