Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

DAhsyatnya Neraka.....!!!!

Bagaimanakah Neraka Serta Ahlinya

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Abu Hurairah R.A. Berkata: Rasulullah S.A.W. Bersabda: "Api Neraka Telah Dinyalakan Selama Seribu Tahun Sehingga Merah, Kemudian Dilanjutkan Seribu Tahun Sehingga Putih, Kemudian Dilanjutkan Seribu Tahun Sehingga Gelap Bagaikan Malam Yang Kelam."

Diriwayatkan Bahawa Yazid Bin Martsad Selalu Menangis Sehingga Tidak Pernah Kering Air Matanya Dan Ketika Ditanya, Maka Dijawabnya: Andaikata Allah S.W.T. Mengancam Akan Memenjarakan Aku Didalam Bilik Mandi Selama Seribu Tahun. Nescaya Sudah Selayaknya Air Mataku Tidak Berhenti Maka Bagaimana Sedang Kini Telah Mengancam Akan Memasukkan Aku Dalam Api Neraka Yang Telah Dinyalakan Selama Tiga Ribu Tahun!!!"

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Mujahid Berkata: "Sesungguhnya Di Jahannam Ada Beberapa Perigi Berisi Ular-Ular Sebesar Leher Unta Dan Kala Sebesar Kaldai, Maka Larilah Orang-Orang Ahli Neraka Ke Ular Itu, Maka Bila Tersentuh Oleh Bibirnya Langsung Terkelupas Rambut, Kulit Dan Kuku Dan Mereka Tidak Dapat Selamat Dari Gigitan Itu Kecuali Jika Lari Ke Dalam Neraka."

Abdullah Bin Jubair Meriwayatkan Bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda: "Bahawa Didalam Neraka Ada Ular-Ular Sebesar Leher Unta, Jika Menggigit Maka Rasa Pedih Bisanya Tetap Terasa Hingga Empat Puluh Tahun. Juga Didalam Neraka Ada Kala Sebesar Kaldai, Jika Menggigit Maka Akan Terasa Pedih Bisanya Selama Empat Puluh Tahun."

Al-A'masy Dari Yasid Bin Wahab Dari Ibn Mas'ud Berkata: "Sesungguhnya Apimu Ini Sebahagian Dari Tujuh Puluh Bagian Dari Api Neraka, Dan Andaikan Tidak Didinginkan Dalam Laut Dua Kali Nescaya Kamu Tidak Dapat Mempergunakannya."

Mujahid Berkata: "Sesungguhnya Apimu Ini Berlindung Kepada Allah S.W.T. Dari Neraka Jahannam." Rasulullah S.A.W. Bersabda: "Sesungguhnya Seringan-Ringan Siksa Ahli Neraka Iaitu Seorang Yang Berkasutkan Dari Api Neraka, Dan Dapat Mendidihkan Otaknya, Seolah-Olah Di Telinganya Ada Api, Dan Giginya Berapi Dan Di Bibirnya Ada Wap Api, Dan Keluar Ususnya Dari Bawah Kakinya, Bahkan Ia Merasa Bahawa Dialah Yang Terberat Siksanya Dari Semua Ahli Neraka, Padahal Ia Sangat Ringan Siksanya Dari Semua Ahli Neraka."

Maulana Tariq Jameel Sahab's Bayan in Kuala Lumpur Malaysia on 31-03-2012

Sunday, April 1, 2012

Siapakah pemerintah bagi umat Islam

Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama.Ia adalah seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (raja). Kemudian, di bawah pemimpin tertinggi akan ada pula wakil-wakil pemimpin, para pembantunya, menteri-menteri, wali kota, garbenor, panglima, dan selainnya yang dilantik oleh pemimpin pertama (tertinggi).

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib berdasarkan al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’ ulama.Tugas pemimpin umat Islam secara umum adalah untuk menjaga urusan agama dan urusan yang berkaitan dengan keduniaan.

Al-Khaththabi rah menyebutkan:

ان المراد بأئمة المسلمين الخلفاء وغيرهم ممن يقوم بأمور المسملين من اصحاب الولايات

“Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal-ehwal umat Islam (masyarakat).” (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Rasulullah Saw bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut disimpulkan kaedah-kaedah tersebut secara ringkas yang diambil dari buku beliau Mu’aamalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:

Ibnu Baththal rah berkata, “Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Sebagaimana juga perkataan Ibnu Qudamah rah (Wafat: 620H), “Apabila naiknya Abdul Malik B. Marwan dengan cara keluar menentang Ibnu az-Zubair, membunuhnya, memaksa rakyat dengan pedang hingga dia naik sebagai imam (pemimpin) dan diberikan bai’ah, maka wajib pula mentaati pemerintah yang mutaghallib (yang naik dengan cara yang tidak syar’i) ini.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/526)

Imam asy-Syathibi rah (Wafat: 790H) juga menyebutkan:

“Pernah ditanyakan kepada Yahya B. Yahya, Adakah bai’at itu dibenci?” Beliau menjawab, “Tidak.” Beliau ditanya lagi, “Walaupun orang yang dibai’at tersebut adalah pemimpin yang zalim?” Beliau menjawab, “Ibnu ‘Umar telah berbai’at kepada ‘Abdul Malik B. Marwan yang merampas kuasa pemerintahan dengan pedang. Demikianlah yang dikhabarkan kepadaku oleh Malik bahawasanya Ibnu ‘Umar r.huma menulis surat kepada ‘Abdul Malik rah, “Aku menyatakan kepada engkau dengan ketundukan dan ketaatan berdasarkan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”

Dallam Surah An-Nur Allah Swt menjanjikan kekuasaan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka kita ikut jalan ini iaitu jalan menguatkan iman dan amalan agama.

Jika kita kembali kepada ayat dari Surah An-Nur itu yakni Allah Swt menjanjikan kuasa kepada orang yang beriman dan beramal soleh.Makanya tugas kita, saya, kami dan kalian juga ialah berusaha untuk menanam dan menguatkan iman seterusnya memperbetulkan segala amalan-amalan keagamaan kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian keluarga kerabat terdekat, kemudiannya masyarakat sekeliling.Walaupun,ada segelintir masyarakat kita mendakwa cara ini adalah cara lambat,tetapi dengan cara inilah lebih syar'ie.

Benar kata Nabi Muhammad Saw, bahawa 'kalian adalah umat yang tergesa-gesa'.Nabi Saw tidak pernah mengeluh menunggu sehingga 13 tahun sebelum berhijrah dan dianugerahkah negara.Nabi Saw sahaja yang didatangi Jibril saban waktu mengajarkan al-Qur'an dan didatangi malaikat penjaga gunung menawarkan khidmat, pun tetap bersabar.Begitu juga Nabi Nuh a.s, yang sanggup beratusan tahun berdakwah tanpa negara. Dan hanya peroleh pengikut tidak sampai 100 orang.Sayangnya,kita dalam keadaan tergesa-gesa,hendakkan negara,tapi berpatah ara dari manhaj kenabian dan salafussoleh.

Komentar kepada politik

Sekiranya kita melihat apa yang banyak berlaku di sekitar kita hari ini,perebutan jawatan kepimpinan sesama umat Islam bukanlah suatu yang asing.Apabila ini berlaku, maka banyaklah perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku.Hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam banyak yang menjadi renggang dan tegang.

Hal inilah antara senario semasa yang agak menyedihkan.Hanya kerana jawatan kepimpinan tertentu, kita sesama umat Islam malah satu bangsa bertelagah tidak henti-henti. Pelbagai adegan yang begitu buruk dan mencemarkan imej umat Islam sentiasa mengiringi perbalahan rebut jawatan.Perbuatan melondeh aib sudah menjadi perkara biasa.Kata-kata cacian, kesat dan keji dihambur sesama sendiri.Apa yang tidak ada dan tidak pasti, sengaja ditimbulkan dan diada-adakan. Sehingga hal-hal dalam kain dan selimut pun habis diselongkar dan dicanang. Harta dan wang jadi pertaruhan.Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengeluarkan larangan dengan firman-Nya,

وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

“Janganlah mencari-cari keburukan orang dan jangan pula saling memburuk-burukkan (memfitnah) di antara satu sama lain. Adakah sesiapa di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, 49: 12)

Rasulullah Saw juga telah memberi amaran,

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

“Mencaci orang muslim adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya (tanpa haq) adalah perbuatan kufur.” (Muttafaq ‘alaih)

Jika kita perhatikan dengan baik, sekiranya bukan kerana urusan merebut jawatan dan kerusi politik,nescaya mereka tidak akan bertindak sebegitu rupa dengan saling mencaci sesama sendiri.

Sebenarnya secara syar’i, meminta-minta jawatan kepimpinan itu sendiri sahaja sudah ditegah. Inikan pula mahu berebut-rebutan sehingga bergasak sesama sendiri. Sungguh buruk rupa keadaannya. Dalam beberapa hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihatkan dan mengingatkan supaya tidak memberikan sebarang jawatan kepimpinan kepada sesiapa sahaja yang memintanya.

Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah Saw bersabda,

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

“Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”

Dalam hadis yang lain, beliau Saw juga bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?

Jika kita melihat dari apa yang berlaku hari ini, kebanyakan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi kepimpinan, kebanyakan dan kebiasaan dari mereka akan berusaha gigih meraihnya dengan apa cara sekalipun walau sehingga melanggar batas-batas agama, saling menindas, memutuskan tali persaudaraan, dan akhirnya sehingga mengundang perpecahan yang melemahkan umat.

Dalam hadis yang lain Nabi Saw telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan.Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)

والحكمة في أنه لا يولى من سأل الولاية أنه يوكل إليها ولا تكون معه إعانة كما صرح به في حديث عبد الرحمن بن سمرة السابق وإذا لم تكن معه إعانة لم يكن كفئا ولا يولى غير الكفء ولأن فيه تهمة للطالب والحريص

Imam an-Nawawi menyatakan, “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan ‘Abdurrahman B. Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya, bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih Muslim, 12/207)

Perkara ini adalah sebagaimana yang dapat kita lihat berlaku di sekitar kita hari ini di mana ketika masing-masing berebut jawatan kepimpinan (sebagaimana dalam pilihan raya), pelbagai janji dan rancangan kebaikan ditabur sehingga mereka sendiri tidak sedar bahawa janji-janji manis tersebut bakal menjadi beban kepada mereka di masa hadapan. Setelah janji ditabur, banyak pula tidak mampu ditunaikan. Pelbagai alasan pun mula direka. Akhirnya jadilah mereka sebagai orang-orang yang cakap tidak serupa bikin, mula berbohong, bersumpah palsu dan akhirnya menjadi pendusta. Bentuk-bentuk sikap seperti ini adalah di antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ. كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan perkara-perkara yang tidak kamu laksanakan.” (Surah ash-Shaff, 61: 2-3)


Sebagai menutup tulisan ini, penulis akhiri dengan mutiara nasihat daripada Sufyan ats-Tsauri rah.

Beliau berkata:

قال الأحنف قال لنا عمر بن الخطاب تفقهوا قبل أن تسودوا قال سفيان لأن الرجل إذا أفقه لم يطلب السؤدد

al-Ahnaf pernah berkata, “‘Umar B. al-Khaththab mengatakan kepada kami:

“Fahamilah agama sebelum memegang kekuasaan.”

Sufyan menjelaskan perkataan ‘Umar tersebut, “Kerana jika seseorang telah memahami agama, dia tidak akan berhasrat terhadap kekuasaan.” (Ibnul Jauzi, Shifah ash-Shafwah, 2/236)

Nasihat...

yakin dengan Allah dngan sebnar2 yakin selain dari Allah x boleh buat baik atau buruk tmpa Izin Allah. Allah yg berkuasa atas segala2 nya. fahami takdir Allah tadrikan sesautu keburukan keatas kita adalah sebab kita langgar perintah Allah atau ada kelemahan dalam amal kita. Allah tidaka akan ubah keadaan baik satu kaum melainkan mereka sendiri lakukan sesuati sehingga Allah ubah nasib mereka (tarik nikmat atau hantar Azab). maka org yg bijak akan periksa sbb amal apa dan baiki amal tersebut.


Ikhlaskan hati Ikhlas akan bawa kepada hidayah. org yg Ikhlasa x digangu oleh syaitan. jelas dalam hadith org yg hanya tinggal sejngkal dengan syurga kerana suratan takdir amal amalan ahli neraka dan msuk neraka begitu juga sebaliknya. jika diteliti ianya kerana Ikhlas.

syatan yg jadi azazil ketua malaikat telah dilaknat kerana hatinya ada takbur. untuk dapatkkn Ikhlas lakukan amal hnya semata2 kerana Allah. x pandang rendah pada org yg rendah pada kita. x rasa bngga diri. x pandang hina manusia yang lakukan maksiat atau pernah buat maksiat. tp bnci pada kelakukan bukan pada pelaku. d zaman bani Israel ada wali Allah yg hnya kerana pandang hina peminum arak dan peminum arak hormati wali Allah awan yg melaungi telah pindah pada pemabuk. Ikhlas kunci kepada hidayah. bila org itu Ikhlas maka Allah temukan dia dngn Hidayah.

selesaikan semua masalah dalam perantraan Amal. sahabt nabi solat 2 rakaat turun hujan, macam2 lagi kisah. Maulana Hamid Mudir madrsah sri petaling bagi tau Memang benar ada usaha tp usaha ashli sunnah waljamaah adalam dalam Amal. Itu yg Nabi ajarakan pada sahabat nabi. Nabi ajara pada Ibn Abbas apa sahaja minta pada Allah.

sentiasa fikir bagaimana agama boleh tersebar. inilah fikiran Nabi dan sahabat nabi. gembiralah bila ada org amal agama sedihlah bila ada org tinggalkan agama. ini antra sifat yg spatutnya ada pada org Islam. dan bermujhadahlah dijalan Allah. Allah janji akan buka pintu hidayah bagi yg bermujahada dijalan Allah. setelah fathul mekkah nabi bari tahu setelah ini tida ada lagi Hijrah yang ada hnyalah niat dan Jihad, dan apabila kamu diseru untuk kmeluar dijalan Allah maka keluarlah kamu. dalam tafsir Khaira Ummat Umar r.a bari tahu ayat ini guna perkataan kuntum bukan Antum maka ayat ini hnya untuk kami (kamilah khairah Ummah) jika kamu nak jadi macam kami (khaira Ummah boleh) kamu kena lakukan apa yg kami lakukan yakni Amar ma'ruf nahi mungkar.

Ingat Mengajar bukan dakwah. mngajar adalah org dtg cari kita itu ta'lim. Dakwah kita yg akan bergerak jumpa org ini baru dakwah ramai yg memahami mngajar itu adalah dakwah. sbnaranya 2 perkara yg beza maka dakwah itu adalah juga tngung jawab org2 yg bergelar Ustz ustazah. kamu kna kluar dengan nisab Masturat 3 hari setiab 3 bulan, 40 hari 2 thn skli dan 2 bulan. bersama suami kamu. mafat adalah pada diri kamu Iman kamu akan bertmbah, Amal kamu akan diperbaiki. kluarga kamu akan dtg dekat pada agama, keturunan kamu Allah akan pelihara. dan ingat hadith nabi apa bila kamu tinggalkan amar maruf dan nahi anil mungkar maka diharamkan keberkatan wahyu. maka seorg yang tida buat dakwah x akan fahami Islam dengan sempurna. bnyak lagi Nas yg mana dengan mujahada dngan dakwah Allah akan bagi hidayah, dalam surah taubah ayat 111 Alkah telah beli diri dan harta org mukmin dan digantikan dengan Jannah sesunguhnya ia kemenangan yg besar. Harta kita diri kita bukan milik kita milik Allah. gunaknalah untuk sebarkan agama Allah. dan dakwah bukan buat 1org tp berjemaah (tabligh)..

dan banyak amaran Allah bila kita tinggalkan dakwah Allah akan hntar macam2 bncana pada kita.

.

Kesalahan kesalahan ketara pada amalan Niqab di malaysia. hnya teguran.....

Kesalahan kesalahan ketara pada amalan Niqab di malaysia. hnya teguran.....

يأيهاالنبى قل لأزوجك وبناتك ونسآءالمؤمنين يدنين عليهن من جلبيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورارحيما

Wahai Nabi ,katakanlah kepada isteri-isterimu ,anak perempuan dan isteri-isteri orang mu`min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun dan penyayang . (surah Al-Ahzab: 59)

Dalam kaitan ini ,Ibnu Abbas r.a berkata : “Allah SWT telah memerintahkan isteri-isteri orang mu`min apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan , wajib mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab dan mereka boleh menampakkan mata sahaja

dan di fami dngan jelas.. yg hnya nampak adalah mata.
bukan niqab yg mnampkan Dahi mata sebahagian hidung. bila saudary mngamaalkan niqab separuh ini maka saudary akan kelihatan lebih menarik. dari pada biasa. contoh satu org yg mana hidung dan mulutnya x berapa cantik bila dia berniqab maka dia akan keliahat wanita yg paling cantik dkt dunia. jadi niqab yang sepatunya di pakai adalah niqab yg ada lubang dibahagian mata. manakalah dahi juda di tutub. dengan ini akan keliahatan hanyalah mata kenig dahi hidung semua akan x kelihatan maka org yg melihat mustahil mngenalai bagaimana bentuk wajah anda. dan bila kamu amalakan demikian Janji Allah org akan hormati kamu. dan kenali sebagai wanita mukminah.

dan satu lagi perkara penting Tapak tngan juga kana di tutup. maka kna memakai sarung tangan. sarung tngan sy x makisudkan sarung lengan. bila saudari kelauar dengan memakai demikian maka dari seluruh tubh saudary yg akan nampak hnyalah mata sahaja. menpati Firman Allah di atas. dan pakaian juga jngan warna yg terang di buktikan dalam bebrapa hadith yang di amalkan pada zaman nabi adalah yg berwarna hitam, hijau tua. maka warna tetab kena yang tidak terang. Tahu faham dan amal :) Wallahu alam.