Search This Blog

Monday, May 14, 2012

kebnrana akidah Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah

antara kebenaran pegangan Imam Al-Asy'ari Rah yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa Al-Asy'ari R.a...ketika turunnya ayat ini "Wahai orang yang beriman! sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya,yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang sungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demekiaan itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiap yang dikehendaki-Nya. Allah Maha luas limpaah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui (surah Al-Maidah : 54)

Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan dalam Kitabnya 'Tabyin kadzibi al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mutasdrak sebab turun ayat dia atas : Tatkala turun ayat ini, Rasulullah SAW bersabda : Mereka kaummu wahai Abu Musa dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda SAW kepada Abu Musa Al-Asy'ari....Imam Hakim menghukumkan hadith ini sohih ala Muslim.Hadith diatas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya,Ibn Abi Hatim,Ibnu sa'd dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haitami berkata rijal(perawi Hadith) hadith tersebut adalah sahih..

Al-Imam al-Qurtbi Rah berkata dalam dalam tafsirnya jilid . vI,halaman .220 : Al-Qushayri berkata "Maka para pengikut Abu al-Hasan Al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut..

Oleh yang demekiaan,Hadith ini adalah Busyra(berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah bahawa mereka sesuai dengan kaidah Rasulullah SAW,maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikut jalan mereka. Akidah Al-Asyairah dan Al-Matrudiyyah adalah akidah Kaum Muslimin daripada akidah kalangan al-salaf dan al-khalaf,akidah para khalifah dan sultan seperti Sultan salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih..

Al-Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda tentang Abu Musa al-Asy'ari dan Kaumnya . Rasulullah SAW bersabda : "Mereka daripada ku dan Aku daripada mereka (Kitab sohih Al-Bokhory: Kitab al-Maghaziy,Bab Quduuum Al-Asy.ariyyun dan wa Ahlal-Yaman)....dapat difahami daripada Hadith ini,bahawa Rasulullah SAW menegaskan kaum Abu Musa Al-Asy'ari R.a merukan kaum yang dikasihi dan diredhai oleh Allah Ta'ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka serta semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang Haq dan menghapuskan kebatilan...

tentang Sultan Salahuddin Ayyubi Raj..Al-Hafiz Jalaluddin Al-suyuthi (W.911 H),dalam KItabnya al-Waseil ila Ma;rifati al-Awaeil berkata : "ketika Sultan salahuddin Bin Ayyub memegang tampuk pemerintahan,baginda memerintahkan para Muazzin menggunmandangkan pada waktu tasbih(waktu sebelum masuk solat subuh) dengan al-akidah al-Asy'ariyyah,lalu para muazzin berterusan menyebutnya pada setiap malam hingga ke waktu ini...

5 comments:

  1. Imam syafie berakidah Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang punya soalan mcm juga kalau ditanya ; "Nabi Ibrahim a.s. dan lain lain Nabi a.s. tu Islam ke ?"
      Jawapannya, jawab le sendiri.

      Delete
  2. Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah dtg setelah Imam Syafie. priciple akidah2 ini InshaAllah di pegang oleh beliau, Imam Abuhanifah sendiri penah mnyebut sifat2 Allah seprti dalam mazhab2 akidah 2 di sebut diatas(rujuk Fiq Al-Akbar). maka Imam Syafie adalah anak murid kepada 2 org Anak murid Imam Abu Hanifah juga ulmak besar dalam mazhab Hanafi.

    ReplyDelete
  3. Ulama' ulama' Asya'irah dan Maturidiyah hanyalah membuat garis panduan, rumusan dan kesimpulan pemahaman akidah yg benar yg mudah diterima akal dan selari dgn nas nas Al Quran dan Hadis, bersesuaian dgn pegangan para Sahabat r.anhum. dan Tabi'in. Ini bg memudahkan umat yg dtg kemudian agar selamat dr kesesatan. Perlu diingat dizaman kedua Imam berkenaan golongan Muktazilah yg kuat berpegang dgn hujah akal sgt berpengaruh dlm masyarakat dan utk meluruskan masyarakat hujah mrk harus diatasi.

    ReplyDelete
  4. Tauhid sifat 20 atau tauhid tiga serangkai ( Uluhiyah, Rububiyah, Asma' wasSifah ) adalah kaedah mengenal Allah swt. Yg penting fahamannya betul tidak seleweng. Tidak mensyirikkan Allah swt samada dr segi DzatNya, SifatNya dan PerbuatanNya, tidak diada adakan tandingan tandingan (andadan) dan misalan misalan (amsal) bg Allah swt. Jgn sampai kerana perbezaan kaedah mengenal Allah swt sampai mengkafirkan sesama Ahli Syahadah.

    ReplyDelete