Dakwah
To Non Muslim
Oleh
Al-fadhil
Ustaz Wan Abu Laibah1
Tenaga
pengajar di Madrasah Miftahul Ulum,Hulu Langat.2
Usaha dakwah adalah suatu usaha yang ahsan, afdhal,
a'zam, a'la dan aufaq bis-sunnah. Allah swt sendiri merupakan perintis kepada
kerja ini seperti mana firman-Nya :
Ertinya : “Dan Allah menyeru
manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa (syurga)”.(Q.S Yunus ayat 25)
Dakwah adalah perkataan masdar
bahasa arab dari Da,a Yad,uu Da,watan yang bermaksud menjemput atau mengajak.
Sekiranya kita mengajak kepada Allah,maka itu adalah dakwah ilallah,sekiranya
mengajak pada maksiat,itu dipanggil dakwah ilal munkar.Syaitan juga berdakwah,tapi
mereka berdakwah kepada neraka jahannam.
Firman Allah SWT:
Ertinya : “Dan nescaya aku
(syaitan) akan menyesatkan keseluruhan mereka semua (manusia).” (QS Al-Hijr
ayat 39).
Fadhilat dakwah telah dituliskan
secara terperinci oleh Syeikh Zakaria al-Kandhalawi Rah3, dalam kitabnya Fadhail Amal4 bahagian Fadhilat
Tabligh.Masing-masing pendakwah mereka mendakwa sedang berdakwah mengikut uslub
masing-masing. Politikus dengan politiknya, penulis dengan hasil tulisannya,
penjihad dengan senjatanya, penceramah dengan ceramahnya, penasyid dengan
nasyidnya hatta penyanyi rock juga mendakwa kami pun berdakwah dengan cara kami
sendiri. Kira-kiranya Faqir sebenarnya
sedang berdakwah mengguna
internet. Tapi perlu diingat! uslub yang manakah yang dimatlub oleh Allah dan
Rasul? , yang bagaimanakah akan mendapat nusratullah? dan yang bagaimanakah
yang akan menjadi asbab hidayah seluruh alam sehingga ke hari qiamat?. Ingat!
kalau kita seorang peniaga, dan sememangnya pekerja agama adalah seorang
peniaga yang membuat satu perniagaan yang tak pernah rugi sepertimana yang
firman oleh Allah swt :
Ertinya :” Wahai orang-orang yang
beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu
dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.(QS As-Saff ayat 10).
Semua ummah adalah pembawa
produk, produk kita adalah kalimah dan mafhum kalimah dan pasaran target kita
adalah seluruh ummat muhammadiyyah sehingga bayi yang terakhir sebelum
berlakunya qiamat.Baik,kalau manusia hari ini fikir mereka genius, IQ
tinggi,jadi mereka dakwah pakai internet macam yang Faqir buat ni adakah ianya
akan tersebar ke seluruh umat dan telah mencapai target sasaran market? mungkin
sampai ke seluruh alam, tapi adakah akan sampai kepada bayi yang terakhir
sebelum qiamat? Jawapan nya tidak sama sekali. Sepertimana Zat Allah adalah
Wara-ul-wara (tiada penghujung) begitu juga kerjaNya dalah wara-ul-wara.
Sepertimana aqal tidak sampai untuk memikirkan Zat Allah Taala, begitu juga
kita sama sekali tidak terdaya untuk memikirkan metodologi kerja ini. Yang
mampu kita buat adalah buat kerja betul-betul seperti tertib yang ditunjukkan
oleh Nabi Saw dan yang dicanangkan oleh ulamak Rabbani yang mempunyai mata
hati.Kemudian tugas untuk menyampaikan hidayah adalah tanggungjawab Allah Azza
wa Jalla yang mana di tangan-Nya lah segala petunjuk dan hidayah.
Allah Taala menyebut dalam Al-Quran
:
Ertinya : “Kalaulah
Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan
beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari
masing-masing)”.(QS Surah As-Sajdah ayat 13).
Oleh sebab tu lah, di antara
maqulah Mufti Zainal Abidin Rah5,
khulasah bagi kerja dakwah adalah bahawasanya pada siang hari kita menyelam di
dalam lautan ummat, mengajak manusia dan memujuk rayu mereka kepada Allah dan
di malam hari menangis dan memujuk rayu rahmat dan hidayat Allah kepada
manusia. Usaha kita di siang hari walau bagaimana hebatnya sekalipun,itu
hanyalah satu peratus saja, selebihnya hendaklah kita berusaha keras dengan
menangis di hadapan Allah pada malam hari. Sebenarnya penglibatan kita dalam
usaha ini adalah suatu penghargaan dari Allah untuk kita sendiri. Allah Taala
satu zarrah pun tidak berhajat kepeda kita kerana sifat-Nya adalah Al-ghaniy
(Zat yang maha kaya ).
Sesetengah manusia mengisykalkan
bahawa kalau nak ikut tertib nabi kena buat dakwah pada non-muslim lah,baru
sunnah.Jawapannya Faqir tengah tulis sekarang ni bahawa muslim atau non muslim
kedua-duanya adalah target market kita.Kita buat dakwah bukan guna aqal kita,
setiap sesuatu ada permulaannya, kalau tidak masuk darjah satu,masakan mungkin
lompat terus ke darjah enam.Maulana Ilyas Rah6 pernah berkata bahawa 2 jam setengah, 3 hari setiap
bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan itu adalah aliif baa taa kerja ini,
maknanya itu baru tingkat ibtidaiyyah (permulaan).
Cuba kita renung usaha dakwah dan
tertib yang dianjurkan oleh ulamak untuk kerja dakwah di malaysia. Kalau
dulunya di peringkat pengenalan, kita digula-gulakan dengan fadhilat kerja ini.
Kalau bayan tu hanya bab fadhilat kerja ini. Kini ianya bukan setakat kelebihan
saja, malah ditarghib untuk menjadikan kerja ini sebagai maksud hidup. Kini
tertib ditambah lagi dengan 8 jam sehari, 10 hari setiap bulan, 4 bulan setiap
tahun. Ertinya kerja sedang bergerak. Satu ketika nanti,mungkin tertib akan
bertambah lagi kepada 15 hari sebulan, dan 6 bulan setiap tahun dan sedikit
masa lagi tidak mustahil jika ditasykil maut yakni tarikh perginya ada tapi
tarikh wapsinya tak ditetapkan. Waktu itu masa untuk dakwah non-muslim telah
tiba.Ikut tertib nabi bermakna ikut tertib yang dicanangkan oleh ulamak rabbani
yang telah membuat pengorbanan yang tinggi dalam kerja ini.
Sepertimana Hadis nabi ada
menyebut,Ertinya : "Sembahyanglah kamu sepertimana kamu lihat aku
sembahyang". (Riwayat al-Bukhari) .
Bagaimana kita nak sembahyang
sedangkan kita tak pernah melihat Nabi Saw sembahyang?Maknanya kita hendaklah
belajar sembahyang dari alim ulamak yang belajar kaifiat sembahyang Nabi dari
dada ke dada bersambungan sanad sehingga kepada Nabi Muhammad Saw. Begitu juga
jika kita mahu ikut tertib Nabi. Ulamaklah yang mengetahui maksud sebenar
Al-Quran dan hadis-hadis Nabi berkaitan dengan kerja ini.
Si fulan yang telah mendakwa dia
telah berkorban selama lebih 30 tahun dalam kerja ini adakah boleh menandingi
ulamak-ulamak Nizamuddin yang mewakafkan seluruh hidup mereka untuk kerja ini
seperti Maulana Ilyas Rah, Maulana Yusof Rah, Maulana InamulHassan Rah 7atau yang masih ada seperti
Maulana Ahmad Lath Hafidzahullah, Maulana Ibrahim Hafidzahullah, Maulana Saad
Hafidzahullah dan Maulana Zubir Hafidzahullah8? Tidakkah Si fulan itu membaca di dalam kitab
Fadhail Amal ada di tulis bahawa syarat untuk seseorang itu menafsirkan sesuatu
ayat Al-Quran mestilah menguasai 15 ilmu dan yang terakhir barulah ilmu wahabi
(bukan puak wahabi) atau di sebut ilmu Laduni. Baiklah, kalau kita taslim
bahawa dia telah dianugarahkan dengan ilmu Laduni, bagaimana pula dengan syarat
lain?Berbanding dengan ulamak yang disebutkan tadi mereka mempunyai cukup
syarat zahiri dan batini.Maka keputusan yang dibuat oleh mereka merupakan ijmak
ulamak9.
Nabi Saw bersabda :
Ertinya :” Sesungguhnya, umatku tidak akan
bersepakat di atas kesesatan.” (Riwayat Imam Ibnu Majah).
Faqir tidak mahu menyentuh
tentang profesion si fulan, bukan maksud Faqir untuk menghina Si fulan
(Auzubillah), tapi kalaulah si fulan itu seorang ulamak yang haq sekali pun,
dia telah keluar dari Jumhur ulamak.Dan ingat! kambing yang keseorangan
sentiasa dibaham oleh serigala yang ganas. Kalau hendak mengikut Nabi Saw dan
para Sahabat R.hum, perhatikan apa yang mereka buat apabila berlaku
perselisihan?.
Maulana Yusof Rah 10telah meninggalkan Kitab
Hayatus-Sahabah kepada kita dan dari sini lah terdapat tertib kerja Nabi yang
digarapkan oleh ulamak. Dalam kitab Hayatus Sahabah ada ditulis bahawa ada
seorang sahabat yang telah merungut kerana Amirul Mukminin Sayyidina Osman R.hu
kerana bersembahyang 4 rakaat di Mina. Katanya demi Allah aku melihat Nabi Saw
bersembahyang 2 rakaat sahaja di sini, kemudian beliau bangkit dan sembahyang
dua rakaat juga.Seorang sahabat yang lain telah bertanya, tadi kamu cakap lain
dan sekarang kamu sendiri sembahyang 4 rakaat mengikut Sayyidina Osman R.hu.
Jawab sahabat itu " Khilafun Syarrun Aziimun ". Yakni perselisihan
itu adalah keburukan yang besar.Hal ini adalah tertib Nabi Saw dan para Sahabat
R.hum dan inilah yang patut dicontohi oleh si folan itu yang mahu mengikut
tertib Nabi Saw.Bukannya dengan mufarraqah dan membuat tertib sendiri dengan
anggapan beliau berada di pihak yang haq.Si fulan telah mengqiaskan
mufarraqahnya dengan fardu solat bila imam membuat silap,maka makmun dikehendaki
mufarraqah. Jawapan pertama adalah qias beliau adalah qias ma'al fariq
(qias-yang tidak boleh dipakai). Qias itu adalah qias A'la bil adna. Kita tidak
boleh mengqiaskan suatu yang besar darjahnya dengan benda yang darjahnya lebih
kecil. Kerja dakwah adalah besar darjahnya berbanding sembahyang. Keduanya di
dalam solat hanya terdapat satu imam yang perlu diikut berbanding dengan
situasi si fulan yang diputuskan oleh ijmak syura dunia.
Ianya bukanlah diputuskan oleh
Maulana Saad al-Kandhalawi 11keseorangan,sudah
tentu mereka bermesyuarat untuk memutuskan kes ini. Jadi menentang keputusan
ini adalah menentang keputusan ijmak ulamak ummat sekaligus menentang Allah dan
Rasul.
Dalam Al-Quran ada di sebut :
إِ
Dan hendaklah ada di antara kamu
satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji).(QS Surah A-li 'Imraan ayat 104).
Al-Imam Hafiz Ibnu Katsir Rah 12di dalam tafsirnya Tafsir Ibnu
Katsir menulis bahawa Abu Mardawiyyah rah meriwayatkan dari Abu Jaafar Baqir
rah bahawa setelah Rasulullah SAW selesai membaca ayat tersebut, baginda
menjelaskan bahawa al-khair adalah ittiba' Al-Quran dan sunnahku.(Tafsir Ibnu
Katsir).
Imamul Mufassirin, Hazrat Ibnu
Abbas R.huma telah menafsirkan al-khair sebagai as-sulh wal-ihsan (pendamaian
dan kebaikkan), menafsirkan al-makruf dengan at-tauhid dan ittiba' Muhammad SAW
serta al-munkar dengan al-kufr wa-syirk dan tark ittiba' rasul
(kekufuran,kesyirikan dan meninggalkan ittiba' Rasul). (Tafsir Ibnu Abbas).
Tidak ada seorang ulamak pun yang
mengkhaskan al-khair atau al-makruf dengan mengajak kepada kalimah,kalau adapun
yang menyebut bit-tauhid atau bil-iman ianya tidak mengeluarkan mengajak orang
Islam kepada mafhum kalimah dan meningkatkan iman.Hal ini adalah maksud yang
diberiitahu oleh Maulana Ilyas Rah.Sekiranya usaha ini ada nama nescaya aku
menamakanya sebagai Tahrikul-Iman.Jadi bagaimana mungkin si fulan dan
pengikut-pengikut nya mendakwa Masyaikh di Nizamuddin tidak mengamalkan
Al-Quran dan Sunnah.Usaha ini mempunyai dua syukbah iaitu dakwah ilal-iman dan
dakwah ilal-islam. Sekarang ini usaha sedang bergerak dan sedang melalui
syukbah yang pertama dan insyaallah akan mencapai kepada syukbah yang ke
dua.Masa dan waktunya akan tiba.Yang menjadi bahayanya apabila kita terlampau
berlebihan dan terus melangkau ke syukbah yang ke dua sebelum melintasi syukbah
yang pertama.
Bagaimana sehingga sanggupkah si
fulan melekehkan kerja yang dibangkitkan kembali oleh Maulana Ilyas Rah dengan
menamakan usaha ini sebagai sebuah Pergerakan Tariqat India.Perlu diketahui
bahawa usaha tariqat juga bukanlah usaha khurafat yang boleh dihina dan
diremehkan.Usaha ini juga adalah usaha Nabi Muhammad Saw,cuma ianya bukanlah
maksud kerja dakwah malah keperluan kepada setiap pekerja dakwah.Setiap
pergerakan tariqah yang muktabar di sana mempunyai sanad yang bersambungan
terus kepada Nabi Saw. Adakah masyaikh kita yang tidak terlibat dengan tariqat?
,jawapanya ialah tidak kerana bermula dengan Maulana Ilyas sehinggalah masyaikh
yang masih ada kini hampir kesemua mereka ada berbaiat di tangan Syeikh-syeikh
yang mursyid. 13Tapi itu tidaklah bermakna bahawa
usaha ini adalah satu lagi pergerakan tariqat, kerana kerja ini adalah
berlainan dengan tariqat dari segi metodnya tetapi sama dari segi visinya iaitu
takluk maal-Allah.Bahkan ketiga-tiga gerak kerja iaitu Dakwah, Taklim dan
Tazkiah adalah merupakan himpunan kepada kerja Anbiya A.S.
Allah Swt menjelaskan di dalam
firman-Nya :
Ertinya : “Sesungguhnya Allah Swt
telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia
mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(dakwah) (kandungan Al-Quran yang
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka(tazkiah)
(dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah(taklim) (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat)”.(QS Surah
A-li 'Imraan ayat 164).
Ulamak kita telah dikurniakan
oleh Allah Swt dengan Tafaqquhat fi-ddin (kefahaman agama) yang tinggi
disebabkan kealiman dan ketaqwaan mereka diserta dengan pengorbanan mereka di
dalam medan dakwah. Merekalah golongan yang dapat memahami Perintah Allah dan
Sunnah Rasulullah di kala dan waktu ini.Apabila Imam Abu Yusof rah datang
menziarahi gurunya Imam Abu Hanifah rah, gurunya telah memerintahkannya untuk
mengimami solah Subuh di waktu matahari hampir keluar disebabkan
kelewatan..Imam Abu Yusof rah bangkit mengimami solah dengan membaca surah
al-falaq pada rakaat yang pertama dan surah an-nas pada rakaat yang ke
dua,Setelah selesai sembahyang Imam Abu Hanifah telah berkata bahawa syukur
bagi Allah swt yang telah mengurniakan kefahaman agama kepada kamu.
Jadi setiap tertib yang dibuat
oleh ulamak kita dibuat oleh mereka yang yang memiliki tafaqqihat fi-ddin
dengan pandangan mata hati yang tinggi.
Nabi saw telah bersabda :
Ertinya : “Takutilah Firasat
orang muknin, sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah”.(Riwayat Imam
Tirmizi).
Apabila Jemaah Syura telah
memutuskan supaya sifulan berhenti dari kegiatannya, keputusan itu dibuat
dengan pandangan cahaya Allah, walaupun kegiatan yang dilarang itu adalah
perintah Allah.Di dalam riwayat Imam Al-Bukhari ,tidakkah Rasulullah Saw pernah
memerintahkan sahabat supaya memboikot tiga orang sahabat iaitu (ka’ab bin
malik r.hu, Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri r.hu dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi
r.hu) yang tidak menyertai perang tabuk?. Dalam tempoh itu mereka dilarang
untuk menyertai mana-mana amalan ijtimai termasuk rombongan jihad. Apakah
tindakan dan sunnah mereka itu? Adakah mereka mufarraqah dan bertindak
menubuhkan Jemaah yang lain untuk berjihad? Amalan mereka hanyalah menangis dan
bertaubat di depan Allah Swt sehinggalah taubat mereka diterima Allah Swt.
Mereka tidak bertindak dengan mufarraqah dengan Nabi Saw dan para sahabat R.hum
Ajmain. Faqir tidak dapat membayangkan apa tindakan Allah Swt kelak terhadap si
fulan yang melanggar keputusan yang dibuat oleh ulamak yang bermata
hati.Kalaulah si fulan bertindak dengan bertaubat nasuha seperti kesah tiga
orang Sahabat itu, tidak mustahil larangan itu akan ditarik balik oleh Syura.
Isykal yang dibuat oleh si fulan
terhadap Masyaikh samalah isykal yang dibuat oleh mereka-mereka yang yang
mengatakan mengapa Orang Tabligh tidak berpolitik@membentuk kerajaan?, mengapa
tidak berjihad? Jika seandainya Masyaikh membenarkan kita untuk berdakwah
kepada non-muslim sekalipun, adakah kita telah menunaikan keseluruhan perintah
Allah dan sunnah Baginda Saw? Bukankah perintah jihad itu juga adalah perintah
Allah?.Berapa banyak ayat-ayat jihad dalam Al-Quran dan Hadith, adakah kita
perlu melepaskannya begitu saja tanpa mengamalkannya selepas berdakwah kepada
non-muslim?,Jawapannya adalah masa belum sampai kerana kerja ini sepertimana
banyak yang tersurat masih banyak lagi yang tersirat yang kita tidak mudah
fahami.
Mansya Masyaikh bukanlah mansya
peribadi, tapi ianya adalah mansya Allah dan Rasul sepertimana yang dikatakan
oleh seorang Cikgu (seorang karkun awwalin) semasa Faqir bermuzakarah dengannya
di suatu tempat.Tidakkah si fulan belajar Asbabun-Nuzul surah Abasa? Mengapa
Allah Swt menurunkan surah ini? tidakkah si fulan ada belajar? Ji ha, Faqir
sendiri akan menjelaskan bahawa asbabun-nuzulnya adalah ketika Rasulullah Saw
sedang ghairah berdakwah kepada pemuka-pemuka kafir Quraish di antaranya Abu
Jahal Bin Hisyam, Utbah Bin Rabiiah dam Walid Bin Mughirah, datang seoarang
sahabat Nabi Saw yang buta bernama Abdullah Ibnu Maktum R.hu dan mengucapkan Ya
Rasulullah!
" Allimni mimma allamakallah
" yakni " Ajarilah aku dari apa yang diajari Allah kepada
kamu".Rasulullah Saw bermasam muka dan berpaling wajah darinya.Maka Allah
Swt tidak menyukai akan kelakuan ini lalu menegur dengan menurunkan Surah Abasa
hingga kepada ayat :
Ertinya : " Sama sekali
tidak! ini adalah satu peringatan ".
Ulamak menulis bahawa khulasah
daripada kisah ini adalah dakwah kepada orang yang bertalab adalah lebih afdhal
dari dakwah kepada ghir talab.Abdullah ummu Maktum R.hu adalah seorang sahabat
yang sudah lama memeluk Islam dan sangat bertalab kepada ajaran Islam dan
penyucian diri.Hal ini digambarkan sendiri dengan ayat :
Ertinya :"Apakah kamu tahu
mungkin dia datang untuk menyucikan diri”.
Berbanding dengan Pemuka Quraish
yang belum tentu ikhlas dalam mendengar dakwah Nabi Saw. Allah swt sendiri
menggambarkan keadaan ini dengan menyebut :
" Ertinya " : "
Adapun mereka yang tidak berhajat ".(Kisah ini boleh di rujuk di dalam
kitab Tafsir Ibnu Katsir).
Di sini dapat diketahui bahawa
tidak semestinya dakwah kepada non muslim wajib dan dituntut setiap keadaan,
ada kalanya ianya perlu ditakhirkan.Hal inilah adalah merupakan salah satu daripada
pegangan Masyaikh kita yang mana mereka tidak membuat tertib atau keputusan
yang membuta tuli tanpa memikirkan hikmah dan muslihatnya.
Allah swt telah menjanjikan
bahawa akan meliputi dunia ini dengan Islam sepertimana firman-Nya :
Ertinya : " pasti dan pasti
Dia akan menzahirkan agama (Islam) secara keseluruhannya "(QS Surah
As-Saff ayat 9).
Dan Allah sama sekali tidak akan
memungkiri janji-Nya. Dalam surah An-Nasr Allah SWT menyebut
Ertinya : “Apabila datang
pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya
menguasai negeri Makkah)”.(QS Surah An-Nasr ayat 1).
Jadi kerja kita adalah usaha
untuk menarik pertolongan Allah Swt. Sekiranya kita buat dakwah kepada
non-muslim tetapi dengan melanggari tertib, maka tindakan kita itu akan
mendapat kemurkaan Allah Swt dan bukannya nusratullah. Apabila usaha ini
mendapat pertolongan Allah, waktu itu kita akan melihat manusia
berbondong-bondong akan datang kepada Islam. Hari ini ketika tertib masih lagi
kepada muslim pun, di Eropah sana setiap hari ratusan manusia mendapat hidayah.
Hal yang demikian adalah usaha
dan doa kita disini dengan tertib yang betul.Semasa perhimpunan Ulamak yang di
adakan di Kota Bharu bulan lepas,(Februari,2010),seorang ulamak Thailand telah
mengkarkuzarikan bahawa kerja dakwah di Thailand sedang meningkat maju ketika
ini dengan penglibatan ulamak-ulamak dan pelajar-pelajar pondok.Hampir 50 buah
pondok yang mana Mudir beserta palajarnya terlibat dengan usaha Dakwah &
Tabligh. Karkun dipandang tinggi dan mulia di sana. Kerajaan Thailand dari
semasa ke semasa sentiasa menghantar askarnya dan kakitangannya yang Islam ke
markaz Yala untuk tujuan pengislahan diri. Sekarang ini kerajaan mereka sedang
merangka satu undang-undang supaya membolehkan kakitangan kerajaan yang
beragama Islam yang mahu keluar 40 hari untuk diberi cuti bergaji.Subhanallah!
tidak hairan satu ketika nanti negara Thailand akan menjadi Negara Islam
terkemuka di Abad ini.Hal ini semua adalah merupakan berkat membuat usaha
dengan penuh taat dan bermesyuarat.
Kalau nak ikut tertib sebenar
para sahabat R.hum, mereka telah mewaqafkan seluruh hidup mereka kepada usaha
agama.Di zaman mereka takaza agama dibentang dimana dan pada bila-bila masa
sahaja. Apabila seruan Hayya Alal Jihad dilaungkan mereka akan menjawab
"labbaik" pada bila-bila masa hatta diwaktu perkahwinan
sekalipun.Tertib mereka adalah bukan 40 hari, bukan 4 bulan dan bukan setahun,
tetapi sekali mereka keluar, tarikh wapsi 14tidak
ditetapkan, samaada mereka memperoleh kemenangan ataupun gugur sebagai syahid
di medan perang. Mereka bukan sekadar dakwah kepada Abu Jahal dan Abu Lahab
sahaja, malah mereka bertebaran ke seluruh alam. Kalau benar si fulan
kuncu-kuncunya begitu ghairah untuk buat dakwah kepada non muslim, mereka
sepatutnya membentuk jemaah ke US, France, German dan keseluruh negara
Kufuristan.Bukan hanya berpuas hati kerana iman yang telah meningkat lantaran
ajak Ah meng dan Ramasamy masuk Islam di Greenwood15 sahaja.
Para Sahabat R.hum,jika mereka
keluar,mereka akan keluar dengan akhlak Rasulullah Saw. Dakwah mereka adalah
akhlak yang mulia. Slogan mereka adalah Kun Mislana (jadilah kamu macam
kami).(Hayatush Sahabah).
Kalau slogan yang sama diucapkan
pada orang kafir hari ini, nescaya mereka akan menjawab, nak ikut kamu jenis
yang macam mana? Yang macam UMNO ke atau yang macam PAS? Kalau kita jawab tak,
ikut kami orang Jemaah Dakwah & Tabligh, pun mereka akan Tanya Jemaah
Dakwah &Tabligh yang mana satu, Jemaah Dakwah & Tabligh pro-India ke
Jemaah Dakwah & Tabligh pro-Pakisatan? Apa kita nak jawab?.
Faqir masih ingat sewaktu Faqir
berumur 12 tahun dan waktu itu kami telah keluar di sebuah kawasan Siam di
Tumpat Kelantan. Seorang karkun yang jenis tak ikut tertib (semoga Allah
mengampuninya) telah membawa Faqir dengan motosikalnya dan telah masuk di
kawasan tokong siam yang mempunyai patung besar yang sedang tidur dengan niat
untuk berdakwah kepada sami siam. Faqir masih ingat dialog mereka berdua.
Karkun itu berkata ringkas " Lu masuk Islam la! Lu akan berjaya dunia
akhirat". Sami itu dengan pantas menjawab dengan dialek siam-kelatenya
" Buat apa aku masuk Islam, orang kami minum arak, lu orang pun minum,
orang kami main judi lu oarang pun sama main, orang kami main perempuan, lu
orang pun main perempuan, apa beza kita?".Hal demikianlah haqiqatnya
amalan keseluruhan kita.Hal ini tidaklah bermaksud Faqir berpendapat bahawa
mesti amalan orang Islam keseluruhannya elok dulu, baru boleh ajak pada
Islam,tidak.Tapi itulah realitinya.
Akhir sekali bukanlah maksud
Faqir untuk berlawan blog dengan si fulan itu.Harapan Faqir agar seluruh ummat
amnya dan rakan seusaha khasnya sedikit dapat mengetahui haqiqat sebenar kerja
dakwah. Kepada si fulan dan kuncu-kuncunya, cuba bawak bertenang dan cuba
tafakkur sejenak dan renung dalam-dalam adakah betul tindakan yang kita buat
selaras dengan kehendak Allah dan Rasul? Cuba sabar dan jangan ikutkan selera
dan nafsu. Sembahyanglah hajat banyak-banyak semoga Allah Swt memberi petunjuk
sebenar. Banyakkanlah doa " Allahumma Arinal Haq Haqqan war zuqnat
ttibaa'ah wa arinal Baatila Baatilan war zuqnajtinaabah " Ya Allah!
Tunjukkanlah kami benda yang haq itu haq dan berikan taufiq kepada kami untuk
mengikutinya, dan tunjukkanlah pada kami batil itu batil dan berilah taufiq
untuk kami menjauhinya ".
" Allahummajmak Ummata
Muhammad SAW, waghfir Ummata Muhammad SAW ". Amiin!!
Artikel
ini telah izin diterbit oleh al-fadhil Ustaz Wan Abu Laibah sendiri dengan
suntingan oleh Saudara Fuad Akmal Bin Mohamad Zahir.Semoga ianya bermanfaat
buat kita semua.__
1 Merupakan tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum,Hulu
Langat,Selangor dan juga merupakan lepasan Daurah Hadith sebuah Madrasah di
Pakistan.
2 Cawangan Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling,Selangor.
3 Syeikhul Hadith yang telah mengarang lebih 80 kitab-kitab hadith
seperti Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, al-Abwab wa at-Tarajim li-Sohihi al-Bukhari dan lain-lainnya.
4 Kitab Fadhilat Amal adalah kitab karangan Syeikhul Hadith
Syeikh Zakaria al-Kandhalawi yang dibaca (dalam taklim kitabi) oleh Jemaah
Usaha Dakwah & Tabligh selain Zaadul
Ma'ad oleh Ibnu Qayyim, Hayatus Sahabah oleh Maulana Yusuf al-Kandhalawi, Muntakhabah
al-Ahaadith oleh
Maulana Yusof al-Kandhalawi dan Maulana Saad al-Kandhalawi,Riyadhus Salihin oleh Imam Nawawi,al-Targhib
Wa al-Tarhib oleh Imam
al-Munziri dan al-Adab al-Mufrad oleh Imam al-Bukhari.
5 Seorang Masyaikh Dakwah & Tabligh di Pakistan dan juga Mudir
Madrasah Darul Uloom,Faisalabad (Pakistan).
6 Seorang Ulama Hadith yang mengarang kitab Al Abwabul Muntakhabah min Miskatil Masabbih dan Amir Usawah Dakwah & Tabligh.
7 Kesemua nama ini adalah amir bagi Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh
yang bermukim di Markaz Nizamuddin,India.
8 Kesemua nama ini ialah merupakan Masyaikh Jemaah Usaha Dakwah &
Tabligh yang bermukim di Markaz Nizamuddin,India.
9 Ijmak Ulamak di sini ialah Ijmak di sisi Ulama dalam Jemaah Dakwah
& Tabligh.
10 Seorang Ulamak Hadith yang telah mengarang beberapa buah kitab seperti
Hayatus Sahabah, Amani
Al-Ahbar Fi Sharh Ma'ani Al-Athar dan Muntakhab Ahadith.Beliau juga merupakan Amir kedua Jemaah
Dakwah & Tabligh.
11 Beliau merupakan barisan Syura Jemaah Dakwah & Tabligh.Beliau juga
merupakan cucu kepada Maulana Yusof Al-Kandhalawi.
12 Ismail bin Katsir (gelaran lengkapnya Ismail bin 'Amr Al-Quraisyi bin
Katsir Al-Bashri Ad-Dimasyqi, Imaduddin Abu Al-Fida Al-Hafizh Al-Muhaddits
Asy-Syafi'i) adalah seorang pemikir dan ulama Muslim. Namanya lebih dikenali
sebagai Ibnu Katsir.Ianya lahir pada tahun 1301 di Busra, Syiria dan wafat pada
tahun 1372 di Damaskus,Syiria.
13 Kebanyakan Ulamak-ulamak di benua Hindustan rata-ratanya merupakan
pengamal Tariqat Chisytiyyah yang mana mempunyai sanad yang bersambungan terus
kepada Nabi Saw.
14 Tarikh berangkat pulang dari kerja dakwah.
15 Nama salah satu tempat di daerah
Gombak,Selangor.
No comments:
Post a Comment