Search This Blog

Monday, May 28, 2012

Komentar Ulama Masjidil Haram: HARAM Berpakat Dengan Orang Kafir

Berikut ialah intisari wawancara wartawan Malaysia dengan Syeikh Dr Sulaiman Saloomi, ahli
majlis fatwa Masjidil haram. Kita selami dengan hati yang terbuka, minda yang sihat dan
wajah yang ceria.

1. Apa pandangan syeikh mengenai demonstrasi?
Demonstrasi jalanan mula dipelopori oleh Abdullah bin Saba’, seorang munafik yang asalnya beragama Yahudi. Dia menghimpunkan para revolusier dari Iraq, Syria dan Mesir lalu berarak ke Madinah. Dalam sejarah Islam mereka digelar pemberontak dan perbuatan mereka digelar ulama sebagai penggulingan di mana inilah kali pertama seorang Muslim menghunuskan senjata kepada Muslim yang lain. Maka, berlakulah pembunuhan Khalifah Uthman r.a. di rumahnya yang ketika itu sedang membaca al-Quran.

2. Adakah negara Islam menjadi matlamat Islam?
Objektif asas dalam Islam adalah ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah, mentauhidkannya dan mentaati Allah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Penubuhan Negara Islam bermula daripada usaha-usaha itu dan bukan menjadi matlamat utama. Kebanyakan dakwah Para Rasul tidak menghasilkan penubuhan sesebuah Negara tetapi memadai dengan beberapa orang di kalangan mereka yang beriman kepada Rasul tersebut. Allah SAW berfirman mengenai Nabi Nuh a.s. “ Maka tiadalah orang yang beriman turut bersama-samanya melainkan sedikit sahaja.”

3. Apa hukumnya kafir-mengkafir?
Sesiapa yang menggunakan pendekatan kafir mengkafir terhadap umat Islam, maka tuduhan tersebut kembali kepadanya. Dalam hadis mafhumnya, “Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya, ‘wahai kafir’, maka tuduhan itu kembali kepadanya.” Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Muslim untuk bersangka baik dengan saudara se-Islam dan bergaul dengan cara yang baik.

4. Apakah yang berlaku dalam senario politik hari ini menepati kehendak Islam?
Persepsi yang berlaku dalam scenario politik sekarang tidak Islamik. Bahkan ia satu fikiran politik yang sempit. Setiap ahli berusaha untuk membenarkan partinya serta mendakwa mewakili Islam yang sebenarnya. Adapun pandangan yang sebenar ialah berpaksikan al-Quran , as-Sunnah dan manhaj Para Khulafak ar-Rasyidin. Apa yang dituntut oleh dalil ialah memelihara persaudaraan Islam dan memilih mereka yang paling sesuai dan berkelayakan untuk memimpin ummah. Inilah politik umat Islam yang sebenarnya. Apa yang berlaku sekarang adalah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT, “Setiap parti/puak bergembira dengan apa yang mereka ada.” Perbuatan melampau, iri hati atau jumud kesemuanya membawa kepada kegagalan dan kelemahan ummah yang menyebabkan penguasaan musuh-musuh Islam. Barat bergembira dengan fenomena buruk ini di kalangan umat Islam bahkan mengambil kesempatan untuk melemahkan lagi umat Islam serta mempersendakan mereka.

5. Jadi, apakah perkara pertama yang perlu diselesaikan?
Pertama pertama yang perlu diselesaikan dahulu ialah supaya umat yang berpecah menjadi bersatu. Barulah agama lain akan mencontohi umat Islam yang bersatu padu. Dalam sejarah Negara Islam yang diperintah oleh mereka (umat Islam yang bersatu padu) menjadi bukti terbaik di mana golongan minoriti bukan Islam menghormati orang Islam apabila mereka melihat umat Islam bersatu padu.

6. Bolehkah berpakat dengan orang kafir?
Seorang Muslim tidak dibenarkan bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara se-Islamnya. Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam tidak akan mengundi parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu daripada hal keagamaan. Perbuatan ini mendatangkan bahaya kepada umat Islam. Allah berfirman yang bermaksud, “Patutkan kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) kitab Taurat dan Injil dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian itu antara kamu selain kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.”

7. Apakah cara yang betul memilih pemimpin?
Pendirian yang betul untuk memilih pemimpin ialah mencalonkan dan memilih pemimpin yang akan memerintah rakyat dengan adil dan saksama kerana langit dan bumi telah didirikan atas nama keadilan. Hendaklah dilihat dalam parti dan calon yang dipilih sesiapa antara mereka yang mendekati sifat-sifat itu. Jika boleh disepakati atau digabungkan antara parti-parti Islam, maka inilah sebenarnya yang hak, diterima akal dan bijaksana.
Dalam keadaan yang terdapat dua kemudaratan, pilihlah yang kurang mudarat iaitu kerjasama antara parti nasionalis dan parti Islam (yang sama-sama beragama Islam). Kerjasama ini hendaklah berasaskan Islam antara kedua-dua parti tersebut menurut kadar yang termampu daripada agama. Adalah HARAM bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam yang bertentangan dengan kaum Muslimin walau sebesar mana pun perselisihan antara mereka. Ini kerana kerjasama dengan parti-parti bukan Islam akan menjejaskan akidah Islam iaitu akidah wala’ (kesetiaan) saudara Muslim terhadap saudara seagama dan bara’ (penolakan) terhadap orang Islam dalam apa-apa jua keadaan.
(Sumber: Mingguan Malaysia, 27 Mei 2012)

pengambilan pelajar baru madrasah batu 40 sabak bernam utk sesi jun 2012.

pengambilan pelajar baru madrasah batu 40 sabak bernam utk sesi jun 2012.
madrasah maulan sharif musa..
untuk maklumat lanjut sila rujuk.. http://mt-darulitqan.blogspot.com/

Wednesday, May 23, 2012

Laporan sebahagian Ijtimak KL 2012

Fasa pertama Ijtimak telah pun berakhir.Kesibukan melampau menjadi sebab blog ini lama tidak ter'update'.
Rombongan ulama dan orang lama dalam usaha dakwah dan tabligh telah pun bergerak ke Sri Iskandar,Perak dalam siri ijtimak di sana pula.
Subhanallah,jangkaan 20,0000 umat Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah hadir pada ijtimak kali ini.
Dengan kepanasan yang membahang,kekurangan air untuk mandi dan wuduk, masjid yang sesak, dan pelbagai lagi kesulitan amat memedihkan nafsu yang selalu cuba tidak pernah rasa untuk senang.
Mudah-mudahan dengan sedikit kesusahan ini,Allah Taala menerimanya agar adanya amalan di dunia yang diterima untuk ditunjukkan kepada Allah.
Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Bayan mula pada hari Sabtu,selepas Asar.
Bhai Farouq,eldest daripada India diputuskan untuk bayan Asar.
Dan bayan Bhai Farouq berkisar tentang kepentingan 5 amal masjid.Diterjemahkan oleh syura Malaysia,Sheikh Mydin.
Dan beliau menerangkan bagaimana untuk buat kerja dakwah mengikut cara yang dikehendaki oleh masyaikh.

Apa yang paling aku ingat ialah,
"Kita kena jaga anak-anak muda.Kalau kita tidak jaga,maka mereka akan jadi penyebar kesesatan."

BAYAN MAGHRIB

Bayan Maghrib pada malam itu dibayan oleh Maulana Qasim.Amir jemaah yang bergerak dalam tour ijtimak-ijtimak di Malaysia.

Bayan Maulana sangat menyentuh jiwa qalbu,apabila beliau menceritakan tentang si jantung hati,Habibil Mustafa Salallahu A'laihi Wasallam.
Kehidupan Nabi Salallahu A'laihi Wasallam dibongkar pada malam tersebut.
Dan cerita itu dihikayatkan kepada kami untuk diambil pengajarannya.
Bahawa piawaian kejayaan disisi Allah bukan terletak pada dunia yang hina.
Akan tetapi pembawaan agama yang sempurna yang diterjemahkan dalam kehidupan kita.

Kata Maulana Qasim, sekiranya kejayaan Allah letakkan di dalam dunia,harta dan sebagainya,
maka makhluk yang paling layak untuk dapatkan kejayaan ini ialah Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam.
Akan tetapi apabila kita melihat pada kehidupan Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam maka kita lihat kehidupan beliau susah. Rumah yang kecil. Kelaparan membelenggu rumah Nabi selama 2 bulan. Hanya makan tamar dan air sahaja untuk dialas perut mereka. Tidak ada minyak sapi. Tidak ada sumber lain.

Maulana berkata, hari ini ibu bapa fikir mahu menyenangkan anak mereka. Tidak mengapa ibu bapa susah,akan tetapi anak-anak biarlah senang.
Lihatlah kepada kehidupan wanita syurga,Fatimah radhyiallahu anha.
Satu ketika Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah bertandang ke rumah beliau bersama seorang sahabat.
Fatimah tidak membenarkan ayahandanya Salallahu A'laihi Wasallam bersama sahabat yang mengiringi kerana tidak ada pakaian yang sempurna untuk ditutup di hadapan lelaki ajnabi.

Allahu Allah!

Maulana Razif menterjemahkan bayan Maulana Qasim begitu baik sekali.

BAYAN ULAMA

Alfaqir sebenarnya rasa tak layak untuk duduk dalam bayan khas untuk ulama. Nak duduk pada halqah IPT dah graduate pula. Terjumpa rakan seusaha dari Batang Kali,duduk-duduk datang pula laki Akak Rockers,
"Eh ustaz kena duduk dalam bayan. Meh aku bawak. Aku pun nak dengar apa yang Maulana pesan"

Alfaqir hanya setuju dan ikut sahaja si Angah.Bayan diadakan di bilik mesyuarat Malaysia.
Tapi yang masuk hanya alfaqir.Eh eh mana pulak si Angah ni.

Duduk la alfaqir keseorangan.Ternampak pula Ustaz Gunawan, Ustaz Umar dari Batang Kali.
Ada juga pengajar Sri Petaling yang duduk sekali.
Ada Maulana Ali, Maulana Hamzah dan lain-lain.
Bayan Ulama disampaikan oleh Maulana Umar. Diterjemahkan oleh Sheikhul Hadis,Imam Besar Masjid Jamek Sri Petaling, Pengajar Sahih Bukhari, Syura Malaysia, Maulana Abdul Hamid.

Maulana bayan memang panjang. Oh ya,Mufti Perak,Tan Sri Harussani juga turut hadir dan duduk dalam bayan ulama. Paling menyentuh hati ialah sewaktu Maulana Umar mengakhiri bayannya dengan kisah laporan khuruj Maulana di Russia dan Mongolia.

LAPORAN MAULANA UMAR DI RUSSIA

"Saya mengakhiri bayan saya dengan menceritakan 20 tahun lalu. Sewaktu saya keluar di Rusia. Disatu masjid,kami duduk di sana selama 3 bulan setengah. Jemaah kami bergerak selama 5 bulan setengah.

Semasa kami duduk di masjid tersebut,kami berjumpa dengan Muslim yang duduk 60-70 km dari masjid tersebut. Kemudian kami dengar ada eorang Sheikh yang menetap di sana. Orang tempatan bertanya kepada kami,"Nak pergi ziarah tak seorang Sheikh,Muhaddith besar yang menetap di sini?" Jawab kami (Maulana bersama 3 orang ahli jemaah) berkata "Ya"

Setelah appointment di buat, mereka bergerak untuk bertemu Sheikh tersebut lepas Asar.
Sesampainya kami di sana,seorang budak lelaki telah buka pintu dan beliau telah menjerit tetamu sudah sampai.

Sheikh tersebut sakit tenat.Hanya terbaring di atas katil. Tetapi apabila kami sampai,keadaan mengejutkan ialah Sheikh tersebut berdiri dan bergembira dengan kedatangan kami.

Kami bersembang dengan Sheikh tersebut dan kami bertanya apakah asbab tempat kamu dilanda fitnah(ujian) komunis? Sedangkan tempat kamu banyaknya ulama hadis lahir di sini.

Jawab Sheikh tersebut,"Apabila soalan ini ditanyakan kepada saya 20 tahun dahulu,maka saya tidak boleh menjawabnya. Dan soalan ini telah diajukan pada saya dan saya kena menjawabnya juga"

Jemaah Maulana tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Sheikh tersebut.

"Sewaktu saya balik dari Al Azhar As Syariff, saya mengajar di madrasah. Dan kami semua sibuk dengan madrasah,usahakan atas ilmu. Dan ruangan kami terbatas pada dinding madrasah sahaja. Kami tidak menghiraukan orang awam yang berada di sekeliling kami. Sekiranya 20 tahun dahulu kami buat tabligh, InsyaAllah fitnah ini tidak melanda kami"

Kata Maulana Umar, pihak batil tidak akan datang kepada kamu (iaitu ulama) . Akan tetapi mereka akan pergi kepada orang awam dan akan merosakkan mereka.

Sebelum mereka tangguh dari pertemuan tersebut, Maulana minta supaya Sheikh tersebut mendoakan mereka.
Sheikh tersebut jawab, nak berdoa, dia ada syarat. Iaitu makan makanan yang halal.
Sejak fitnah ini melanda kami,entah makanan apa yang disuapkan/ diberi kepada saya.
Kamu semua sahaja yang kena doakan saya.
Kamu musafir, dan doa kamu semua makbul.

LAPORAN MAULANA UMAR KE MONGOLIA.

Kami hanya dapat 12 hari sahaja ke Mongolia. Sewaktu kami di sana,orang Mongolia sangat terkejut dengan kedatangan kami.
Mereka mengeluarkan gambar datuk mereka,janggut mereka sama dengan janggut kami.
Mereka (orang Mongolia) memegang janggut kami dan suka dengan kehadiran kami.

Sepanjang 12 hari kami hanya mengajar mereka kalimah iman.
Tidak sempat untuk ajar mereka tentang solat dan lain-lain.

Pada waktu kami hendak keluar dari Mongolia, mereka sangat sedih.
Dan mereka cakap kepada jemaah kami, beritahulah pada kawan-kawan kamu agar datang ke sini dan ajarkan agama pada kami.

SEBAK

Sheikhul Hadis Maulana Hamid sebak sewaktu menterjemahkan laporan di Mongolia.
Dan dalam keadaan sebak beliau cakap kepada majma' ulama yang hadir,
"Tuan-tuan umat menantikan kedatangan tuan-tuan."

BAGI NAMA UNTUK SETAHUN

Majma' yang hadir diminta untuk bagi nama khuruj setahun. Alfaqir hanya menunduk. Kelu. Tak mampu untuk bangun dan berazam untuk tunaikan kehendak Maulana keluar setahun.

Ketika di tashkil 40 hari, barulah al faqir azam untuk keluar ke Sabah pada Syaaban sehingga Ramadan.

BERTAUBATLAH WAHAI PENULIS BLOG

Ya Allah,kami minta ampun padamu.
Atas dosa-dosa kami yang menimbun.
Dan juga kesalahan kami dalam meninggalkan usaha dakwah.
Kerana asbab kerja dakwah ditinggalkan,
maka usaha batil telah membelenggu umat.

Umat telah keluar dari agamaMU berbondong-bondong,
Dan kami terus membiarkan mereka di bakar kedalam neraka.

Ya Allah,keinginan kekasihMU agar umatnya selamat dari api neraka.
Tetapi kami,yang belajar agama pun masih tidak lagi mengamalkan agama.
Kehidupan agama hanya pada kitab-kitab kami.
Kami tidak terjemahkan dalam kehidupan kami.

Ya Allah, pasti dan pasti Nabi bersedih melihat amalan umatnya yang teruk,
Kami tidak menghargai dan tidak mensyukuri langsung pengutusan kekasihMU

Ya Allah Ya Rahim,
Ampunkan aku terutamanya Ya Allah. :'(

Adab Berjimak

Betulkan niat, kahwin sebagai perintah Allah dan sunnah Nabi SAW.
Hargai pasangan; jangan sentuh bab perkauman, suku sakat, keturunan etc
Jangan mengungkit kesalahan dan mencari kekurangan.
Jika mahu marah, marah dengan hikmah, bukan dengan nafsu.
Anggap mentua sebagai ibu sendiri.
Jangan paksa berhenti kerja, biar isteri buat keputusan sendiri.
Pada malam pertama sebelum buat apa-apa, zihin kepada isteri maksud hidup. Harap isteri boleh faham. Hidup adalah untuk mencari redha Allah. Perkahwinan adalah jalan menuju ke arahnya.
Suami kena banyak bersabar.
Jangan guna kuasa veto walaupun kuasa sebenarnya di tangan lelaki.
Puji masakan isteri. Suami jangan selalu sangat makan di luar, nanti isteri kecil hati. Jika hendak makan di luar, bawa isteri bersama-sama atau belikan makanan yang kita makan bawa balik rumah.
Suami kena khidmat buat kerja rumah.


Adab berjimak:


Para lelaki diingatkan supaya tidak mengamalkan onani atau melancap kerana ia memudaratkan mental dan fizikal.
Elakkan makan apa-apa ubat kuat seks. Semuanya mengarut saja.
Sebelum mula beraksi, lakukan terlebih dulu adegan-adegan ringan dengan bermesra-mesraan, bercumbu-cumbuan.



Jika pengantin yang baru hendak main, eloklah pakai personal lubricant (pelincir) untuk melindungi faraj si isteri daripada terluka kerana tertusuk anu buat kali pertama. Tapi, setelah dah lama, tak perlu pakai lagi. Boleh dapatkan kondom yang berjenama DUREX dan pelincir KY.
Hisap puting perlahan-lahan sambil jari jemari mengusik biji faraj untuk menimbulkan rasa ghairah.
Bila sudah keluar mazi, boleh tusuk anu secara perlahan-lahan sambil meneruskan isapan puting.
Baca doa berjimak.
Dayung perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat kerana faraj wanita sangat sensitif.
Apabila sudah selesa, boleh teruskan dayungan.
Ajar isteri main lebih ganas kerana wanita biasanya sangat pemalu dan tidak tahu berjimak. Tapi, bila dah lama-lama, dia akan makin terror.
Kaki jangan lipat supaya tidak kejang.
Sekali sekala boleh tukar posisi.
Lapik bantal pun bagus juga.
Seeloknya bersetubuh dalam keadaan berselimut.
Main sampai puas. Suami tak boleh berhenti sebelum isteri pancut. Kena bagi sama-sama rasa nikmat.
Apabila dah selesai, ambil sehelai kain yang bersih, letakkan pada tundun isteri, tekan tundun dengan tapak kaki, pegang tangan dan tarik beberapa kali. Untuk mengejapkan farajnya agar sentiasa ketat.

Maklumat tambahan
Membersihkan diri sebelum berjimak seperti mandi, bersugi, mencukur bulu ari-ari dan sebagainya
Pilih masa dan tempat yang selesa dan jauh dari gangguan tetamu dan ahli keluarga
Berwuduk terlebih dahulu
Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar
Tidak tergesa-gesa
Menutup tubuh badan dengan selimut.
Membasuh kemaluan dan berwuduk jika ingin mengulangi jimak
Jangan melakukan perkara yang diharamkan seperti berjimak di siang hari bulan Ramadhan, ketika isteri sedang haid atau berjimak melalui dubur
Elakkan melakukan aksi yang memudaratkan kedua belah pihak
Suami hendaklah sentiasa menjaga kesihatan, pemakanan dan kekuatan tenaga lahir dan batin
Jangan menyamakan rupa tubuh badan isteri dengan tubuh badan mahram seperti ibu, adik, kakak dan sebagainya.
Berehatlah setelah melakukan jimak
Segera mandi dan solat Subuh apabila masuk waktunya.

Tip Berjimak

Fikirkan kepuasan isteri
Memakai wangian
Berkomunikasi dengan lembut
Bersentuhan
Berciuman
Membaca doa
Bersolek bagi isteri
Bergurau senda



 Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari keburukkanya dan keburukkan tabiat yang ia bawa.’” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim).

Abu Usaid. Dia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Sahabat Nabi, diantaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu solat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami salat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju utk mengimami mereka solat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan istrimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukkannya. Selanjutnya terserah kamu berdua…’” (Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah).

“Seorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khuatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah): “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” (lihat di Kitab al-Mushannaf).

Asma’ binti Yazid binti as-Sakan r.a., ia berkata: “Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah SAW. Setelah itu saya datangi dan saya panggil baginda supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk disamping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah SAW diberikan segelas susu. Setelah baginda minum, gelas itu baginda berikan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazin berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah SAW!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” (HR. Ahmad di kitab Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah)



Rasulullah SAW juga bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” (HR. Bukhari, Muslim).

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata:
“Jika isterimu telah memasuki kamarmu, maka hendaknya kamu memegang ubun-ubunnya, dan bersama-sama menghadap ke kiblat, kemudian baca:

Allâhumma biamânatî akhadztuhâ wa bimîtsâqî istahlaltu farjahâ. Allâhumma farzuqnî minhâ waladan mubârakan sawiyyâ, wa lâ taj’al lisy-syaithâni fîhi syarikan wa lâ nashîbâ.

Ya Allah, dengan amanatku kujadikan ia isteriku, dan dengan mitsaqku (akad nikah) aku dihalalkan berhubungan dengannya. Ya Allah, karuniakan padaku anak darinya, anak yang mengalirkan keberkahan dan kemuliaan, jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bagian di dalamnya.” (Mustadrak Al-Wasail 2: 616, hadis ke 1)

Mengambil wudhu sebelum berhubungan dan solat dua rakaat serta membaca selawat dan doa seperti: “Alloohumma Urzuqni Ilfahaa wa Wuddahaa wa Ridhoohaa Biy wa Ardhiniy Bihaa wa Ijma’ Bainanaa bi Ahsani Ijtimaa’in wa Aisari I’tilaafin Fainnaka Tuhibbu al-Halaal wa Tukrihu al-Haroom” ( Ya Allah, rezekikanlah aku dengan persahabatan, kasih/cinta dan redhanya. Dan jadikanlah aku redha kepadanya. Persatukanlah kami dengan sebaik-baik persatuan dan semudah-mudah pergaulan. Sesungguhnya Engkau menyukai yang halal dan membenci yang haram )

Memegang dahi istrinya sambil menghadap Kiblat dan membaca doa: “Allohumma ‘Ala Kitaabika Tazawwajtuhaa wa fi Amaanatika Akhadztuhaa wa bikalimaatika Istahlaltu Farjahaa Fa in Qodhoita fi Rahimihaa Syaian Faj’alhu Musliman Sawiyyan wa La Taj’alhu Syirka al-Syaithoon” ( Ya Allaah, aku telah mengawininya sesuai dengan kitabMu, dalam pengamananMu. Dan dengan firman-firmanMu telah aku halalkan dirinya. Oleh karenanya, seandainya akan Engkau taqdirkan di rahimnya sesuatu, maka jadikanlah ia seorang muslim dan tak kurang suatu apapun serta janganlah dijadikan sekutu syaitan.



Monday, May 14, 2012

kebnrana akidah Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah

antara kebenaran pegangan Imam Al-Asy'ari Rah yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa Al-Asy'ari R.a...ketika turunnya ayat ini "Wahai orang yang beriman! sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya,yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang sungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demekiaan itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiap yang dikehendaki-Nya. Allah Maha luas limpaah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui (surah Al-Maidah : 54)

Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan dalam Kitabnya 'Tabyin kadzibi al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mutasdrak sebab turun ayat dia atas : Tatkala turun ayat ini, Rasulullah SAW bersabda : Mereka kaummu wahai Abu Musa dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda SAW kepada Abu Musa Al-Asy'ari....Imam Hakim menghukumkan hadith ini sohih ala Muslim.Hadith diatas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya,Ibn Abi Hatim,Ibnu sa'd dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haitami berkata rijal(perawi Hadith) hadith tersebut adalah sahih..

Al-Imam al-Qurtbi Rah berkata dalam dalam tafsirnya jilid . vI,halaman .220 : Al-Qushayri berkata "Maka para pengikut Abu al-Hasan Al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut..

Oleh yang demekiaan,Hadith ini adalah Busyra(berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah bahawa mereka sesuai dengan kaidah Rasulullah SAW,maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikut jalan mereka. Akidah Al-Asyairah dan Al-Matrudiyyah adalah akidah Kaum Muslimin daripada akidah kalangan al-salaf dan al-khalaf,akidah para khalifah dan sultan seperti Sultan salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih..

Al-Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda tentang Abu Musa al-Asy'ari dan Kaumnya . Rasulullah SAW bersabda : "Mereka daripada ku dan Aku daripada mereka (Kitab sohih Al-Bokhory: Kitab al-Maghaziy,Bab Quduuum Al-Asy.ariyyun dan wa Ahlal-Yaman)....dapat difahami daripada Hadith ini,bahawa Rasulullah SAW menegaskan kaum Abu Musa Al-Asy'ari R.a merukan kaum yang dikasihi dan diredhai oleh Allah Ta'ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka serta semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang Haq dan menghapuskan kebatilan...

tentang Sultan Salahuddin Ayyubi Raj..Al-Hafiz Jalaluddin Al-suyuthi (W.911 H),dalam KItabnya al-Waseil ila Ma;rifati al-Awaeil berkata : "ketika Sultan salahuddin Bin Ayyub memegang tampuk pemerintahan,baginda memerintahkan para Muazzin menggunmandangkan pada waktu tasbih(waktu sebelum masuk solat subuh) dengan al-akidah al-Asy'ariyyah,lalu para muazzin berterusan menyebutnya pada setiap malam hingga ke waktu ini...

macamana nak berjaya?

untuk berjaya kita hndaklah ikot jejaklangakah org yg berjaya. nak jadi Engineer yg berjaya kna ikot engeneer yg telah berja. Kita nak jadi manusia yg berjaya dunia dan akhirat knalah contohi mereka yg telahpun berjaya siapa mereka Sahabat nabi.. Bila mereka atas muka bumi ini lagi.. hidup bersama Isteri dan anak lagi Allah telah redho akan mereka.. dan kita nak dapat Redho Allah hndaklah ikot mereka..

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar. At-Taubah 100

Niqab/Purdah way Of Islam...

This is a true story of a Niqabi sister in France

After picking groceries in the supermarket, the Niqabi sister stood in the line to pay. After few minutes, her turn came up at the checkout counter. The checkout girl who was non Hijabi Arab Muslim girl started to scan the items of the Niqabi sister one buy one and then she looked at her with arrogance and said :”we have in France many problems,... your Niqab is one of them!!

We, immigrants, are here for trade and not to show our Deen or history! If you want to practice your Deen and wear Niqab then go back to your Arab country and do whatever you want!!” The Niqabi sister stopped putting her grocery in the bag and took off her Niqab…

The checkout girl was in total shock! The Niqabi girl who was blond with blue eyes told her:”I am a French girl, not an Arab immigrant! This is my country and THIS IS MY ISLAM!! You born Muslims sold your Deen and we bought it from you!” end of it

Friday, May 4, 2012

WASIAT RASULULLAH ﷺ UNTUK KAUM WANITA..{وصية رسول الله اونتوق قوم وانيتا}

Telah bersabda Rasulullahﷺ. maksudnya:
"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita, apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai sholat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."
Imam Thabrani menceritakan bahwa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.

Nabi ﷺ bersabda:
'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sholatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)." (Riwayat dan Hassan)
Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda

Rasulullahﷺ :
"Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi)
Haram bagi wanita melihat laki-laki sebagaimana laki-laki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli.

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullahﷺ bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 'Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullahﷺ bersabda:
"Perempuan yang memakai pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap-gulita pada han Kiamat, tidak ada nur baginya. " (Riwayat Tarmizi)

Sabda Rasulullah ﷺ:
'Dikawini wanita karena empat sebab: karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka carilah yang kuat beragama niscaya kamu bertuah (beruntung)." (Riwayat Bukhari)

Rasulullahﷺ bersabda:
"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya)."

Nabi ﷺ pemah bersabda:
"Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."
Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya

Ibnu Umar berkata bahwa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah ﷺ lalu bertanya,"Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda,"Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seijin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan ijinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya."
Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seijinnya dan tidak boleh memasukkan seorang laki-laki ke rumahnya dengan tidak seijin suaminya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."

Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullahﷺ: "Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka."
Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya karena mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah karuniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh Allah karuniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu karena memuliakan dan menghormati suaminya."

Dan lbnu Mas'ud bersabda Rasulullah ﷺ: 'Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya."

Nabi ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."

Sabda junjungan Rasulullahﷺ :
"Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."

Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (karena suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."

Syeikh Abdullah AL -fatani:
"Durhaka seorang perempuan yang keluar dan rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar dia akan segala fardhu ain itu dan haram atas suaminya mencegah isteri jika dia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika dia ada ilmu niscaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu haramlah perempuan itu keluar dari rumahnya lagi durhaka dia."

Sabda Rasulullahﷺ :
"Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. "

Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya "

Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullahﷺ : "Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
"Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga."

Rasulullah ﷺbersabda:
"Surga itu terletak di bawah telapak kaki ibu." (Riwayat Ahmad)

Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau
surga." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita yang meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia masuk surga." (Riwayat Tarmizi)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan."

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)".
Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya."
(Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullahﷺ :
"Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat"
Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja bagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada di rumah ataupun tidak ada.
c. Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan ilmu fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak mengijinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara.
i. Menyakiti hati suami baik itu dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Mengijinkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu tidak disukai oleh suami.

Tersebut dalam kitab Muhimmah, suatu ketika di Madinah, Rasulullah ﷺ keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita dalam majelis. Baginda lalu bertanya: "Apakah kamu menyolatkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak." Sabda baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetap tinggallah di rumah dan berkhidmat kepada suami niscaya pahala sama dengan ibadah- ibadah orang laki-laki."
Imam Ghazali rh.m berkata: "Wajib bagi wanita mengikuti perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat."

Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi wanita-wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berbicara.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar kepergiannya,
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai wangi-wangian untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.
k Tidak berkhianat ketika ketidak adaan suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suami yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, Surga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya

Diceritakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata," Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum
ditunjukkan padaku suatu mukjizat." "Apakah yang engkau kehendaki" tanya Rasulullah. "Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau," kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, "Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya." Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kiri dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. "Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah," katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. "Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, karena itu ijinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud sholat di belakangmu." Jawab baginda, "Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, karena membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka."

Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah:
a. Orang yang gemuk tetapi kurus.
b. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang.
c. Orang yang alim tetapi jahil.
Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sehat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (yaitu berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram karena kepentingan pribadi. "

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Empat golongan wanita yang berada di surga ialah:
a. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
b. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
c. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
d. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah ia mau menikah).

Dan empat golongan wanita yang berada dalam Neraka ialah:
a. Wanita yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya),
b. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
c. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum laki-laki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum laki-laki).
d. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan tidak sanggup berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya."
Rasulullah SAW bersabda:
"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga karena dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
(Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)

Rasulullah ﷺ juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, karena ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup." (Riwayat Imam Bukhari)
Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
Sabda Rasulullah SAW:
"Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalarn surga. "
Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah
SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?'
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullahﷺ teriris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan (basmalah).

Ketika Rasulullah ﷺ memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu Baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar " Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkata-kata. "Demi Allah yang mengantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti sebelum kau memberi jaminan dari Allah untuk menempatkan aku di dalam surga dan menjauhkan aku dari api Neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api Neraka" Alat pengisar menjawab, "Wahai Rasulullah, aku telah mendengar kata-kata ini dari Al Quran: "Wahai orang yang beriman, jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dari batu-batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, tidak mendurhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau, beritahu batu itu berita gembira bahwa Allah telah menganugerahkan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu surga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini."

Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda: "Wahai Fatimah, sekianya begitu kehendakAllah, pengisar ini akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan derajatmu karena tanggung jawabmu yang berat itu. "

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api Neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi. "

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas takhta di hari Akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya pahala sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan." (Riwayat Abu Hurairah)

Asma binti Khanyah Fazari diriwayatkan telah berkata pada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai-bagai kesukaran karena itu akan memungkinkan dia meninggalkamu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum, Jangan pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu."

Wednesday, May 2, 2012

Qada dan Qadar

Yakin dengan kadar Rukun Iman. jika x yakin maka x smpurna lagi iman.

Hadith:-
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad

Segala sesuatu berjalan sesuai dengan takdir dan kehendak-Nya, sedangkan kehendak-Nya itu pasti terlaksana. Tidak ada kehendak bagi hamba-Nya melainkan memang apa yang dikehendaki-Nya. Apa yang Dia kehendaki, pasti terjadi. Dan apa yang tidak Dia kehendaki tak akan terjadi (Akidah Tahnawi)



Ada berbincangan apa yang Allah tetapkan. adakah perbuatan manisia dalam apa yang Allah tetapkan atau tidak?
Allah berfirman:-
وَاللهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ:
“Allah menciptakan kalian dan Allah menciptakan perbuatan kalian”QS As Shaffat :96
maka perbuatan itu Allah yang tetapkan.

maknanya Allah yang jadikan orang jahat atau Baik?

maka bukan salah orgla yea jika org 2 buat salah?bukan begitu. Allah itu maha mngetahui. dan Maha Adil. Allah mngetahui kita sblm kita lahir lagi. sbb itu Allah mngetahui apa yang kita berkeinginan atau azam hendak buat. kadang Allah izinkan jadi maknanya Allah takdirkan perbuatan itu jadi. kadang Allah x izin maknya Allah x takdrikan Jadi. maka satu apa pun x akan jadi tmpa Izin Allah.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

maka disini akan timbul beberap persoalan adakah jadi jahat dan baik itu ditakdirkan oleh Allah juga? maka jawapan adalah ia Allah tetapkan namun perlu diingat apa yang Allah takdirkan itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan kehndak hamba itu. Maka satu orang jadi jahat dan baik kerana kehndak dia dan Allah takdirkan dia jadi jahat atau baik bersamaan dengan kehendak hamba-Nya itu.

sebab itu ada hadith mngatakan satu org yang berazam jika aku ada duit aku akan belanjakan di jalan salah maka org inipun walaupun x smpat nak buat masih dia dapat dosa. sbb dia mmng akan buat jika ada peluang. begitu juga untuk kebaikan Merancang untuk lakukan dapat satu pahala. berazam nak lakukan akan dapat pahala yang semupurna walaupun x dapat laksanakan. macam orang pergi tunaikan haji mati dalam perjalanan. atau orang yang ingin kluar di jalan Allah tp x dapat peluang.knapa Allah benarkan perkara jahat berlaku.?
sebab manusia diberi kebenasan memilih. oarang itu pilih jahat atau baik di takdirkan oleh Allah sbb Allah mngetahui apa yang dia akan buat. maka tida ada istilah salahkan takdir. berlawanan dengan Jabriyah org jadi jahat bukan atas pilihan sendiri tapi kerana ditakdirkan. Allah izinkan bukan bererti Allah suka/redho dengan kejahatan. sbb itu Allah turunkan wahyu untuk bimbing manusia.

jadi apa kita kena buat serah pada takdir? kita kena usaha dan tawakkal dengan yakin kita mampu usaha jika Allah benarkan dan apa yang terjadi sbb usaha kitapun apa yang Allah takdirkan. nabi melarang guna kalau. kalaulah saya belajar sunguh2 masti saya dah jadi CEO. apa yang jadi itulah Allah takdirkan. maka dilarang sama sekali guna perkataan kalau. bermaksud apa yang kita ada sekarang kita kena redho. dan jika kita lakukan salah maka bertaubata pada Allah. dan apa yang kita ada sekarang itulah Allah takdirkan.

kesimpulan. Allah takdirkan semua. kita kena usaha usaha x ubah takdir tapi xde siapa yang tahu apa yang Allah takdirkan. dan uasaha itupun apa yang Allah takdirkan. Allah telah tulis segalanya Di lahul mahfuz xde padam balik dan tulis balik. maka kita kina yakin dengan Qada dan Qadar. tap bukna serahkan pada takdir. apa yang kita kena buat adalah usaha dan tawakkal.

Reality politik kepartian oleh Ustaz Ibnu Batoota

‎'berparti' itu sndiri dah salah...nb saw bsbda brgsiapa yg mati dlm keadaan memperjuangkn 'assobiah'(parti,kaum,bangsa,sklompok mnusia,group2) maka matinya mati jahiliah...

ulama yg byk sy muzakarah mtk kita jgn mnykong mana2 parti tapi mngundi calon dgn ilmu dan kewarasan serta memilih berdasarkan keselamatan agama...cthnya kalau undi PAS kt tp negeri tu dpt kat DAP(kafir) ..dan kalau undi BN tp ngri tu dpt kat umno(muslim),maka kna lah undi BN....

org2 PAS kata haram skong BN sbb xmau laksanakan hudud n pentadbiran islam,maka haram jugak undi pakatan rakyat sbb DAP dan PKR bknnya nk lksanakan tu smua?prundangan islam x tmsuk dlm janji2 DAP dan PKR....

ini smua permainan yahudi....mreka suka tgk kita bpecah belah.......

sptutnya skrg ni PAS n UMNO bgabung dan kuasai kerajaan....bknnya pegi bkerjasama dgn kafir harbi.....sdgkan sorg muslim lbih baik dari bjuta2 kafir walaupun muslim tu fasik.....

sy pembangkang kerajaan BN tp sy x bangkang mereka cara paktan rakyat.....

dan kadang2 sy pmbangkang pktan rakyat...tp bkn dgn cara kerajaan

kalau nk truskan berpecah belah..silakan....mmg umat akhir zmn akn sbuk dgn pjuangan sia2 yg mrugikan islam...hnya sglntir kecil je yg akan slamat dan bsama imam mahdi....

ngundi bknnya wajib...hanya ulama pas dan ulama ikhwan muslimin je yg wajibkn bdalilkan dalil qias...itu dalil ijtihad...maka dlm hal ijtihad ni kita boleh plih nk undi ke x....xjtuh wjib...tp klu nk ngundi gak..buat mcm yg sy ckp tu....undi lah yg mberi untung kpd islam.....jgn undi org kafir yg mlaungkan slogan islam...sbb allah larang muslim hinakan islam dgn angkt/undi org kafir sbg pmimpin....kalau dua2 calon kafir...xyah la g ngundi...ataupun undi yg paling kurang mudaratnya....solat istikhrah byk2 mtk ptnjuk...jgn kabur mata dgn slogan itu ini walaupun nma islam dilaungkn........sbb dajal jugak akn dtg sbg ulama nanti,kmudian sbg tok wali,kmudian dia ngaku nabi plak..last skali dia ngaku tuhan......

bykkan bca hadis nabi ttg akhir zmn dan relatekan dgn zmn skrg.....kalian akn nmpak yg rmai org islam sdg tertipu....mreka sgka sdg bjihad,sdg bjuang,,,,sdgkan ia cuma mletak petrol dlm api yg lalu mbakar agama.....umat pcah belah...agama hncur......yg slamat cuma org yg tak libatkn dri dgn sistem2 dajal

bykkan juga kaji sjarah..trutamanya ttg demokrasi...kita maklum bhwa kerajaan dajal telah btapak di bumi pda 1900 di uk....kmudian di us...dan kni di israel...sdg mnjalani fasa2 trakhir...bg yg blajar ,mngkaji dan mmhami....sistem dmokrasi dwjudkan oleh krjaan dajal ptama di uk yg kmudiannya mnyebarkn fhaman ni dgn taklukan tentera...perang dunia ptma dan kdua...hmpir stu dunia dijajah british yg mna jajahan2 tu dnmakan ngra2 komanwel...dan ngra2 ini dimsukkn sstem dmokrasi sbg syrat 'kmerdekaan'......sbnrnya itu cuma pnipuan dajal....hakikatnya kita blum merdeka..hmpir sratus tahun kita hdup dlm sistem dajal.....kmudian dtg plak ulama2 yg nak ubah bnda ni lalu mreka berijtihad maka lhir pula parti pas dan parti2 islam sluruh dunia....umpama org yg duduk dlm kolam najis,dan cuba bersihkan diri dlm kolam tu....mana mungkin.....kalau nk bersihkn diri...ptama kena kluar dari kolam tu....

Tuesday, May 1, 2012

Kisah yg sunguh menarik setiap suami dan Isteri kena baca..

Kisah yg sunguh menarik setiap suami dan Isteri kena baca..

Saidatina Aisyah r.anha berkata :" Sebelas orang wanita telah berkumpul serta bersetuju bahawa setiap mereka akan menceritakan terus terang perihal suami mereka tanpa sembunyi ".

Ulasan : Nama 11 orang wanita itu tidak disebut dalam Hadith Sahih tetapi setengah riwayat ada menyebut beberapa nama. Wanita-wanita itu adalah dari Yaman atau Hijaz. Terdapat khilaf berkaitan nama-nama mereka maka nama-nama mereka itu tidak disebut di sini. Suami mereka semua telah pergi untuk mencari keperluan masing-masing. Lantaran bersendirian mereka bercerita berbagai hal agar terhibur. Kesudahannya mereka bersepakat untuk mendedahkan hal suami mereka.

gambar hiasan

Wanita Pertama berkata : " Suamiku umpama daging unta yang kurus yang tinggal di puncak gunung yang tinggi (yang susah didaki). Tubuhnya tidak berisi untuk orang jadi terpikat kepadanya."

Ulasan : Maksudnya, akhlak beliau amat rendah hingga tidak ada sebarang kebaikan yang dapat diperolehi darinya ditambah sifat sombong dan angkuhnya sehingga sukar untuk didampingi.

Wanita Kedua berkata : "(Tidak ada apa yang boleh aku sebutkan). Aku takut jika disebut keburukannya, ia tidak akan habis. Segala aibnya zahir dan batin akan terbongkar. "

Ulasan : Maksudnya, suamiku memang penuh dengan keburukan. Orang yang kurang aibnya mudah disebut tetapi bagi dia yang banyak, ceritanya akan membosankan. Setengah Mufassirin tidak bersetuju kerana wanita ini tidak memenuhi janji menceritakan ehwal suaminya. Sebenarnya, cerita beliau ringkas bahawa suaminya penuh dengan aib yang tidak terkira.

Wanita Ketiga berkata : " Suamiku seorang 'ashannaq (kurus tinggi). Jika ditegur aibnya, aku akan ditalak dan andainya aku diam, aku (seperti) digantung (tidak bertali). "

Ulasan : " Disebut suaminya tinggi sebagai kiasan bahawa tinggi itu tanda bebal atau hodoh seperti menara yang tidak siap dan berperangai buruk. Ungkapan jika aku tuntut sesuatu, aku akan dicerai dan andai aku berdiam diri, aku tidak diendahkan sepertilah aku ini tidak bersuami.
Dalam riwayat lain diterjemah, " Aku bagai berada dibawah mata pedang yang tajam. Tidak tahu bilakah deritaku akan berakhir. "

Wanita Keempat berkata : " Sikap suamiku umpama malam di bumi Tihamah (sederhana), tidak panas dan tidak pula sejuk, tidak menakutkan dan tidak membosankan."

Ulasan : Perangainya tidak kasar atau melukakan perasaan. Tinggal bersamanya tidak akan berasa bimbang, tersinggung atau bosan. Dikatakan bahawa nama wanita itu ialah Mahd binti Abi Harumah. Bumi Makkah dan sekitarnya dipanggil Tihamah yang malamnya sentiasa nyaman waupun siangnya panas terik.

Wanita Kelima berkata : " Suamiku masuk rumah umpama harimau bintang dan bila keluar umpama singa. Dia tidak pernah tanya apa yang berlaku di dalam rumah."

Ulasan : Dikatakan bahawa wanita ini bernama Kabsah. Ulama' berbeza pendapat samada wanita ini memuji atau mencela suaminya. Sekiranya celaan, ia bermaksud suaminya masuk ke rumah garang bak harimau bintang, tidak berkata apa-apa atau merasa ada kaitan dengan hal rumahtangga. Apabila keluar dari rumah dia seperti lelaki berani. Dia langsung tidak peduli, bertanya atau risau hal di rumah. Sekiranya memuji maka ia bererti apabila dia masuk ke rumah dia diam, tidak merungut, berleter atau marah. Dia tidak sedar seperti orang yang sedang tidur. Apa sahaja yang dimasak, dia tidak kisah atau bertanya kenapa atau mengapa dibuat begitu? Apakah benda yang ada atau yang tidak ada? Apabila keluar rumah dia ibarat singa yang tegas dan berani.

Wanita Keenam berkata : " Apabila makan, suamiku makan apa saja. Bila minum tidak ada yang tinggal. Bila tidur, dia hanya selimuti dirinya seorang tanpa menyentuh tubuhku agar diketahui kedukaan hatiku."

Ulasan : Ungkapan ini juga boleh dianggap pujian dan celaan. Yang kelima lebih kepada memuji sedangkan yang ini ( keenam ) mengikut terjemahnya lebih kepada mencela. Andainya pujian, seperti pendapat sebahagian pengulas, bererti dia makan apa saja, buah-buahan, kekacang serta semua jenis makanan. Minuman pula dia minum susu, sharbat dan lain-lain. Dia tidak kedekut tentang makan dan minum. Jika ada dal maka tidak ada daging. Jika ada air maka susu tidak perlu. Dia tidak jaga tepi kain orang, cari aib orang lain atau berbalah. Andainya celaan, sebagaimana kebanyakannya berpendapat, maka ketika makan dia akan makan apa saja dengan gelojoh tanpa tinggal apa-apapun untuk keluarganya. Dia makan seperti kerbau. Apabila minum, satu telaga diteguknya. Dia tidur dan berselimut seperti tidak kenal saya. Usahkan peluk, sentuh badan saja pun tidak, agar diketahui perasaan saya atau badan saya panas atau sejuk.

Wanita Ketujuh berkata : " Suamiku seorang lemah (syahwat), kasar, bebal dan tidak pandai bercakap. Segala jenis penyakit yang dialami manusia di dunia ini dia ada. Perangainya amat menyakiti hati dan memeningkan kepalaku."

Wanita Kelapan berkata : " Suamiku bila akau sentuh lembut, selembut arnab. Baunya harum seharum za'faran (saffron)."

Ulasan : Dikatakan bahawa nama wanita ini ialah Nashirah binti Aws. Dia memuji bahawa suaminya bersifat lemah lembut dan tidak kasar. Kedua-dua kebaikan rohani dan jasmani ada padanya menyebabkan aku ingin mendakapnya. tubuhnya sentiasa berbau harum. Dalam riwayat lain dikatakan, "Aku menguasainya dan dia pula menguasai orang lain. Aku menguasainya bukan kerana dia rendah dirinya atau dia menguasai orang lain tetapi kerana kasih sayang atau kesopanannya."

Wanita Kesembilan berkata : " Suamiku seorang yang berpangkat, pemurah, ramah dan memiliki kediaman di tempat tinggi. Abunya banyak (dermawan) dan badannya tinggi. Rumahnya berdekatan dengan majlis dan Darul Mashwarah."

Ulasan : Wanita ini menyebut kebaikan suaminya. Pertama, jika kediamannya di tempat tinggi bererti rumah besar maka maknanya kemewahan dan kepimpinan, kerana rumah besar hanya mampu dibina oleh hartawan. Jika ertinya memang kawasan tinggi, maka ia adalah lumrah bagi orang Arab yang pemurah dan baik hati membina rumah dikawasan tinggi agar mudah dilihat dan didatangi oleh pasa musafir. Maka dalam hal ini, dia seorang dermawan dan peramah.

Setengah ulama' berkata kediaman di tempat tinggi bermaksud dia dari keluarga yang mulia dan terhormat. Pujian kedua ialah pemurah maka wajarlah abu banyak terdapat dirumahnya kerana makanan selalu dimasak untuk menjamu tetamu. Pujian ketiga ialah tingginya. Bagi lelaki jika tinggi itu tidak melebihi had munasabah maka ia adalah baik dan terpuji. Rumahnya berdekatan dengan majlis bermakna dia seorang yang bijaksana dan ahli penasihat. Orang ramai kerap berjumpanya untuk mendapatkan nasihat. Pada hemat hamba yang hina ini, barangkali ia juga bereti yang beliau tidak perlu ambil banyak masa menyediakan jamuan atau memberi alasan kepada ahli musyawarah bahawa rimahnya jauh maka tidak dapat mera'ikan mereka

Wanita Kesepuluh berkata : " Suamiku Malik dan perlukah akau sebut tentang Malik? Dia teramat pemurah dari sekalian yang telah dipuji atau dia lebih terpuji dari segala pujian yang dapat aku ucapkan,Dia memilik banyak unta yang dipelihara berhampiran rumahnya yang jarang dibawa keluar untuk meragut rumput . Apabila terdengar bunyi kecapi (alat muzik) maka unta-unta itu tahu bahawa mereka akan disembelih."

Ulasan : Dikatakan nama wanita ini ialah Kabshah binti Malik. Dia menerangkan kemurahan suaminya bahawa andai unta-unta dibawa meragut maka masa kan terbuang bagi membawa mereka pulang kerana tetamu sentiasa berkunjung ke rumahnya. Unta-unta itu adalah untuk segera disembelih buat hidangan para tetamu. Setengah penterjemah mengatakan bunyi kecapi itu adalah tanda hormat menyambut kedatangn tetamu. Apabila mendengar bunyi itu maka unta-unta itu akan mengerti bahawa mereka akan disembelih lantaran tetamu telah tiba.

Mengikut adat orang Arab, makna ini lebih tepat lantaran tetamu teruis dira'i dengan minuman, makanan dan bunyi-bunyian menyebabkan unta-unta itu sedar waktu makan akan tiba dab mereka akan disembelih.

Ummu Zar-a' Wanita Kesebelas berkata : " Suamiku ialah Abu Zar-a'. Siapakah Abu Zar-a'? Dia telah menghiasi telingaku dengan anting-anting dan membuat tubuhku berisi. Dia membuat aku rasa gembira dan mulia. Aku diambil dari keluarga miskin yang memiliki hanya beberapa kambing dan dibawa kepada keluarga mewah yang memiliki kuda, unta, kerbau untuk
membajak dantanah ladang. Dia tidak pernah kasar atau memarahiku. Aku tidur nenyak hingga ke pagi dan tiada siapa diizinkan mengejut aku. Apabila aku kenyang, aku tinggalkan saja makanan yang melimpah ruah. Siapakah Umm Abu Zar-a' (ibu mertuaku)? Alat masaknya besar sentiasa penuh. Rumahnya luas (wanita kaya yang tidak bakhil, rumahnya sentiasa meraikan ramai tetamu).

Siapakah Ibnu Abu Zar-a' (anak lelakinya)? Dia adalah cahaya hati, kurus dan ramping seperti ranting atau sebilah pedang. Sepotong daging kambing sudah cukup memenuhi perutnya. (iaitu gagah bagai perajurit dan tidurnya sebentar diruang yang kecil). Dia makan laksana pahlawan. Makanannya cuma dua atau tiga potong daging. Siapakah anak gadis Abu Zar-a'? Dia seorang yang taat kepada ibu bapanya, tubuhnya montel serta sihat membuat isteri kedua cemburu. (madunya cemburu diatas kejelitaanya. Bagi orang Arab, lelaki idaman ialah tinggi lampai dan bagi wanita ialah berisi serta sihat). Siapakah Jariah Abu Zar-a'? Dia tidak pernah bawa mulut tentang rumah tangga kami, tidak mengambil makanan tanpa izin. Rumah dijaga bersih tidak berselerak (kehidupan berlalu dengan baik).

Pada suatu pagi ketika susu sedang diadun (bancuh), Abu Zar-a' telah keluar. Dia bertemu seorang wanita yang mempunyai 2 orang anak yang lincah bak harimau kumbang. Mereka asyik bermain dengan buah delima dibawah pinggang ibunya (bermain di ibarat harimau dan buah delima mungkin buah yang dibuat mainan atau mungkin bermaksud buah dada wanita itu).

Dia jatuh hati pada wanita itu lalu menceraikan aku dan mengahwini wanita itu. Riwayat yang lain menyebut, dia kahwin wanita itu kemudian menceraikan aku. Kemudian aku berkahwin pula dengan seorang bangsawan lain yang baik. Dia memberi daku berbagai hadiah serta ternakan dari unta, lembu, kambing dan lain-lain berpasangan seraya berkata, "Makanlah sebanyak mana yang kamu suka dan berilah kepada kedua orang tuamu sebanyak mana yang kamu mahu". Andainya daku sebut sekalian kebaikannya, ia masih tidak dapat menyaingi walaupun pemberian kecil Abu Zar-a' kepadaku."

Saidatina Aisyah r.anha berkata, : " Setelah Baginda Rasulullah s.a.w. tamat bercerita, Baginda bersabda kepadaku ," Aku bagimu adalah juga seperti Abu Zar-a' bagi Ummu Zar-a'."

Ulasan : Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda, " Daku tidak akan menceraikan kamu." Disebut di dalam Tabrani bahawa Ausyah r.a. berkata, " Ya Rasulullah, andainya ibu dan bapaku dikorbankan untuk kamu, Padaku engkau lebih baik dari Abu Zar-a'". (hadith Riwayat Bukhari, Muslim, dan Tirimizi)

Jemaah Mekah, Dakwah Suku Hottentot di Afrika

Nukilan karguzari Maulana Ahmad Harun Al Rosyid di dalam buku 'Meluruskan Kesalahpahaman Terhadap Jaulah (Jamaah Tabligh). Juga diselitkan beberapa karguzari di Eropah.
Tidak banyak info berkenaan suku Hottentot ini di internet. Di wikipedia, suku Hottentot ini merujuk kepada Khoikhoi. Dikaitkan juga dengan suku Bushmen di selatan Afrika.


Karguzari,


Menjelang di cetaknya buku ini, satu jamaah dari Saudi datang ke Temboro (markaz dakwah tabligh di Jawa Timur). Salah satu anggota jamaah, Ahmad Abdur Rahman dari ‘Aziziyyah Makkah, menceritakan pengalamannya tujuh tahun yang lalu kepada penulis, keluar 40 hari ke Afrika Tengah.

Satu jamaah berjumlah enam orang dari Makkah bergerak di Afrika Tengah selama satu bulan. Untuk beberapa hari jamaah mengadakan program di kawasan sekitar hutan rimba Bagandu yang membentang di Kamerun, Ethiopia, Kongo, dan Afrika Tengah. Di hutan itu berdiam satu komonitas orang-orang suku Hottentot. Paling tinggi tubuh mereka kurang lebih hanya satu meter. Mereka yang tinggal di wilayah Afrika tengah mencapai 100.00 jiwa. Semua masih hidup primitif. Tidak mengenal agama, tidak berpakaian, tidak ada rumah permanen (kekal), dan cara berdagangnya masih dengan sistem barter (bertukar barang).

Di tempat masjid yang di tempati jamaah, terdapat pasar yang setiap pagi selalu di datangi oleh Hottentot untuk melakukan barter. Malam hari jamaah berdoa habis-habisan memohon hidayah untuk mereka. Paginya, aneh, tidak seorang Hottentot pun datang ke pasar. Setelah bermusyawarah dengan penduduk setempat, seorang yang biasa menjadi pemandu peneliti asing menawarkan diri untuk mengantarkan kami. Setelah di ketahui bahwa dia bukan muslim, salah seorang anggota jamaah berdakwah kepadanya dalam beberapa menit. Akhirnya dia pun masuk islam.

Beberapa orang dari jamaah pergi masuk ke dalam hutan liar di temani pemandu dan penerjemah. Dengan sedikit usaha pemandu, dalam waktu singkat terkumpul 25 orang laki-laki dan perempuan. Seorang dari jamaah menyampaikan kepentingan dan kenikmatan Islam kepada mereka dengan di bantu dua penerjemah sekaligus. Jamaah menyampaikan kepentingan dan kenikmatan Islam dalam bahasa Arab yang di terjemahkan ke dalam bahasa Hottentot.

Setelah beberapa menit jamaah berbicara mereka pun masuk Islam. Beberapa orang di bawa ke masjid untuk di ajari agama. Kemudian dua orang lagi menyusul jamaah ke masjid untuk masuk Islam. Setelah tiga hari di sana jamaah pindah ke masjid lain dengan di ikuti tiga orang dari suku Hottentot. Kami meghubungi seorang 'kyai' (ulama) di sana supaya dakwah dan bimbingan agama kepada mereka di tindak lanjuti.

Selama sebulan tidak bisa di hitung berapa orang masuk Islam. Hanya di dakwahi jamaah beberapa menit saja; polisi, pedagang, orang yang menunggu masjid, bahkan orang yang baru mandi di sungai langsung masuk Islam. Setelah jamaah pulang, bertepatan dengan musim haji pada tahun yang sama, 'kyai' yang di beri tanggungjawab untuk membimbing agama kepada orang-orang Hottentot itu datang ke Makkah. Beliau menginformasikan sekarang sudah hampir dua ribu orang Hottentot masuk Islam. Alhamdulillah.



Beberapa karguzari lainnya di buku tersebut,


Di Sepanyol, jamaah yang pertama kali di kirim mencari orang keturunan Arab yang sudah banyak murtad. Di jumpai seorang Arab Kristen. Setelah di lacak (diselidiki) ia masih keturunan Sahabat Umar bin Khattab r.a. Jamaah berkata kepadanya, “Harimau selalu beranak harimau. Tidak bisa yang lain. Kamu keturunan Orang Islam, maka harus Islam.” Dia bersama keluarganya pun masuk Islam kembali.

Di Inggris, dengan usaha sederhana ini, Allah swt. mewujudkan kurang lebih tiga puluh pondok pesantren salaf dan puluhan pesantren Al-Quran. Di Perancis, sejak pertama kali dakwah tabligh di mulai (sekitar tahun 50-an) hingga sekarang telah berdiri tiga ribu masjid di sertai gelombang masuknya orang-orang kafir ke dalam agama Islam. Di Pakistan, penuilis menemui seorang pemuda dari Moskow datang ke Pakistan bersama jamaah dengan niat akan menghafalkan Al-Quran.

Pada tahun 2000 Indonesia mengirim dua jamaah ke Amerika. Mesjid-mesjid yang mereka datangi di antaranya adalah bekas gereja kosong yang sudah di tinggalkan para pengikutnya (orang Kristen). Gereja kosong tersebut di beli oleh orang Islam, kemudian di jadikan masjid. Ketika dua jamaah bergerak di sana, hampir setiap hari menyaksikan orang-orang Amerika baik yang berkulit putih maupun kulit hitam masuk Islam.



Dari Ibnu Hatari, Maulana Ibrahim berkata dalam bayan subuhnya pada 15/7/2010 di Masjid Bangawali, Nizamuddin: “Natijah hujan adalah air yang bersih dan pada sudut pandangan, adalah satu makhluk biasa. Tetapi kesan pergerakannya amat luar biasa. Wujudnya hujan, satu perkara akan menjadi hidup (tanah kering kontang menjadi subur dengan tumbuh tumbuhan). Begitu juga pergerakan umat ini, pergerakan hujan natijahnya memberi manfaat. Air hujan membasahi setiap penjuru tempat, tanpa mengira keadaan tempat tersebut. Dengan wujudnya hujan, maka faedahnya dapat memberi manfaat kepada satu kehidupan. Air itu diumpamakan agama dan pergerakan hujan diumpamakan pergerakan umat dengan kerja agama.”