Search This Blog

Tuesday, March 19, 2013

Suhbat Bersama Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.





Sewaktu kuliah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki pada Ramadhon yang lalu, beliau ada menyentuh mengenai kemulian Maulana In’amul Hassan rah (Amir ketiga Jemaah Tabligh). Antaranya beliau berkata bahawa Maulana In’amul Hassan ini adalah termasuk seorang yang sentiasa berzikir sehingga zikir harian beliau mencecah 70,000 sehari semalam. Juga kata beliau bahawa sewaktu beliau dilantik menjadi syura (kata Syeikh yang bermaksud Amir /Hadrat ji Jemaah Tabligh) orang yang memutuskan siapakah yang akan menjadi amir ketika itu ( Maulana Zakaria rah) memerintahkan setiap orang yang ada di dalam majlis berkenaan keluar melainkan dia yang pernah melihat malaikat. Akhirnya semua keluar yang tinggal hanyalah Maulana In’anamul Hassan rah. Beliau menangis terisak-isak kerana rahsia beliau selama ini telah terbocor. Kisah ini beliau mendengar dari Syeikh Abdul Wahab, Amir Pakistan. (Mungkin ketika beliau hadir di Ijtimak Indonesia baru-baru ini)

Maulana In’amul Hassan, Amir kedua Jemaah Tabligh ini adalah seorang yang sangat alim khusus di dalam bidang hadis.Beliau mempelajari ilmu agama dari beberapa orang ulama terkenal di India juga khusus dari ulama di kalangan keluarga sendiri. Beliau termasuk seorang ulama besar India yang oleh Syeikhul Hind (Maulana Mahmudul Hasan rah) dijuluki sebagai “Gudang Mufti” Beliau juga termasuk salah seorang guru kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki, Makkah (Al’Iqdul Farid: 16).

Sebenarnya amir-amir Jemaah Tabligh, kesemua mereka adalah dari keturunan Abu Bakar r.a yang silsilah keturunan mereka ini dijagai sehingga sekarang. Kalau kita membaca biography keturunan mereka, kita akan dapati bahawa perkahwinan mereka adalah di dalam lingkungan keluarga terdekat demi menjaga silsilah keturunan tersebut.
Seperti mana kita bertanya kepada orang-orang keturunan India yang lahir dan tinggal di Malaysia, “Kamu orang mana?”. Pasti dia akan menjawab,”Saya orang Malaysia.” Yang sebetulnya dia orang Malaysia tetapi keturunan India. Begitu juga dengan keluarga amir-amir Jemaah Tabligh ini, mereka adalah orang India tetapi berketurunan Arab dari rumpun Abu Bakar r.a.

Pada tahun 1991, aku diberi kesempatan mengerjakan haji dan pada tahun yang sama ramai elders dari India, Pakistan dan Bangladesh ikut mengerjakan haji. Maulana In’amul Hassan juga datang mengerjakan haji beserta dengan beberapa orang dari Markaz Nizamuddin India. Ketika berada di Madinah, kami beberapa kali dijemput untuk mendengar nasihat dari ulama-ulama ini. Sewaktu berada di sebelah kiri kuburan Nabi saw, aku dapati Maulana In’anul Hassan di tolak masuk di atas kerusi roda dari pintu Bab Al-Nisak yang sememangnya dibuka untuk semua jemaah masuk. Ketika di tolak masuk ke dalam Masjid oleh pembantu beliau, aku dapati semua ahli jemaah mengelak memberi laluan kepada beliau. Wajah beliau yang begitu berseri-seri menjadi tarikan ribuan jemaah dari berbagai negara ketika itu. Mereka berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau namun dilarang berbuat demikian disebabkan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Setelah memberi salam kepada Rasulullah di kuburan, beliau akan bersolat sunat dan duduk beberapa lama menunggu solat. Kami mengambil kesempatan untuk berada bersama-sama beliau. Beberapa orang-orang Arab yang tidak mengenali beliau bertanya kepada aku siapakah syeikh berkenaan. Aku memberitahu mereka bahawa beliau adalah seorang ulama dari India. Biasalah tidak ramai orang mengenali ulama-ulama Jemaah Tabligh kerana Jemaah ini tidak ada akhbar, pamplet ,Brochures dan lain-lain. Selain itu mereka-mereka ini tidak dijemput untuk menghadiri sebarang seminar melainkan Maulana Abul Hassan Ali Nadwi rah.


Sewaktu Ijtimak Raivind, Pakistan, Maulana In’amul Hassan hadir pada hari akhir untuk berdoa. Ramai saudara-saudara Arab tidak pernah melihat dan mendekati beliau. Mereka hanya biasa dengan ulama-ulama di Markaz Raivind di Pakistan sahaja. Namun apabila mereka terpandang sahaja Maulana In’amul Hassan mereka seperti separuh gila. Apa tidaknya wajah beliau begitu bercahaya menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihat beliau. Betul-betul dihadapan aku beberapa orang saudara dari Negara Arab ini seperti separuh gila cuba meluru mendapatkan Maulana namun mereka dihalangan oleh petugas sekuriti sambil mententeramkan keadaan. Setelah Maulana menaiki kenderaan, ada yang cuba bergayut pada kenderaan tersebut. Begini keadaan gelagat mereka di kalangan saudara Arab yang tidak pernah melihat maulana dengan wajah yang begitu bercahaya. Ada seorang ahli jemaah dari U.S yang datang ke Markas Nizamuddin, India. Beliau seorang yang berkulit hitam dengan badan sasa yang cukup cekap di dalam seni mempertahankan diri, menceritakan, “ Aku tak pernah takut dengan sesiapa pun walaupun ia lebih besar dari aku. Pasti aku akan lawan. Namun setelah aku melihat Maulana In’amul Hassan, wallahi! aku terkencing.” Cerita beliau ketika waktu rehat di Markaz Nizamuddin, India. Bayangkanlah bagaimana kehebatan sahabat-sahabat Nabi khususnya Umar r.a yang menjadi ketakutan pada musuh hanya sekadar mendengar nama sahaja.

Pada tahun 1992 aku diizinkan tuhan untuk keluar lagi di India. Pada cillah (40 hari ke tiga) akhir, aku terkepung di Markaz Nizamuddin disebabkan Delhi diistiharkan curfew selama seminggu. Ianya adalah kerana Masjid Babri di Ayodoya diruntuhkan oleh fanatik-fanatik Hindu. Kebiasaanya sesaorang itu akan berada hanya 3 hari sahaja dan akan dihantar keluar di route yang diputuskan. Namun disebabkan curfew, maka kami tinggal hampir seminggu di Markaz Nizamuddin. Ketika ini aku dan teman aku yang sedang belajar di Shaharanpur juga ikut terkepung. kami mengambil kesempatan ini untuk berada bersama Maulana In’amul Hassan setiap hari selepas solat Asar untuk duduk berzikir bersama beliau. Belum pernah aku merasai kelazatan berzikir sepanjang hidup aku sehingga kini melainkan ketika berzikir bersama beliau. Sedangkan ketika itu aku hanya berzikir dengan zikir biasa sahaja iaitu tasbih, selawat dan istighfar, namun ianya terasa begitu khusyuk sekali. Mungkin kerana aku berada bersama beliau serta kesan zikir beliau tertempias kepada aku. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Maulana Zakaria rah di dalam kitab beliau Fadhilat Zikir yang mana terkadang-kadang kesan zikir dari sesaorang yang dekat dengan Allah akan memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan beliau.

Aku melihat beliau sentiasa berzikir dengan mulut beliau berkumat- kamit. Beliau tidak memegang sebarang biji tasbih namun kedua-dua belah tangan kanan dan kiri digunakan untuk berzikir. Ibu jari dan jari telunjuk akan sentiasa bergerak-gerak seperti kita mengira biji tasbih. Jika sesiapa yang datang menjumpai beliau beliau akan melayani namun jari-jari tangan tadi tetap akan bergerak. Sepanjang kami berzikir di dalam bilik Maulana In’amul Hassan tidak ada orang lain hanya aku, teman aku dan satu dua lagi maulana yang aku tidak kenali. Di hujung-hujung masa iaitu sekitar 5,6 hari barulah waktu curfew itu ditarik balek oleh pemerintah. Aku lihat ramai tetamu yang datang dari jauh dan bertemu dengan Maulana. Rupanya waktu itu adalah waktu mesyuarat syura-syura seluroh India, Pakistan dan juga Bangladesh. Kami mengambil menafaat dari mesyuarat berkenaan untuk mendengar nasihat dari beberapa elders yang datang. Ini termasuklah nasihat dari Maulana In’amul Hassan sendiri.Nasihat dari Maulana Umar Palampuri, Maulana Said Ahmad Khan dan juga Haji Abd Wahab. Kesemua nasihat mereka cukup memberi kesan kepada kami.

Aku dan teman penah bertanya kepada Maulana Mustaqim sewaktu makan bersama beliau di Markaz Raivind, Pakistan, “Mengapa kulit Maulana In’amul Hassan putih begitu? Jawab beliau, “ Maulana In’amul Hassan terkena serpihan sihir. Kata Maulana Mustaqim lagi, “ Kulit Maulana yang sebenar hanya kamu boleh lihat sewaktu beliau memejamkan mata iaitu kulit di atas kelopak matanya sahaja warna kulit asal beliau.” Tambahnya lagi,” Jika beliau lalai sahaja dari berzikir pasti beliau akan terkena sihir yang dihantar oleh gulongan Hindu dan juga gulongan “Brelwey” (Grave worshipper).

Mungkin ada orang berkata bahawa aku terlalu fanatik dengan Maulana In’amul Hassanh namun aku berani bersumpah bahwa aku tidak berani menatap mata beliau. Kalau beliau memandang kepada aku pasti aku akan menundukan mata aku ke bawah. Apabila beliau melihat ketempat lain barulah aku akan menatap wajah beliau. Ini adalah kerana kehebatan yang ada pada beliau serta wajahnya yang cukup bercahaya. Saat paling aku merasa takut adalah saat seorang India tiba-tiba datang meluru kepada beliau. Entah macam mana orang India ini boleh lepas tiga kawalan sekuriti. Beliau tiba-tiba menengking lalu orang India itu lari keluar dengan ketakutan. Kata kawan aku ramai orang India yang cuba loloskan diri masuk khususnya yang berfahaman ‘brelwey’ yang kekadang untuk melepaskan sihir.

Pengalaman suhbat bersama beliau benar-benar memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa aku yang cukup sukar untuk dilupakan. Apa lagi ketika itu berpeluang berbaiat dengan beliau. Isteri aku yang keluar masturat pada tahun 1990 juga berpeluang tinggal di rumah isteri beliau untuk selama 3 hari. Wanita ketika itu juga berpeluang bebaiat dengan beliau. Ianya juga memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa.

P/s : Bukanlah maksud aku untuk menggangkat elders Jemaah Tabligh atau bersikap ‘ghulu’ terhadap Maulana Jemaah Tabligh. Namun apabila Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki menceritakan demikian maka aku terpanggil untuk meceritakan juga pengalaman yang aku pernah tempuhi.

blog asal http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/10/suhbat-bersama-maulana-inamul-hassan.html

Dakwah To Non Muslim
Oleh
Al-fadhil Ustaz Wan Abu Laibah1
Tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum,Hulu Langat.2


Usaha dakwah adalah suatu usaha yang ahsan, afdhal, a'zam, a'la dan aufaq bis-sunnah. Allah swt sendiri merupakan perintis kepada kerja ini seperti mana firman-Nya :


Ertinya : “Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa (syurga)”.(Q.S Yunus ayat 25)

Dakwah adalah perkataan masdar bahasa arab dari Da,a Yad,uu Da,watan yang bermaksud menjemput atau mengajak. Sekiranya kita mengajak kepada Allah,maka itu adalah dakwah ilallah,sekiranya mengajak pada maksiat,itu dipanggil dakwah ilal munkar.Syaitan juga berdakwah,tapi mereka berdakwah kepada neraka jahannam.


Firman Allah SWT:
Ertinya : “Dan nescaya aku (syaitan) akan menyesatkan keseluruhan mereka semua (manusia).” (QS Al-Hijr ayat 39).
Fadhilat dakwah telah dituliskan secara terperinci oleh Syeikh Zakaria al-Kandhalawi Rah3, dalam kitabnya Fadhail Amal4 bahagian Fadhilat Tabligh.Masing-masing pendakwah mereka mendakwa sedang berdakwah mengikut uslub masing-masing. Politikus dengan politiknya, penulis dengan hasil tulisannya, penjihad dengan senjatanya, penceramah dengan ceramahnya, penasyid dengan nasyidnya hatta penyanyi rock juga mendakwa kami pun berdakwah dengan cara kami sendiri. Kira-kiranya Faqir sebenarnya

sedang berdakwah mengguna internet. Tapi perlu diingat! uslub yang manakah yang dimatlub oleh Allah dan Rasul? , yang bagaimanakah akan mendapat nusratullah? dan yang bagaimanakah yang akan menjadi asbab hidayah seluruh alam sehingga ke hari qiamat?. Ingat! kalau kita seorang peniaga, dan sememangnya pekerja agama adalah seorang peniaga yang membuat satu perniagaan yang tak pernah rugi sepertimana yang firman oleh Allah swt :


 Ertinya :” Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.(QS As-Saff ayat 10).

Semua ummah adalah pembawa produk, produk kita adalah kalimah dan mafhum kalimah dan pasaran target kita adalah seluruh ummat muhammadiyyah sehingga bayi yang terakhir sebelum berlakunya qiamat.Baik,kalau manusia hari ini fikir mereka genius, IQ tinggi,jadi mereka dakwah pakai internet macam yang Faqir buat ni adakah ianya akan tersebar ke seluruh umat dan telah mencapai target sasaran market? mungkin sampai ke seluruh alam, tapi adakah akan sampai kepada bayi yang terakhir sebelum qiamat? Jawapan nya tidak sama sekali. Sepertimana Zat Allah adalah Wara-ul-wara (tiada penghujung) begitu juga kerjaNya dalah wara-ul-wara. Sepertimana aqal tidak sampai untuk memikirkan Zat Allah Taala, begitu juga kita sama sekali tidak terdaya untuk memikirkan metodologi kerja ini. Yang mampu kita buat adalah buat kerja betul-betul seperti tertib yang ditunjukkan oleh Nabi Saw dan yang dicanangkan oleh ulamak Rabbani yang mempunyai mata hati.Kemudian tugas untuk menyampaikan hidayah adalah tanggungjawab Allah Azza wa Jalla yang mana di tangan-Nya lah segala petunjuk dan hidayah.
Allah Taala menyebut dalam Al-Quran :

  

Ertinya : “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing)”.(QS Surah As-Sajdah ayat 13).

Oleh sebab tu lah, di antara maqulah Mufti Zainal Abidin Rah5, khulasah bagi kerja dakwah adalah bahawasanya pada siang hari kita menyelam di dalam lautan ummat, mengajak manusia dan memujuk rayu mereka kepada Allah dan di malam hari menangis dan memujuk rayu rahmat dan hidayat Allah kepada manusia. Usaha kita di siang hari walau bagaimana hebatnya sekalipun,itu hanyalah satu peratus saja, selebihnya hendaklah kita berusaha keras dengan menangis di hadapan Allah pada malam hari. Sebenarnya penglibatan kita dalam usaha ini adalah suatu penghargaan dari Allah untuk kita sendiri. Allah Taala satu zarrah pun tidak berhajat kepeda kita kerana sifat-Nya adalah Al-ghaniy (Zat yang maha kaya ).

Sesetengah manusia mengisykalkan bahawa kalau nak ikut tertib nabi kena buat dakwah pada non-muslim lah,baru sunnah.Jawapannya Faqir tengah tulis sekarang ni bahawa muslim atau non muslim kedua-duanya adalah target market kita.Kita buat dakwah bukan guna aqal kita, setiap sesuatu ada permulaannya, kalau tidak masuk darjah satu,masakan mungkin lompat terus ke darjah enam.Maulana Ilyas Rah6 pernah berkata bahawa 2 jam setengah, 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan itu adalah aliif baa taa kerja ini, maknanya itu baru tingkat ibtidaiyyah (permulaan).
Cuba kita renung usaha dakwah dan tertib yang dianjurkan oleh ulamak untuk kerja dakwah di malaysia. Kalau dulunya di peringkat pengenalan, kita digula-gulakan dengan fadhilat kerja ini. Kalau bayan tu hanya bab fadhilat kerja ini. Kini ianya bukan setakat kelebihan saja, malah ditarghib untuk menjadikan kerja ini sebagai maksud hidup. Kini tertib ditambah lagi dengan 8 jam sehari, 10 hari setiap bulan, 4 bulan setiap tahun. Ertinya kerja sedang bergerak. Satu ketika nanti,mungkin tertib akan bertambah lagi kepada 15 hari sebulan, dan 6 bulan setiap tahun dan sedikit masa lagi tidak mustahil jika ditasykil maut yakni tarikh perginya ada tapi tarikh wapsinya tak ditetapkan. Waktu itu masa untuk dakwah non-muslim telah tiba.Ikut tertib nabi bermakna ikut tertib yang dicanangkan oleh ulamak rabbani yang telah membuat pengorbanan yang tinggi dalam kerja ini.

Sepertimana Hadis nabi ada menyebut,Ertinya : "Sembahyanglah kamu sepertimana kamu lihat aku sembahyang". (Riwayat al-Bukhari) .

Bagaimana kita nak sembahyang sedangkan kita tak pernah melihat Nabi Saw sembahyang?Maknanya kita hendaklah belajar sembahyang dari alim ulamak yang belajar kaifiat sembahyang Nabi dari dada ke dada bersambungan sanad sehingga kepada Nabi Muhammad Saw. Begitu juga jika kita mahu ikut tertib Nabi. Ulamaklah yang mengetahui maksud sebenar Al-Quran dan hadis-hadis Nabi berkaitan dengan kerja ini.

Si fulan yang telah mendakwa dia telah berkorban selama lebih 30 tahun dalam kerja ini adakah boleh menandingi ulamak-ulamak Nizamuddin yang mewakafkan seluruh hidup mereka untuk kerja ini seperti Maulana Ilyas Rah, Maulana Yusof Rah, Maulana InamulHassan Rah 7atau yang masih ada seperti Maulana Ahmad Lath Hafidzahullah, Maulana Ibrahim Hafidzahullah, Maulana Saad Hafidzahullah dan Maulana Zubir Hafidzahullah8? Tidakkah Si fulan itu membaca di dalam kitab Fadhail Amal ada di tulis bahawa syarat untuk seseorang itu menafsirkan sesuatu ayat Al-Quran mestilah menguasai 15 ilmu dan yang terakhir barulah ilmu wahabi (bukan puak wahabi) atau di sebut ilmu Laduni. Baiklah, kalau kita taslim bahawa dia telah dianugarahkan dengan ilmu Laduni, bagaimana pula dengan syarat lain?Berbanding dengan ulamak yang disebutkan tadi mereka mempunyai cukup syarat zahiri dan batini.Maka keputusan yang dibuat oleh mereka merupakan ijmak ulamak9.

Nabi Saw bersabda :

Ertinya :” Sesungguhnya, umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan.” (Riwayat Imam Ibnu Majah).

Faqir tidak mahu menyentuh tentang profesion si fulan, bukan maksud Faqir untuk menghina Si fulan (Auzubillah), tapi kalaulah si fulan itu seorang ulamak yang haq sekali pun, dia telah keluar dari Jumhur ulamak.Dan ingat! kambing yang keseorangan sentiasa dibaham oleh serigala yang ganas. Kalau hendak mengikut Nabi Saw dan para Sahabat R.hum, perhatikan apa yang mereka buat apabila berlaku perselisihan?.

Maulana Yusof Rah 10telah meninggalkan Kitab Hayatus-Sahabah kepada kita dan dari sini lah terdapat tertib kerja Nabi yang digarapkan oleh ulamak. Dalam kitab Hayatus Sahabah ada ditulis bahawa ada seorang sahabat yang telah merungut kerana Amirul Mukminin Sayyidina Osman R.hu kerana bersembahyang 4 rakaat di Mina. Katanya demi Allah aku melihat Nabi Saw bersembahyang 2 rakaat sahaja di sini, kemudian beliau bangkit dan sembahyang dua rakaat juga.Seorang sahabat yang lain telah bertanya, tadi kamu cakap lain dan sekarang kamu sendiri sembahyang 4 rakaat mengikut Sayyidina Osman R.hu. Jawab sahabat itu " Khilafun Syarrun Aziimun ". Yakni perselisihan itu adalah keburukan yang besar.Hal ini adalah tertib Nabi Saw dan para Sahabat R.hum dan inilah yang patut dicontohi oleh si folan itu yang mahu mengikut tertib Nabi Saw.Bukannya dengan mufarraqah dan membuat tertib sendiri dengan anggapan beliau berada di pihak yang haq.Si fulan telah mengqiaskan mufarraqahnya dengan fardu solat bila imam membuat silap,maka makmun dikehendaki mufarraqah. Jawapan pertama adalah qias beliau adalah qias ma'al fariq (qias-yang tidak boleh dipakai). Qias itu adalah qias A'la bil adna. Kita tidak boleh mengqiaskan suatu yang besar darjahnya dengan benda yang darjahnya lebih kecil. Kerja dakwah adalah besar darjahnya berbanding sembahyang. Keduanya di dalam solat hanya terdapat satu imam yang perlu diikut berbanding dengan situasi si fulan yang diputuskan oleh ijmak syura dunia.

Ianya bukanlah diputuskan oleh Maulana Saad al-Kandhalawi 11keseorangan,sudah tentu mereka bermesyuarat untuk memutuskan kes ini. Jadi menentang keputusan ini adalah menentang keputusan ijmak ulamak ummat sekaligus menentang Allah dan Rasul.


Dalam Al-Quran ada di sebut :
إِ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).(QS Surah A-li 'Imraan ayat 104).

Al-Imam Hafiz Ibnu Katsir Rah 12di dalam tafsirnya Tafsir Ibnu Katsir menulis bahawa Abu Mardawiyyah rah meriwayatkan dari Abu Jaafar Baqir rah bahawa setelah Rasulullah SAW selesai membaca ayat tersebut, baginda menjelaskan bahawa al-khair adalah ittiba' Al-Quran dan sunnahku.(Tafsir Ibnu Katsir).

Imamul Mufassirin, Hazrat Ibnu Abbas R.huma telah menafsirkan al-khair sebagai as-sulh wal-ihsan (pendamaian dan kebaikkan), menafsirkan al-makruf dengan at-tauhid dan ittiba' Muhammad SAW serta al-munkar dengan al-kufr wa-syirk dan tark ittiba' rasul (kekufuran,kesyirikan dan meninggalkan ittiba' Rasul). (Tafsir Ibnu Abbas).

Tidak ada seorang ulamak pun yang mengkhaskan al-khair atau al-makruf dengan mengajak kepada kalimah,kalau adapun yang menyebut bit-tauhid atau bil-iman ianya tidak mengeluarkan mengajak orang Islam kepada mafhum kalimah dan meningkatkan iman.Hal ini adalah maksud yang diberiitahu oleh Maulana Ilyas Rah.Sekiranya usaha ini ada nama nescaya aku menamakanya sebagai Tahrikul-Iman.Jadi bagaimana mungkin si fulan dan pengikut-pengikut nya mendakwa Masyaikh di Nizamuddin tidak mengamalkan Al-Quran dan Sunnah.Usaha ini mempunyai dua syukbah iaitu dakwah ilal-iman dan dakwah ilal-islam. Sekarang ini usaha sedang bergerak dan sedang melalui syukbah yang pertama dan insyaallah akan mencapai kepada syukbah yang ke dua.Masa dan waktunya akan tiba.Yang menjadi bahayanya apabila kita terlampau berlebihan dan terus melangkau ke syukbah yang ke dua sebelum melintasi syukbah yang pertama.

Bagaimana sehingga sanggupkah si fulan melekehkan kerja yang dibangkitkan kembali oleh Maulana Ilyas Rah dengan menamakan usaha ini sebagai sebuah Pergerakan Tariqat India.Perlu diketahui bahawa usaha tariqat juga bukanlah usaha khurafat yang boleh dihina dan diremehkan.Usaha ini juga adalah usaha Nabi Muhammad Saw,cuma ianya bukanlah maksud kerja dakwah malah keperluan kepada setiap pekerja dakwah.Setiap pergerakan tariqah yang muktabar di sana mempunyai sanad yang bersambungan terus kepada Nabi Saw. Adakah masyaikh kita yang tidak terlibat dengan tariqat? ,jawapanya ialah tidak kerana bermula dengan Maulana Ilyas sehinggalah masyaikh yang masih ada kini hampir kesemua mereka ada berbaiat di tangan Syeikh-syeikh yang mursyid. 13Tapi itu tidaklah bermakna bahawa usaha ini adalah satu lagi pergerakan tariqat, kerana kerja ini adalah berlainan dengan tariqat dari segi metodnya tetapi sama dari segi visinya iaitu takluk maal-Allah.Bahkan ketiga-tiga gerak kerja iaitu Dakwah, Taklim dan Tazkiah adalah merupakan himpunan kepada kerja Anbiya A.S.






Allah Swt menjelaskan di dalam firman-Nya :

Ertinya : “Sesungguhnya Allah Swt telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(dakwah) (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka(tazkiah) (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah(taklim) (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat)”.(QS Surah A-li 'Imraan ayat 164).

Ulamak kita telah dikurniakan oleh Allah Swt dengan Tafaqquhat fi-ddin (kefahaman agama) yang tinggi disebabkan kealiman dan ketaqwaan mereka diserta dengan pengorbanan mereka di dalam medan dakwah. Merekalah golongan yang dapat memahami Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah di kala dan waktu ini.Apabila Imam Abu Yusof rah datang menziarahi gurunya Imam Abu Hanifah rah, gurunya telah memerintahkannya untuk mengimami solah Subuh di waktu matahari hampir keluar disebabkan kelewatan..Imam Abu Yusof rah bangkit mengimami solah dengan membaca surah al-falaq pada rakaat yang pertama dan surah an-nas pada rakaat yang ke dua,Setelah selesai sembahyang Imam Abu Hanifah telah berkata bahawa syukur bagi Allah swt yang telah mengurniakan kefahaman agama kepada kamu.
Jadi setiap tertib yang dibuat oleh ulamak kita dibuat oleh mereka yang yang memiliki tafaqqihat fi-ddin dengan pandangan mata hati yang tinggi.

Nabi saw telah bersabda :

Ertinya : “Takutilah Firasat orang muknin, sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah”.(Riwayat Imam Tirmizi).

Apabila Jemaah Syura telah memutuskan supaya sifulan berhenti dari kegiatannya, keputusan itu dibuat dengan pandangan cahaya Allah, walaupun kegiatan yang dilarang itu adalah perintah Allah.Di dalam riwayat Imam Al-Bukhari ,tidakkah Rasulullah Saw pernah memerintahkan sahabat supaya memboikot tiga orang sahabat iaitu (ka’ab bin malik r.hu, Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri r.hu dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi r.hu) yang tidak menyertai perang tabuk?. Dalam tempoh itu mereka dilarang untuk menyertai mana-mana amalan ijtimai termasuk rombongan jihad. Apakah tindakan dan sunnah mereka itu? Adakah mereka mufarraqah dan bertindak menubuhkan Jemaah yang lain untuk berjihad? Amalan mereka hanyalah menangis dan bertaubat di depan Allah Swt sehinggalah taubat mereka diterima Allah Swt. Mereka tidak bertindak dengan mufarraqah dengan Nabi Saw dan para sahabat R.hum Ajmain. Faqir tidak dapat membayangkan apa tindakan Allah Swt kelak terhadap si fulan yang melanggar keputusan yang dibuat oleh ulamak yang bermata hati.Kalaulah si fulan bertindak dengan bertaubat nasuha seperti kesah tiga orang Sahabat itu, tidak mustahil larangan itu akan ditarik balik oleh Syura.

Isykal yang dibuat oleh si fulan terhadap Masyaikh samalah isykal yang dibuat oleh mereka-mereka yang yang mengatakan mengapa Orang Tabligh tidak berpolitik@membentuk kerajaan?, mengapa tidak berjihad? Jika seandainya Masyaikh membenarkan kita untuk berdakwah kepada non-muslim sekalipun, adakah kita telah menunaikan keseluruhan perintah Allah dan sunnah Baginda Saw? Bukankah perintah jihad itu juga adalah perintah Allah?.Berapa banyak ayat-ayat jihad dalam Al-Quran dan Hadith, adakah kita perlu melepaskannya begitu saja tanpa mengamalkannya selepas berdakwah kepada non-muslim?,Jawapannya adalah masa belum sampai kerana kerja ini sepertimana banyak yang tersurat masih banyak lagi yang tersirat yang kita tidak mudah fahami.

Mansya Masyaikh bukanlah mansya peribadi, tapi ianya adalah mansya Allah dan Rasul sepertimana yang dikatakan oleh seorang Cikgu (seorang karkun awwalin) semasa Faqir bermuzakarah dengannya di suatu tempat.Tidakkah si fulan belajar Asbabun-Nuzul surah Abasa? Mengapa Allah Swt menurunkan surah ini? tidakkah si fulan ada belajar? Ji ha, Faqir sendiri akan menjelaskan bahawa asbabun-nuzulnya adalah ketika Rasulullah Saw sedang ghairah berdakwah kepada pemuka-pemuka kafir Quraish di antaranya Abu Jahal Bin Hisyam, Utbah Bin Rabiiah dam Walid Bin Mughirah, datang seoarang sahabat Nabi Saw yang buta bernama Abdullah Ibnu Maktum R.hu dan mengucapkan Ya Rasulullah!

" Allimni mimma allamakallah " yakni " Ajarilah aku dari apa yang diajari Allah kepada kamu".Rasulullah Saw bermasam muka dan berpaling wajah darinya.Maka Allah Swt tidak menyukai akan kelakuan ini lalu menegur dengan menurunkan Surah Abasa hingga kepada ayat :

Ertinya : " Sama sekali tidak! ini adalah satu peringatan ".

Ulamak menulis bahawa khulasah daripada kisah ini adalah dakwah kepada orang yang bertalab adalah lebih afdhal dari dakwah kepada ghir talab.Abdullah ummu Maktum R.hu adalah seorang sahabat yang sudah lama memeluk Islam dan sangat bertalab kepada ajaran Islam dan penyucian diri.Hal ini digambarkan sendiri dengan ayat :

Ertinya :"Apakah kamu tahu mungkin dia datang untuk menyucikan diri”.
Berbanding dengan Pemuka Quraish yang belum tentu ikhlas dalam mendengar dakwah Nabi Saw. Allah swt sendiri menggambarkan keadaan ini dengan menyebut :

" Ertinya " : " Adapun mereka yang tidak berhajat ".(Kisah ini boleh di rujuk di dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir).
Di sini dapat diketahui bahawa tidak semestinya dakwah kepada non muslim wajib dan dituntut setiap keadaan, ada kalanya ianya perlu ditakhirkan.Hal inilah adalah merupakan salah satu daripada pegangan Masyaikh kita yang mana mereka tidak membuat tertib atau keputusan yang membuta tuli tanpa memikirkan hikmah dan muslihatnya.
Allah swt telah menjanjikan bahawa akan meliputi dunia ini dengan Islam sepertimana firman-Nya :

Ertinya : " pasti dan pasti Dia akan menzahirkan agama (Islam) secara keseluruhannya "(QS Surah As-Saff ayat 9).
Dan Allah sama sekali tidak akan memungkiri janji-Nya. Dalam surah An-Nasr Allah SWT menyebut

Ertinya : “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)”.(QS Surah An-Nasr ayat 1).
Jadi kerja kita adalah usaha untuk menarik pertolongan Allah Swt. Sekiranya kita buat dakwah kepada non-muslim tetapi dengan melanggari tertib, maka tindakan kita itu akan mendapat kemurkaan Allah Swt dan bukannya nusratullah. Apabila usaha ini mendapat pertolongan Allah, waktu itu kita akan melihat manusia berbondong-bondong akan datang kepada Islam. Hari ini ketika tertib masih lagi kepada muslim pun, di Eropah sana setiap hari ratusan manusia mendapat hidayah.
Hal yang demikian adalah usaha dan doa kita disini dengan tertib yang betul.Semasa perhimpunan Ulamak yang di adakan di Kota Bharu bulan lepas,(Februari,2010),seorang ulamak Thailand telah mengkarkuzarikan bahawa kerja dakwah di Thailand sedang meningkat maju ketika ini dengan penglibatan ulamak-ulamak dan pelajar-pelajar pondok.Hampir 50 buah pondok yang mana Mudir beserta palajarnya terlibat dengan usaha Dakwah & Tabligh. Karkun dipandang tinggi dan mulia di sana. Kerajaan Thailand dari semasa ke semasa sentiasa menghantar askarnya dan kakitangannya yang Islam ke markaz Yala untuk tujuan pengislahan diri. Sekarang ini kerajaan mereka sedang merangka satu undang-undang supaya membolehkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam yang mahu keluar 40 hari untuk diberi cuti bergaji.Subhanallah! tidak hairan satu ketika nanti negara Thailand akan menjadi Negara Islam terkemuka di Abad ini.Hal ini semua adalah merupakan berkat membuat usaha dengan penuh taat dan bermesyuarat.
Kalau nak ikut tertib sebenar para sahabat R.hum, mereka telah mewaqafkan seluruh hidup mereka kepada usaha agama.Di zaman mereka takaza agama dibentang dimana dan pada bila-bila masa sahaja. Apabila seruan Hayya Alal Jihad dilaungkan mereka akan menjawab "labbaik" pada bila-bila masa hatta diwaktu perkahwinan sekalipun.Tertib mereka adalah bukan 40 hari, bukan 4 bulan dan bukan setahun, tetapi sekali mereka keluar, tarikh wapsi 14tidak ditetapkan, samaada mereka memperoleh kemenangan ataupun gugur sebagai syahid di medan perang. Mereka bukan sekadar dakwah kepada Abu Jahal dan Abu Lahab sahaja, malah mereka bertebaran ke seluruh alam. Kalau benar si fulan kuncu-kuncunya begitu ghairah untuk buat dakwah kepada non muslim, mereka sepatutnya membentuk jemaah ke US, France, German dan keseluruh negara Kufuristan.Bukan hanya berpuas hati kerana iman yang telah meningkat lantaran ajak Ah meng dan Ramasamy masuk Islam di Greenwood15 sahaja.
Para Sahabat R.hum,jika mereka keluar,mereka akan keluar dengan akhlak Rasulullah Saw. Dakwah mereka adalah akhlak yang mulia. Slogan mereka adalah Kun Mislana (jadilah kamu macam kami).(Hayatush Sahabah).

Kalau slogan yang sama diucapkan pada orang kafir hari ini, nescaya mereka akan menjawab, nak ikut kamu jenis yang macam mana? Yang macam UMNO ke atau yang macam PAS? Kalau kita jawab tak, ikut kami orang Jemaah Dakwah & Tabligh, pun mereka akan Tanya Jemaah Dakwah &Tabligh yang mana satu, Jemaah Dakwah & Tabligh pro-India ke Jemaah Dakwah & Tabligh pro-Pakisatan? Apa kita nak jawab?.

Faqir masih ingat sewaktu Faqir berumur 12 tahun dan waktu itu kami telah keluar di sebuah kawasan Siam di Tumpat Kelantan. Seorang karkun yang jenis tak ikut tertib (semoga Allah mengampuninya) telah membawa Faqir dengan motosikalnya dan telah masuk di kawasan tokong siam yang mempunyai patung besar yang sedang tidur dengan niat untuk berdakwah kepada sami siam. Faqir masih ingat dialog mereka berdua. Karkun itu berkata ringkas " Lu masuk Islam la! Lu akan berjaya dunia akhirat". Sami itu dengan pantas menjawab dengan dialek siam-kelatenya " Buat apa aku masuk Islam, orang kami minum arak, lu orang pun minum, orang kami main judi lu oarang pun sama main, orang kami main perempuan, lu orang pun main perempuan, apa beza kita?".Hal demikianlah haqiqatnya amalan keseluruhan kita.Hal ini tidaklah bermaksud Faqir berpendapat bahawa mesti amalan orang Islam keseluruhannya elok dulu, baru boleh ajak pada Islam,tidak.Tapi itulah realitinya.
Akhir sekali bukanlah maksud Faqir untuk berlawan blog dengan si fulan itu.Harapan Faqir agar seluruh ummat amnya dan rakan seusaha khasnya sedikit dapat mengetahui haqiqat sebenar kerja dakwah. Kepada si fulan dan kuncu-kuncunya, cuba bawak bertenang dan cuba tafakkur sejenak dan renung dalam-dalam adakah betul tindakan yang kita buat selaras dengan kehendak Allah dan Rasul? Cuba sabar dan jangan ikutkan selera dan nafsu. Sembahyanglah hajat banyak-banyak semoga Allah Swt memberi petunjuk sebenar. Banyakkanlah doa " Allahumma Arinal Haq Haqqan war zuqnat ttibaa'ah wa arinal Baatila Baatilan war zuqnajtinaabah " Ya Allah! Tunjukkanlah kami benda yang haq itu haq dan berikan taufiq kepada kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah pada kami batil itu batil dan berilah taufiq untuk kami menjauhinya ".

" Allahummajmak Ummata Muhammad SAW, waghfir Ummata Muhammad SAW ". Amiin!!
Artikel ini telah izin diterbit oleh al-fadhil Ustaz Wan Abu Laibah sendiri dengan suntingan oleh Saudara Fuad Akmal Bin Mohamad Zahir.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.__


1 Merupakan tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum,Hulu Langat,Selangor dan juga merupakan lepasan Daurah Hadith sebuah Madrasah di Pakistan.
2 Cawangan Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling,Selangor.
3 Syeikhul Hadith yang telah mengarang lebih 80 kitab-kitab hadith seperti Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, al-Abwab wa at-Tarajim li-Sohihi al-Bukhari dan lain-lainnya.
4 Kitab Fadhilat Amal adalah kitab karangan Syeikhul Hadith Syeikh Zakaria al-Kandhalawi yang dibaca (dalam taklim kitabi) oleh Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh selain Zaadul Ma'ad oleh Ibnu Qayyim, Hayatus Sahabah oleh Maulana Yusuf al-Kandhalawi, Muntakhabah al-Ahaadith oleh Maulana Yusof al-Kandhalawi dan Maulana Saad al-Kandhalawi,Riyadhus Salihin oleh Imam Nawawi,al-Targhib Wa al-Tarhib oleh Imam al-Munziri dan al-Adab al-Mufrad oleh Imam al-Bukhari.
5 Seorang Masyaikh Dakwah & Tabligh di Pakistan dan juga Mudir Madrasah Darul Uloom,Faisalabad (Pakistan).
6 Seorang Ulama Hadith yang mengarang kitab Al Abwabul Muntakhabah min Miskatil Masabbih dan Amir Usawah Dakwah & Tabligh.
7 Kesemua nama ini adalah amir bagi Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh yang bermukim di Markaz Nizamuddin,India.
8 Kesemua nama ini ialah merupakan Masyaikh Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh yang bermukim di Markaz Nizamuddin,India.
9 Ijmak Ulamak di sini ialah Ijmak di sisi Ulama dalam Jemaah Dakwah & Tabligh.
10 Seorang Ulamak Hadith yang telah mengarang beberapa buah kitab seperti Hayatus Sahabah, Amani Al-Ahbar Fi Sharh Ma'ani Al-Athar dan Muntakhab Ahadith.Beliau juga merupakan Amir kedua Jemaah Dakwah & Tabligh.
11 Beliau merupakan barisan Syura Jemaah Dakwah & Tabligh.Beliau juga merupakan cucu kepada Maulana Yusof Al-Kandhalawi.
12 Ismail bin Katsir (gelaran lengkapnya Ismail bin 'Amr Al-Quraisyi bin Katsir Al-Bashri Ad-Dimasyqi, Imaduddin Abu Al-Fida Al-Hafizh Al-Muhaddits Asy-Syafi'i) adalah seorang pemikir dan ulama Muslim. Namanya lebih dikenali sebagai Ibnu Katsir.Ianya lahir pada tahun 1301 di Busra, Syiria dan wafat pada tahun 1372 di Damaskus,Syiria.
13 Kebanyakan Ulamak-ulamak di benua Hindustan rata-ratanya merupakan pengamal Tariqat Chisytiyyah yang mana mempunyai sanad yang bersambungan terus kepada Nabi Saw.
14 Tarikh berangkat pulang dari kerja dakwah.
15 Nama salah satu tempat di daerah Gombak,Selangor.






Monday, March 18, 2013

Info Penting Bagi Wanita dan orang-orang yang ada isteri anak adik beradik dan juga mak..


Batasan AURAT ketika solat seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tngan semua mazhab mazhab hanafi keculai muka tpk tngan dan jugak tapak kaki..

Di depan Lelaki ajnabi..

Ada 2 pndapat :-

1. Mazahab syafie pndapat muktamad(pndapat yg kuat) dan juga mazhab hambali mngatakan di depan lelaki Ajnabi(lelaki asing) Aurat wanita seluruh tubuh termasuk MUKA dan TAPAK tangan selari dengan pendapat ulamak di kalangan Sahabt Nabi dan juga Mufassirin Ibn Mas'ud r.a.

Pendapat ke-2 pndapat Mazhab Hanafi dan Maliki dan juga pndapat LEMAH dalam Mazhab Syafie...

Aurat wanita SELURUH TUBUH melainkan MUKA dan TAPAK TANGAN..

Ini pndapat Ibn Abbas r.a. dalam Tafsirkan Surah An-Nur ayat ke 31..

Tp Ibn Abbas r.a yg sama telah manfsirkan Ahzab 59 " Allah MEMERINTAHKAN wanita beriman bila keluar rumah atas satu keperluan hendklah menutub SELURUH TUBUH dan BIARKAN MATA untuk melihat jalan"(Tafsir Ibn Kathir/Tafsir Jalalain)

Maka pendapat Ibn Abbas r.a muka dan tapak tngan BUKAN Aurat TAPI WAJIB TUTUB bagi elakan fitnah. Inilah pendapat Mazhab Hanafi,Maliki dan juga pendapat LEMAH dalam Mazhab Syafie yakni muka dan tapak tngan bukan aurat TAPI WAJIB TUTUP untuk elakan FITNAH..

Bila dah xde lagi fitnah (bila dah tua) maka boleh buka yakni bagi yang pegang pndapat muka dan tngan bukan aurat..

Pada Zaman Nabi s.a.e bila turunje surah An-Nur ayat ke 31 SEMUA wanita Muhajirin mengenakan NIQAB (boleh rujuk kitab soheh bukhari bahgian tafsir).

Bila turunje Surah Ahzab ayat ke 59 SEMUA wanita Ansar telah mngenakan niqab dan Jilbab pakian yg menutup seluruh TUBUH dan hanya menampakan mata (tgk tafsir pimpinan Ar Rahaman bagi Ahzab ayat ke 59 di tepi diterangkan maksud perkataan Jilbab)...

Hari ini 2 ayat ini ada sejak kita lahir masih kita nak berdalih dengan mengatakan :-

"Mana kena pakai niqab tutup Aurat dahlah"..
"Susahlah nk pakai"
"Ustazah 2 x pakai pun?"
"Tapi kan kat sekolah kata niqab ni sunnat je?"
 "Klu pakai niqab camana org nk knal sy?"
 "Betolke niqab ni amalan islam??"
 "Ustaz saya kata Niqab ni adat org arabje"
 "Negara Arab berpasir memanglah dia org pakai kat Malaysia x de  pasir x pe je x pakai"

Dan macam2 lg Alasan..

Tidakah Nabi jamin sesiapa yang ikot jejak langkah para Sahabt r.anhum??
"Sahabat aku umpama bintang2 di langit"

" Dan orang-orang yang mula-mula masuk Islam dikalangan Muhajirin dan Ansar dan yang ikot jejak lngkah mereka dengan teliti sesungguhnye Allah telah redho akan mereka merekapun redho akan Allah"
surah at-Tabuah ayat ke 100

Sahabat Nabi dengar je mereka ta'at bukan solakan lagi..somikna wata'na(kami dengar kami taat"

Sedang bani Israel bila dengan perintah mereka akan mnyoal akhirnya akan mengingkar...

Sunday, March 10, 2013

Qada dan Qadar


 Yakin dengan kadar Rukun Iman. jika x yakin maka x smpurna lagi iman.

Hadith:-
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad

Segala sesuatu berjalan sesuai dengan takdir dan kehendak-Nya, sedangkan kehendak-Nya itu pasti terlaksana. Tidak ada kehendak bagi hamba-Nya melainkan memang apa yang dikehendaki-Nya. Apa yang Dia kehendaki, pasti terjadi. Dan apa yang tidak Dia kehendaki tak akan terjadi (Akidah Tahnawi)



Ada berbincangan apa yang Allah tetapkan. adakah perbuatan manisia dalam apa yang Allah tetapkan atau tidak?

Allah berfirman:-

وَاللهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ:

“Allah menciptakan kalian dan Allah menciptakan perbuatan kalian”QS As Shaffat :96
maka perbuatan itu Allah yang tetapkan.

maknanya Allah yang jadikan orang jahat atau Baik?

maka bukan salah orgla yea jika org 2 buat salah?bukan begitu. Allah itu maha mngetahui. dan Maha Adil. Allah mngetahui kita sblm kita lahir lagi. sbb itu Allah mngetahui apa yang kita berkeinginan atau azam hendak buat. kadang Allah izinkan jadi maknanya Allah takdirkan perbuatan itu jadi. kadang Allah x izin maknya Allah x takdrikan Jadi. maka satu apa pun x akan jadi tmpa Izin Allah.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

maka disini akan timbul beberap persoalan adakah jadi jahat dan baik itu ditakdirkan oleh Allah juga? maka jawapan adalah ia Allah tetapkan namun perlu diingat apa yang Allah takdirkan itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan kehndak hamba itu. Maka satu orang jadi jahat dan baik kerana kehndak dia dan Allah takdirkan dia jadi jahat atau baik bersamaan dengan kehendak hamba-Nya itu.

sebab itu ada hadith mngatakan satu org yang berazam jika aku ada duit aku akan belanjakan di jalan salah maka org inipun walaupun x smpat nak buat masih dia dapat dosa. sbb dia mmng akan buat jika ada peluang. begitu juga untuk kebaikan Merancang untuk lakukan dapat satu pahala. berazam nak lakukan akan dapat pahala yang semupurna walaupun x dapat laksanakan. macam orang pergi tunaikan haji mati dalam perjalanan. atau orang yang ingin kluar di jalan Allah tp x dapat peluang.knapa Allah benarkan perkara jahat berlaku.?
sebab manusia diberi kebenasan memilih. oarang itu pilih jahat atau baik di takdirkan oleh Allah sbb Allah mngetahui apa yang dia akan buat. maka tida ada istilah salahkan takdir. berlawanan dengan Jabriyah org jadi jahat bukan atas pilihan sendiri tapi kerana ditakdirkan. Allah izinkan bukan bererti Allah suka/redho dengan kejahatan. sbb itu Allah turunkan wahyu untuk bimbing manusia.

jadi apa kita kena buat serah pada takdir? kita kena usaha dan tawakkal dengan yakin kita mampu usaha jika Allah benarkan dan apa yang terjadi sbb usaha kitapun apa yang Allah takdirkan. nabi melarang guna kalau. kalaulah saya belajar sunguh2 masti saya dah jadi CEO. apa yang jadi itulah Allah takdirkan. maka dilarang sama sekali guna perkataan kalau. bermaksud apa yang kita ada sekarang kita kena redho. dan jika kita lakukan salah maka bertaubata pada Allah. dan apa yang kita ada sekarang itulah Allah takdirkan.

kesimpulan. Allah takdirkan semua. kita kena usaha usaha x ubah takdir tapi xde siapa yang tahu apa yang Allah takdirkan. dan uasaha itupun apa yang Allah takdirkan. Allah telah tulis segalanya Di lahul mahfuz xde padam balik dan tulis balik. maka kita kina yakin dengan Qada dan Qadar. tap bukna serahkan pada takdir. apa yang kita kena buat adalah usaha dan tawakkal.

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Maksudnya:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim

Friday, March 8, 2013

BUKU TERBARU 2012, 'MENYINGKAP HAKIKAT SEBENAR HIZBUT TAHRIR' DAPATKAN SEGERA!!!


Disediakan oleh:
AHMAD FAIDZURRAHIM
Hp: 019-9181278
Assalamualaikm 
Hizbu at Tahrir telah diasaskan pada tahun 1953 di al-Quds (Bait al-Maqdis), Palestin yang dipelopori oleh Taqiyuddin an-Nabhani. Walaupun Hizbu at-Tahrir menitikberatkan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui usahanya dengan menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah, namun terdapat banyak masalah yang dipertikaikan lebih-lebih lagi yang berkaitan masalah usul yang melibatkan pegangan ‘aqidah umat Islam. Usaha mengembalikan sistem pemerintahan khalifah dilihat murni, apatah lagi gerakan ini sering mendokong pembebasan Palestin yang dilihat mampu mengaburi pemikiran umat Islam sejati tanpa diselidiki perkara-perkara berkaitan ‘aqidah yang merupakan perkara yang paling utama yang perlu dititikberatkan sebagai asas perpaduan umat Islam sejagat. Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasallam menyatupadukan umat Islam melalui kesatuan ‘aqidah dalam perjuangan dakwahnya hingga berjaya memimpin negara dengan menerapkan sistem Islam dengan jayanya yang perlu umat Islam kini memahami dan dihayati. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa penyatuan dan persamaan dalam pegangan ‘aqidah Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah telah berjaya membebaskan Palestin dan memertabatkan umat Islam di seluruh dunia oleh pemimpin agung Islam Sultan Sallehuddin al-Ayubi. Hanya atas dasar kesatuan dalam ‘aqidah yang mampu mengembalikan perpaduan umat Islam, dan mampu mengembalikan sistem Khilafah Islamiyyah serta kegemilangan ummah. Justeru, umat Islam sesekali tidak akan bersatu dan tidak akan berjaya memertabatkan sistem Khilafah Islamiyyah jika perkara pokok ‘aqidah tidak dititikberatkan dan dihayati. Ironinya gerakan Hizbu at-Tahrir sangat halus memainkan Isu Khalifah untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyyah tetapi jika dikaji pemimpinnya Taqiyuddin an-Nabhani dan risalah-risalah terbitannya telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ‘aqidah Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah termasuk perkara-perkara furu’. Jangan Lepaskan peluang untuk mendapat naskah yang julung kali di pasaran

Sesiapa berminat untuk mendapat buku ini boleh berhubung:
1- Penulis, Hp: 019-9181278, email: faidzurrahim@gmail.com
2- GALERI BUKU SYABAB, Lot 2.03, Kompleks PKNS 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89253731
3- UIA Gombak, Jendela Ilmu DarAl-Kutub, Hp: 012-2281119
4- PUSTAKA MAJID, Batu Caves Selangor, Tel: 03-61842641
5- Pustaka Shuhadak, Sentul Kuala Lumpur, Hp: 012-2175979
6- JOHANNA BOOK STAT, 20G, Jalan Setiawangsa3, Taman Setiawangsa, 54200 KualaLumpur, Tel: 03-42571669
7- GALERI BUKU ALAT TULISMEHRAJ , No, 34c-0-3, Jalan 1/27F, Pusat BAndar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Tel: 03-41494786
8- Kedai AS-SUNNAH DARUL AKHYAR, 36, Jalan Bola Tampar, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor, Tel: 03-55196300,  Hp: 0163306300

Rebutlah Peluang ini untuk mengenal Siapakah Sebenar Hizbut Tahrir
Sebarkan Maklumat Ini!!!!

Wednesday, March 6, 2013

adakah pakian mengmabrkan kesolahen seseorg???





masalah terbahagi pada 2.

seorg yg berniqab atau lelaki yg yg berkopiah dan berjanggut/jambbang x semstinya seorg yg baik mungkin dia pakai x ikhlas dan sebagainya. tp kita x boleh nilai niat seseorg kita kna sngka baik pada masa sama berwaspada. jika nk solat belakang org 2 x perlu nk fikir pnjjang dia ni ikhlaske x entah2 dia saja je pakai nk nmpak cm org baik semua 2... jika nak kahwinkan anak nak jadikan rakan kongsi atau perkara2 yg perlu pada kepercayaan jngan hnya kerana pakian atau dia solat kita anggab dia baik sebalinye kna selidik.

tetapi seorg yg soleh/ warak semestinya akan tutup aurat dengan sempurna(berniqab dan sebgainya) dan lelaki akan berkopiah berjanggut. ramai yg pakai x apa2 dan katakan Allah x lihat apa yg kmu pakai hnya lihat hati kamu konsep yg salah. asalnya ayat itu untuk org2 yg sombong bukan bererti pakian yg sunnah atau ikot syarak ni langsung xde nilai..

Tuesday, March 5, 2013

Hadith2 pilihan


Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis zikrullah. (HR Tirmizi)


Dari Rafi Ibn Khudaij r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT mengasihi seseorang manusia, Dia melindunginya daripada tipuan dunia sebagaimana melindungi pesakit-pesakit kamu daripada terkena air. (HR Tabrani)



Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang dicintai oleh Allah lebih dari dua titisan dan dua kesan. Titisan ialah satu titisan air mata kerana takut kepada Allah. Kedua ialah titisan darah yang mengalir di jalan Allah. Dan dua kesan ialah kesan yang terjadi di jalan Allah (seperti parut-parut luka atau kesan cedera yang berlaku di jalan Allah) dan kedua ialah kesan dari melaksanakan perintah-perintah Allah yang fardhu (seperti tanda-tanda sujud atau kesan perjalanan haji dan lain-lain). (HR Tirmizi)


Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah sepertimana orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR Bukhari dan Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan. Sahabah r.hum telah bertanya: Apakah Jubbul-Hazan itu? Nabi SAW telah bersabda: Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak seratus kali setiap hari. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah yang akan memasukinya? Nabi SAW telah bersabda: Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk. (HR Tirmizi)


‎"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.


Dari Umar ibn Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana memberi rezeki kepada burung-burung. Mereka pergi dipagi hari dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang. (HR Tirmizi)

Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memelihara dua nak perempuan dengan baik, dia dan aku akan bersama di dalam syurga seperti dua anak jari ini. Sambil berkata demikian baginda mengisyaratkan (dengan merapatkan) dua anak jarinya. (HR Tirmizi)