Search This Blog

Thursday, August 15, 2013

Penerangan Syeikhul Hadith Darul Ulom,Deoband Tentang Penggunaan Fadhilat A’mal Oleh Jemaah Usaha Dakwah Dan Tabligh


Pendekatan tarbiah perlu didasarkan atas fitrah yang diberikan Allah Swt kepada manusia seperti keinginan terhadap kekuatan,kenikmatan kesenangan hidup,dan kehidupan abadi yang baik serta ketakutan akan kepedihan,kesengsaraan dan kesudahan yang buruk.Maka atas dasar itu juga adanya pendekatan Tarhgib wa Tarhib dalam Usaha Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh.

Al-Syeikh Qari Muhammad Tayyib’ rah telah memberi jawapan terhadap kemusykilan diatas dengan panjang Iebar.Beliau berkata bahawa ada orang yang membangkang Jemaah Tabligh dengan mengatakan bahawa orang-orang Jemaah Tabligh hanya menerangkan tentang Fadhilat A’mal. Mereka tidak menerangkan tentang Masail.Sedangkan agama akan menjadi betul dengan Masail.

Memang betul, setelah mendengar fadhail  semangat beramal akan datang dalam hati tetapi apabila masail tidak dipelajari ada kemungkínan bahawa orang ramai disesatkan dengan perantaraan semangat dan dorongan untuk beramal tanpa usul periksa. Yang pastinya akan mendatangkan natijah bahawa orang ramai akan terlibat dengan bidaah.Apa-apa yang dikatakan orang bahawa amalan Jemaah Tabligh,kita ini akan menyebabkan manusia akan terlibat dengan bidaah hanyalah satu anggapan dan perkara yang mungkin akan berlaku. Perkara yang patut kita perhatikan ialah apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Dalam masa empat puluh tahun (Usaha Tabligh sudah berjalan) berapa ramaikah umat yang telah terlibat dengan bidaah ? Tinggal lagi masalah tidak menerangkan tentang masail, Sekiranya persoalan itu kita jawab dengan mengatakan bahawa. “Mulanya kami menerangkan tentang fadhail dahulu dengan tujuan untuk menimbulkan semangat beramal dalam kalangan umat selepas itu kami akan sebarkan masail pula.” Jawapan ini pun sebenarnya tidak betul.Hal ini adalah kerana setelah empat puluh tahun Usaha Tabligh berjalan apakah sampai sekarang semangat beramal belum timbul-tímbul ? Jawapan yang betul ialah sememangnya Jemaah Tabligh hanya menerangkan tentang Fadhail namun mereka tidak mengingkari masail. Apakah ada Jemaah Tabligh mengatakan bahasa jangan kamu bertanya mengenai masail agama daripada sesiapa pun? Sama sekaIi mereka tidak pernah mengatakan demikian.

Al-Syeikh rah Maulana Qari Muhammad Tayyib Qasmi ialah Mudir Darul Ulum Deoband.Beliau ialah seorang ulama Islam dan pemidato yang ulung dan masyhur.Beliau memimpin Darul Ulum Deoband selama lebih setengah abad bermula dari tahun 1928 sehingga tahun 1980.
Jawapan kedua ialah ada berbagai medan dan berbagai jalan dalam menjalankan usaha.Ada yang melakukan usaha dengan belajar dan mengajar,ada yang berusaha melalui ceramah dan pengajian da nada yang melalui siasah serta hikmah.Mereka (Jemaah Tabligh) juga telah memilih satu jalan,mereka menerangkan tentang Fadhilat A’mal lantas menimbulkan semangat dan keghairahan beramal dalam diri orang ramai.Untuk mereka memilih semua jalan usaha tidaklah semestinya dan tidaklah perkara itu mungkin di lakukan.

Sebelum tuan-tuan sendiri memulakan mana-mana usaha,maka tuan semestinya telah menentukan beberapa tujuan dan juga prinsip usaha tuan itu dan tuan juga telah menentukan jalan usaha tuan.Tuan tidak akan memasukkan semua perkara dalam usaha tuan itu.Habis kenapa pula tuan inginkan orang-orang Tabligh memasukkan semua perkara dalam usaha mereka ? Walau bagaimana pun,jika ada orang yang membangkang maka dengarlah bangkangan mereka itu dengan baik,namun kamu (ahli Jemaah) tetap jalankan kerja kamu sebagaimana biasa.Usaha yang kita jalankan itulah yangakan menjadi jawapan kepada semua bangkangan.

Ringkasnya,hasil daripada usaha Jemaah Tabligh ialah wujudnya semangat dan keghairahan untuk beramal dalam diri orang ramai.Setelah semangat itu wujud,maka terserah kepada seseorang itu ingin terlibat dengan jalan usaha yang mana.Keadaan yang dapat kita lihat ialah apabila seseorang itu ada keghairahan ke arah sesuatu perkara maka dia sendiri akan berusaha sungguh-sungguh untuk menyempurnakan keghairahannya itu dengan cara yang betul.

Jika dalam diri kamu sudah ada semangat dan ghairah agama dan kamu ada keinginan untuk mengetahui tentang masail maka kamu pergilah berjumpa dengan ulama atau pergilah ke madrasah dan tanyalah tentang masail itu.Jangan sibuk dengan urusan lain yang sia-sia dan untuk sibuk dengan membuat bangkangan demi bangkangan adalah kerja orang yang mencari alasan sedangkan dia sendiri tidak ingin melakukana kerja.

Sebagaimana saya telah nyatakan sebelum ini bahawa bagi setiap jemaah ada sasaran dan cara mereka yang tersendiri maka untuk kamu sertakan  perkara lain kepadanya adalah sama sekali tidak cocok.Apabila jemaah itu telah tetapkan satu objektif untuk mereka,maka kamu sepatutnya membiarkan perkara itu sedemikian.

Sebenarnya manfaat daripada usaha Tabligh telah terang dan jelas lebih daripada sinar matahari iaitu semangat dan keghairahan untuk mengamalkan agama telah timbul dalam hati ribuan malah jutaan manusia dan lantaran semangat dan keghairahan agama itu betapa banyak amalan-amalan bidaah telah lenyap daripada umat.Jika tidak kerana usaha Tabligh,di mana kita akan dapati orang-orang yang sanggup mengorbankan diri sendiri,harta sendiri,menanggung makan-minum sendiri bersafar jauh-jauh semata-mata untuk Allah Swt dan agama-Nya.Manfaat yang di dapati daripada usaha Tabligh kamu tidak sebarkan sebaliknya perkara yang tidak termasuk dalam rancangan mereka kamu jadikan bahan asa bangkangan kamu,ini bukanlah satu cara yang betul.

Sebenarnya islah diri ada empat bahagian dan empat cara.Satu himpunan yang cantik telah berlaku iaitu keempat-empat cara itu ada dalam usaha Tabligh.Bersuhbah (berdamping) dengan orang soleh pun ada,zikir dan fikir pun ada,’muwaakhah fillah (persaudaraan kerana Allah Swt) pun ada dan akhir sekali muhasabah diri pun ada.Dan himpunan keempat-empat cara itulah sebenarnya Jemaah Tabligh.Tida ada cara lain lahi yang lebih baik untuk islah orang awam lebih dariapada cara itu.Dengan cara inilah agama terus tersebar.Dalam setiap Negara seruan terus menerus di sampaikan yang dengan perantaraannya aqidah orang ramai diperbetulkan.Orang ramai dengan lajunya maju dalam amalan agama dan setiap orang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membentuk kehidupan mereka tepat dengan acuan kehidupan Nabi Saw.Sekurang-kurangnya,orang-orang yang ingin membangkang hendaklah meletakan laporan-laporan hasil usaha Jemaah Tabligh ini di hadapan mereka lantas berfikir dan renunglah dengan hati yang tenang.

Untuk itu,sepatutnva kamu masuk sendiri  dalam  usaha Jemaah Tabligh  dan lihatlah apakah faedah yang telah di dapati. Kamu kena terlibat sendiri dengan usaha Tabligh maka kamu sendiri akan dapat merasakan apakah faedah yang kamu dapat.Dan dapatkanlah maklumat daripada pengalaman kamu sendiri. Sesiapa sahaja yang datang pada kerja Tabligh ini dengan niat yang baik pasti dia akan mendapat kesan yang baik juga. Dalam usaha ini ada dakwah kepada  kalimah laillahaillah,usaha atas solah, hubungan baik dengan rakan dalam jemaah,ada zikir, ada muhasabah dan ada banvak lagi perkara baik yang lain. Otch kcrana itulab. dengan sebab usaha ini banvak kebaikan dan kebajikan yang datang dalam kehidupan manusia. Berapa ramai orang-orang yang jahat telah menjadi baik dengan sebab jemaah, hinggakan dapat dilihat bahawa orang-orang yang telah rosak aqidahnya telah berubab menjadi orang yang betul aqidahnya.

Bangkangan hanyalah boleh diterima daripada orang yang telah terlibat sendiri dengan sesuatu perkara itu. Bangkangan dari luar  biasanya tidak perlu diterima. Jika ada sesiapa yang setelah terlibat dengan usaha Tabligh buat bangkangan maka itu patut dan betul. Namun orang-orang yang sudah terlibat dalam usaha jemaah tidak pula membuat bangkangan kerana setelah mereka terlibat maka mereka dapat lihat manfaat daripada usaha. Lantaran itu dapat diketahui bahawa segala bangkangan adalah bangkangan luaran yang tidak perlu diterima. Sebenarnya ulama di madrasah pun tidak sunyi daripada bangkangan malah Allah dan Rasul-Nya pun tidak sunyi danpada bangkangan.


Di petik daripada Muqadimah Kitab Fadhilat A'mal versi 2013 d

No comments:

Post a Comment