Search This Blog

Monday, January 4, 2016

Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله

Kisah mengenai mimpi Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله ketika berada di Mekkah.
Ketika beliau berada di Mekkah, beliau telah bermimpi bahawasanya beliau telah berada di atas atap Kaabah. Kemudian beliau melihat banyak aliran air mengalir keluar dari celahan jari @ tangan beliau ke empat penjuru Kaabah.

Lalu beliau ceritakan perihal mimpi kepada guru beliau iaitu al-Imam Mamlūk Alī al-Nānautwī رحمه الله . Guru beliau mengatakan bahawasanya ini khabar mubasyarah dari Allah s.w.t yang kamu akan digunakan oleh Allah untuk sebarkan ilmu ke seluruh dunia.
Hal ini terbukti selepas Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله mengasaskan Dār al-Ulūm Deoband, banyak cawangan Deoband dan madrasah yang mengambil manhaj Deoband telah berkembang ke seluruh dunia.

Berjalanlah ke seluruh 4 penjuru alam, nescaya kamu pasti akan menjumpai madrasah yang menggunakan manhaj Deobandi yang benihnya di asaskan oleh al-Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله .

No comments:

Post a Comment