Search This Blog

Thursday, March 3, 2022

Kerajaan.

Allah janji jadikan kita khalifah yang berkuasa di muka bumi.. JIka benar2 Beriman. Maksud ayat Quran.

Hari ini xde kerajaan sbb kita punya Iman yg rosak. 

Jika satu org yakin klu aku x kerja bagaimana Allah akan berikan sy rezeki. maka bererti dia mngatakan Allah bergantung pada Makhluk(kerja) untuk beriakan Rezeki. Iman Kita rosak. Akidah Kita rosak. Sbb Inilah Allah tarik balik nikmat yg Allah telah berikan kepada kita.

Inilah maksud Ayat Quran Allah tidak akan Ubah keadaan baik Satu Kaum. Tafsiran sebenar Ayat Itu Allah x akan tarik nikmat selagi ummat ini Buat perkara yg buat Allah murka dan Tarik nikmat yg telah diberikan. Begitulah berlaku pada ummat2 terdulu pada kita. Kaum Aad samud Lut semua mereka Punya macam2 nikmat tp Langgar perintah Allah lantas Allah hntar Azab. 


Imam Hasan al-Bashri Rahimahullah menyatakan: “Ketahuilah kezaliman penguasa adalah kemurkaan dari kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah tidaklah dihadapi dengan pedang(emosi), akan tetapi dengan takwa(amalan), tolaklah dengan do’a, taubat dan menjauhkan dosa.” (Adab, al-Hasan al-Bashri hal. 119) 


sepatunya bukan Kita menunding Jari sbb org inilah. kalau lah xde org Ini kalu lah bukan sbb dia. Ini semua percakapan yg xde Iman. Nabi sndri larag percakapan ini semua spatunya yg perlu di salahkan adalah diri sendiri Allah ajarakan Ummat ini dalam kisah nabi Adam a.s bila minta taubat Dia telah Doa sesungguhnya aku telah zalimi diri aku sendiri. Dia x salah kan Hawa a.s ataupun syatan yg mnghasutnya tapi salahkan diri. sepatunya kita salahkan diri kita dan cari sbb apa Allah x berikan Kerajaan pada kita dan Usaha bagaimana betulkan amal yg mnyebabkan Terjadinya demikian. 


Sebab itu perlunya manusia yg bagun atas agama bahagiakan masa Dan buat dakwah. Ajak manusia kenal Allah. Kenalkan Allah pada manusia adalah tugas setiap nabi dan junjungan besar kita Muhammad s.a.w. bukan tujuan nabi untuk dirikan kerajaan jika demikan Allah x akan satupun nabi tmpa kerajaan. sedang Allah hntar Nabi Isa a.s yg mana Rumah pun x de. baju yg penuh dengan tmpalan. 


Bila satu org yag jauh pada Allah dtg dekat pada Allah buat Allah suka jelas dalam Hadith. Usaha pertama Betulkan yakin kita Yakin yg benar Lailaha Illah. mahfum kalimah Itu selain dari Allah x boleh beri manfaat ataupun Mudarat tmpa ada Izin Allah. jika ada org yakin selain Allah juga berkuasa maka Akidahpun dah x betul. Jika akidah dah x betul bagaiaman nk dapat bantuan Allah? 


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Sunday, January 19, 2020

Tahlil di Madinah

Adik beradik Call ajak saya balik kampung. Sejak arwah ayah dan arwah mak tak ada.. dah lama tak balik kampung. Jadi mereka ajak untuk buat tahlil kepada arwah ayah dan ibu.

Sebelum komen saya kena kecam oleh wahabi yang anti tahlil..

Saya copy paste hujah siap siap:

KENDURI ARWAH

Sebelum saya sambung pengajian di Universiti Madinah, saya berpegang pendapat yang mengharamkan kenduri arwah, dengan beberapa alasan seperti Nabi dan para sahabat tidak melakukan kenduri arwah, dan sesiapa yang mengadakan kenduri arwah termasuk meratap mayat.

Apabila saya berada di Universiti Madinah, alangkah hairannya saya apabila suatu hari berlakunya kematian ayah seorang kawan, saya dan kawan-kawan diajak kerumahnya untuk majlis azza’ yakni majlis takziah.

Saya tak pergi tapi kawan-kawan cerita Majlis azza’ bermula dari petang sampai isyak. Setelah isya’ dibuat jamuan nasi kambing. Memang masya-Allah la sedap katanya. Sebab saya tak pergi masa tu kerana masih anggap majlis tu bid’ah. Walau majlis tu dibuat oleh syeikh besar dalam universiti. Majlis tu berlangsung 3 malam berturut-turut.

Selang tidak berapa lama, berlaku pula kematian ibu seorang syeikh senior di Fakulti Hadith Universiti Madinah. Sekali lagi kami dijemput untuk majlis azza’ yang dibuat 3 hari berturut-turut. Kali ni saya pergi untuk merasai pengalaman baru.

Sampai di majlis tersebut, kami disambut oleh barisan ahli keluarga arwah dan kami dihidangkan gahwah dan kurma. Agak lama juga kami duduk-duduk dan bersembang. Akhirnya kami dihidangkan nasi kambing. Maasya-Allah memang sedap.

Selepas balik, hati mula terdetik, salahkah buat kenduri arwah? Masa kat malaysia memang aku pegang haram... tapi syeikh-syeikh di sini buat majlis azza’... bukan syeikh biasa-biasa, tapi syeikh yang ada pengaruh dan puluhan tahun mengajar di Madinah.

Untuk kepastian saya jumpa dengan syeikh tersebut dan bertanya pada syaikh. Maka syaikh bagi jawapan dengan sepotong hadith:

اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا، فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ
 “hidangkanlah makanan untuk keluarga Ja’far, sebab sesungguhnya telah tiba kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka”

Jadia kata syaikh tidak ada masalah jika kita menghidangkan makanan untuk tetamu yang hadir majlis azza’. Adapun tiga hari itu hanya adat dan kebiasaan yang tidak ditegah syarak. ini juga merupakan pendapat ahli majlis fatwa saudi iaitu Syeikh Abdullah Mutlaq.

Saya mula mentelaah bab ini dengan mendalam sebab berlakunya percanggahan amalan saya di Malaysia dan di Madinah. Maka bila saya baca dalam kitab Al Umm Imam Syafie berkata:

وأحب لجيران الميت أو ذي قرابته أن يعملوا لأهل الميت في يوم يموت، وليلته طعاما يشبعهم فإن ذلك سنة، وذكر كريم، وهو من فعل أهل الخير قبلنا، وبعدنا لأنه لما «جاء نعي جعفر قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - اجعلوا لآل جعفر طعاما فإنه قد جاءهم أمر يشغلهم

“Aku mengajurkan bagi tetangga almarhum atau kerabat-kerabatnya agar membuatkan makanan pada hari kematian dan malamnya, sebab itu merupakan sunnah, zikr yang mulia dan termasuk perbuatan ahlul khair sebelum kita serta sesudah kita”. Jilid 1, ms 317.

Maka sunnah untuk kita menjamu makan orang yang datang. Akan tetapi jika ahli keluarga tidak mampu untuk lakukan, maka afdhal jiran-jiran yang tolong hantarkan makanan.

Jadi, apa yang saya pegang selama ini salah. Cuma beza di malaysia kita lakukan amalan tahlil kerana itu lebih baik dari kita bersembang, membawang hisap rokok dan sebagainya.

Oleh itu, kita seharusnya timbang tara antara kedua-dua hujjah supaya kita tidak cepat melatah mnghukum sesuatu amalan itu bid’ah dan sebagainya.

Credit : Ustaz Nasir al Bakri

Monday, January 4, 2016

Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله

Kisah mengenai mimpi Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله ketika berada di Mekkah.
Ketika beliau berada di Mekkah, beliau telah bermimpi bahawasanya beliau telah berada di atas atap Kaabah. Kemudian beliau melihat banyak aliran air mengalir keluar dari celahan jari @ tangan beliau ke empat penjuru Kaabah.

Lalu beliau ceritakan perihal mimpi kepada guru beliau iaitu al-Imam Mamlūk Alī al-Nānautwī رحمه الله . Guru beliau mengatakan bahawasanya ini khabar mubasyarah dari Allah s.w.t yang kamu akan digunakan oleh Allah untuk sebarkan ilmu ke seluruh dunia.
Hal ini terbukti selepas Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله mengasaskan Dār al-Ulūm Deoband, banyak cawangan Deoband dan madrasah yang mengambil manhaj Deoband telah berkembang ke seluruh dunia.

Berjalanlah ke seluruh 4 penjuru alam, nescaya kamu pasti akan menjumpai madrasah yang menggunakan manhaj Deobandi yang benihnya di asaskan oleh al-Imām Qāsim al-Nānautwī رحمه الله .

Thursday, September 24, 2015

Bayan Maulana Saad

Màshallah
Ringkasan (DB) Bayaan Hazrat Mawlana Saad Kandhalwi ini untuk org lama di Markaz Nizamuddin (2014/11/03)

● Usaha ini [ tabligh] tidak akan maju melalui  pengalaman, tetapi dengan mengamalkan cara-cara para Sahabat (RD)

● Mereka yang terlibat dalam tabligh dilihat telah mula kurang mengkaji kehidupan para Sahabat (RD) dan menganggap ia kurang penting dan lebih cenderung kepada ucapan, mashwara, dan program-program di tempatnya

● Hazratji Mawlana Ilyas (ra) mengatakan bahawa ucapan atau perbincangan yang tidak memupuk kesedaran kpd Allah tidak berharga tetapi hanyalah keseronokan/halwa telinga.

● Hazrat Mawlana Yusuf disusun Muntakhab hadis supaya karkoon tidak akan bebas untuk menerangkan 6 prinsip mengikut hawa nafsu mereka sendiri dan supaya tidak akan ada maklumat yang salah di dalam penerangan mereka

● Kejahilan adalah bahawa seseorang meriwayatkan apa sahaja dia mendengar atau diberitahu. Orang itu telah dilabelkan pendusta dalam hadis. Hari ini, ia menjadi biasa bagi orang untuk berkata, "Kami telah mendengar ..." Apabila ditanya  rujukan, mereka tidak dapat memberikan satu pun jawapan malah berjuang untuk memberitahu anda yang mereka mendengar dari seorang yg penting/besar.

● Hazrat Mawlana Yusuf akan mengatakan bahawa apabila da'ee mengambil kerja-kerja dakwah ringan, dia akan dipengaruhi oleh kesusahan yg tiada penyelesaian. Contoh seperti kesusahan yang akan bahawa dia akan meninggalkan kerja-kerja dakwah

● Tujuan gasht adalah untuk membawa umat kepada Fara'id, kerana ia hanya melalui amalan Fara'id bahawa seseorang boleh diselamatkan dari murtad

● da'ee patut memberitahu ia perlu atas dirinya untuk bersolat tahajjud. Saya memberitahu anda tiada sebarang pertolongan [drp Allah] tanpa tahajjud

● Jika seseorang tidak cenderung kepada menyembah Allah, dia berisiko jatuh ke dalam istidraj. Istidraj adalah apabila seseorang telah sesat, tetapi percaya bahawa dia berada di atas jalan yang benar

● Sebab percanggahan pendapat di kalangan rakan seusaha adalah kerana kekurangan hubungan dengan Allah dan penurunan tahap zikir, ibadah, dan tahajjud

● Hazratji akan mengatakan bahawa Islam akan hancur oleh umat Islam dan dakwah akan hancur oleh da'ees.

● Sebelum dan selepas bekerja, kita perlu mengambil bahagian Ta'lim harian supaya kita sedar bukan kerana usaha/kerjaya kita yang memelihara kita tetapi Allah memberi rezeki kepada kita

● Tujuan Ta'lim bukan untuk membawa keghairahan untuk amal-amal yang baik, tetapi untuk mewujudkan keyakinan dalam janji-janji Allah. [Ia adalah penting untuk memahami ini] jika tidak seseorang boleh mula merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk menghadiri Ta'lim sekali kesungguhan ini dibangunkan

● Sebab kejahilan di kalangan da'ees hari ini adalah kekurangan persatuan dengan 'ulama. Kits perlu faham bahawa [menghadiri] perhimpunan daripada ulama adalah satu bentuk ibadat dan menganggap ia perlu utk diri kita

● Semua bahagian yg dlm agama adalah cabang Nubuwwah; dakwah tidak bercanggah dengan imamah, pengajaran, atau mana-mana cabangan yg lain

● Dakwah di sini bertujuan untuk mewujudkan sifat dahagakan ilmu pengetahuan dan bukan untuk menyediakan sekumpulan orang yang tidak melakukan sebarang pekerjaan lain kecuali dakwah

● Dakwah adalah untuk memajukan umat dengan ilmu dan zikir dengan ini kejahilan dpt  dihapuskan

● Satu objektif penting dalam dakwah adalah bahawa ada peningkatan dalam mereka yang mencari pengetahuan melalui bantuan da'ees

● Saya percaya ia menjadi suatu perkara yang kegembiraan bahawa terdapat peningkatan dalam mereka yang duduk dalam halqah ilmu dan tafsir dan pembelajaran penting dlm Masa'il

● ucapan dan Perbincangan kita hendaklah bebas daripada apa-apa pernyataan yang akan bercanggah dengan satu lagi bidang deen. Semua medan adalah sebahagian daripada deen

● Kebanyakan hadith dalam Muntakhab hadis di bawah topik 'ikram/memuliakan'. Tujuan Hazrat Mawlana Yusuf adalah untuk memberikan mereka yang terlibat dalam Tabligh pemahaman yang betul hak orang Islam

Thursday, September 3, 2015

Hadis-Hadis Sahih tentang kewajipan PURDAH yang digunakan dalam Mazhab Syafi'e

Majoritinya hadis sahih mutlak mutafaq 'alaih bukhari dan muslim

'Aisyah berkata:

كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّونَ بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْرِمَاتٌ فَإِذَا حَاذَوْا بِنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابَهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا فَإِذَا جَاوَزُونَا كَشَفْنَاهُ

“Para penunggang kenderaan biasa melewati kami, di saat kami (para wanita) berihram bersama-sama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka jika mereka mendekati kami, salah seorang di antara kami menurunkan jilbabnya dari kepalanya pada wajahnya. Jika mereka telah melewati kami, kami membuka wajah.” (HR.  Abu Dawud, Ibnu Majah dan lain-lain)

Asma' binti Abi Bakar berkata: "Kami menutupi wajah kami dari lelaki, dan kami menyisiri rambut sebelum itu di saat ihram." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim. Al-Hakim berkata: "Shahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim", dan disepakati oleh Adz-Dzahabi)

'Aisyah berkata:

لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا

“Mudah-mudahan Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama-tama, ketika turun ayat ini: "Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka." (QS. Al Ahzab: 31), mereka merobek selimut mereka lalu mereka menutub wajah dengannya." (HR. Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Jarir, dan lainnya)

Dari Urwah bin Zubair:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَفْلَحَ أَخَا أَبِي الْقُعَيْسِ جَاءَ يَسْتَأْذِنُ عَلَيْهَا وَهُوَ عَمُّهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ بَعْدَ أَنْ نَزَلَ الْحِجَابُ فَأَبَيْتُ أَنْ آذَنَ لَهُ فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي صَنَعْتُ فَأَمَرَنِي أَنْ آذَنَ لَهُ

Dari 'Aisyah bahawa Aflah saudara Abul Qu'eis, pakcik Aisyah daripada penyusuan, datang minta izin untuk menemuinya setelah turun ayat hijab. 'Aisyah berkata: "Maka aku tidak mau memberinya izin kepadanya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah datang maka aku memberitahukan apa yang telah aku lakukan, maka beliau memerintahkanku agar memberi izin kepadanya.” (HR. al-Bukhari dan lainnya)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita adalah aurat, jika dia keluar, syaitan akan menjadikannya indah pada pandangan lelaki.” (HR. Tirmidzi dan lainnya)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Janganlah kamu masuk menemui wanita-wanita." Seorang lelaki Anshar bertanya: "Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bagaimana pendapat Anda tentang saudara suami (bolehkah dia masuk menemui wanita, isteri saudaranya)? Beliau menjawab: "Saudara suami adalah kematian. (Yakni: lebih berbahaya dari orang lain).” (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya)

Perkataan 'Aisyah dalam peristiwa Haditsul Ifki:

وَقَدْ كَانَ -صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ- يَرَانِي قَبْلَ أَنْ يُضْرَبَ الْحِجَابُ عَلَيَّ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ عَرَفَنِي فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي

“Dia (Shawfan bin Al-Mu'athal) dahulu pernah melihatku sebelum diwajibkan hijab atasku, lalu aku terbangun kerana perkataannya: "Inna lillaahi…" ketika dia mengenaliku. Maka aku menutupi wajahku dengan jilbabku.” (HR. Muslim)

Aisyah berkata:

خَرَجَتْ سَوْدَةُ بَعْدَ مَا ضُرِبَ عَلَيْهَا الْحِجَابُ لِتَقْضِيَ حَاجَتَهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً جَسِيمَةً تَفْرَعُ النِّسَاءَ جِسْمًا لَا تَخْفَى عَلَى مَنْ يَعْرِفُهَا فَرَآهَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَقَالَ يَا سَوْدَةُ وَاللَّهِ مَا تَخْفَيْنَ عَلَيْنَا فَانْظُرِي كَيْفَ تَخْرُجِينَ

“Setelah diwajibkan hijab pada Saudah, dia keluar (rumah) untuk menunaikan hajatnya, dia adalah seorang wanita yang besar (dalam riwayat lain: tinggi), tubuhnya melebihi wanita-wanita lainnya, tidak samar bagi orang yang mengenalnya. Lalu Umar melihatnya, kemudian berkata: "Hai Saudah, demi Allah engkau tidaklah tersembunyi bagi kami, perhatikanlah bagaimana engkau keluar!” (HR. Muslim)

 Sumber : Ustaz Zakuan

Friday, June 5, 2015

Purdah & Niqab mengikut empat mazhab



Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

1. Asy Syaranbalali berkata:

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)

2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:

والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:

تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)


Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

1. Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

2. Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

3. Al Qurthubi berkata:

قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

4. Al Hathab berkata:

واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

Mazhab Syafi’ie

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

1. Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:

ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hanbali

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:

« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)

2. Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)

3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)

4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:

القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, link)

Monday, April 27, 2015

Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama

Alah lah pencipta kita pemelihara kita. segala sesuatu berlaku hnya dengan Izin Allah..