Search This Blog

Thursday, March 4, 2010

janggut dan islam

Dalil atau hadis Nabi tentang simpan janggut

Ya ikhwani
Semoga sama-samalah kita beramal dengannya walaupun tampak remeh tapi sangat bermakna . Walau apapun ianya tidak mendatangkan mudarat dan kerugian malah jika bertujuan ikhlas , membolehkan
pahala.

Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"

Hadis #4
Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan keatas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenai
pencukuran janggut dan memanjangkan misai"

Hadis #5
Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi
melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

Hadis #6
Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, " Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami," ( dari Termizi)

Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut…. sekarang mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar…

Imam Ahmad bin Hambal rah di dalam kitabnya "Kitabuz Zuhud" meriwayatkan
daripada Aqil ibni Mudrik bahawa Allah telah mewahyukan kepada salah seorang daripada Nabinya daripada kalangan ambya bani israel; bahawa beliau hendaklah memberitahu kaumnya jangan memakan makanan
musuh-musuhku, dan mereka jangan menyerupai wajah-wajah mereka seumpama
musuh-musuhku; jikalau mereka lakukan ini mereka juga akan menjadi musuh-musuhku"

Di dalam kitab Mali Hal, Imam Abu Daud menyatakan,"Inilah sebabnya mencukur janggut adalah haram menurut semua Imam; Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lain-lainnya"

Di dalam kitab Durri Mansur, " Tidak ada sesiapa pun yang pernah membenarkannya, beliau telah bersetuju bahawa terdapat kata sepakat di dalam pelarangan mencukur janggut"

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.

Daripada mazhab Maliki dalam kitab "Kitabul Ib ‘Daa", " Tanpa ragu-ragu
lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram"

Di dalam kitab Mazhab Hambali " Sharhul Muntahaa" dan " Sharhul Manzumatul Aadab" dinyatakan bahawa " Pendapat yang paling diterima bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut"

Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim)

Imam Qurtubi menyatakan, " pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"

Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa
mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu

Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya " Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami"

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa, " Dia yang menyerupai orang-orang kafir
dan mati di dalam keadaan itu, dia akan dibangunkan bersama-sama mereka
di hari Qiamah"

Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, "
Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan"

Saidina Umar ra dan Ibn Abi Lailah ra, yang menjadi Qadhi Madinah telah
menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar. Walaupun perkara membela janggut nampaknya "kecil"atau "mudah" tetapi ia
membawa begitu besar pengertian.

1 comment: