Search This Blog

Sunday, January 19, 2020

Tahlil di Madinah

Adik beradik Call ajak saya balik kampung. Sejak arwah ayah dan arwah mak tak ada.. dah lama tak balik kampung. Jadi mereka ajak untuk buat tahlil kepada arwah ayah dan ibu.

Sebelum komen saya kena kecam oleh wahabi yang anti tahlil..

Saya copy paste hujah siap siap:

KENDURI ARWAH

Sebelum saya sambung pengajian di Universiti Madinah, saya berpegang pendapat yang mengharamkan kenduri arwah, dengan beberapa alasan seperti Nabi dan para sahabat tidak melakukan kenduri arwah, dan sesiapa yang mengadakan kenduri arwah termasuk meratap mayat.

Apabila saya berada di Universiti Madinah, alangkah hairannya saya apabila suatu hari berlakunya kematian ayah seorang kawan, saya dan kawan-kawan diajak kerumahnya untuk majlis azza’ yakni majlis takziah.

Saya tak pergi tapi kawan-kawan cerita Majlis azza’ bermula dari petang sampai isyak. Setelah isya’ dibuat jamuan nasi kambing. Memang masya-Allah la sedap katanya. Sebab saya tak pergi masa tu kerana masih anggap majlis tu bid’ah. Walau majlis tu dibuat oleh syeikh besar dalam universiti. Majlis tu berlangsung 3 malam berturut-turut.

Selang tidak berapa lama, berlaku pula kematian ibu seorang syeikh senior di Fakulti Hadith Universiti Madinah. Sekali lagi kami dijemput untuk majlis azza’ yang dibuat 3 hari berturut-turut. Kali ni saya pergi untuk merasai pengalaman baru.

Sampai di majlis tersebut, kami disambut oleh barisan ahli keluarga arwah dan kami dihidangkan gahwah dan kurma. Agak lama juga kami duduk-duduk dan bersembang. Akhirnya kami dihidangkan nasi kambing. Maasya-Allah memang sedap.

Selepas balik, hati mula terdetik, salahkah buat kenduri arwah? Masa kat malaysia memang aku pegang haram... tapi syeikh-syeikh di sini buat majlis azza’... bukan syeikh biasa-biasa, tapi syeikh yang ada pengaruh dan puluhan tahun mengajar di Madinah.

Untuk kepastian saya jumpa dengan syeikh tersebut dan bertanya pada syaikh. Maka syaikh bagi jawapan dengan sepotong hadith:

اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا، فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ
 “hidangkanlah makanan untuk keluarga Ja’far, sebab sesungguhnya telah tiba kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka”

Jadia kata syaikh tidak ada masalah jika kita menghidangkan makanan untuk tetamu yang hadir majlis azza’. Adapun tiga hari itu hanya adat dan kebiasaan yang tidak ditegah syarak. ini juga merupakan pendapat ahli majlis fatwa saudi iaitu Syeikh Abdullah Mutlaq.

Saya mula mentelaah bab ini dengan mendalam sebab berlakunya percanggahan amalan saya di Malaysia dan di Madinah. Maka bila saya baca dalam kitab Al Umm Imam Syafie berkata:

وأحب لجيران الميت أو ذي قرابته أن يعملوا لأهل الميت في يوم يموت، وليلته طعاما يشبعهم فإن ذلك سنة، وذكر كريم، وهو من فعل أهل الخير قبلنا، وبعدنا لأنه لما «جاء نعي جعفر قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - اجعلوا لآل جعفر طعاما فإنه قد جاءهم أمر يشغلهم

“Aku mengajurkan bagi tetangga almarhum atau kerabat-kerabatnya agar membuatkan makanan pada hari kematian dan malamnya, sebab itu merupakan sunnah, zikr yang mulia dan termasuk perbuatan ahlul khair sebelum kita serta sesudah kita”. Jilid 1, ms 317.

Maka sunnah untuk kita menjamu makan orang yang datang. Akan tetapi jika ahli keluarga tidak mampu untuk lakukan, maka afdhal jiran-jiran yang tolong hantarkan makanan.

Jadi, apa yang saya pegang selama ini salah. Cuma beza di malaysia kita lakukan amalan tahlil kerana itu lebih baik dari kita bersembang, membawang hisap rokok dan sebagainya.

Oleh itu, kita seharusnya timbang tara antara kedua-dua hujjah supaya kita tidak cepat melatah mnghukum sesuatu amalan itu bid’ah dan sebagainya.

Credit : Ustaz Nasir al Bakri

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete