Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Ayat Munjiyat (Ayat Tujuh ~ Hindari Bencana)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Ayat Tujuh juga dipanggil  ‘Ayat Munjiyat’ adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.
.
Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.
.
.

Ayat Pelindung Diri

Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. InsyaAllah antum akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.
.
.

Ayat Tujuh

.

1. Surah At Taubah ayat 51

9:51
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”
.

2. Surah Yunus ayat 107

10:107
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
.

3. Surah Hud ayat 6

11:6
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi  rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
.

4. Surah Hud ayat 56

11:56
“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu!  Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”
.

5. Surah Al Ankabut ayat 60

29:60
“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak  (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
.

6. Surah Al fathir ayat 2

35:2
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”
.

7. Surah Az Zumar ayat 38

39:38
“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”
.
.
.

Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh

Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:
.
  1. Penangkal Sihir
  1. Menyerikan wajah
  1. Ditunaikan segala hajat
  1. Membawa keberkatan
  1. Dicatat pahala yang banyak
  1. Dijauhkan dari gangguan iblis
  1. Terpelihara dari tipu daya musuh
  1. Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.
.
.
Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.
.
.
Berkata Syaidina Ali r.a.:
  • Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
.
  • Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
.
  • Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
.
  • Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
.
  • Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.
.
  • Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.
.
.
Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.
.
Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayatManzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Wednesday, July 3, 2013

Agama maksud hidup...

ust sy cerita ada orang tanya maulana saad perkara ni(adakah dakwah maksud hidup?),beliau jawab lebih kurang:

"adakah wujud dlm dunia ni seorang muazzin yang bagi azan di masjid kemudian balik ke rumah utk solat di rumah?"..

penanya ckp TAK ADA...

ml saad jwb,kalau muazzin tu jadikan "azan"(azan adalah dakwah paling sempurna) sbg maksud hidupnya,dia tentu akan azan kmudian balik rumah kerana anggap maksud hidupnya telah tercapai....tapi sbliknya yg berlaku ialah muazzin tu cuma jadikan azan tu sbg wasilah/jalan/asbab untuk mencapai maksud hidup iaitu AGAMA(solat itu tiang agama,orang yang dirikan solat bermakna dia teguhkan agama)...

Tambah ustaz saya: seorang muazzin dia akan tetap azan walaupun selama bertahun2 tak ada orang datang ke masjid dan dialah orang pertama yang akan tunggu di saf masjid untuk solat,kalau tak ada orang datang masjid,dia lah orang pertama yang akan dirikan solat di masjid tu..jadi begitu juga seorang dai'e,dia akan sentiasa berdakwah walaupun tak ada orang ikut sebab dia berdakwah bukan untuk orang ikut tapi kerana ia adalah PERINTAH ALLAH..orang nak ikut ke tak itu tergantung hidayat dari Allah,kalau tak ada orang nk ikut sekalipun dakwah kita,kita tetap orang pertama yang akan terus maju dlm agama...sebab usaha agama untuk ISLAH DIRI bukan untuk ISLAH ORANG LAIN...

Jadi ustaz saya pesan: "AGAMA adalah MAKSUD HIDUP manakala DAKWAH/TAKLIM/TAZKIYYAH adalah KERJA HIDUP..."

-selesai- (IBO)

Friday, June 21, 2013

Ma'had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum(MATAN)



BANK ISLAM [0205-7010-0343-84]..CIMB [0740-0000-6551-00]...MayBank [5573-2605-0364].. AMBank [ 043-202-200846-1]...
RHB Bank [ 20-7145-6000-4241].... Public Bank[ 3989-7502-18]
Sebarang Pertanyaan sila hubungi Ustaz Muhammad Nasir( Muallim Sufi Sunnah ) di talian 017-4555400, 019-4647636
Madrsah Ini menyediakan Pengajian Tahfiz Untuk pelajar lelaki dan wanita yg berumur 13 dan ke bawah.

PENGAMBILAN PELAJAR

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
1) Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke bawah.

2) Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan.Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar.Boleh membaca dan menulis.

3) Berakhlak mulia dan bersifat taat.

4) Memdapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR.

5) Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga diterima.

6) Lulus temuduga oleh pihak MATAN.

7) Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan hukuman yang dikenakan oleh pihak madrasah.

NOTA: Anda dikehendaki membawa bersama:Salinan kad pengenalan atau surat beranak.Surat sokongan sekolah atau madrasah.Keputusan UPSR (jika sudah mengambil peperiksaan itu) atau keputusan peperiksaan pertengahan tahun.Satu salinan bagi setiap sijil dan dokumen.2 keping gambar berukuran passport. 



Thursday, June 20, 2013

Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum (MTMU),Hulu Langat, Selangor


Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Address B-3-11, 3rd Floor, Block B, TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. 
Tel: +603 77223666 Fax: +603 77222891 

Lot 5649, Jalan Kuari Sungai Long, Kg. Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel : +603 9021 7790 E-mail : mtmu.edu@gmail.com




















Madrasah Al-Hikmah (Lil Banat untuk wanita)

2014 Intake
 بسم الله الرحمن الرحيم
                                                 
Madrasah Al-Hikmah (Girls section) is now open for registration. Please give us a call to confirm your place for next year. The following information is mostly regarding the girls section of Madrasah Al-Hikmah. You can find more information about the boys section at Madrasah Al-Hikmah Subang Jaya. Jazakallah.

Admission
All students are interviewed prior to admission. Students who pass the interview agree to obey all the rules and work hard; completing homework on time. We regard enthusiasm, effort and parental support very highly.

Entry Requirements
Age 13 and above
Fees
Registration : RM 400 (non refundable due to reservation)
Tuition Fees : RM 4,800 a year (RM 400 a month)
Healthcare   : RM 100
*Kitaabs and Uniforms excluded

Courses:
Aalimiyyah (Syariah Islamiyyah) - Arabic & Islamic Studies (4 years). See course details here
Tahfeedh Al-Quran - Memorisation of the Holy Quran. See course details here

Uniform
Girls: Madrasah uniform, black burkha (tudung labuh).
Clean & smart: Makeup, nail varnish, eyebrow plucking and inappropriate haircuts (qaz’a) are NOT allowed.


Important Information
Our academic year comprises of 40 weeks. Check out Academic Calender here
Holidays are 10 weeks (Aalimiyyah students) and 6 weeks (Hifz students)
Examinations held three times a year
Fees are non-refundable due to reservation
We do not propagate division or politics.
Students are required to communicate in English during studying days.

Contact Information

Boys Madrasah
Moulana Umair (Mudir) : 019- 281 6307
Email: umairagar@hotmail.com
Website: http://www.alhikmahsj.com/

Girls Madrasah
Ustaz Abdul Kadir (Mudir) : 019-236 7926
Ustazah (Registration)      : 019-317 0255
Ustazahs (Student Affairs): 019-392 1614

Office Hours :-
Monday - Friday
10 a.m - 12:30 p.m
5 p.m - 7 p.m

http://madrasahalhikmah.blogspot.com/

~Musta'mal~



Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

-Ibo-

Wednesday, June 19, 2013

HADITS PALSU DALAM KITAB FADHILAH AMAL Tduhan Mereka Jawapan kita.. Wahabi owh wahabi..



Mereka berkata : Kitab Fadhilah Amal adalah kumpulan hadits dhaif dan maudhu'
Masalah hadits dhaif pendapat yang umum dikalangan ulama boleh menggunakannya untuk Fadhilah Amal.

Masalah hadits maudhu' benarkah ada terdapat dalam Buku Fadhilah Amal karangan Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi rah.a.

Jawabnya : “Ada”

Didalam Fadhilah Dzikir, Hadits-hadits Tentang Kalimat Thayyibah, Hadits ke 28
Maka Allah berfirman kepadanya: “Siapakah Muhammad (yang engkau maksud)?” Maka Adam menjawab: “Maha berkah nama-Mu ketika engkau menciptakan aku, akupun mengangkat kepalaku melihat Arsy-Mu, dan ternyata di situ tertulis: Laa ilaaha illallah Muhammadun Rasulullah. Maka akupun mengetahui bahwa tidak seorang pun yang lebih agung kedudukannya di sisi-Mu dari orang yang telah engkau jadikan namanya bersama dengan nama-Mu.” Maka Allah berfirman kepadanya: “Wahai Adam, sesungguhnya dia adalah Nabi terakhir dari keturunanmu, kalaulah bukan karena dia, niscaya Aku tidak akan menciptakanmu.” (Hr. Thabrani, Hakim, Abu Nu’aim, Baihaqi)

Dibawah hadits tersebut (keterangan hadits yang berbahasa Arab) dengan jelas Maulana Zakariyya menuliskan kedudukan hadits tersebut.
Apa keterangannya :

“Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Ash-Shaghir, Al-Hakim, Abu Nu’aim, Al-Baihaqi yang keduanya dalam kitab Ad-Dala`il, Ibnu ‘Asakir dalam Ad-Durr, dan dalam Majma’ Az-Zawa`id (disebutkan): Diriwayatkan Ath-Thabrani dalam Al-Ausath dan Ash-Shaghir, dan dalam (sanad)-nya ada yang tidak aku kenal. Aku berkata: Dan dikuatkan yang lainnya berupa hadits yang masyhur: “Kalau bukan karena engkau, aku tidak menciptakan jagad raya ini”, Al-Qari berkata dalam Al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.”

Dalam menanggapi hadits ini :
Berkata Al-Imam Al-Hakim : “Shahih sanadnya”
Berkata Al-Imam Al- Baihaqi : “Dhaif”
Al-Qari berkata dalam Al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.”

Jadi ada perbedaan pendapat ulama tentang hadits diatas ada yang mengatakan : Shahih, dhaif dan palsu.

Pertanyaan
“Mengapa Maulana Zakariyya menuliskan hadits palsu dalam kitab Fadhilah amal”

Jawab :
Tidak ada masalah menuliskan hadits dhaif atau palsu dalam sebuah buku untuk kepentingan ilmu sepanjang menuliskan derajat haditsnya. Maulana Zakariyya dengan jelas menuliskan berbagai pendapat ulama dalam menanggapi hadits tersebut.

Pertanyaan
Kenapa penerjemah tidak menerjemahkan takhrij hadits tersebut kedalam bahasa Indonesia sebab mayoritas pembaca tidak memahami bahasa Arab.

Jawab :
Penerjemah mungkin punya alasan yang khusus dalam masalah ini. Setiap takhrij hadits dalam Fadhilah amal tidak pernah diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia bisa saja karena akan menimbulkan tebalnya kitab tersebut dan biasanya hanya sebahagian kecil dari masyarakat Indonesia yang faham tentang ilmu hadits dengan baik.

Contohnya :
Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi Abdullah bin Az Zubair dia berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan yang berkata, bahwa telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id Al Anshari berkata, telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Ibrahim At Taimi, bahwa dia pernah mendengar Al Qamah bin Waqhas Al Laitsi berkata saya mendengar Umar bin Al Khaththab diatas mimbar berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Semua perbuatan tergantung niatnya, dan balasan bagi tiap-tiap orang tergantung apa yang diniatkan. Barang siapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan” (HR. Bukhari)

Kalau kita melihat didalam buku hadits yang terjemahan atau salinan kedalam buku lain maka nama Perawi : Al Humaidi Abdullah bin Az Zubair, Sufyan, Yahya bin Sa’id Al Anshari, Muhammad bin Ibrahim At Taimi, Al Qamah bin Waqhas Al Laitsi jarang sekali dituliskan padahal dalam tulisan bahasa arabnya ditulis lengkap dengan parawinya. Maka hadits diatas akan dipotong nama-nama perawinya dan hadits diatas akan dituliskan sebagai berikut :

Umar bin Al Khaththab diatas mimbar berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Semua perbuatan tergantung niatnya, dan balasan bagi tiap-tiap orang tergantung apa yang diniatkan. Barang siapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan” (HR. Bukhari)

Jadi, alasan apa yang menyebabkan penerjemah tidak menyertakan nama-nama perawinya. Alasannya mungkin akan sama dengan keterkaitan masalah Fadhilah amal diatas. “Akan menimbulkan tebalnya kitab tersebut dan biasanya hanya sebahagian kecil dari masyarakat Indonesia yang faham tentang ilmu hadits dengan baik”.
Makanya menurut hemat penerjemah hal itu tidak dituliskan.

Mereka berkata : Kitab Fadhilah Amal tidak layak untuk dibaca karena akan menimbulkan kesesatan ditengah umat yang berisi kumpulan hadits dhaif dan maudhu'
Mari kita teliti dengan baik adakah didalam kitab para pencela itu hadits dhaif dan maudhu'

Hadits-Hadits dhaif yang Terdapat dalam Kitab At-Tauhid karya Muhammad bin ‘Abdil-Wahhab

Bab 2 : Keistimewaan Tauhid Dan Dosa-Dosa Yang Diampuni Karenanya
Dari Abu Sa’id Al-Khudriy, dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda : “Musa berkata : “Ya Tuhanku, ajarkanlah kepadaku sesuatu untuk berdzikir dan berdoa kepada-Mu”. Allah berfirman : “Katakanlah wahai Musa : Laa ilaaha illallaah”. Musa berkata : Ya Tuhanku, semua hamba-Mu mengucapkan ini”. Allah pun berfirman : ”Hai Musa, seandainya ketujuh langit dan penghuninya, selain Aku, serta ketujuh bumi diletakkan pada salah satu daun timbangan, sedang ’Laa ilaaha illallaah’ diletakkan pada daun timbangan yang lain; maka ’Laa ilaaha illallaah’ niscaya lebih berat timbangannya”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Haakim, dan ia menshahihkannya.

Keterangan :
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Shahih-nya (no. 6218) dan Al-Mawaarid (no. 2324), serta Al-Haakim dalam Al-Mustadrak (1/528). Diriwayatkan juga oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (8/327-328), An-Nasa’i dalam ‘Amalul-Yaum wal-Lailah (no. 834, 1141), Al-Baihaqi dalam Al-Asmaa’ wash-Shifaat (102-103), dan yang lainnya.
Sanad hadits ini dla’if karena perawi yang bernama Darraaj bin Sam’aan. Al-Imam Ahmad berkata : “Hadits-hadits Darraj dari Abu Al-Haitsam, dari Abu Sa’id Al-Khudriy adalah lemah”.

Hadits ini di-dla’if-kan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam At-Ta’liqaatul-Hisaan (9/54-55 no. 6185), Asy-Syaikh Muqbil Al-Wadi’iy dalam At-Tatabbu’ (1/718 no. 1988), dan Asy-Syaikh Syu’aib Al-Arna’uth dalam Takhrij Shahih Ibni Hibban (no. 6218).

Bab 7 : Termasuk Syirik; Memakai Gelang, Benang, Dan Sejenisnya Sebagai Pengusir Atau Penangkal Mara Bahaya

Hadits ‘Imraan bin Hushain radliyallaahu ‘anhu :

Dari ‘Imraan bin Hushain radliyallaahu ‘anhu : Bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam melihat seorang laki-laki terdapat di tangannya gelang kuningan. Maka beliau bertanya : “Apakah ini ?”. Orang itu menjawab : “Penangkal sakit”. Nabi pun bersabda : “Lepaskan itu, karena dia hanya akan menambah kelemahan pada dirimu. Sebab jika kamu mati sedangkan gelang itu masih ada di tubuhmu, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad laa ba’sa bih (tidak mengapa/bisa diterima).
Keterangan :

Diriwayatkan oleh Ahmad (4/445), Ibnu Majah (no. 3531), Ath-Thabarani dalam Al-Kabiir (18/172 no. 391), Ibnu Hibban dalam Shahih-nya (no. 6085) dan Al-Mawaarid (no. 1410-1411), serta Al-Haakim (4/216).

Sanad hadits ini dla’if karena :
a) Adanya inqitha’ (keterputusan), karena Al-Hasan (Al-Bashriy) tidak mendengar hadits dari ‘Imran bin Hushain. Tashriih Al-Hasan dalam hadits di atas adalah tidak benar menurut Ibnul-Madini, Abu Hatim, dan Ibnu Ma’in.
b) Adanya ’an’anah dari Al-Mubaarak bin Fudlaalah, sedangkan ia adalah seorang mudallis.

Hadits ini dilemahkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam At-Ta’liqaatul-Hisaan (8/448 no. 6053) dan Adl-Dla’ifah (3/101-104), Asy-Syaikh Muqbil Al-Wadi’iy dalam At-Tatabbu’ (4/341 no. 7582 – beliau menegaskan adanya inqitha’ dalam sanadnya), serta Asy-Syaikh Syu’aib Al-Arna’uth dalam Takhrij wa Ta’liq Musnad Al-Imam Ahmad (33/2-4-205).

Hadits maudhu' (palsu) dalam kitab Fathul Majid Syaikh Abdurrahman hasan Alu Syaikh

Bab : Mamberi Nama Anak Yang Bernuansa Syirik Kepada Allah, Hal. 882. 1994 M, Penta’liq : Abdullah bin Baaz.

Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS. Al A'raaf 190)

Imam Ahmah rah.a dalam menafsirkan ayat ini berkata, “Bercerita kepada kami Abdush-Shamad, bercerita kepada kami Umar bin Ibrahim, bercerita kepada kami Qatadah dari Al Hasan dari Samurah dari Nabi SAW, beliau bersabda : “Ketika hawa melahirkan, iblis mengitarinya dan anaknya tidak pernah hidup. Lalu iblis berkata kepadanya : Namailah anakmu dengan Abdul Harits dan anak itu hidup. Itu adalah wahyu dari syetan dan perintahnya.

Ibnu Katsir mengatakan cacat dari 3 segi dan hadits ini nampaknya dari ahli kitab
Imam Abu Muhammad bin Hazm berkata palsu dan bohong dari kalangan orang yang tidak punya agama.

Mereka berkata : Kitab Fadhilah Amal tidak layak untuk dibaca karena akan menimbulkan kesesatan ditengah umat yang berisi kumpulan hadits dhaif dan maudhu'. Sebenarnya mereka sendiri sudah menghukumi dirinya sendiri.
Untuk apa baca kitab Fathul Majid yang berisi kumpulan hadits dhaif dan maudhu'.
Cobalah sedikit untuk berpikir.

Wallahu a’lam

oleh Ust Mahodum Hasibuan