Search This Blog

Friday, May 31, 2013

Amal kerana Pahala tidak Ikhlas?

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya milik Allah, untuk Allah dan kepada Allah. Semata-mata dengan izin-Nya, artikel saya masih dapat mengisi kolum Fadhail A'maal di dalam majalah SOLUSI. Di sini saya perturunkan artikel asal sebagaimana yang terdapat dalam laptop saya. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua:

Allah SWT berfirman, mafhumnya, “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Al-Baiyyinah 98:5)

Daripada Abdullah ibn Amr r.anhuma, dia berkata; telah bersabda Rasulullah s.a.w., “Ada empat puluh perkara (amalan kebaikan), dan amalan yang paling tinggi (darjatnya) antara amalan-amalan itu ialah ‘مَنِيحَةُ العَنْزِ ‘. Tidak ada seorang pun yang melakukan mana-mana amalan (daripada empat puluh) amalan itu, dengan mengharapkan pahalanya dan membenarkan janji-janji (pahala yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w), melainkan Allah akan memasukkan orang itu dengannya ke dalam syurga.” (HR Al-Bukhari, Bab Keutamaan Meminjamkan Kambing…)

مَنِيحَةُ العَنْزِ bermaksud, meminjamkan kambing kepada seseorang agar dia mendapat manfaat daripada susu kambing itu, kemudian kambing itu dipulangkan kepada pemiliknya.

Ada dalam kalangan umat ini, yang berpendapat bahawa jika kita beramal kerana terdorong dengan pahala, syurga dan fadhilat; maka itu telah menyalahi hakikat ikhlas yang sejati. Ini adalah suatu yang amat mengelirukan. Bagaimana kita sanggup membuat kesimpulan yang sedemikian, sedangkan Allah dan Rasul-Nya telah berulang-ulang kali menggunakan manhaj Tabsyir dan Inzar serta Fadhail A’maal di dalam Al-Quran dan As-Sunnah?

Malah dalam riwayat di atas, bukan sahaja kita dapat mengambil faham tentang pentingnya ikhlas dalam beramal, tetapi Rasulullah s.a.w. turut menyatakan fadhilat Ikhlas itu sendiri! Dorongan dan gesaan supaya kita beramal dengan ikhlas itu sendiri pun, Rasulullah s.a.w. menggunakan kaedah dan pendekatan Fadhail A’maal dalam menerapkan kepentingannya kepada umat baginda.

Ikhlas adalah rahsia daripada rahsia-rahsia Allah. Ikhlas merupakan benteng dan perisai seseorang hamba Allah dengan musuh-musuh hakikinya, yakni syaitan dan segala konconya. Ikhlas adalah syarat mutlak penerimaan sesuatu amalan. Ikhlas adalah ikatan hati seorang hamba dengan Tuhannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beruntunglah orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita-pelita di dalam kegelapan malam, dan segala fitnah dan kezaliman akan hilang daripada mereka.” (HR Al-Baihaqi, sebahagian hadis sebagaimana di dalam kitab Syu’bil-Iman)

Beramal kerana dorongan sesuatu fadhilat yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya sudah pasti tidak terkeluar daripada hakikat ikhlas. Malah inilah yang boleh menyelamatkan kita daripada sifat riyak dan syirik. Seseorang yang terdorong beramal dengan fadhilat pada hakikatnya telah terdorong kerana keimanannya dengan janji-janji Allah. Janji-janji yang tersimpul kukuh dengan keimanan kepada Allah, Rasulullah s.a.w., hari Akhirat dan perkara yang ghaib.

Hampir semua orang Islam mengetahui, bahawa bersolat dengan berjemaah itu ganjarannya 27 atau 25 kali ganda berbanding bersolat secara berseorangan. Apabila seseorang itu terdorong dan sanggup tinggalkan keenakan berehat di rumah bersama keluarga yang tercinta kerana janji 27 kali ganda ganjaran ini, bukankah itu semua menggambarkan betapa keyakinannya kepada janji-janji Allah. Walaupun janji Allah itu ghaib sifatnya dan manfaatnya akan terzahir hanya di akhirat. Ditambah pula dengan kefahaman bahawa, apabila Allah menyatakan bahawa sesuatu amalan itu lebih besar pahalanya daripada satu amalan yang lain, maka itu menunjukkan keredhaan Allah juga lebih besar kepada amalan tersebut.

Al-‘Allamah Ad-Da’iyah Al-Muhaddith Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi menyatakan, beramal dengan penuh keyakinan terhadap janji-janji Allah SWT, disertai pula dengan kerinduan dan keinginan terhadap pahala dan ganjaran yang ada di sisi Allah, inilah yang dinamakan sebagai Ihtisab ( احتساب ) di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Maka, bukankah ini semua adalah satu penghuraian kepada apa yang dikatakan sebagai ikhlas? Jelas di sini, Fadhail A’maal adalah medium paling ampuh bagi membentuk sifat ikhlas dalam beramal kepada Allah!

Thursday, May 30, 2013

menyingkap salah faham tentang Niqab

Ibnu Batoota Owsem
Ustazah ahlam,saya dah jumpa kenyataan saya dalam kitab iqna' tu,ada dalam bab solat,furu'nya fasal syarat,rukun dan sunat solat, diterjemahkan sebagai begini:
"Makruh hukumnya solat memakai pakaian yang terdapat gambar.Demikian juga makruh solat berselimut bagi lelaki dan solat memakai purdah bagi wanita.TERKECUALI apabila di tempat wanita itu solat ada ramai lelaki yang tidak mahu menjauhkan pandangan darinya(contohnya kat surau yang diorang bukak tirai/tabir),dalam keadaan demikian,wanita itu MESTI menurunkan purdahnya(menutup wajahnya),yakni tidak membukanya(purdahnya).."
Ustazah check sendiri nanti ok..Wallahualam..
Saya pakai hp,tolong tag nama ustazah jap..terima kasih..


PERBAHASAN1:

Ahlam Hayati :

ust Ibnu Batoota Owsem sy telah melihat hampir kesemua kitab fiqh syafie dan sy akan sertakan perkataan para ulama' dlm kitab2 tersebut

1-dlm kitab iqna' (sprtimana yg ust syorkan kpd sy) m/s 222 syarih mengatakan "makhruh bg perempuan solat dlm keadaan berniqab, kecuali pada tmpt umum yg disana t'dpt org ajnabi yg tidak menjaga
pandangan"

2-dlm kitab almu'tamad fiqh syafie m/s211 syarih berkata "adapun aurat prmpuan dihadapan lelaki ajnabi ialah sepertimana yg dituntut dalam solat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn sekiranya aman dari fitnah"

3-dlm kitab majmu' jilid 3 m/s122 imam nawani berkata "qaul yg masyhur dlm mazhab kami sesungguhnya aurat wanita merdeka seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tgn" (kita sedia maklum imam nawani suka nyatakan dlm kitabnya qaul asah, qaul arjah, qaul rajih,gaul sahih,qaul azhar dan qaul mu'tamad)

4-dlm albisah wazinah m/s34 syarih telah menaqalkan ijma' para fuqaha' dgn berkata "ulama telah sepakat selain muka dan tangan adalah aurat yg haram dilihat oleh lelaki ajnabi dan ulama juga berijmak diatas keharaman melihat muka dan tapak tgn sekiranya bersyahwat"

5-dlm kitab mugni muhtaj m/s 257 syarih berkata "selain muka dan tapak tgn aurat wanita adalah seluruh badan berdasarkan firman Allah dlm surah annur:31"

6-dlm kitab fathul wahab m/s57 syarih berkata "aurat wanita adalah seluruh badan melainkan muka dan tgn krn keperluan berhajat ntuk menzahirkannya"

7-dlm kitab baijuri m/s216 syarih berkata "aurat perempuan dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tangan, adapun aurat wanita diluar solat seluruh badan"

8-dlm kitab dlm i'anah attalibin m/s113 sayrih berkata "aurat perempuan terbahagi kpd 4 :
i)dihadapan ajnabi seluruh bdn,
ii)dihadapan mahram dan ketika seorg diri diantara pusat dan lutut,
iii)dihadapan wanita kafir bahagian2 tertentu sahaja,
iv)dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tgn"

*sy telah dtgkan perkataan2 para ulama mazhab syafie dgn kitab mereka masing2 yg ada dlm simpanan sy dan sy tidak menemui qaul MUKTAMAD dlm mazhab syafie, yg ada cuma perbezaan pendpt. sy secara jujurnya bersetuju dgn pendpt mengatakan aurat perempuan dihadapan ajnabi adalah seluruh badani, namun sy sengaja dtgkan pendpt2 ulama dlm mazhab syafie ntuk kita lihat perbezan pndpt diantara mrk...trima kasih ust krn membuat sy terpikir sesuatu setelah meneliti pendpt2 para ulama'.. peace

Ibnu Batoota Owsem:

Ustazah ahlam:maaf ustazah,mcm ni ustzah,smua qaul yg ustzah bwakan tu ialah qaul utk "aurat dlm solat" dan smuanya diambil dari kitabus solah dlm stiap kitab yg ustazah sertakan,mnakala apabila ustzh bljr dan mngkaji dgn lebih mndalam,pbhsan aurat DI HADAPAN AJNABI dlm kitab mzhab syafie sbnrnya tltak dlm 'kitabun nikah' fasal nazor yakni ktika melihat calon dan bab yg bkaitannya,disna ustzh akn bertemu dgn fatwa muktmad dlm mzhab syafie bkenaan aurat wnita di hdpn lelaki ajnabi..
Bab aurat di hdpan ajnabi bkn tdpt dlm kitabus solah..Check kitab fathul mu'in ,kitabun nikah,fasal nazor,ada dinyatakn scara jelas bhwa kewajipan purdah bg wnita di hdpan lelaki ajnabi adalah qaul MuKTAMAD dlm mzhab mnakala qaul yg sbliknya adalah qaul DAIF..
Slmt mengkaji..

SOALAN: Bintu Senin ustaz,Ibnu USTAD Batoota Owsem kalau umrah dan haji ? masa tawaf tuh boleh tak bernqab ?

JAWAPAN:
Ibnu Batoota Owsem Bintu senin: boleh pakai niqab yg tidak melekat di wajahnya,kalau pnah pergi mekah,awk boleh nmpk rmai wnita solehah bmzhab syafie mgkin dari yaman mereka bertawaf smbil mmakai purdah tp purdahnya tidak melekat diwajah,mereka pkai sjenis topi mcm cap(yg ada lebihan kt depan utk tutup muka dari kepanasan matahari) yg mna kain ditrunkan di dpan cap tu,so wjhnya ttutup dan kain purdahnya x melekat di muka..
Kalau pkai purdah biasa yg ikat kt muka smsa ihram maka kena dam..sbb smsa ihram xleh tutup muka n tapak tgn,tp dibolehkan buat mcm yg sy trangkn kt ats ni.. Wallahualam..

PERBAHASAN 2:

Ahlam Hayati:
ok..ust Ibnu Batoota Owsem sy sudah pun meneliti pendpt2 ulama syafie serta kitab2 mrk dalam bab nikah berkenaan aurat wanita di hadapan ajnabi seperti berikut

1-kitab i'anah attalibin syarah bg fathul mu'in (yg ust sarankan kpd sy) m/s 259 musanif berkata "haram memandang wanita skalipun tidak bersyahwat serta aman dari fitnah diatas qaul yg muktamad, imam isnawi menukilkan dlm kitab ar-raudhah berkata "pendpt yg mengatakan boleh memandang muka dan tgn wanita ketika aman dari fitnah adalah pendpt yg lemah"

2-kitab kifayatul akhyar m/s 472 syarih berkata "haram memandang muka dan tangan sekiranya takut fitnah, sekiranya aman dari fitnah maka terdapat khilaf ulama tentangnya :
i) hukumnya tetap haram diatas qaul yg sahih,
ii) tidak haram- (imam haramain menetapkan qaul ini-tidak haram-kpd perkataan jumhur).

3-kitab majmu' jilid17 m/s 146 imam nawawi berkata "tidak harus memandang wanita ajnabi dgn tanpa sebab samada melihat auratnya atapun yg bukan auratnya (muka dan tangan) berdasarkan firman Allah dlm surah surah nur:30"

4-kitab mugni muhtaj jilid 3 m/s 167 syarih berkata "memandang wanita ajnabi yg aman dari fitnah dan tidak bersyawat ada dua pendapat
i) hukumnya haram diatas qaul yg sahih.
ii) tidak haram-telah ditetapkan oleh imam nawawi dan imam rafie bg kebanyakan ulama"

5-kitab baijuri m/s 141 syarih berkata "
i) hukumnya haram memandang wanita ajnabi temasuk memandang muka dan tangannya dgn tidak bersyahwat atau takut fitnah diatas qaul yg sahih,
ii)tidak haram berdasarkan dalil dlm surah nur:30 *syarih berkata lagi "qaul yg pertama(haram memandang) adalah muktamad tp tidak mengapa taklid qaul yg kedua(tidak haram)

*sy dah dtgkan perkataan para ulama' syafie tentang aurat wanita ajnabi dihadapan lelaki..apa yg sy paham dari perkataan ulama diatas, kesemuanya lebih mengkhususkan pandangan seseorg lelaki terhadap wanita ajnabi. dan ianya betepatan dgn firman Allah dlm surah nur ayat30 yg mana Allah memerintahkan agar tundukkan pandangan. lalu timbul pertanyaan dari benak sy kalaulah keseluruhan muka ditutup maka apakah bentuk gesaan supanya menyekatkan pandangan? maaf ust sy hanye terfikir cmtu..

Ibnu Batoota Owsem

Hehe..Mcm ni ustzh,perintah utk lelaki muslim ialah "tndukkan pndgn" dan tidak mliht kpd mna2 bhgian tbuh wnita tmsuk muka n tpk tgn,itu utk pmpuan2 kafir sbb mreka ni smua x tutup aurat,x pkai tdung,xpkai purdah..mnakala pmpuan muslim x tmsuk sbb mreka dh mmg diwjibkn tutup aurat dan bpurdah..
Mnakala printah utk pmpuan muslim plak ialah berpurdah supaya lelaki kafir x pndang wjah mreka(sbb hkum jgn pndg wjh wnita ni jtuh kpd lelaki muslim je,laki kafir ape dia kisah?)...
Jd ini lah keadilan islam..Yg laki tnduk pndgn,yg pmpuan plak tutup bdn..Knapa nk tnduk pndgn klu dh ttutup kan? Org2 pmpuan kafir plak mcm mna?bpurdah jgak ke diorg?
Dan org2 kafir laki plak cmne?diorg tnduk pdgn ke dri wjh2 muslimah yg cntik?(Klau laki muslim pun xdpt tndukkan pndgn drpd wjh muslimah2 yg cntik apatah lg org kafir?) Islam dah ckup adil dan smpurna..
Hmm..boleh sy tau ustzh bljr kt mdrsh mna?
Ibnu Batoota Owsem Lg satu ustzh kna tgk ialah smua qaul yg daif(yg mngtakan muka n tpk tgn bkn aurat) adalah BERSYARAT..
Iaitu "skiranya aman dari fitnah" maka slagi itu purdh x wjib(mngikut qaul daif)..
Bgitu juga qaul muktmd utk mzhab hanafi,hanbali dan maliki(rujuk fiqh ala mazahibil arbaah,syeikh abd rahman jaziri al-azhari) yg mngatakan muka n tpk tgn bkn aurat SELAGI AMAN DARI FITNAH.......
Dn ustzh tntu pnah bca hadis saidatina aisyah yg tlah berkata, "skiranya rasulullah mlihat kdaan wanita pd zmn ini(zmn aisyah msih hidup),tntu bginda akn halang wnita kluar wlaupun ke masjid!!"
Yg berkata mcm tu ialah aisyah,istri nabi,dan bliau juga sorg sahabiah,yg hdup di zmn khairal qurun,tp ftnah wanita tlah pun bmula smpai dia sgt yakin nbi akn hrmkn pmpuan kuar rumah klu nbi nmpak kdaan wnita zmn tu..
Kalau zmn khairul qurun pun dh tsebar ftnah wnita,skrg kita di zmn dajal ni masih aman dri ftnah?
Zmn yg mna atok rogol cucu,bpk rogol ank,abg rogol adik ni msih disbut zmn aman dari ftnah?
Kalau ada yg stju zmn ni zmn "aman dri ftnah" bmkna org tu mgkin org ashabul kahfi(hdup dlm gua,xtau dunia luar)..
Jd sy yakin ustzh stuju kita hdup di zmn ftnah,bmkna SEMUA QAUL dlm 4 mzhab tmsuk qaul daif mzhab syafie tlah bersepakat akan wajibnya berpurdah pd zmn ini...

Ibnu Batoota Owsem:

 Msa sy bca komen ustzh,sy dok tfkir sapa tu "syarih"?syeikh mna? Rupa2nya mksud ustazah "syaarih" iaitu isim fail kpd syarah..
Adoi la.. =.="
Kmi kt sni pkai istilah musannif je..

Ahlam Hayati

maaf ust Ibnu Batoota Owsem sy sebuk sket buat bahas..em sy sebelum ni blaja kisas xpernah pun blaja madrasah..sy dah baca komen ust dan sy jugak dah baca kitab fiqh ala mazahib al arba'ah yg dikarang oleh syeikh abdul rahman al juzairi mengenai pendpt2 mazhab tentang aurat wanita..sy dari awal lagi ckp yg sy setuju dgn pendpt yg mengatakan seluruh badan adalah aurat tanpa ada kecuali..sy xbermaksud nk panjangkan perbahasan ni cuma sy ingin nyatakan pendpt2 ulama syafie tentang masalah ni dan tambahan pulak disana terdpt khilaf. sy sebagai wanita sy ingin menkaji apa yg dimaksudkan oleh ulama' mengenai aurat wanita di hadapan ajnabi dan kewajipan berniqab. sbb sy yakin ulama yg mengatakan wajib berpurdah punyai alasan2 yg tersendiri begitu jugak ulama yg mengatakan tidak wajib punyai alasan2nya tersendiri. sy harap ust jgn sangka bukan2 kat sy ni ..sy akui sy xpunyai ilmu yg byk tp dlm masa yg sama sy cuba ntuk perbaiki diri dlm meningkatkan ilmu...dgn semangat persaudaran dan cintakan ilmu semoga kita mendpt keredhaan Allah... peace


Ibnu Batoota Owsem

Ustzh ahlam: ye,sy x kata ustzh nafikn perkara ni,ini cuma perbincgn ilmiah smata2,dan kalau ustzh bca btul2 komen sy kt ats tu,ulama2 yg kata "x wajib purdah" pun akn wjibkn jugak utk zmn,jd boleh kata kewajipan purdah ni tlah jd wajib bil ijma' fil mazhibil arba'ah..
Dan juga sy jwb psoalan ustzh ttg "kalau smua kna pkai purdah,mcm mna laki nk tnduk pndgn sdgkn allah arahkan laki tnduk pndgn?"..
Yg itu sy dh jwb kt ats,bhwa lelaki kna tnduk pdgn dri wnita kafir sbb mreka x tutup aurat dan x bpurdah..
Mnakala pmpuan plak wjib bpurdah drpd lelaki kafir sbb lelaki kafir matanya x kan tnduk thdp wnita2 muslim..
Jd syariat islam bkn utk jga org islam je,tp meliputi smua,fuqaha ni sgt genius,mreka kluarkn hkum bkn hnya tgk dalil,tp mreka tgk stiuasi smuanya,mantik,qias,keadaan msa hdpan,dan mcm2 lg mreka tgk,lps tu mreka solat istikhrh mtk ptnjuk,bru lah mreka kluarkn ftwa..
*berbeza jauh dgn ulama zmn skrg*

PERBAHASAN 3:

Ahlam Hayati :
alhamdulillah..sy memahami jawapan2 ust tu..semoga perbahasan ilmiah ini mendpt redha Allah, pasni sy xkan komen mengenai masalah niqab sbb sy sudah berpuas hati dgn natijah perbahasan ilmiah ini..sy dgn kerendahan hati memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa ye ust Ibnu Batoota Owsem...

Ibnu Batoota Owsem :

Wallahi sdikit pun ustzh x bkasar atau buat hati sy tgugat,sy hormat ustzh krana bermuzakarah mngikut disiplin ilmu yg bnar..
Sbb tu sy x layan klu org2 awam yg meraung2 xpuas ati dgn ssuatu hkum yg ditetapkn dlm islam,sbb klu sy jwb pun,itu tnda kbodohan sy sndiri sbb mlyan org yg x phm dsiplin ilmu,tp kpd para ilmuan spti ustzh,dpt sy trgkn dgn mudah dan ustzh juga dpt mmhaminya dgn mudah..
Alhmdulillah..Boleh tangguh mjlis dgn tsbih kifarah..

Saturday, May 18, 2013

Dakwah cara politik? adakah cara nabi??

telah berkata Imam Malk guru kepada imam Syafie "Org terkemudian dalam Ummat ini tidak akan sekali2 di Islah melainkan cara yang nabi guna untuk ubah Jahiliah"
ketika di mekkah Nabi buat dakwah Qauli. dengan Lisan "wahai manasia Ucaplah kamu Lailaha Il Allah kamu akan berjaya"
tp telah buat kaum Quraish takut sehingga tawarkan Nabi "adakah kamu wat dakwah untuk jadi raja kami akan jadikan kamu raja, adakah kerana wanita kami akan berikan kamu wanita yang cantik, adaka kerana harta kami akan jadikan kamu sebagai org kaya dengan syarat kamu tinggalkan dakwah" maka Nabi jawap
seandainay kamu letakan matahari di tngan kananku bulan di tangan kiri ku aku tidak sekali2 berhnti dari da'wah sama ada aku syahid atau agama tersebar"

ketika Allah berikan pemerintahan sebagai hadiyah..
maka itupun nabi wujudkan jemaah para sahabat Nabi yang akan pergi ke nagara2 keliling madinah ajak manusia kepada Islam..hnya secara lisan..

bila nabi telah di anugerakan kemngan mekkah
maka nabi telah wat dakwah
dngan hantar tntera yg bersnjata akan berikan tiga pilihan
"aslim taslim" bayar jizyah atau perang..

Nabi x perang masa di mekkah, bukan juga pada permulaan di madinah. hnya setelah fathul mekka..

lihat kejayaan Nabi..

setelah Hijrah perang badar 313 org
fathul mekkah 10 000 org
hajjatul wida 124 ribu sahabat.
ketika pemrintahan Umar r.a Parsi dan Rom di bebaskan.. (50 tahun dari Nabi di lantik jadi Nabi)

ketika di Mekkah x de siapa yg mnyangkakan Agama ini akan berkmbang ada yg Islam miskin di pulau. di pukul. di bunuh..
ketika di Madinah hidup dngan kemiskinan nabi ikat batu..

semua Islam bersaudara..
dosa pahala hak Allah..Nabi marah sahabat nabi yg rasa jijik dngan penzina yg di rejam..
sahabat Nabi x pernah membenci pndosa..

seornag Islam walaupun fasik adalah lebih baik dari seluruh org kafir..

seorg Islam yang ucapkan kalimah Lailahailallah dengan Ikhlas akan masyuk syurga..

ketua munafik Abdullah bin Ubai pun di kafankan secara Islam di kebuimikan secara Islam. Nabi kluarkan jasadnye dan mnyapukan air liur nabi kat seluruh badan dia..dan nabi istighfar untuknye sehingga Allah melarang..

Nabi dan sahabat nabi x hukum org yg terang2 munafik.. atau sebarang manusia sebagai munafik/fasik/kafir..

Allah tidak akan seksa atas kesalah dilakukan sebab kejahilan atau sebb terpaksa.

"Apa bila org Alim tidak smpaikan pada org jahil maka musibah akan turun dngan cepat"
"sahabat nabi tnya bagaimana jika org jahil x datang jumpa kami" maka nabi ulang balik. dan sahabat nabi tnya balik yg sama sbnyak 3 kali..
dan nabi mnjawap kamulah yang kena jumpa mereka..

seorg buta yg jalan di langgar org buta bukan di salahkan tapi org yang melihat yang akan di salahkan

kata Imam ghazali jika ada satu org yang lahir di kawasan yang tida ada siapa yang Islam dan dia mati dalam keadaan Kafir maka semua org Islam akan di pertangung jawapkan..

Ummat Islam bersauadar kita harus bersatu bukan sahaja di kampung di negri negara tapi seluruh dunia kena bersatu..

Jadi ada yang menasihat pemerintah bersama dalam perkara maruf melaps diri perkara mungkar.
ada yang mentang kerjaan sebb Zalim
ada yang x ambil politik..
masing2 ada pndangan masing2..
kita hormat satu sama lain..
Moga Allah bantu setiap manusia yang inginkan kejayaan Islam.. Ameen..

Tuesday, April 30, 2013

Syiah di sesatkan Oleh Imam-imam Mujtahid


Imam Malik (wafat 179 H) pernah berkata ketika ditanya tentang Syi'ah: "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadits dari mereka kerana mereka selalu berdusta
(Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 16)

Dari Yunus bin Abdila'la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi'i, apabila disebut nama Syi'ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: "Kelompok terjelek! (terhodoh)". (al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

"Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) dari Syi'ah Rafidhah." (Adabus Syafi'i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

"asy-Syafi'i berkata tentang seorang Syi'ah Rafidhah yang ikut berperang: "Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa'i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami". (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa'i)." (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)

Imam Malik Ibn Anas (imam mazhab maliki) menghukum kafir golongan Syiah Rafidhah kerana membenci para sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan pendapat ini dipersutujui para ulama. (Ibnu Katsir, Tafsir Al -- Quran Al Adzim, jilid 4,hlm 219)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:
"Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3673. Muslim, Bab: Larangan Mencela Para Sahabat, no. 2541)

Kata imam asy-Syafi'e rahimahullah (Wafat: 204H):
"Janganlah engkau mencela para sahabat Rasulullah kerana yang menjadi musuhmu kelak adalah Nabi sendiri." (Siyar A'lam an-Nubala', 10/28)

Imam Abu Ya'qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi'i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi'i:
"Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?"
Imam asy-Syafi'i berkata, "Jangan bersolat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji'ah."
Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?
Jawab imam asy-Syafi'i, "Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji'ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan 'Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi'ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah." (adz-Dzahabi, Siyar A'lam Al-Nubala 10/31)

Saturday, April 27, 2013

Syuhbat mereka dan jawapannya



SOALAN:
Saya ada membaca beberapa fatwa oleh pihak Samahah Tuan (Mufti) di mana anda menggalakkan para penuntut ilmu untuk keluar bersama Jamaah Tabligh, segala puji bagi ALLAH kami telah keluar bersama mereka dan kami mendapat banyak faedah akan tetapi wahai Syaikh ku yang utama, saya mendapati terdapat amalan-amalan (yang dilakukan oleh mereka) tidak terdapat dalam Kitab ALLAH dan Sunnah Rasul sallallahu 'alai wa sallam seperti:

1- Membuat halaqah dalam masjid yang terdiri dari dua orang atau lebih kemudian saling mengingati 10 surah terakhir daripada al-Quran dan berterusan melakukannya dengan cara ini setiap kali kami keluar padanya.
2- Iktikaf pada hari Khamis secara berterusan.
3- Menghadkan hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.
4- Membaca Doa beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.

Maka bagaimanakah wahai Syaikh ku yang utama, jika saya keluar bersama Jamaah ini saya perlu melakukan amalan-amalan ini sedangkan ianya tidak warid dalam Kitab ALLAH dan tidak pula dalam Sunnah Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam? Dalam keadaan diketahui wahai Syaikh ku yang utama bahawa sukar untuk mengubah manhaj (mereka) ini dan ini adalah cara mereka maka kami berharap diberi penjelasan.

JAWAPAN:

Apa yang anda sebutkan berkenaan amalan-amalan Jamaah ini semuanya adalah BIDAAH makaTIDAK BOLEH menyertai mereka sehinggalah mereka melazimi Manhaj al-Kitab dan al-Sunnah dan meninggalkan bidaah-bidaah dalam perkataan-perkataan mereka, amalan-amalan mereka, dan akidah mereka.
وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua
Abdullah bin Ghudian – Ahli
Soleh al-Fauzan – Ahli
Abdul Aziz Al Syeikh – Ahli
Bakr Abu Zaid – Ahli

[Sumber: Fatwa Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, Majmu'ah (Himpunan) Kedua, Jil 2, m.s 45-46, No. Fatwa: 17776].

JAWAPAN BAGI KEKELIRUAN DI ATAS

1.Pembacaan 10 surah di dalam halaqah pula biasa disebut halaqah tajwid. Ketika ini ditekankan penyebutan makhraj , tajwid yg betul.  Pembacaan quran biasanya  10 surah mulai al-fatihah, al-Fil hingga ke surah Annas kerana kekangan masa. Tidak pula disyaratkan 10 surah itu sahaja. Bagi orang alim dan hafiz @ bergantung pada siapa yg mengetuai halaqah tersebut. bacaan quran adalah mengikut keadaan dan situasi samada mahu baca mana2 surah pun di dalam al-Quran. Peserta halqah pula akan ditarghib untuk meneruskannya belajar  dgn ustaz di tempat tinggal masing2.


2.  Iktikaf pada hari Khamis secara berterusan
Mungkin yang dimaksudkan beliau ialah himpunan pada malam markas kerana pada malam itulah majlis ilmu berkenaan akidah dan bayan penerangan untuk memujuk manusia supaya manusia khuruj diadakan secara berterusan. Dan mereka akan beri’tikaf pada malam itu kerana menunggu satu lagi majlis ilmu yang akan diadakan selepas subuh. Mengatakan i’tikaf berterusan setiap khamis tidaklah tepat kerana di setiap tempat di mana diadakan malam perhimpunan untuk majlis ilmu dan bayannya berbeza-beza mengikut tempat. Jadi menisbahkan i’tikaf khusus hanya pada hari Khamis tidaklah tepat. Contohnya, di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, yang mana cuti hari minggunya hari Sabtu dan Ahad, perhimpunan akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad. Sementara di mana negeri yg cuti pada  Jumaat dan Sabtu, perhimpunan  akan diadakan pada Khamis malam jumaat seperti Kelantan, Terengganu dll. Itu baru Malaysia belum di negara-negara lain.

Malah beri’tikaf di masjid adalah sunnah yg sangat dituntut, tiada apa masalah kecuali bagi orang yg mengingkari sunnah Rasulullah SAW.

3.Mengehadkan hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.

Sebenarnya bukan mengehadkan masa kerana di tempat lain seperti di Pakistan dan India yg usaha sudah maju, mereka ditasykil khuruj 2 bulan, 7 bulan, 9 bulan dan 1 tahun. Sementara di Malaysia  pula kebiasaannya ditasykil khuruj selama 3h peringkat mohala, 40h, 2 bulan, dan sekarang bukan lagi 4 bulan seumur hidup tapi ditarghib khuruj 4 bulan setiap tahun, 1 tahun untuk orang alim. Bagi yang tidak mampu boleh buat usaha dakwah tempatan sahaja di mohala masing2. tiada unsur pemaksaan @ kemestian, cuma mereka ditarghib untuk mengorbankan masa di jalan Allah.

Niat khuruj atas maksud belajar mengamalkan sunnah dan tazkiah. Mereka menganggap sepanjang waktu khuruj sebagai medan belajar untuk mengamalkan amalan-amalan sunnah.  Mereka ditarghib untuk menghidupkan amalan-amalan  ijtimai semasa khuruj seperti solat berjemaah, pembacaan hadis2 kelebihan, pada malamnya dibacakan hayatus sahabah, makan berjemaah, jaulah secara berjemaah pada pada sebilang masa. Mereka juga ditarghib melakukan amalan infradi(individu) seperti zikir sebanyak2nya (sekurangnya tasbih 100x , tahmid 100x , takbir 100x, tahlil 100x dan  istighfar 100x setiap pagi dan petang), tilawah quran sekurang2nya satu juzuk sehari beserta surah lazim seperti Al-Mulk, Surah Sejadah,yasin, Ar-Rahman, al-waqiah  pada setiap  malam sebelum tidur, baca dan hafal doa2 masnun(sunnah),  juga dakwah secara infradi (individu)  dan muzakarah iman sesama mereka.SEMUA INI DITARGHIB AGAR DILAKUKAN SEPANJANG KHURUJ SUPAYA TERBIASA DAN MENJADI SATU TABIAT SERTA DAPAT MENERUSKANNYA APABILA PULANG MOHALA NANTI.

Semua ini atas maksud latihan. Sebab itu usaha ini jadi mudah kerana niat belajar. Apabila berjumpa ustaz @ ulamak  mereka diajar menghormatinya dgn meminta doa @memberi  hadiah @  belajar  drp mereka kecuali jika mereka tidak mengenalinya. Mereka dilatih bercakap atas perkara yg mereka tahu sahaja tidak lebih dari itu. Mereka dilarang bercakap selain perkara2 yg tidak penting @ yang boleh menyebabkan permusuhan dan perbalahan seperti perkara-perkara  khilafiyyah dan politik kerana orang yang khuruj adalah  dari pelbagai latar belakang termasuk berbeza mazhab dan fahaman politiknya.

Semasa jaulah ijtima’i,  ketika berjumpa  seseorang mereka mulai dgn salam, senyuman, bersangka baik,  taaruf jemaah, memuliakan mereka dgn kata2 seperti kerana iman di dalam hati mereka jadi mulia di sisi Allah. Orang yg mendengar akan rasa rasa sejuk. Kemudian mereka akan didakwahkan  berkenaan tauhid ( sekurang2nya dgn kalimah seperti Allah Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Pemberi Rezeki dll dan menafikan makhluk seperti makhluk lemah dan tidak mampu berbuat apa2 ) cara percakapan semuanya terpulang kepada ilmu masing2. Mereka akan tasykil (ajak) dgn lembut orang tersebut ke masjid agar dakwah dan muzakarah dapat diteruskan. Khuruj mereka adalah berdasarkan kemampuan masa dan wang.  Kalau nak dibanding pengorbanan dan masa nabi dan sahabat bagi masa untuk agama jauh sekali.  Sahabat nabi  tidak dikhususkan masa khuruj kerana mereka buat berdasarkan maksud misi dakwah tercapai @ tidak. Sedangkan kita tidak  mampu berbuat begitu. Bagi sedikit masa untuk khuruj pun dah dikira baik. Jadi kalau ada yang mahu khuruj sebulan, ada yg khuruj seminggu dan macam2 lagi ,  pengurusan utk gerakkan jemaah akan jadi susah. Macam belajar utk dapatkan ijazah, master dan PHD juga ada unsur pengehadan masa tapi mengapa kita tidak bising sedangkan hadis supaya belajar ilmu tidak dikhususkan waktunya dan proses belajar pula berjalan  sepanjang hayat.

4.Membaca Doa beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.

Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa mereka.

Telah berkata al-Hafiz al-Haitami di dalam majma’ az-Zawaid perawi-perawi hadis ini ialah perawi sahih kecuali Ibn Lahi’ah. Dan Hadis ini adalah hadis hasan”. Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menyatakan ketika buat ‘Ta’liq’(catatan ringkas) berkenaan hadis ini, berbunyi: ” Sesungguhnya Al-Allamah Al-Kanawi menukilkan sebagaimana pada mensahihkan hadis ini(yakni Al-hakim mensahihkan hadis ini atas syarat2 Muslim) drp Al-Hakim dlm kitab beliau(Al-Allamah Al-Kanawi) bertajuk ‘Sibahatul Fikr’. Imam Shaukani menyebut dlm kitab ‘ Tuhfatul Zakirin’ : Bahawa Al-Hakim berkata pada hadis ini: Hadis ini sahih sanadnya.”

Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menghuraikan lagi: “Perawi yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah pada hadis ini adalah Abdullah bin Yazid Abu Abdi Rahman Al-Muqri. Beliau adalah salah seorang drp mereka yg bernama Abdullah yg diambil kira periwayatannya, lagi terlebih adil dan terlebih kuat.”.
Oleh itu,Hadis ini adalah hadis Sahih di atas syarat Imam muslim sbagimana kata Al-Hakim, bukannya hadis daif….

kesimpulanku :

Sesungguhnya pengeluaran fatwa ini adalah tidak cermat dan kurang berhati-hati serta berdasarkan maklumat yang tidak lengkap.  Menghukum sesuatu jemaah yang bilangannya mencecah jutaan orang, mengandungi ribuan ulamak yang berada di seluruh dunia sebagai ahlu bid’ah, sesat, penyembah kubur dan sebagainya  memerlukan maklumat yang jauh lebih banyak dan mengambil masa yang begitu lama.

Siapa saja yang mengakui bahwa semua pendapat para ulama mujtahid dalam suatu masalah adalah benar dan setiap mujtahid itu benar, maka berarti dia telah mengucapkan kaidah yang tidak memiliki dalil, baik dari Al-Qur’an, As-Sunnah atau ijma para sahabat serta tidak dapat diterima oleh akal sehat.

Apatah lagi jika sesuatu fatwa itu dikeluarkan hanya oleh seorang dua ulamak @ mufti. Sedangkan begitu ramai ulamak dan mufti-mufti di seluruh dunia tidak pula berfatwa begitu. Sesuatu fatwa yang dikeluarkan secara gharib tidak boleh dinggap jamhur ulamak.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Apabila seorang hakim memberi keputusan, lalu ia berijtihad, kemudian ia benar maka baginya dua pahala, dan jika ia memberi keputusan, lalu ia berijtihad kemudian salah, maka baginya satu pahala” [HR Bukhari dan Muslim]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan bahwa tidaklah setiap orang yang berijtihad dapat mencapai kebenaran. Tetapi selama ia berdalil dan bertaqwa kepada Allah sesuai dengan kesanggupannya, maka itulah yang Allah bebankan kepadanya. Allah tidak akan menghukumnya apabila ia salah. Ancaman dan hukuman itu baru berlaku bagi orang yang meninggalkan perintah dan melanggar larangan setelah tegak hujjah kepadanya. [3]. Ijtihad yang salah ini tidak boleh diikuti apabila kita mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. [4]. Karena kita dituntut untuk mengikuti dalil, bukan mengikuti manusia.

Syaikhul Islam rahimahullah berkata, “Tidak boleh bagi seseorang untuk berhujjah dengan ucapan seseorang dalam masalah perselisihan, karena sesungguhnya hujjah adalah nash dan ijma’, serta dalil yang diambil istimbathnya dari hal tersebut. Pengutamaannya ditentukan dengan dalil-dalil syari’at, bukan dengan ucapan sebagian ulama. Karena sesungguhnya ucapan para ulama itu baru menjadi hujjah disebabkan adanya dalil-dalil syariat. Ucapan para ulama tersebut tidak dapat mengalahkan dalil-dalil syari’at…[5].

Perlu diingat bahwa kita wajib menghormati dan mencintai para ulama [6] meskipun ijitihad mereka ada yang salah, atau ada di antara ijtihad mereka ada yang kita yakini sebagai perbuatan bid’ah (setelah diadakan penelitian berdasarkan kaidah-kaidah ilmiyyah dan kriteria-kriteria secara ilmu ushul). Tetapi tidak boleh kita menuduhnya sebagai ahli bid’ah kecuali setelah jelas bagi kita bahwa hujjah telah ditegakkan atas mereka dan mereka tetap mengikuti hawa nafsunya.

Wallahu wa rasulu a'lam..
.
Supaya lebih adil saya sertakan juga fatwa-fatwa mufti di negara-negara lain:

Fatwa Ulama 1:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, 'Tashkil' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangka masa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dan sebagainya.

Jangka masa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dan sebagainya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Syariah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Syariah.

Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Syariah.. Dan Allah Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)

Fatwa 2 :
Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah

Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan:
Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redha Allah s.w.t, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan.

Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.

Padahal Rasulullah s.a.w bersabda, “Sepetang atau sepagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya.

Juga sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.”

Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah s.a.w mengirimkan Mu'az r.a ke Yaman bersendirian saja dan tidak berjemaah.

Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengirimkan Mu'az r.a sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a bersamanya. Baginda s.a.w bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian menyusahkan. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.”

Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash r.huma. Bersama mereka baginda s.a.w mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta'lim dan memutuskan perkara diantara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)?
Alhamdulillah.

Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh

Fatwa 3:
Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis:

Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Anbiya. Dan inilah juga usaha yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita.
Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).

Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur hidup.

Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith, para Ulama’ dan masyaikh di dalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.

Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.

1. Hikmah keluar tiga hari

i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk di dalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi s.a.w orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabawi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain.

Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah s.a.w telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabawi dan bertemu dengan baginda Rasulullah s.a.w dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.

ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah s.a.w atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan?

Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah s.a.w bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam.Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah s.a.w telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.

iii. Hadzrat Zakaria a.s seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah s.w.t mahu mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah s.w.t menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:

Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41)

Para mufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria a.s ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah s.w.t telah memerintahkan Hadzrat Zakaria a.s supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada Allah.

Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada Allah s.w.t.

Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri sendiri.

(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266)

Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari

Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan Musa a.s supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an.

Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)

Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah s.w.t menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa a.s untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda s.a.w banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a beliau berkata daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul u-la akan mendapat dua jaminan. Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.

Hazdrat Abdullah bin Abbas r.a berkata dihari kematian anak lelakinya, "lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar". Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka menjawab “Ya, telah cukup”. Abdullah bin Abbas r.a berkata “hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda s.a.w bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti diterima”.

Dalam hadith yang lain baginda s.a.w bersabda:

“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.

Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti amalan ini akan terus dilakukan ketika berada di rumah atau dikampungnya.

Daripada hadith-hadith dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ di dalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

____________________________________________________
Sumber rujukan:

[1]. Iqtida As-Shirat Al-Mustaqim, Ibnu Taimiyah rahimahullah juz I hal. 132-137, terdapat penjelasan mengenai Ikhtilaf tadladl dan ikhtilaf tanawwu.
[2]. Shahih Bukhari, kitab Al-I’tisham, bab Ajrul Hakim Idzaj Tahada fa AShaba au Akhtha’a, hadits no. 7352, juz 8 hal. 198, lihat Fathul Bari hal.257 Muslim, kitab Al-Aqdliyah, bab Bayan Ajril Hakim, no. 1716
[3]. Lihat Majmu Fatawa juz 19, hal. 213, 216, 217,227
[4]. Iqtidla As-Sirathil mustaqim, hal. 268
[5]. Majmu Fatawa, juz 26 hal. 202
[6]. Raf’ul Malam An-Aimmatil A’lam, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah

Tau Sejarah Janggut???


bila Allah ciptakan Hawa a.s maka nabi adam tgk lwa sgt. dan rasakan dirinye x lwa untuk nye maka
Allah berikan Janggut pada Nabi Adam a.s. maka Nabi Adam a.s telah rasa dia sesuai untuk hawa a.w Janggut ni mnyempurnakan kelalekian..

Nabi yg Paling Hansome. Nabi yusuf a.s bila Lalu depan wanita2 di Mesir maka wanita2 di mesir terpotong Jarinye tmpa sedar. beliaupun berjanggut.

begitu Juga Nabi Muhammad s.a.w lagi hnsome dari nabi yousuf juga menyimpan Janggut..

124 Ribu Nabi semunye berjanggut.
begitujuga semua sahabat Nabi tabien taba tabien semua mereka brejanggut.

Tanda sempurna Iman bila kita redho dengan Syariat yg di bawa oleh Nabi. bila hati kita x suka akan Sunnah maka ada lagi x smpurna Iman Kita..

Dalam Hadith nabi beritau Allah perintahkan pada Nabi2 Bani Israel supaya bagitahu pada kaumnye Janglah kamu makan makanan2 musuh2 Aku(Allah) jngalah kamu pakia pakian musuh2ku dan jngalah kamu jadikan wajah lkamu seperti wajah musuh2 ku jika kamu lakukan demikian maka kamupun akan Jadi mush2ku..

Dalam Hadith di sebut 10 perkara adalah fitrah salah satunye memotong misai dan panjjangkan Janggut..

ada Hadith nabi berbunyi Bezailah Org Yahudi dngan Panjjangkan janggut kamu dan pndekan misai kamu (Hadith ini terdapat dalam kitab Umm karangan Imam Syafie Rah.a)

Ada juga Hadith nabi beritahu "Antara fitrah Islam adalah pnjjangkan Janggut dan tipiskan misai antara fitrah majusi(org sembah Api yg hidup di Parsi pada zaman Nabi) adalah pnjjangkan Misai dan cukur Janggut. Hndaklah kamu panjjangkan Janggut2 kamu dan tipiskan Misai2 kamu..

bukanlah dikalangan Ummatku yg memnjangkan Misai (HR Tarmizi)
ulamak berpndapat yg panjjangkan misai dan cukur Janggut..

Dan sesiapa yg mnyurapai satu kaum maka dia adalah dikalnganye.. sekangg pilihlah mana satu kaum yg kita nak mnyurupai yahudi? Nasrani? ataupun Para Muslim yg hidup 300 pada permulaan Islam??

dalam surah At-Taubah ayat ke 100
Allah jangi akan redho pada sesispa yg ikot Para Sahabat Nabi..

Janggut Sunnah para Ambiaya, Sunnah Nabi, Amalan Para sahabat, Amalan Imam2 Mujatahid Mazhab,(Imam Syafie Imam Abu Hanifah Imam Malik Imam Ahmad Ibn Hambal)

dalam Kitab Ihya Ulumudin karangan Imam Ghazali ada beritahu Umar r.a dan juda seorg lagi yg mnjadi Kadi Madhina x terima Saksi dari org yg cukur Janggut.

Janggut Ini adalah pnampilan Org Islam..

Wednesday, March 20, 2013

Pentingnya Sunnah Nabi s.a.w


Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!