Search This Blog

Sunday, October 14, 2012

Niat : sahaja aku simpan janggut ini kerana sunnah baginda saw (100 mati syahid), perintah Allah tunai




Hukum berkaitan dengan janggut masih menjadi perbahasan di kalangan umat Islam hari ini sedangkan hukumnya telah pun disepakati oleh ulama MUJTAHIDIN sekian lama.

Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi (rh);
“Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan” (al-Muhalla)
Di antara dalil yang dikemukakan oleh para ulama’ adalah berdasarkan hadis-hadis di bawah.

خا لفوا الشركين وفروا اللحي واحفوا الشوارب
Dari Ibn Umar (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Ibn Umar (ra) berkata bahawa “Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut.” (HR Muslim)

اعفوا اللحي وجزواالشوارب ولا تشبهوابا ليهود والنصارى
Dari Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani.” (HR Ahmad)

جزواالشوارب وارخوااللحى
Dari Abu Hurairah (ra) Rasulullah (saw) bersabda, “Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR Muslim)

لاتشبهوا با لاعاخم , اعفوا اللحى
Dari Ibn Abbas (ra) berkata: Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai ‘Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu.” (HR Al-Bazzar)

Mazhab Hanafi
Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)
Allamah Ibn Abidin (rh) berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)

Mazhab Maliki
Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)
Al-‘Adwi (rh) berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik (rh) bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)
Ibn ‘Abd al-Barr (rh) berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)

Mazhab Syafi’i
Imam Syafi’i (rh) dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”
Berkata Ibn Rif’ah (rh) dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i (rh) telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”
Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi (rh) bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”

Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).

No comments:

Post a Comment