Search This Blog

Tuesday, March 5, 2013

Hadith2 pilihan


Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis zikrullah. (HR Tirmizi)


Dari Rafi Ibn Khudaij r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT mengasihi seseorang manusia, Dia melindunginya daripada tipuan dunia sebagaimana melindungi pesakit-pesakit kamu daripada terkena air. (HR Tabrani)



Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang dicintai oleh Allah lebih dari dua titisan dan dua kesan. Titisan ialah satu titisan air mata kerana takut kepada Allah. Kedua ialah titisan darah yang mengalir di jalan Allah. Dan dua kesan ialah kesan yang terjadi di jalan Allah (seperti parut-parut luka atau kesan cedera yang berlaku di jalan Allah) dan kedua ialah kesan dari melaksanakan perintah-perintah Allah yang fardhu (seperti tanda-tanda sujud atau kesan perjalanan haji dan lain-lain). (HR Tirmizi)


Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah sepertimana orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR Bukhari dan Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan. Sahabah r.hum telah bertanya: Apakah Jubbul-Hazan itu? Nabi SAW telah bersabda: Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak seratus kali setiap hari. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah yang akan memasukinya? Nabi SAW telah bersabda: Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk. (HR Tirmizi)


‎"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.


Dari Umar ibn Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana memberi rezeki kepada burung-burung. Mereka pergi dipagi hari dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang. (HR Tirmizi)

Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memelihara dua nak perempuan dengan baik, dia dan aku akan bersama di dalam syurga seperti dua anak jari ini. Sambil berkata demikian baginda mengisyaratkan (dengan merapatkan) dua anak jarinya. (HR Tirmizi)

No comments:

Post a Comment