Search This Blog

Saturday, October 6, 2012

ADAB-ADAB MASUK / KELUAR TANDAS




1-masuk dengan kaki kiri
2-keluar dengan kaki kanan
3-tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran
4-duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat.
5-tidak menghadap atau membelakangi kiblat.
Haram bg yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan,menghadap atau membelakangi kiblat.
Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.
6-menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang.
7-Pilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang.
8-tidak menunaikan hajat:
-dalam air yang tidak bergerak atau mengalir,
-dalam lubang yang tidak diketahui isinya,
-tempat yang berangin,
-tempat berkumpul manusia,
-di jalanan,
-dibawah pokok berbuah
9-tidak bercakap
10-tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci
11-selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya
12-membaca doa ketika masuk dan keluar.
Diterjemahkan sepenuhnya dari kitab minhajuttolibin yang diajarkan oleh sheikh a’la di masjid a’mru bin a’ss di assofirah,iskandariah mesir.

ADAB-ADAB MASUK TANDAS
1. Doa sebelum masuk –Allah Humma Inni “Auuzubika Minal Khubsi Wal Khobais
2. Tutup kepala
3. Pakai selipar
4. Jangan terlalu di dalam tandas
5. Jangan bercakap-cakap di dalam tandas
6. Jangan membawa kalimah hadis atau Quran
7. Jangan mandi telanjang
8. Jangan makan dan minum
9. Jangan menyanyi dalam tandas
10. Jangan berkahak dalam tandas 11. Jangan kencing berdiri
12. Jangan melihat najis
13. Jangan melihat kemaluan
14. Jangan meludah pada najis
15. Jangan mengadap kiblat
16. Jangan membawa kalimah Allah atau Muhammad
17. Selepas kencing hendaklah berdehim
18. Masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
19. Jangan baca Quran dalam tandas
20. Selepas keluar baca doa – Alham dulillah Hil Lazi Azhaba Anil Aza Wa
Aafani

Untuk mengamalkan sunnah maka kita ambil daripada 3 bahagian ini.

1. Suurah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu gambaran luar, fizikal Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya menipiskan misai, menyimpan janggut, bersiwak, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dll.

2. Sirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perjalanan hidup Nabi s.a.w. daripada bangun tidur sehingga tidur semula. Asasnya, tidur cara nabi, makan cara nabi, masuk tandas cara nabi, perjalanan cara nabi, keluar masuk rumah cara nabi, berkenderaan cara nabi dan bersama isteri pun cara nabi. Banyak lagi adab-adab harian yang mengikut sunnah yang kita perlu sempurnakan.

3. Sarirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kerisauan nabi. Nabi fikir macam mana semua ummatnya masuk syurga. Fikir inilah yang perlu ada dalam hati semua orang mukmin.

Monday, May 28, 2012

Komentar Ulama Masjidil Haram: HARAM Berpakat Dengan Orang Kafir

Berikut ialah intisari wawancara wartawan Malaysia dengan Syeikh Dr Sulaiman Saloomi, ahli
majlis fatwa Masjidil haram. Kita selami dengan hati yang terbuka, minda yang sihat dan
wajah yang ceria.

1. Apa pandangan syeikh mengenai demonstrasi?
Demonstrasi jalanan mula dipelopori oleh Abdullah bin Saba’, seorang munafik yang asalnya beragama Yahudi. Dia menghimpunkan para revolusier dari Iraq, Syria dan Mesir lalu berarak ke Madinah. Dalam sejarah Islam mereka digelar pemberontak dan perbuatan mereka digelar ulama sebagai penggulingan di mana inilah kali pertama seorang Muslim menghunuskan senjata kepada Muslim yang lain. Maka, berlakulah pembunuhan Khalifah Uthman r.a. di rumahnya yang ketika itu sedang membaca al-Quran.

2. Adakah negara Islam menjadi matlamat Islam?
Objektif asas dalam Islam adalah ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah, mentauhidkannya dan mentaati Allah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Penubuhan Negara Islam bermula daripada usaha-usaha itu dan bukan menjadi matlamat utama. Kebanyakan dakwah Para Rasul tidak menghasilkan penubuhan sesebuah Negara tetapi memadai dengan beberapa orang di kalangan mereka yang beriman kepada Rasul tersebut. Allah SAW berfirman mengenai Nabi Nuh a.s. “ Maka tiadalah orang yang beriman turut bersama-samanya melainkan sedikit sahaja.”

3. Apa hukumnya kafir-mengkafir?
Sesiapa yang menggunakan pendekatan kafir mengkafir terhadap umat Islam, maka tuduhan tersebut kembali kepadanya. Dalam hadis mafhumnya, “Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya, ‘wahai kafir’, maka tuduhan itu kembali kepadanya.” Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Muslim untuk bersangka baik dengan saudara se-Islam dan bergaul dengan cara yang baik.

4. Apakah yang berlaku dalam senario politik hari ini menepati kehendak Islam?
Persepsi yang berlaku dalam scenario politik sekarang tidak Islamik. Bahkan ia satu fikiran politik yang sempit. Setiap ahli berusaha untuk membenarkan partinya serta mendakwa mewakili Islam yang sebenarnya. Adapun pandangan yang sebenar ialah berpaksikan al-Quran , as-Sunnah dan manhaj Para Khulafak ar-Rasyidin. Apa yang dituntut oleh dalil ialah memelihara persaudaraan Islam dan memilih mereka yang paling sesuai dan berkelayakan untuk memimpin ummah. Inilah politik umat Islam yang sebenarnya. Apa yang berlaku sekarang adalah sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT, “Setiap parti/puak bergembira dengan apa yang mereka ada.” Perbuatan melampau, iri hati atau jumud kesemuanya membawa kepada kegagalan dan kelemahan ummah yang menyebabkan penguasaan musuh-musuh Islam. Barat bergembira dengan fenomena buruk ini di kalangan umat Islam bahkan mengambil kesempatan untuk melemahkan lagi umat Islam serta mempersendakan mereka.

5. Jadi, apakah perkara pertama yang perlu diselesaikan?
Pertama pertama yang perlu diselesaikan dahulu ialah supaya umat yang berpecah menjadi bersatu. Barulah agama lain akan mencontohi umat Islam yang bersatu padu. Dalam sejarah Negara Islam yang diperintah oleh mereka (umat Islam yang bersatu padu) menjadi bukti terbaik di mana golongan minoriti bukan Islam menghormati orang Islam apabila mereka melihat umat Islam bersatu padu.

6. Bolehkah berpakat dengan orang kafir?
Seorang Muslim tidak dibenarkan bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara se-Islamnya. Sejarah telah membuktikan bahawa orang bukan Islam tidak akan mengundi parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu daripada hal keagamaan. Perbuatan ini mendatangkan bahaya kepada umat Islam. Allah berfirman yang bermaksud, “Patutkan kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) kitab Taurat dan Injil dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian itu antara kamu selain kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.”

7. Apakah cara yang betul memilih pemimpin?
Pendirian yang betul untuk memilih pemimpin ialah mencalonkan dan memilih pemimpin yang akan memerintah rakyat dengan adil dan saksama kerana langit dan bumi telah didirikan atas nama keadilan. Hendaklah dilihat dalam parti dan calon yang dipilih sesiapa antara mereka yang mendekati sifat-sifat itu. Jika boleh disepakati atau digabungkan antara parti-parti Islam, maka inilah sebenarnya yang hak, diterima akal dan bijaksana.
Dalam keadaan yang terdapat dua kemudaratan, pilihlah yang kurang mudarat iaitu kerjasama antara parti nasionalis dan parti Islam (yang sama-sama beragama Islam). Kerjasama ini hendaklah berasaskan Islam antara kedua-dua parti tersebut menurut kadar yang termampu daripada agama. Adalah HARAM bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam yang bertentangan dengan kaum Muslimin walau sebesar mana pun perselisihan antara mereka. Ini kerana kerjasama dengan parti-parti bukan Islam akan menjejaskan akidah Islam iaitu akidah wala’ (kesetiaan) saudara Muslim terhadap saudara seagama dan bara’ (penolakan) terhadap orang Islam dalam apa-apa jua keadaan.
(Sumber: Mingguan Malaysia, 27 Mei 2012)

pengambilan pelajar baru madrasah batu 40 sabak bernam utk sesi jun 2012.

pengambilan pelajar baru madrasah batu 40 sabak bernam utk sesi jun 2012.
madrasah maulan sharif musa..
untuk maklumat lanjut sila rujuk.. http://mt-darulitqan.blogspot.com/

Wednesday, May 23, 2012

Laporan sebahagian Ijtimak KL 2012

Fasa pertama Ijtimak telah pun berakhir.Kesibukan melampau menjadi sebab blog ini lama tidak ter'update'.
Rombongan ulama dan orang lama dalam usaha dakwah dan tabligh telah pun bergerak ke Sri Iskandar,Perak dalam siri ijtimak di sana pula.
Subhanallah,jangkaan 20,0000 umat Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah hadir pada ijtimak kali ini.
Dengan kepanasan yang membahang,kekurangan air untuk mandi dan wuduk, masjid yang sesak, dan pelbagai lagi kesulitan amat memedihkan nafsu yang selalu cuba tidak pernah rasa untuk senang.
Mudah-mudahan dengan sedikit kesusahan ini,Allah Taala menerimanya agar adanya amalan di dunia yang diterima untuk ditunjukkan kepada Allah.
Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Bayan mula pada hari Sabtu,selepas Asar.
Bhai Farouq,eldest daripada India diputuskan untuk bayan Asar.
Dan bayan Bhai Farouq berkisar tentang kepentingan 5 amal masjid.Diterjemahkan oleh syura Malaysia,Sheikh Mydin.
Dan beliau menerangkan bagaimana untuk buat kerja dakwah mengikut cara yang dikehendaki oleh masyaikh.

Apa yang paling aku ingat ialah,
"Kita kena jaga anak-anak muda.Kalau kita tidak jaga,maka mereka akan jadi penyebar kesesatan."

BAYAN MAGHRIB

Bayan Maghrib pada malam itu dibayan oleh Maulana Qasim.Amir jemaah yang bergerak dalam tour ijtimak-ijtimak di Malaysia.

Bayan Maulana sangat menyentuh jiwa qalbu,apabila beliau menceritakan tentang si jantung hati,Habibil Mustafa Salallahu A'laihi Wasallam.
Kehidupan Nabi Salallahu A'laihi Wasallam dibongkar pada malam tersebut.
Dan cerita itu dihikayatkan kepada kami untuk diambil pengajarannya.
Bahawa piawaian kejayaan disisi Allah bukan terletak pada dunia yang hina.
Akan tetapi pembawaan agama yang sempurna yang diterjemahkan dalam kehidupan kita.

Kata Maulana Qasim, sekiranya kejayaan Allah letakkan di dalam dunia,harta dan sebagainya,
maka makhluk yang paling layak untuk dapatkan kejayaan ini ialah Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam.
Akan tetapi apabila kita melihat pada kehidupan Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam maka kita lihat kehidupan beliau susah. Rumah yang kecil. Kelaparan membelenggu rumah Nabi selama 2 bulan. Hanya makan tamar dan air sahaja untuk dialas perut mereka. Tidak ada minyak sapi. Tidak ada sumber lain.

Maulana berkata, hari ini ibu bapa fikir mahu menyenangkan anak mereka. Tidak mengapa ibu bapa susah,akan tetapi anak-anak biarlah senang.
Lihatlah kepada kehidupan wanita syurga,Fatimah radhyiallahu anha.
Satu ketika Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah bertandang ke rumah beliau bersama seorang sahabat.
Fatimah tidak membenarkan ayahandanya Salallahu A'laihi Wasallam bersama sahabat yang mengiringi kerana tidak ada pakaian yang sempurna untuk ditutup di hadapan lelaki ajnabi.

Allahu Allah!

Maulana Razif menterjemahkan bayan Maulana Qasim begitu baik sekali.

BAYAN ULAMA

Alfaqir sebenarnya rasa tak layak untuk duduk dalam bayan khas untuk ulama. Nak duduk pada halqah IPT dah graduate pula. Terjumpa rakan seusaha dari Batang Kali,duduk-duduk datang pula laki Akak Rockers,
"Eh ustaz kena duduk dalam bayan. Meh aku bawak. Aku pun nak dengar apa yang Maulana pesan"

Alfaqir hanya setuju dan ikut sahaja si Angah.Bayan diadakan di bilik mesyuarat Malaysia.
Tapi yang masuk hanya alfaqir.Eh eh mana pulak si Angah ni.

Duduk la alfaqir keseorangan.Ternampak pula Ustaz Gunawan, Ustaz Umar dari Batang Kali.
Ada juga pengajar Sri Petaling yang duduk sekali.
Ada Maulana Ali, Maulana Hamzah dan lain-lain.
Bayan Ulama disampaikan oleh Maulana Umar. Diterjemahkan oleh Sheikhul Hadis,Imam Besar Masjid Jamek Sri Petaling, Pengajar Sahih Bukhari, Syura Malaysia, Maulana Abdul Hamid.

Maulana bayan memang panjang. Oh ya,Mufti Perak,Tan Sri Harussani juga turut hadir dan duduk dalam bayan ulama. Paling menyentuh hati ialah sewaktu Maulana Umar mengakhiri bayannya dengan kisah laporan khuruj Maulana di Russia dan Mongolia.

LAPORAN MAULANA UMAR DI RUSSIA

"Saya mengakhiri bayan saya dengan menceritakan 20 tahun lalu. Sewaktu saya keluar di Rusia. Disatu masjid,kami duduk di sana selama 3 bulan setengah. Jemaah kami bergerak selama 5 bulan setengah.

Semasa kami duduk di masjid tersebut,kami berjumpa dengan Muslim yang duduk 60-70 km dari masjid tersebut. Kemudian kami dengar ada eorang Sheikh yang menetap di sana. Orang tempatan bertanya kepada kami,"Nak pergi ziarah tak seorang Sheikh,Muhaddith besar yang menetap di sini?" Jawab kami (Maulana bersama 3 orang ahli jemaah) berkata "Ya"

Setelah appointment di buat, mereka bergerak untuk bertemu Sheikh tersebut lepas Asar.
Sesampainya kami di sana,seorang budak lelaki telah buka pintu dan beliau telah menjerit tetamu sudah sampai.

Sheikh tersebut sakit tenat.Hanya terbaring di atas katil. Tetapi apabila kami sampai,keadaan mengejutkan ialah Sheikh tersebut berdiri dan bergembira dengan kedatangan kami.

Kami bersembang dengan Sheikh tersebut dan kami bertanya apakah asbab tempat kamu dilanda fitnah(ujian) komunis? Sedangkan tempat kamu banyaknya ulama hadis lahir di sini.

Jawab Sheikh tersebut,"Apabila soalan ini ditanyakan kepada saya 20 tahun dahulu,maka saya tidak boleh menjawabnya. Dan soalan ini telah diajukan pada saya dan saya kena menjawabnya juga"

Jemaah Maulana tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Sheikh tersebut.

"Sewaktu saya balik dari Al Azhar As Syariff, saya mengajar di madrasah. Dan kami semua sibuk dengan madrasah,usahakan atas ilmu. Dan ruangan kami terbatas pada dinding madrasah sahaja. Kami tidak menghiraukan orang awam yang berada di sekeliling kami. Sekiranya 20 tahun dahulu kami buat tabligh, InsyaAllah fitnah ini tidak melanda kami"

Kata Maulana Umar, pihak batil tidak akan datang kepada kamu (iaitu ulama) . Akan tetapi mereka akan pergi kepada orang awam dan akan merosakkan mereka.

Sebelum mereka tangguh dari pertemuan tersebut, Maulana minta supaya Sheikh tersebut mendoakan mereka.
Sheikh tersebut jawab, nak berdoa, dia ada syarat. Iaitu makan makanan yang halal.
Sejak fitnah ini melanda kami,entah makanan apa yang disuapkan/ diberi kepada saya.
Kamu semua sahaja yang kena doakan saya.
Kamu musafir, dan doa kamu semua makbul.

LAPORAN MAULANA UMAR KE MONGOLIA.

Kami hanya dapat 12 hari sahaja ke Mongolia. Sewaktu kami di sana,orang Mongolia sangat terkejut dengan kedatangan kami.
Mereka mengeluarkan gambar datuk mereka,janggut mereka sama dengan janggut kami.
Mereka (orang Mongolia) memegang janggut kami dan suka dengan kehadiran kami.

Sepanjang 12 hari kami hanya mengajar mereka kalimah iman.
Tidak sempat untuk ajar mereka tentang solat dan lain-lain.

Pada waktu kami hendak keluar dari Mongolia, mereka sangat sedih.
Dan mereka cakap kepada jemaah kami, beritahulah pada kawan-kawan kamu agar datang ke sini dan ajarkan agama pada kami.

SEBAK

Sheikhul Hadis Maulana Hamid sebak sewaktu menterjemahkan laporan di Mongolia.
Dan dalam keadaan sebak beliau cakap kepada majma' ulama yang hadir,
"Tuan-tuan umat menantikan kedatangan tuan-tuan."

BAGI NAMA UNTUK SETAHUN

Majma' yang hadir diminta untuk bagi nama khuruj setahun. Alfaqir hanya menunduk. Kelu. Tak mampu untuk bangun dan berazam untuk tunaikan kehendak Maulana keluar setahun.

Ketika di tashkil 40 hari, barulah al faqir azam untuk keluar ke Sabah pada Syaaban sehingga Ramadan.

BERTAUBATLAH WAHAI PENULIS BLOG

Ya Allah,kami minta ampun padamu.
Atas dosa-dosa kami yang menimbun.
Dan juga kesalahan kami dalam meninggalkan usaha dakwah.
Kerana asbab kerja dakwah ditinggalkan,
maka usaha batil telah membelenggu umat.

Umat telah keluar dari agamaMU berbondong-bondong,
Dan kami terus membiarkan mereka di bakar kedalam neraka.

Ya Allah,keinginan kekasihMU agar umatnya selamat dari api neraka.
Tetapi kami,yang belajar agama pun masih tidak lagi mengamalkan agama.
Kehidupan agama hanya pada kitab-kitab kami.
Kami tidak terjemahkan dalam kehidupan kami.

Ya Allah, pasti dan pasti Nabi bersedih melihat amalan umatnya yang teruk,
Kami tidak menghargai dan tidak mensyukuri langsung pengutusan kekasihMU

Ya Allah Ya Rahim,
Ampunkan aku terutamanya Ya Allah. :'(

Adab Berjimak

Betulkan niat, kahwin sebagai perintah Allah dan sunnah Nabi SAW.
Hargai pasangan; jangan sentuh bab perkauman, suku sakat, keturunan etc
Jangan mengungkit kesalahan dan mencari kekurangan.
Jika mahu marah, marah dengan hikmah, bukan dengan nafsu.
Anggap mentua sebagai ibu sendiri.
Jangan paksa berhenti kerja, biar isteri buat keputusan sendiri.
Pada malam pertama sebelum buat apa-apa, zihin kepada isteri maksud hidup. Harap isteri boleh faham. Hidup adalah untuk mencari redha Allah. Perkahwinan adalah jalan menuju ke arahnya.
Suami kena banyak bersabar.
Jangan guna kuasa veto walaupun kuasa sebenarnya di tangan lelaki.
Puji masakan isteri. Suami jangan selalu sangat makan di luar, nanti isteri kecil hati. Jika hendak makan di luar, bawa isteri bersama-sama atau belikan makanan yang kita makan bawa balik rumah.
Suami kena khidmat buat kerja rumah.


Adab berjimak:


Para lelaki diingatkan supaya tidak mengamalkan onani atau melancap kerana ia memudaratkan mental dan fizikal.
Elakkan makan apa-apa ubat kuat seks. Semuanya mengarut saja.
Sebelum mula beraksi, lakukan terlebih dulu adegan-adegan ringan dengan bermesra-mesraan, bercumbu-cumbuan.



Jika pengantin yang baru hendak main, eloklah pakai personal lubricant (pelincir) untuk melindungi faraj si isteri daripada terluka kerana tertusuk anu buat kali pertama. Tapi, setelah dah lama, tak perlu pakai lagi. Boleh dapatkan kondom yang berjenama DUREX dan pelincir KY.
Hisap puting perlahan-lahan sambil jari jemari mengusik biji faraj untuk menimbulkan rasa ghairah.
Bila sudah keluar mazi, boleh tusuk anu secara perlahan-lahan sambil meneruskan isapan puting.
Baca doa berjimak.
Dayung perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat kerana faraj wanita sangat sensitif.
Apabila sudah selesa, boleh teruskan dayungan.
Ajar isteri main lebih ganas kerana wanita biasanya sangat pemalu dan tidak tahu berjimak. Tapi, bila dah lama-lama, dia akan makin terror.
Kaki jangan lipat supaya tidak kejang.
Sekali sekala boleh tukar posisi.
Lapik bantal pun bagus juga.
Seeloknya bersetubuh dalam keadaan berselimut.
Main sampai puas. Suami tak boleh berhenti sebelum isteri pancut. Kena bagi sama-sama rasa nikmat.
Apabila dah selesai, ambil sehelai kain yang bersih, letakkan pada tundun isteri, tekan tundun dengan tapak kaki, pegang tangan dan tarik beberapa kali. Untuk mengejapkan farajnya agar sentiasa ketat.

Maklumat tambahan
Membersihkan diri sebelum berjimak seperti mandi, bersugi, mencukur bulu ari-ari dan sebagainya
Pilih masa dan tempat yang selesa dan jauh dari gangguan tetamu dan ahli keluarga
Berwuduk terlebih dahulu
Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar
Tidak tergesa-gesa
Menutup tubuh badan dengan selimut.
Membasuh kemaluan dan berwuduk jika ingin mengulangi jimak
Jangan melakukan perkara yang diharamkan seperti berjimak di siang hari bulan Ramadhan, ketika isteri sedang haid atau berjimak melalui dubur
Elakkan melakukan aksi yang memudaratkan kedua belah pihak
Suami hendaklah sentiasa menjaga kesihatan, pemakanan dan kekuatan tenaga lahir dan batin
Jangan menyamakan rupa tubuh badan isteri dengan tubuh badan mahram seperti ibu, adik, kakak dan sebagainya.
Berehatlah setelah melakukan jimak
Segera mandi dan solat Subuh apabila masuk waktunya.

Tip Berjimak

Fikirkan kepuasan isteri
Memakai wangian
Berkomunikasi dengan lembut
Bersentuhan
Berciuman
Membaca doa
Bersolek bagi isteri
Bergurau senda



 Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari keburukkanya dan keburukkan tabiat yang ia bawa.’” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim).

Abu Usaid. Dia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Sahabat Nabi, diantaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu solat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami salat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju utk mengimami mereka solat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan istrimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukkannya. Selanjutnya terserah kamu berdua…’” (Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah).

“Seorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khuatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah): “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” (lihat di Kitab al-Mushannaf).

Asma’ binti Yazid binti as-Sakan r.a., ia berkata: “Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah SAW. Setelah itu saya datangi dan saya panggil baginda supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk disamping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah SAW diberikan segelas susu. Setelah baginda minum, gelas itu baginda berikan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazin berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah SAW!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” (HR. Ahmad di kitab Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah)



Rasulullah SAW juga bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” (HR. Bukhari, Muslim).

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata:
“Jika isterimu telah memasuki kamarmu, maka hendaknya kamu memegang ubun-ubunnya, dan bersama-sama menghadap ke kiblat, kemudian baca:

Allâhumma biamânatî akhadztuhâ wa bimîtsâqî istahlaltu farjahâ. Allâhumma farzuqnî minhâ waladan mubârakan sawiyyâ, wa lâ taj’al lisy-syaithâni fîhi syarikan wa lâ nashîbâ.

Ya Allah, dengan amanatku kujadikan ia isteriku, dan dengan mitsaqku (akad nikah) aku dihalalkan berhubungan dengannya. Ya Allah, karuniakan padaku anak darinya, anak yang mengalirkan keberkahan dan kemuliaan, jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bagian di dalamnya.” (Mustadrak Al-Wasail 2: 616, hadis ke 1)

Mengambil wudhu sebelum berhubungan dan solat dua rakaat serta membaca selawat dan doa seperti: “Alloohumma Urzuqni Ilfahaa wa Wuddahaa wa Ridhoohaa Biy wa Ardhiniy Bihaa wa Ijma’ Bainanaa bi Ahsani Ijtimaa’in wa Aisari I’tilaafin Fainnaka Tuhibbu al-Halaal wa Tukrihu al-Haroom” ( Ya Allah, rezekikanlah aku dengan persahabatan, kasih/cinta dan redhanya. Dan jadikanlah aku redha kepadanya. Persatukanlah kami dengan sebaik-baik persatuan dan semudah-mudah pergaulan. Sesungguhnya Engkau menyukai yang halal dan membenci yang haram )

Memegang dahi istrinya sambil menghadap Kiblat dan membaca doa: “Allohumma ‘Ala Kitaabika Tazawwajtuhaa wa fi Amaanatika Akhadztuhaa wa bikalimaatika Istahlaltu Farjahaa Fa in Qodhoita fi Rahimihaa Syaian Faj’alhu Musliman Sawiyyan wa La Taj’alhu Syirka al-Syaithoon” ( Ya Allaah, aku telah mengawininya sesuai dengan kitabMu, dalam pengamananMu. Dan dengan firman-firmanMu telah aku halalkan dirinya. Oleh karenanya, seandainya akan Engkau taqdirkan di rahimnya sesuatu, maka jadikanlah ia seorang muslim dan tak kurang suatu apapun serta janganlah dijadikan sekutu syaitan.



Monday, May 14, 2012

kebnrana akidah Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah

antara kebenaran pegangan Imam Al-Asy'ari Rah yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa Al-Asy'ari R.a...ketika turunnya ayat ini "Wahai orang yang beriman! sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya,yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang sungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demekiaan itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiap yang dikehendaki-Nya. Allah Maha luas limpaah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui (surah Al-Maidah : 54)

Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan dalam Kitabnya 'Tabyin kadzibi al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mutasdrak sebab turun ayat dia atas : Tatkala turun ayat ini, Rasulullah SAW bersabda : Mereka kaummu wahai Abu Musa dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda SAW kepada Abu Musa Al-Asy'ari....Imam Hakim menghukumkan hadith ini sohih ala Muslim.Hadith diatas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya,Ibn Abi Hatim,Ibnu sa'd dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haitami berkata rijal(perawi Hadith) hadith tersebut adalah sahih..

Al-Imam al-Qurtbi Rah berkata dalam dalam tafsirnya jilid . vI,halaman .220 : Al-Qushayri berkata "Maka para pengikut Abu al-Hasan Al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut..

Oleh yang demekiaan,Hadith ini adalah Busyra(berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah bahawa mereka sesuai dengan kaidah Rasulullah SAW,maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikut jalan mereka. Akidah Al-Asyairah dan Al-Matrudiyyah adalah akidah Kaum Muslimin daripada akidah kalangan al-salaf dan al-khalaf,akidah para khalifah dan sultan seperti Sultan salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih..

Al-Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda tentang Abu Musa al-Asy'ari dan Kaumnya . Rasulullah SAW bersabda : "Mereka daripada ku dan Aku daripada mereka (Kitab sohih Al-Bokhory: Kitab al-Maghaziy,Bab Quduuum Al-Asy.ariyyun dan wa Ahlal-Yaman)....dapat difahami daripada Hadith ini,bahawa Rasulullah SAW menegaskan kaum Abu Musa Al-Asy'ari R.a merukan kaum yang dikasihi dan diredhai oleh Allah Ta'ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka serta semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang Haq dan menghapuskan kebatilan...

tentang Sultan Salahuddin Ayyubi Raj..Al-Hafiz Jalaluddin Al-suyuthi (W.911 H),dalam KItabnya al-Waseil ila Ma;rifati al-Awaeil berkata : "ketika Sultan salahuddin Bin Ayyub memegang tampuk pemerintahan,baginda memerintahkan para Muazzin menggunmandangkan pada waktu tasbih(waktu sebelum masuk solat subuh) dengan al-akidah al-Asy'ariyyah,lalu para muazzin berterusan menyebutnya pada setiap malam hingga ke waktu ini...

macamana nak berjaya?

untuk berjaya kita hndaklah ikot jejaklangakah org yg berjaya. nak jadi Engineer yg berjaya kna ikot engeneer yg telah berja. Kita nak jadi manusia yg berjaya dunia dan akhirat knalah contohi mereka yg telahpun berjaya siapa mereka Sahabat nabi.. Bila mereka atas muka bumi ini lagi.. hidup bersama Isteri dan anak lagi Allah telah redho akan mereka.. dan kita nak dapat Redho Allah hndaklah ikot mereka..

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar. At-Taubah 100