Search This Blog

Saturday, October 6, 2012

ADAB-ADAB MASUK / KELUAR TANDAS




1-masuk dengan kaki kiri
2-keluar dengan kaki kanan
3-tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran
4-duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat.
5-tidak menghadap atau membelakangi kiblat.
Haram bg yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan,menghadap atau membelakangi kiblat.
Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.
6-menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang.
7-Pilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang.
8-tidak menunaikan hajat:
-dalam air yang tidak bergerak atau mengalir,
-dalam lubang yang tidak diketahui isinya,
-tempat yang berangin,
-tempat berkumpul manusia,
-di jalanan,
-dibawah pokok berbuah
9-tidak bercakap
10-tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci
11-selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya
12-membaca doa ketika masuk dan keluar.
Diterjemahkan sepenuhnya dari kitab minhajuttolibin yang diajarkan oleh sheikh a’la di masjid a’mru bin a’ss di assofirah,iskandariah mesir.

ADAB-ADAB MASUK TANDAS
1. Doa sebelum masuk –Allah Humma Inni “Auuzubika Minal Khubsi Wal Khobais
2. Tutup kepala
3. Pakai selipar
4. Jangan terlalu di dalam tandas
5. Jangan bercakap-cakap di dalam tandas
6. Jangan membawa kalimah hadis atau Quran
7. Jangan mandi telanjang
8. Jangan makan dan minum
9. Jangan menyanyi dalam tandas
10. Jangan berkahak dalam tandas 11. Jangan kencing berdiri
12. Jangan melihat najis
13. Jangan melihat kemaluan
14. Jangan meludah pada najis
15. Jangan mengadap kiblat
16. Jangan membawa kalimah Allah atau Muhammad
17. Selepas kencing hendaklah berdehim
18. Masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
19. Jangan baca Quran dalam tandas
20. Selepas keluar baca doa – Alham dulillah Hil Lazi Azhaba Anil Aza Wa
Aafani

Untuk mengamalkan sunnah maka kita ambil daripada 3 bahagian ini.

1. Suurah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu gambaran luar, fizikal Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya menipiskan misai, menyimpan janggut, bersiwak, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dll.

2. Sirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perjalanan hidup Nabi s.a.w. daripada bangun tidur sehingga tidur semula. Asasnya, tidur cara nabi, makan cara nabi, masuk tandas cara nabi, perjalanan cara nabi, keluar masuk rumah cara nabi, berkenderaan cara nabi dan bersama isteri pun cara nabi. Banyak lagi adab-adab harian yang mengikut sunnah yang kita perlu sempurnakan.

3. Sarirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kerisauan nabi. Nabi fikir macam mana semua ummatnya masuk syurga. Fikir inilah yang perlu ada dalam hati semua orang mukmin.

3 comments:

  1. terima kasih…halalkan ilmu yg dishare

    ReplyDelete
  2. Allhamdullilah.terima kasih kongsi ilmu.In Sha Allah akan di amalkan

    ReplyDelete