Izinkan saya mencelah, saya kira antara jawapan yg Munasib utk kita jawab kepada orang yg cerdik pandai bila mereka hairan kita membaca hanya fadhail amal tidak yg lain.
1) setiap gerakan Islam didunia ini mempunyai kitab pedoman beriorganisasi yg dikarang oleh ulamak gerakan masing2.
Setiap dari kitab tersebut akan dibaca, dibahas berulang2 kali bahkan menjadi rujukan setiap anggota kumpulan tersebut.
Misalnya gerakan Ikhwanul Muslimin, mereka mempunyai kitab2 khusus yg membahaskan usul dan tertib gerakan tersebut antaranya kitab karangan Syeikh Said Hawwa, rah. Tafsir fi zilalil Quran dll. Maka begitulah jua dgn gerakan Tabligh.
Untuk pelajaran berbentuk umum ahli Tabligh ( karkun) juga merujuk kepada kitab2 yg lazim digunakan oleh orang 2 awam untuk maksud memperbetulkan amalan mereka.
Tetapi dalam hal yg menyangkut persoalan tertib dan manhaj maka mereka menggunakan kitab2 khusus spt Fadhail Amal, Muntakhab Al Ahadis dan Hayatus Sahabah sebagai terapi utk mengisahkan setiap ahli Tabligh. Dan hasilnya telah terbukti bahawa yg menyebabkan ramai Mat rock, artis, gengster 2, bahkan ahli 2 maksiat berubah menjadi baik adalah berkat terapi Al Quran dan hadis yg dibaca berulang2 kali (3 x setiap hadis) sebagaimana pedoman Rasulullah saw.
Namun jika ada yg bertanya kami tak jumpa satu pun kitab karangan ulamak Tabligh yg menjelaskan usul dakwah dan Tabligh yg ada hanyalah kitab biasa saja.
Maka jawapannya, (semoga ianya x mengguris perasaan ahli jemaah lain), iaitu pada zaman Maulana Yusuf rah. menjadi Amir pernah seorang dikalangan orang2 lama di nizamuddin bertanya kepada beliau: "mengapa tuan tidak mengarang kitab ttg usul dakwah seperti gerakan2 lain, agar menjadi pedoman bagi setiap rakan seusaha?. Maka beliau menjawab, bagi saya Usul dakwah itu merupakan suatu yg hidup secara amali dan sempurna dalam kehidupan para sahabat.
Justeru seandainya saya mengarang kitab usul 2 dakwah yg baru selain dari kitab Hayatus Sahabah bererti saya telah mereka cipta usul dakwah yg baru mengikut akal pikiran (teori) saya sendiri. Dan selaku hamba yg lemah bileh jadi
Oleh itu seluruh cerita dalam kitab Hayatus Sahabah yg aku susun itulah sebenarnya kitab usul dakwah yg sebenar2 nya.buku itulah yg sepatutnya dibaca dengan teliti dan di amalkan sehingga mansha Maulana Ilyas utk lihat umat ini mengamalkan agama sama seperti tahap agama pada zaman para sahabat.... Wallahu a'lam......(Maulana Helmi )
No comments:
Post a Comment